Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, January 31, 2017

Baru dan lama yang sama!

 Welcome to our household to the new Yamaha FZ150i.


 actually dah dekat sebulan dah berada bersama kami, tapi baru dapat nak tepek kat sini untuk kenangan dimasa akan datang. motor yang sama menggantikan motor lamanya yang dah bersama tuannya selama 7 tahun. terima kasih pada  FZ150i tua.

 kesayangan...

 the old one... thank you for being nice to us for seven years.

last ride dengan moto lamanya... time to say good bye dah.

Monday, January 30, 2017

Ikan siakap stim limau

 Salam hujung minggu dan selamat bercuti panjang buat yang sedang bercuti... buat yang tak berkerja macam kak rose ni, pejabat kecik tu sentiasa beroperasi... malah masa cuti2 macam ni lagi lah... buka hampir sepanjang hari... asalkan ada permintaan, adalah tawarannya kan... apa pun itulah yang buat keluarga happy dan kita pun lagi lah happy bila masakan kita tu habis semuanya...

 tabur semua bahan atas ikan, tutup kuali dan on kan api....

masak2 ni semasa kak rose berada dikampung... bila ramai2 adik beradik yang balik, kerja didapo semacam tak pernah sudah.... habis masak untuk lunch dan sedia pulak untuk minum petang dan dinner sekali... dua ekor ikan ni pun sekejap jer dah tinggal tulang... pedas, tapi memasing punlah pulun menyuap... sedap kot... masak by my niece. tq Amy.

 tu dia.... siap dah!

resepinya... gandakan bahan untuk  resepi 2 ekor ikan tu ya.... tak perlukan pengukus, terus jer masuk dalam kuali dan tutup...

Bahan2 :
  1 ekor ikan siakap sederhana besar 4 ulas bwg putih
1 biji bwg holland
1 kiub pati ayam
5 biji cili padi
2 inci halia
2 batang serai
3 sudu sos ikan
1 cawan jus limau nipis
1 sudu gula

3 helai daun limau purut 
air secukupnya
Sedikit daun ketumbar + cili merah + hirisan limau utk hiasan


Cara2 :
Bersihkan ikan..kelar ikan supaya sos meresap..
Sapukan ikan dengan kiub pati ayam yg dicampur sedikit jus limau + air
Masukkan serai yg telah diketuk ke dlm perut ikan
Masukkan ikan ke dalam kuali
Campurkan sos ikan + gula + jus limau nipis dan tuangkan ke atas ikan
Cincang halus bwg putih + cili api + halia dan taburkan ke atas ikan

Masukkan daun limau purut yang dikoyak2 sikit
Last skali masukkan bwg holland yg dipotong halus...kukus sehingga ikan masak
Hiaskan dengan daun ketumbar + limau + cili merah

Sunday, January 29, 2017

MMA kerepeks

 macam macam kerepek ada... puas lah mengunyah bersama keluarga kecik kami masa musim cuti ni... since kami tak bercuti kemana2... exercises mulut je gamaknya sambil masing2 ngadap tab n phone... kerepeks ni kak rose beli kat Air Hitam, masa on de way balik dari kampung hari tu... pisang tanduk rm30/kg, tapi memang fresh, bila kita mintak barulah dipackkan... siap boleh rasa2 lagi tu..

 mini samosa yang sedap dan rangup... krup krap makan tak leh nak berenti...yg ni rm45/kg. kak rose bli half a kg jer.. agaknya kalau nak buat sendiri, rajin ker nak melipat kecik2 cam ni?

 kerepek pisang tanduk pedas manis... 35/kg jugak...

 kerepek nangka madu.... tak pernah terfikir yang nagka pun boleh buat kerepek. 1st time makan ni, sedap gak @rm40/kg

jamuan CNY kak rose... kerepek jer pun jadi la kan... ha... sapa2 yang lalu kat pekan Air Hitam tu boleh la singgah untuk dapatkan kerepek yang fresh dari banyak gerai kat situ. deretan kedai tu ialah yang berada ditepi jalan lama ke Johor Bahru ya. harga yang kak rose tepek tu dari gerai yang kak rose beli, tapi tak pasti kalau kedai lain letak harga yang berbeza pulak...

Saturday, January 28, 2017

Gong Xi Fa Chai

 Gong Xi Fa Chai, The year of the rooster

  Happy Chinese New Year buat teman2 semua... we are Malaysian, celebrate semua perayaan. Raikan perbezaan dan sambut raya dengan gembira... tapi satu lah yang buat hari tak gembiranya... bila nak sama2 join balik kampung, highway semua jadi jem... tooooo many cars on the road. camner tu? so tahun ni kak rose cuma bertahun baru di rumah saja... mulanya plan nak balik kelantan tapi bila dengar keadaan banjir disana, teruskan batalkan niat tu... MIL pun tepon, jangan balik dulu, biar keadaan reda baru balik... tq MIL yang sangat memahami keadaan anak2 nya disini... Alhamdulillah, kawasan rumah MIL tidak terlibat dengan banjir, tapi jalan kekawasan tu pulak terputus akibat banjir.

 so.... duduk rumah jer la... jamu diri sendiri dengan murcott oranges yang sangat manis ni... dan juga bermacam kerepek hasil meronda kat air hitam semasa balik dari kampung...

dan bermalasan2 nak kedapo... so lunch hari ni tapau jer.  rojak dan cendol subang. Alhamdulillah dengan rezekinya... dan untuk dinner dah plan nak beli nasi kerabu pulak... gantung piok sempena tahun baru cina ni.

Pisang tanduk yang gumuks!

 Alhamdulillah, dapat jugak akhirnya nak makan pisang tanduk ni... pernah beli dulu, tapi sehingga dua minggu pun tak masak lagi... kena tipu jer dengan tuan kedai tu, memang masa beli tu masih hijau kulitnya, tapi tuan kedai tu kata dua hari lagi nanti masak lah tu... tunggu punya tunggu hingga dua minggu masih hijau dan layu kecut dibuatnya. tapi kali ni sangat puas hati... sehari lepas beli tu dan masak ranum semuanya.... dapat pulak yang gumuks gumuks size pisang ni... 4 biji ni dekat tiga kilo beratnya!

 dua biji yang masak awal, meh la kita goreng kan... siap untuk minum petang dihari yang sejuk dek hujan seharian...

dan yang paling best, makan hangat2 cicah dengan sambal kicap jawa ni bersama secawan nescafe... dan musim hujan yang sejuk menambah kesedapan pisang tanduk goreng ni... sekejap jer kami tiga beranak mengadap, dah tinggal piring jer... dua biji lagi nak masak pengat pulak rasanya.

Friday, January 27, 2017

Kuih hari Jumaat kak rose

 Asalamualaikum san salam jumaat yang mulia... dah tengahari tapi kak rose nak jugak tepek kuih yang kak rose buat pagi tadi untuk potluck majlis bacaan surah Al-Khafi ditumah kawan... bila dah pindah semula ke Shah Alam ni, dapatlah kak rose menyambung rutin setiap pagi jumaat dengan muslimat kat sini.. dan yang penting dapat berjumpa, bergebang2 dan makan dengan bermacam juadah selepas tiap kali bacaan... itu yang buat kak rose rindu sangat nak balik semula ke Shah Alam ni..

dan pagi2 subuh gigih lah buat apam balik untuk pot luck tu... tapi ni gambar lama, tepek semula kat sini. resepi sama dengan yang kak rose dah banyak kali buat, memang sedap dan sangat laris dimajlis tadi... Alhamdulillah, terima kasih kerana menyukai apam balik yang kak rose buat... dan sangat2 terima kasih pada yang kongsikan resepi sedap ni..

bahan2 nya
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar
  • (kak rose tambah jagung manis n butter dalam tu...best!)
 sebelum bacaan bermula... masing masing ade cerita...

Cara-cara
  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda bicarbonate, baking powder, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA dan sapukan butter pada kedua2 belah apam sebelum dipotong.
 
selesai makan dan gebang2, sempat lagi berposing...

Thursday, January 26, 2017

Sayur petola tumis mudah

sayur petola tumis yang simple macam ni memang jadi kesukaan kak rose... very minimal bahan dan sangat mudah disediakan. masakan yang macam ni lah yang kak rose suka... simple, cepat disediakan dan yang penting sedap ditekak kami la kan... meratah pun sedap jer...

resepi simple kak rose...resepi tak de sukatan, main ikut sedap ditekak sendiri jer la ya...

petola, belah dua dan potong serong
bawang putih, dihiris
bawang merah dimayang
ikan bilis
cili merah dipotong
garam, minyak dan air secukupnya

cara:
tumiskan ikan bilis hingga garing dan ketepikan,
masukkan pulak bawang putih dan merah, tumiskan hingga wangi
masukkan petola, kacau2 dan tambahkan sedikit air
masukkan garam dan cili merah
kacau sebentar, hingga masak
(kak rose tak gemar sayur yang over cook, so kacau2 sekejap dan matikan api)


Wednesday, January 25, 2017

Healthy breakfast

cream crakers, sunkist orange, kiwi fruit dan nescafe o tanpa gula.

