Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, September 5, 2014

Wudhu dan doanya

Asalamualaikum dan salam Jumaat.... hari ini kak rose nak kongsikan ilmu peringatan yang kak rose dapat semasa  menghadiri kuliah di mesjid pada hari selasa lepas.... sangat bagus untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.... bagi yang dah amalkan sila teruskan dan yang belum meh kita sama2 mengamalkan perkara yang baik ni. semakin kita belajar dan banyak membaca, semakin banyak yang kita terlepas pandang.... so, it's better late than never untuk belajar apa yang kita tak tahu kan...dan sangatlah benarnya apa yang dikatakan oleh tuan guru ini...


BACAAN ATAU DOA YANG BOLEH DIBACA SEMASA MENGAMBIL WUDUK


1. Ketika berkumur,
berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka,
berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan,
berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab- hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, 
berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan: Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, 
berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan: Panas di Padang Mahsyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, 
berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, 
berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, 
berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"
Penjelasan : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

p/s : Akhir sekali, baca doa selepas wuduk dan bolehlah mulakan solat.


"Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis."- Imam Syafie

** gambar semua pinjam cik google punya....

3 comments:

mai has said...

betul tu.saya sedih tgk org ambil wudhu bukak paip deras betul.pembaziran tu.rasullah x bagi kita membazir air walaupun di sungai yang mengalir...

Ann Ishak said...

Ya Allah begitu besar mukjizat wudhu

fazianbatrisyia said...

betul tu. amalan yg sikit tp kalau istiqomah bagus.