Bahan-bahan
- 500 gm keledek
- 1 cawan tepung gandum (kak rose jugak kurangkan tepung ikut cam haha wat tu)
- 1/4 cawan tepung ubi kayu
- 1/4 cawan gula untuk menyira dan sedikit air
- keledek dikupas, dibelah dua dan direbus hingga empuk.
- toskan keledek dan lecek hingga lumat
- campurkan tepung gandum dan tepung ubi bersama keledek dan uli hingga sebati.
- ambil sedikit adunan tepung, dibulat-bulatkan dan buat lubang ditengahnya. jadikan seperti gelang.
- goreng hingga masak dan kuning. toskan kueh tadi.
- panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali. kacau hingga likat dan kemudian masukkan kueh yang telah siap digoreng tadi. kacau rata/ golek-golek hingga gula melekat dikueh. padamkan api dan bolehlah diangkat.
2 comments:
saya pun suka kuih keria ni!! lum pernah nak buat, main beliiii aje.hehe
ni pun first time buat, saja nak mencuba... Alhamdullilah menjadi cuma x cantik je.... kena praktis selalu kot....
Post a Comment