Tuesday, January 24, 2017

Kerabu daun selom

 kerabu daun selom yang dipetik fresh from the garden di depan rumah mak dikampung.  jarang dapat makan kerabu dengan daun yang sangat fresh baru dipetik... bukan jarang but almost tak pernah kot! tapi kali ni memang dapat merasa ulam2 yang sangat fresh ni... dicampur pulak dengan tauge dan kelapa fresh yang disangai tu memang umphhhh sangat.

 
 daun selom yang baru kak rose kutip dari kebun mak, even cili api pun baru petik dari pokok disekliling kawasan yang sama... tangan mak memang menjadi kalau tanam apa pun.. so dapatlah merasa hasilnya yang fresh..

 so ni lah hasilnya... kerabu daun selom campur tauge yang dimasak oleh adik dikampung...

daun selom - hiris halus 
10 sen taugeh- buang ekornya (kak rose suka banyak2 tauge)
1/2 cawan kelapa putih- disangrai sedikit hingga kering dan wangi. (jangan sampai perang)
1 tangkai cili merah dihiris 
**5 biji cili padi (kak rose bubuh dua biji jer pun dah pedas!)
**1 batang serai
** 3-4 ulas bawang merah
**segenggam ikan bilis dibersihkan (kak rose ganti dengan udang kering)
***kisar / tumbuk halus semua bahan bertanda **
1 biji limau nipis saiz besar-diperah jusnya
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1 Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Perahkan jus limau nipis. Boleh tambah kalau suka lebih masam. Masukkan garam dan gula secukupnya. Gaul sebati.
2. Sedia dihidang.
*** taugeh boleh juga diganti dengan bunga kantan atau ditambah kacang panjang yang dihiris halus... sedap juga...

Sunday, January 22, 2017

Mug dari sekam padi...

 Macam2 cara nak save the world dari kemusnahan... dan selama ni tak terfikir pun yang sekam padi boleh dibuat bermacam barangan dapur macam ni... semakin tinggi teknology, semakin beyond reach to my otak nak fikir!!!! ya lah yang selalu kita tengok disawah bendang ada saja pembakaran berlaku untuk hapuskan pokok padi selepas kerja menuai selesai dan yang paling teruk asap dari kilang pemerosesan padi dengan pembakaran sekamnya... kini ada technology yang boleh turn the rice husk to something yang berguna... cuma kalau ada yang nak usahakan lah.. cantik kan mug yang terhasil dari rice husk ni..

 dari bahan buangan pertanian, jadilah dining ware product yang environment friendly.

 agaknya ada tak yang mengusahakan product ni locally?

a way to save our planet... stat dari sekarang, muga nanti generasi akan datang akan mendapat hasilya!
 
 gambar pinjam cik google punya... cantik kan!

Friday, January 20, 2017

Kuih cara berlauk

 Asalamualaikum dan salam jumaat buat kawan semua.... semuga hari ini dan hari2 yang mendatang akan lebih membahagiakan buat kita semua, Insya Allah.  pagi ni nak tepek kat sini kuih cara berlauk yang kak rose buat untuk potluck majlis bacaan Al-Khafi pada jumaat lepas... rasa semacam kekok pulak nak sediakan kuih pagi2 hari jumaat bila dah bercuti selama dua tahun sepanjang berada di Penang.... so minggu kedua barulah kak rose ada bawak kuih untuk majlis tu... minggu pertama berada disini, periuk belanga pun masih dalam kotak lagi... hihi. so tak de la kuih, datang lenggang kangkong jer!

resepi kuih cara berlauk... terima kasih pada yang kongsikan resepi ni ya... lost track dah!

Bahan untuk Inti

200g daging cincang
1 biji bawang besar, dipotong dadu
3 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kari dicampur dengan sedikit air untuk dijadikan pes
sedikit minyak untuk masak
sedikit daun bawang dan daun sup dipotong halus
sedikit garam dan gula


gebang2 mak nenek sebelum bacaan bermula...



Bahan untuk batter :

1 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 cawan santan
1 1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit pewarna kuning telur

Cara-cara membuat kuih cara berlauk:

1. untuk batter kuih cara, masukkan semua bahan dan gaul sebati. Jangan terlalu cair. ketepikan
2. untuk inti, panaskan minyak, tumis bawangputih yang ditumbuk, masukkan pes serbuk kari sehingga naik minyak. masukkan daging dan gaul sebati.
3. masukkan bawang, daun bawang dan garam. gaul sebati. masak hingga kering kuahnya.
4. panaskan acuan kuih cara di atas dapur, sapukan minyak pada acuan, masukkan batter kuih cara. kemudian masukkan inti kedalam batter kuih cara tersebut. hias dengan cili merah dan daun sup.
5. biarkan 7-8 minit atau sehingga kuih masak. 

