Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, December 31, 2011

Kerepek arrowhead

rangup sangat... krup krap krup krap.... dah makan x leh berenti lak..... adoyaiii!!!

Asalamualaikum dan selamat tengahari... selamat berhujung minggu yang panjang jugak.... ramai yang berehat2 untuk menghabiskan cuti tahunan sempena penghujung tahun ni kan... selalunya hujung tahun cam ni kita mula mengenang kembali apa yang kita lakukan sepanjang tahun... apa yang kita dah capai dan juga impian yang masih beyond reach..... dan berharap agar tahun baru yang bakal mendatang akan lebih berjaya buat kita semua.... Insyaallah, kalau ada usaha tiada apa yg impossible kan...

dalam berhujung minggu ni apa kata kita sediakan snack yang sangat sedap ni.... arrowhead chips yang datang setahun sekali je.... kaum cina yang nak raya kak rose pun sibuk jugak nak tumpang sekaki.... mmg arrowhead ni cuma ada menjelang raya cina jer, jadi mari kita mencuba buat sendiri kerepek yang sangat sedap nih! buat cemilan bil main game atau pun tengok tb. dulu masa kerja dan ramai kawan2 cina, mmg derang ada jual kerepek ni.... suka sangat sbb kesedapannya tp mmg mahal nak mampos!

semalam g jenjalan kat carrefour nampaklah satu nyonya tengah memilih menda nih, teringin lak nak menerai.... risik2 dengan nyonya tu camner nak wat..... dia kata terus shred masuk dalam minyak panas... x brani lah nak ikut cara dia tu, mau tergoreng tangan keras kak rose nih! balik rumah terus tanya cik google, rupanya sama cam nak buat kerepek biasa tu jugak ler.... baru ku tahu itew!

resepi dari Myr oleh azwalissa. mekasih ya share resepi snek yg sedap nih dan kak rose mintak izin nak kongsikan kat sini ya....

Bahan-bahan ( 1kg = 1 bekas besar )
  • 1 kg Ubi Arrowhead
  • Garam / Whitepepper / Blackpepper (sebagai perasa jika suka)

Cara-cara

  1. Bersihkan ubi arrowhead dengan membuang kulit ari nya sahaja. Basuh dan toskan.
  2. Sagat nipis ubi tersebut dan goreng dalam minyak seperti menggoreng kerepek ubi. Sesudah perang, angkat dan toskan minyak.
  3. Jika suka boleh tambahkan garam atau serbuk blackpepper / lada sulah sebagai perasa. Saya suka makan kosong aje. Rasanya ranggup dan lemak.
**** cara kak rose: bila dah garing, curahkan sedikit air garam kedalam gorengan, biarkan sekejap dan angkat.... sedap ada rasa masin2 sket pada snek tu nnti!

13 comments:

Tina Othman said...

sedapnya, selalu nampak tapi tak penah beli pun

Uncle Lee said...

Hello Kak Rose, Holy Smoke! I have always bought these plant for decoration, but never knew boleh buat kerepek.
First time I see this, looks very delicious.
I learned something new today....ha ha.

Kak Rose, from Canada, you have a very happy new year, stay young, stay beautiful and simpan satu lagu dalam hati.
HAPPY NEW YEAR, KAK ROSE!
Lee.

maszull said...

assalamualaikum...nampaknya mcm sedap jer boleh cuba la kalau mcm ni...:)

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Kak Ros ini pun memang sedap.kita pun pernah buat.Dah nak raya cina ni benda2 macam ni mula la keluar.

bintangjauh said...

Salam Kak Rose, diawal pagi sudah bikin Ratna tersenyum umpama semanis madu gitu ..., adore cara Kak Rose geletek dengan ayatan yang kelakar itu!

Gimana pun, Ratna tidak pernah tahu dan merasa kerepek arrowhead, mungkin jika ketemu bayang arrowhead dikedai asiatique disini akan Ratna cubai.

Salam manis manis madu.

fara dean said...

Salam kak rose..mana nak cari ye..sedap nampaknya kerepek tu..tp lg seminggu nk abis pantang..x sabar nak makan!!

Kak Rose said...

Tina, mmg sedap sangat... cubalah!

Kak Rose said...

Uncle Lee, today's lesson...cuba makan kerepek ni. sedap sangat tau! sudah makan susah mau berenti.

same to u... very happy new year and stay young at heart as always... senang nnti nak mengorat SYT!

Kak Rose said...

maszull, kalau rajin mencuba... sbb nak bli yg dah siap tu mmg mahal sangat!

Kak Rose said...

Ros, derang nak raya... kak rose pun sebok gak... tumpang sekaki. sedap lak tu.

Kak Rose said...

Ratna, walaupun jauh tp kak rose senang sekali boleh buat ratna tersenyum!

ubi arrowhead ni banyak ada masa dekat2 dengan chinese new year je...so masa ni je la boleh try.

Kak Rose said...

fara, wpun nampak sedap yg penting kena habiskan masa pantang tu dulu ya... pas tu boleh la nak ngap banyak mana pun... take care ya.

Torviewtoronto said...

I haven't had this looks wonderful
happy new year to you and family