Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, September 8, 2014

Kerabu mangga muda ala thai

kerabu mangga buat intuk lunch semalam.... terima kasih kak chom yang bagi kak rose buah mangga putik ni.... actually not so putik anymore, sbb dah kekuningan isinya tapi masih rangup krup krap gitu.... kiranya kerabu mangga yang fresh dari pokok la ni. sedap sangat sbb tak masam mangga ni. cuma perahkan sedikit air asam limau untuk ade rasa sedikit masam.... bestnya meratah!

dah siap2 semua bahan, and gaul semua..... ready dah kerabu mangga ala thai ni. resepi dari rumah CMG, mekasih ya mat kongsikan resepinya....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 - 3 biji mangga muda (ikut saiz, kalau kecik guna 3, kalau besar guna 2)
1 biji tomato, belah 4, buah bahagian tengahnya dan hiris
1 biji bawang besar, mayang halus
1 genggam kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak, buang kulitnya dan tumbuk kasar
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, dan goreng hingga garing
4 biji cili padi, hiris halus (kak rose buh dua biji je)
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 1/2 camca besar sos ikan
1 camca besar penuh gula
1 biji limau nipis, perah jusnya
Beberapa helai daun salad, cuci dan toskan (kak rose x de ni)
 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas mangga muda, kemudian rendam dalam air 15 minit untuk membuang getahnya. Toskan dan hiris halus. Masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang dan tomato. Gaul rata. Ketepikan.
  2. Satukan sos ikan, gula, bawang putih, cili padi dan jus limau nipis dalam mangkuk, kacau rata2 dan curah dalam mangkuk berisi mangga hiris dan bahan2 lain. Gaul rata. Tambah kacang tanah dan ikan bilis, gaul lagi dan sesuaikan rasa. 
  3. Alas bekas sesuai dengan daun salad. Alihkan kerabu atas daun salad dan abur sedikit ikan bilis goreng dan kacang tanah yang telah diasingkan atasnya sebelum menghidang. Hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain.

2 comments:

inazamri said...

ala2 somtam ke ni.pembuka selera.i like

cik dila said...

Mmg membuka selera,semalam dah try.. tq!

Dapatkan suplemen kesihatan utk sekeluarga di sini http://duamasa.blogspot.com
Tq...