Thursday, January 19, 2017

Bow tie pasta pulak...

 pasta sup sempoi yang mudah dimasak dan sedap dimakan... sebabnya memang sangat tidak rajin nak masak nasi bila tak de yang nak makan... memasing balik kerja dah lewat, so makan yang rengan2 jer la kononnya... mudah lah kerja tukang masak macam ni kan..

kak rose ni masak tak de resepi, asalkan rasa sedap buat kami sekeluarga, kira ok la tu kan.. bahan2 sama jer macam yang kak rose buat untuk spiral pasta tu cuma tukar jenis pasta dan tambahkan tauhu.... Alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga.

Wednesday, January 18, 2017

OSSJR

OSSJR = old school style jagung rebus

Tuesday, January 17, 2017

tepung malas

 Asalamualaikum dan selamat pagi kawan2 semua... ha... ada yang pernah dengar tak nama kuih ni. sebenarnya ni adalah cekodok pada kak rose, ada yang panggil jemput jemput, cucur udang dan bermacam nama lagi.... dan nama tepung malas ni my MIL yang bagi nama cam tu... tak tau lah ore kelate memang panggil jepuk ni sebagai tepung malah@malas!

dan ni lah dia tepung malah ie cucur udang malas kak rose.... dam semua dalam tu.... isi udang buh banyak2, taugeh, daun kucai, bawang besar, telor dan tentunya lah tepung.. air secukupnya dan goreng terendam... nikmati sepuasnya dengan cili sos... esok pagi2 kita pergi ber brisk walk, kurangkan balik lemak yang menepek kat badan tu... aci kan cam tu!

Monday, January 16, 2017

Keeping fit, kononnya 2

Siri keeping fit lah kononnya.... the detail of last week punya brisk walk...
semuga dapat memotivasikan diri untuk minggu2 akan datang.

Isnin 9 january 2017
 Selasa 10 january 2017

Rabu 11 january 2017

Khamis 12 january 2017

Sunday, January 15, 2017

Nasi kandar line clear

 kali terakhir makan kat sini sebelum kami tinggalkan pulau mutiara...bukan febret kami untuk nak makan nasi kandar ni, tapi bak kata orang, bila datang Penang mesti nak pergi jugak makan nasi kandar di line clear ni... so kak rose pun tak la lepas peluang.... walaupun hygienic kawasan tu memang boleh dipersoalkan, tapi pengunjung  seem tak kisah dengan keadaan tu... ramai je orang berbaris sepanjang masa! papan tanda line clear... tapi bila hari cuti memang line tak clear.... berbaris panjang hingga ke tepi jalan raya!

 makluman kepada pelanggan di tampal ditepi dinding bangunan jer!

 belum waktu lunch hour pun dah berbaris panjang...

 kari kepala ikan... not to my liking lah.

ni jer yang kami makan... kak rose suka ayam goreng whole leg nya... diluar garing tapi masih juicy dagingnya... walaupun tinggal gambar jer, nak jugak tepek kat sini sebagai kenagan semasa kami menetap di Pulau Mutiara...

Saturday, January 14, 2017

Bila monitor dah uzur...

 Monitor baru untuk CPU lama... monitor baru untuk gantikan yang juga Benq yang dah uzur... dah berusia hampir lapantahun! semasa masih di Penang ada sedikit saja spot putih defect tu... macam dua dot cam tu lah. tapi bila bawak mai Shah Alam dah jadi banyak pulak... dah siap assemble dan bila on kan jer petang tu,  dah jadi banyak pulak dot putih tu kat screen. en asben ni memang tak boleh dengan benda defect cam ni... cepat jer nak gantikannya... dan malamnya kami g ke subang parade .... dapatlah apa yang dihajati.... #benq #avled #gw2470 #hdmi... malam boleh tido lena dah!

kat kedai ni la en asben bought most of his computer accessories dan segala mak nenek yang berkaitan dengan komputer... even when we were in Langkawi dan Penang, kedai ni la jugak yang dituju... as if everything yang dia nak ada kat sini dan senang jugak deal dengan staff dia yang helpful...
  
dan balik rumah terus lah pasangkan... dan boleh lah guna dengan happynya walaupun poket koyak by almost enam ratus hengget! dan pas tu ada lah alasan pulak nak kan CPU yang baru... tengok pun dah tau.... bila dia dah survey dan banyak buat price comparison!