Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, September 1, 2014

Ikan siakap kukus ala thai


 Salam hari Isnini, salam september dan selamat bercuti2 kepada semua... hari ketiga bercuti barulah ade rasa nak memasak untuk keluarga kecil kami ni... dah dua hari asik makan kat luar jer, so hari ni pepagi lagi mmg nak merajinkan diri memasak.... since bahan2 pun dah ade, meh la kita mulakan bersilat kat dapo... bukan banyak pun nak sediakan, tapi kalau vitamin m tu selalu jer ade memang satu apa pun tak menjadi kan...


 so awal lagi dah keluarkan ikan ni dan sediakan bahan2 nak buat ikan kukus ni... racik siap2, bila dah tengahari barulah kukus kan, buat pun dalam pemanggang ajaib jer. mudah dan cepat disediakan.... tapi kak rose sllu jer lupa, sambil masak sambil ngadap komputer, bila terbau harum hangit barulah sedar ade ikan atas dapo.... nasib baik x de la hangit sangat, cuma kuahjer dah kering.... so kena pulak tambah dengan air panas. syukur tak terus hangit kan....


meh kak rose kongsikan resepi ikan kukus dari sini. mekasih ya kongsikan resepi ni....

IKAN SIAKAP STIM  ala Thai
Resepi: MEL
Sumber : Jun's Yummylicious

Bahan-bahannya :

1/2 ekor ikan siakap - MA guna 1 ekor
1 batang serai - diketuk
1/2 biji bawang besar - di hiris (MA guna 1 biji)
2 ulas bawang putih - di ketuk
4 biji cili padi - hiris (MA guna 10 biji - di ketuk)
1 " halia - di ketuk (MA hiris memanjang)
1/4 kiub pati ikan bilis
1 biji limau kasturi - di ambil jusnya (MA guna 4 biji)
2 helai daun limau purut - di hiris
1 sudu besar sos ikan
1/2 sudu besar kicap cair
1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung - bancuh  dengan sadikit  air (kak rose omit yg ni)
Gula
Daun sup/ daun bawang


Caranya :

  1. Pastikan air di dalam pengukus telah di didihkan terlebih dahulu. (MA gunakan pemanggang ajaib je bagi stim ikan).
  2. Masukkan semua bahan di dalam pinggan pengukus kecuali tepung jagung, gula & daun sup.Ratakan bahan di atas & bawah ikan. (MA lakukan sama tapi masukkan dalam pemanggang ajaib)
  3. Masukkan juga sedikit air.
  4. Kukus dalam 5 -10 minit sehingga ikan masak. (MA ikut cara ini juga)
  5. Masukkan air bancuhan tepung, gula & daun sup.
  6. Sesuaikan rasa, jika kurang masin baru letak garam. Jika masin letakkan air lagi atau perahkan lagi limau. (MA ikut cara ini, tapi MA kukuskan lagi 5 minit lagi, untuk memekatkan bancuhan tepung)
  7. Hidangkan panas-panas ......baru le ngam.

3 comments:

Bicara Kak Noor said...

ni yg akak jeles nak cari ikan jugak ni kakroseeeeeeee

Shamsiah Abdul Rahman said...

Assalamualaikum Kak Rose,
Guna pemanggang magik tu.. memang senang sangat la nak masak hari ni kan.

DYatie said...

Fuhhhh. Sedap nyaaaa. Ini yg rasa nak cari ikan buat stim.