Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, December 24, 2011

Ayam goreng berempah cajun

orang dah habis mabuk cajun kak rose baru nak merasa.... rempah cajun ni dah lama bli, masa sana sini dok sibuk tayang resepi yang guna rempah ni, tp x terbuat lak sampai dah lupa yg kak rose ada beli menda ni.... td masa selongkar fridge cari badam untuk nak buat cookies tu terjumpa lah semula rempah cajun ni.... punya lah lama dia menyorok kan.... nasib baik belum expired lagi, ni lah terjadinya ayam goreng berempah cajun. mmg sedap, bak kata Nor sapa2 yg nak rasa kenalah cuba dulu baru tau! Nor, kak rose cnp resepinya ya.... dan mekasih bebanyak2 ya....



AYAM GORENG BEREMPAH CAJUN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1/2 ekor ayam ~ potong kecil dan toskan
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 sudu besar cajun
1 sudu besar serbuk cili kasar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu teh madu
1 sudu besar jus limau nipis (kak rose guna limau kasturi)
1 sudu besar air
garam
minyak

Cara:
Campurkan kesemua bahan kecuali ayam dan minyak dan gaul hingga sebati.
Lumurkan pada ayam dan perap sekurangnya 1/2 jam
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak.
Hidangkan panas2.

pada yang bertanya apa itu cajun, ni kak rose tepek gambarnya ihsan dari pakcik google. banyak brand ada dipasaran... pilih je mana satu berkenan dihati... kak rose guna yg hijau tu.

4 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Kak Rose sedap...Kita belum makan ni.bertambah2 lapar jadinya.

azieazah said...

CAJUN tu apa eh?

Maaf la, saya baru pertama kali baca. Makan lagi lah belum.

Tapi tengok ayam tu, aduhaiii... luluh jiwa!

Kak Rose said...

Ros, cubalah! pasti nanti nak lagi....

Kak Rose said...

azie, memula kak rose pun x tau... bila tengok gambo baru tau nak cari...