Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, September 29, 2014

Setiap lima tahun....

Asalamualaikum dan selamat berjumpa lagi diruang dapur alam maya kak rose ni... berhabuk bersawang dah terbiar dapur ni... sejak hari jumaat bz saja....hari jumaat tu jadi host untuk bacaan surah al-Khafi kat rumah, jadi memang x dan nak mengadap dapur maya ni... juadah lontong yang kak rose sediakan pun tak dan nak amik gambar, masa mengaji pun tak de gambar...adoyai laaaa....hari sabtu pulak pagi lagi dah gerak ke JB sbb ade kenduri kawen anak buah pada ahad, lepas kenduri  balik semula ke rumah pun dah malam...mmg tak dapek nak menghapdet rumah ni!

 dan pagi tadi, awal2 lagi dah g ke Immigresen kat bangunan pkns, 8.29 dah sampai n amek nombor giliran....tp tu diah! 70 orang sedang menunggu... berjanggut maunya! 2 jam menunggu baru sampai ke giliran kak rose...lotih duduk menunggu, pas selesai satu kaunter, pergi ke next kaunter buat bayaran n tunggu sejam lagi untuk passport ready for collection. last sekali kak rose buat lima tahun dulu masa kat Langkawi.... sangat lah tak de orang, kejap jer dah siap!

kenapalah pihak Immigresen ni tak bagi notice kepada pelanggan tentang attire yang supposed dipakai semasa nak amik gambar ie: tudung mesti hitam. bila pakai tudung kaler2 kena tukar dengan tudung hitam yang disediakan kat situ... some people amik masa yang lama nak kenakan tudung cam ni, so banyak masa terbuang dan membuatkan orang ramai yang menunggu jadi resah, apa lagi kalau ade yang bawak anak2 kecik... dan ade kaunter yang kejap ada staff, kejap tu hilang, macam biskut chipsmore pulak. agaknya kalau menda2 cam ni tak de, 3 jam menunggu tu boleh dipendekkan lagi kan... haishhhhh!!!

dan after menunggu more than three hours, passport baru dah ready... cuma bila tuan tukang bayar nak bawak g jenjalan tu tak tau lagi la... get ready jer dulu kan....

1 comment:

Unknown said...

wah dah reniew passport boleh lah dtg brunei kakrose, langkawi masih dlm malaysia tu hehee bila nak dtg bgtau ya, sabo je dimana2 pejabat kerajaan memang sama bab menunggu ni