Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, September 25, 2014

Kuih keria

 Asalamualaikum dan selamat pagi kawan semua.... ni kes mata dan tekak tak boleh tengok tayangan amal dari blog Gee Hut dengan kuih keria yang sangat menggoda tu... kebetulan ade beli keledek oren, maka lepas balik dari kuliah terus lah berkuntau kat dapo.... rasa macam tak sabo nak siap dan boleh ngap. tapi adoyai laa..... nak membulatkan kuih keria ni pun dah berpeluh2... serabai tepung satu dapo, melekat2 kat tangan punya pasal. nampak cam senang jer kan buatnya....tapi memang kena banyak2 bersabar dan belajar lagi. nak melubang kan kak rose guna apple corer.

bermacam2 saiz la jadinya kuih keria kak rose ni...gemuk kurus semua ade, tapi tetap habis kena ngap untuk juadah minum petang semalam. mintak izin ya kak rose cnp resepinya kat sini pulak..mekasih jugak sbb bagi tips nak sira gula tu...

KUIH KERIA

Bahan – bahan :

500 gm keledek Oren (kupas kulit, potong kecil dan rebus hingga empuk - toskan)
1 cawan tepung gandum
1/2 s/k garam
Cara – cara :

1 Ubi keledek yang telas ditoskan tadi ketika masih panas lecek bersama sedikit garam. Apabila
cukup halus, sejukkan sebentar.
2 Masukkan tepung dan uli rata hingga menjadi doh. dohnya memang lembut dan melekat
di tangan
3 Taburkan tepung di dulang dan tapak tangan. Bentukkan kuih menjadi gelang mengikut
saiz masing-masing. Buat hingga habis.
4 Panaskan minyak dan goreng kuih hingga keemasan. Sejukkan sebentar sebelum disira.

  dalam kuali pun nak enter frame jugak!

Menyira gula kuih

Sumber : Bdaria
Bahan-bahannya:-

1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
Cara-caranya:-


Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api sederhana......api sederhana ye bukan api kecil atau api yang kuat.
Jika anda perhatikan buih-buih tu mula-mula ia akan memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak kebahagian tengah.
Biarkan ia selama 7 minit.
Apabila sudah 7 minit, cuba titiskan setitik air gula atas piring dan kemudian guna jari telunjuk sentuh air gula tadi dan temukan jari telunjuk dengan ibu jari. Lekat-lekatkan beberapa kali.....ia dikira sudah 'menjadi' bila anda rasa ia melekit-melekat dijari dan akan menghasilkan ketulan-ketulan halus kat jari. Kalau tak.....biarkan satu minit lagi. Ketika saya buat ia dalam 9 minit baru saya tutup api. So pastikan pada sukatan diatas, tempoh masak air gula supaya ia pekat adalah dalam 8-10 minit. Jika lebih 10 minit anda akan dapat gula hangus. 
Terus matikan api dapur ye.
Kemudian baru masukkan kuih-kuih yang anda hendak sira kedalam kuali dan kacau sampai bunga-bunga gula keluar.

6 comments:

Teacher Basariah said...

wah,ilmu baru ni..mcm tu rupanya cara sira gula kuih keria ye..thanks for sharing..anyway, the kuih looks so yummy!!!!!

Gee® said...

Mmg sedap kan... puas hati dpt buat sendiri... kdg2 yg beli tu keras byk tepung...

Kak Rose said...

Teacher Basariah, sama2 kita belajar ilmu baru.

Kak Rose said...

Gee, mmg puas ati walaupun tepung berterabur merata, tp kejadian kuih keria ni sangat memuaskan hati.

zainah mukhtar said...

salam...kuih kesukaan saya juga ni.pernah buat tapi jadi keras...hihiii...nak cuba resepi yang ini pula la.terima kasih share resepi ya.

jemput la ke blog saya ya.tq.
http://www.zaizamrichvitashop.blogspot.com/

Anonymous said...

When someone writes an article he/she keeps the image of a user
in his/her brain that how a user can be aware of it. Therefore that's why this article
is perfect. Thanks!

Also visit my webpage post_23082100