Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, September 12, 2014

Talam keledek

 Asalamualaikum dan salam Jumaat yang mulia. hari ni nak tepek kuih talam keledek yang kak rose buat untuk buah tangan masa majlis bacaan Al-Khafi pagi tadi... memula tu nak buat apam keledek kegemaran, tapi tetiba tukar pikiran pulak.... terus jer soh cik google carikan resepi kuih talam ni dan mulakan projek....punyalah excited nak buat, sudahnya tersalah tepung untuk lapisan bawah tu... dah bancuh baru tersedar yang sepatutnya guna tepung beras, tapi kak rose dah buh tepung gandum..... so tawakal Allah jer dengan harapan menjadilah talam ni.... saspen jer!

meh tengok resepi kuih talam keledek yang kak rose cnp dari blog kayumaniskoner563 ni...nasib baik its turn out ok walaupun terlupa jugak nak sapu minyak pada lapisan plastik kat loyang tu.... alahai!!!!! banyaknya yang ter ter... nampak na gelojoh, tergopoh2. kawan2 jangan ikut cam kak rose ni ya.... seeloknya ikut cam link yang kak rose bagi tu kalau nak mencuba.

TALAM KELEDEK
1/2 adunan : loyang 8 x 8

Bahan Lapisan Bawah : 
1 cawan keledek oren dipotong dadu (rebus & toskan)
80 gm tepung beras
125 ml santan pekat
225 ml air
1 sk tepung hoen kwee (kak ruby ltk tepung jagung)
80 gm gula halus
1/2 sk garam

Cara :
Bancuh semua bahan kecuali keledek, tapis dan masak hingga naik wap, tutup api, masukkan keledek tadi dan kacau hingga rata.  Tuang ke dlm loyang yg telah disapu dgn sedikit minyak (kak ruby sapu butter) atau alaskan dgn plastik dan kukus selama 15 minit.


Bahan Lapisan Atas :

80 gm tepung gandum
150 gula halus
1 biji telur
125 ml santan pekat
250 mk air
sedikit garam
pewarna oren

cara :
Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk dan masak hingga naik wap.  Tuangkan ke atas lapisan bawah tadi.  Kukus lah selama 30 minit atau hingga masak.

antara muslimat yang hadir semasa bacaan al-khafi pagi tadi....dari minggu ke minggu bertambah ramai yang join majlis ni. Alhamdullilah.

 Puan Hajjah Maryam yang mengetuai kumpulan mengaji kami.... terima kasih sudi membimbing kami semua.... semuga mendapat keberkatan bacaan Al-Khafi kami disetiap pagi jumaat yang mulia.

3 comments:

adda syuhada said...

sedapnya...

fazianbatrisyia said...

cantiknya...mesti sedap ni..
menarik pulak tu...oren

Unknown said...

cantik talam keledek kakrose nak jugak sepotongni bila lah dpt nak rasa tak tau