Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, January 21, 2010

Asam pedas ayam

Salam semua.... ni lauk lunch ari ni..... asik ayam je, x jemu ke? entahlah.... nak masak apa pun dah x tau.... jadi pelbagaikan resepi ayam..... jumpa resepi En Mat Gebu d MyR dan kak rose cubalah buat..... cumanya kak rose tak de sawi jeruk tu.... jadi kak rose gantikan dengan bender ni.... jangan marah ya En Mat kak rose pepandai ubah mat nyer resepi.... ni first time kak rose masak asam pedas ayam......dan kak rose minta izin nak kopipes resepinyer dan tepek kat sini ya.....

Bahan-bahan ( 5 orang )
  • 600 g ayam
  • 5 kelopak sawi jeruk (kak rose gantikan dengan bender)
  • 1 camca besar asam jawa + 1/2 cawan air. ramas dan tapis jusnya
  • 700 ml air (atau lebih mengikut keperluan)
  • 1 cawan cili kisar
  • BAHAN2 DIKISAR HALUS:-
  • 7 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 camca teh lada hitam biji (kalau tak nak, tak payah letak)
  • 1/2 inci belacan
  • 3 biji buah keras
  • BAHAN2 LAIN:-
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Ayam dikerat mengikut suka, perap dgn asam jawa dan garam 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
  2. 01072007441
    Cuci sawi jeruk dibawah air mengalir. perah sedikit dan potong sederhana besar. Ketepikan. Rupa sawi jeruk seperti dalam gambar.
  3. Panaskan kurang lebih 1/2 cawan minyak masak dalam periuk. Tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan cili kisar dan kacau goreng dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana. Masukkan ayam tadi dan gaul hingga mesra dgn rempah, biar ayam kecut dgn rempah selama 5 minit.
  4. Tuang air (700ml) dan masukkan sawi jeruk tadi. Biarkan mendidih. Masukkan jus asam jawa dan perasankan dgn garam dan sedikit gula. (Mengikut citarasa masing2, yang penting mesti ada rasa. masam, pedas dan sedikit manis). Biar mendidih perlahan hingga ayam masak. Boleh dihidangkan bersama nasi panas.

jemput makan semua....

4 comments:

mokwonik said...

ayoyo asam pedas suka sgt mkn yg orang lain buat...sendiri nye mesti tak seddp...nak skittt( siap dah tadah pinggan dah nih)

ain said...

dulu sy tak tau pun yg ayam pun boleh masak asam pedas. 1st mkn kat umah abg ipar. fullamakk...terus jatuh cintan pas tu ngan resipi ni!!!

Kak Rose said...

ain, kak rose pun sejak suka sekodeng rumah orang tu yang tau ayam pun boleh masak asam..... sedap lak tu

Kak Rose said...

mokwonik, bak mai pinggan ada lagi nih...cepat2 nanti kehabisan pulak....