Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, December 19, 2011

Roti jala kuah durian

buat roti jale kaler maler lagi, tapi kuah tu kak rose x buat. ni pun sebab ada kuah durian kawan bagi, so kak rose buatlah roti jala.... mekasih Ana. untungkan, since kuah dah ada orang kasi, tinggal nak menjala saja... so kenalah rajin2 kan diri. tengahari tadi pas lunch teruskan dengan projek menjala ni..... resepi masih guna yg amik dari rumah Ummi tu, mekasih ya cumanya kak rose ni tuko2 kaler.... ikut ati je apa kaler nak taruk kan...

ROTI JALA by Ummi

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning (kak rose tambah warna merah )

Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sabati.
Perapkan selama 1/2 jam .
Panaskan kuali dgn api sederhana.
Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
Tebar/kirai adunan atas kuali.
Biarkan hingga roti jala tu masak.
Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.

sedapnya pekena roti jala cicah kuah durian bersama secawan teh o panas2 dikala hari mendung dan hujan seharian ni....

16 comments:

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Kak Rose.. rindu lah lama tak BW disini.
Hissh kaler maler roti jala kak rose siap ngan kuah derian!!!
Kat sana hujan tak? Kat spore dari semalam hujan tak berhenti sampai skrg!

dZana said...

cantik k rose.. BW time hujan2 sejuk ni bertambah2 la lapo nya..

Nieza said...

waduh cantiknya tgk colour roti jala kak Rose ni...best tu layan ngan kuah durian...lapo lak tgk ni..hehe

Kak Rose said...

Mama Hawa, dah ada kuah derian tu yg rajin nak menjala... mendung aje tp lebat gak!

Kak Rose said...

dZana, sejuk2 hujan ni sedap layan roti jala ngan teh panas2... kenyang sampai dinner.

Kak Rose said...

Nieza, ni la untungnya ada ramai sifu masak2...bermacam menda kita boleh blaja kan...

Habshah said...

Cuba kak rose tunjuk macam man a dapat rmerah putih tu bersilang?
Setakat perkataan tebar tu macam saya Yang tak reti tu memang take boleh buat.

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Kak Rose cantik le kalernya. I like...

Kak Rose said...

Habshah, kak rose dah bagi link... cubalah tengok kat sana ya. hope it will help.

Kak Rose said...

Ros, yg penting kuah durian tu sangatlah sedap makan dengan roti jala nih! kalau free bolah la cuba nnti ya.

liza said...

salam kak rose....cantiknya kaler roti jala tu, sayang pulak nk mkn...hihihihi

kasihredha said...

bila tengok warna pink...rasa macam manis je roti jala ni...sweet sangat colour dia

Kak Rose said...

liza, x de mana nak sayang... dah abes dah!

Kak Rose said...

kasih, mmg sweet bila makan dengan kuah durian tu..

Naz / Nadz COSK said...

Asalamualaikum kak Rosetta.
Mak aiiii.. Cantiknya roti jala.. Macam dianyam pulak bila tgk..

Kak Rose said...

Waalaikumsalam Naz. aik? bila pulak nama kak rose jg glamer gitu?

kalau tengok sifu2 yg buat tu lagi la cantikkkkk!