Lanai Kijang
Monday, January 11, 2010
Frozen karipap
Ari ni merajinkan diri buat frozen karipap ..... tapi x goreng lagi sebab tak de orang di rumah..... jadi kak rose frozenkan..... bila2 nanti bolehlah goreng.... inti ayam dan kentang versi kak rose sendiri..... janji sedap dan anak suka makan kira ok la tu kan..... kulit karipap amik dari rumah ros cdbt .....dah siap uli masuk dalam plastik dan simpan jap dalam fridge..... kuarkan, ramas2 jap untuk dapatkan texture yang lembut dan halus dan bolehlah terus mencanai..... tima kasih ros kongsi petua ni..... dan kak rose nak kopipes dan tepek kat sini ya untuk rujukan kemudian nanti......(psssstttt... jari keras tangan ni x pandai mengelim yang cantik macam ros buat tu.....)
Pastry rangup
3 cawan tepung gandum
1/3 ( suku) cawan minyak masak ( dipanaskan)
2 sudu besar marjerin
air sejuk berais ( ni ikut lembut doh)
1 sudu kecil garam
Caranya
1. Curah minyak yang dipanaskan ke dalam tepung dan gaul dengan sudu, bila dah sebati baru masukkan marjerin, gaul tepung sehingga tepung seakan serbuk roti, kemudian masukkan garam dan air sejuk , uli hingga doh tidak melekat pada tangan.
2. Selepas itu masukkan dalam plastic bersih dan ramas lebih kuran 5 hinnga 8 minit, keluarkan dan uli sekejap, akhir sekali masukkan dalam plastic bersih dan perap dalam peti ais lebih kurang 30 minit hingga satu jam, langkah ini penting untuk menghasilkan doh yang rangup dan elok terksturnya. setelah diperap bulehah diterap dan mulakan proses mengelim, tulah cara yang selalu ros buat, cara ni ros belajar masa kat sekolah memasak dulu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment