Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, September 5, 2014

Kuih dan Al-Khafi pagi tadi...

 Asalamualaikum dan salam Jumaat.... ni la aktiviti kak rose setiap pagi jumaat, bacaan surah Al-Khafi secara berjamaah dirumah kawan2 yang sudi jadi host... dan hari ni kak rose buat kuih lapis cokelat ni jer... kadang2 buntu jugak nak buat kuih apa untuk pot luck semasa majlis tu...so kak rose yang tak pandai ni buat jer yang mudah dan sedap.... asalkan it's homemade, memang jadi kesukaan jemaah instead of yang beli punya....

 resepi kuih lapis ni pernah kak rose tepek kat sini, kalau kawan2 nak mencuba boleh la buat untuk minum petang nanti... lemak manis, untuk menambah lemak2 yang telah sedia banyak kat badan! meh la layan gambar2 semasa majlis tadi...

 our ketua muslimat Puan Hajjah Mariam Yusof, menikmati hidangan selepas bacaan dengan bermacam2 kuih dan nasi baryani ayam oleh Puan Hajjah Rohana dan nasi ayam yang sedap oleh tuan rumah, Puan Hajah Kalsom...

 tuan tanah sedang pot pet sebelum memulakan majlis bacaan... seminggu sekali berkumpul, ade saja cerita yang nak dikongsi.... actually setiap selasa dan rabu pun kita berjumpa semasa kuliah petang dimesjid...tapi masa tu memang tak dapatlah nak nyembang....  so inilah masanya mengupdate kan diri memasing!

 banyak group dan banyak juga cerita. apa lah agaknya yang diborak kan ya....

 selepas bacaan..... makan2 dengan bermacam2 menu dan kuih muih, tapi nasi jugak yang jadi pilihan!

antara tetamu kecil yang selalu ada dimajlis2 camni.... Lutfi, Humaira dan Marissa. elok didedahkan awal2 untuk anak2 ini... tahniah kepada ibu dan nenek yang bawak derang ni... pandai behave semasa ibu2 n nenek2 sedang mengaji...

1 comment:

adda syuhada said...

Sedapnyer...singgah Jumaat di sini...