Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, September 16, 2014

Sup bebola ayam

ni lunch kak rose semalam.... malas nak masak nasi, makan sup jer untuk lunch, tapi belasah sampai dua mangkuk... suka ati la kan. masak beria pun kalau tak de sapa nak makan pun jadi malas jugak. dengan sup ni boleh meratah gitu jer, tanpa nasik dan kalau sampai 2 mangkuk pasti kenyang la kan...

kodek2 resepi jumpa kat sini, tapi guna bebola ikan.... pandai2 lah menderhakan resepi dengan apa yang ade dalam stok kita....jom tengok resepi simple ni..

bahan-bahan:
20 biji bebola ikan(saiz kecil) (kak rose guna bebola ayam)
1/2 batang carrot(potong ikut suka)
1/2 kiub pati ayam maggie
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*   }ditumbuk
1 inci halia*
secubit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
900ml air
daun sup/daun bawang,bawang goreng
cara-cara:
1)tumis bahan tumbuk hingga naik bau..kemudian masukkan kiub pati ayam..kacau hingga kiub hancur
2)masukkan air dan carrot..biar hingga mendidih dan carrot lembut
3)masukkan bebola ikan,serbuk lada sulah dan garam..biar sebentar.
4)last tabur dengan daun sup/daun bawang,bawang goreng..siap tuk dihidang

8 comments:

Bbwana adienia said...

salam kak rose..

wah, best ni makan sup2 macam ni..simple dan menu yang sihat..

selamat hari malaysia..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sesekali meratah sup memang sedap kak rose... slurpp menghirup kuah sup.. perghhh nikmatnya...

Kak Rose said...

Bbwana, bila tinggal sorang mmg nak makan yg mudah2 jer.

selamat hari malaysia jugak buat bbwana ya.

Kak Rose said...

Yati, slurpppp....cepat dimasak sedap dimakan!

Amie said...

Kalau ginilah rupa supnya, gerenti 3 mangkuk saya punya... slurrrpoppp!

Bicara Kak Noor said...

samalah saya kakrose, hahhaaa kalau sorang2 mmg malas, rajin masa ada pelanggan je kan kedai ni hahaa apa2pun ternagkatlah sup bebola ayam tu..

Kak Rose said...

Amie, kak rose sorang boleh abeskan seperiuk tau!

Kak Rose said...

Noor, kat dapo ni mmg x de pelanggan, tu yang laaaaagi malas nak masak!