Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, November 29, 2021

Sayur sayur jer..

 sapa suka makan sayur, kita boleh geng lah... apa pun sayur semua kak rose sukaaaaa...

brokoli bawang putih

kacang panjang goreng dengan telor
baby nai pak goreng dengan udang
baby nai pak dengan carrot.
kacang bucis denag fillet ayam
petola masak lemak dengan udang kering
pack choy goreng bodo bodo...
tiap2 minggu mesti beli sayur ni... baby nai pak fresh goreng bodo2 pun sedap..
 

Friday, November 26, 2021

Menu sihat, katanya...

timun jepun+tomato+curly salad+telor rebus+popcorn chicken... sangat mengenyangkan....


tapi bila dah dicurah dengan sos cili dan mayonis banyak2 tu adakah masih boleh jugak dipanggil menu sihat? sendiri mau ingat lah kan!
 

Thursday, November 18, 2021

Bila malas malas...

ya, bila malas nak masak tapi nak jugak makan, maka cenggini lah jadinya....
semua taruk dalam tu dan rebus jer... tomyam dah siapppp.... tak perlukan nasik dah!
 

Monday, November 15, 2021

Sup daging


 Sup Daging


Bahan bahan:
Daging
1-2 biji ubi kentang - potong kecil
1 batang karot
1 batang celery
Daun sup
Bawang goreng
Limau kasturi
Garam
Ajino-moto

Bahan Penumis:
5 ulas bawang merah - tumbuk kasar
3 ulas bawang putih - tumbuk kasar
1 inci halia - tumbuk kasar
1 sup bunjut
Kulit kayu manis, bunga lawang

Cara cara:
Rebus daging menggunakan pressure cooker.

Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis semua bahan tumis sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan kemudian masukkan ubi kentang dan karot. Masak sehingga ubi kentang dan celery lembut.

Setelah daging empuk, tuang bahan yang ditumis ke dalam daging yang direbus. Masukkan garam, sedikit ajino-moto dan sesuaikan rasa.

Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng, daun sup serta sedikit air limau kasturi.

Sunday, November 14, 2021

Jom sarapan roti boom

lepas berbrisk walk 10k steps, meh la ganti balik kalories that burnt tadi tu... reward yang sangat tak bagus kan... tapi dengan janji weekend depan nak buat lagi... tak tahu lah tertunai ke tidak janji tu cuma masa yang kana menentukan... roti boom ni kak rose bli frozen dan reheat je bila nak makan. semuanya nak yang memudahkan kehidupan, tak perlu nak bersilat didapo sangat2, sarapan pun dah siap...
one for u and one for me... dua keping roti boom dengan nescafe o kosong untuk kak rose dan nescafe untuk en asben. buah navel orange jadi dayang pengiring sarapan kami pagi tadi... Alhamdulillah..
 

Saturday, November 13, 2021

Tidbit biji gajus

charcoal cashew nuts.. besar2 biji gajus ni... kat mana lah derang tanam pokok gajus yang berbuah biji begini besar kan... sedap jugak gajus yang dibakar dengan arang ni.. rm29.90/250grm ni.
roasted cashew nuts... yang ni lagi sedap lah pada kak rose compare dengan yang diatas tu. biasalah kan, kita makan nak yang sedap saja. rm50/- per 500gm pack ni tapi kalau amik 2 pack dapat beli dengan harga rm88/-. so beli lah untuk kudap2 snek dipetang2 hari sambil menambah lemak!
 

Friday, November 12, 2021

Sayur kailan ikan masin

Bila ada kerajinan memasak walaupun cuma satu lauk dan sayur jer... itu dah memadai kan. zaman sekarang, naik lift tekan sendiri jer kan..ya lah nak makan, kena lah rajin kedapor! gitu lah!
 

Bahan bahan:-
3 pokok kailan gemok2
2 keping ikan kurau masin
5 ulas bawang putih
1 sdb sos tiram
2 sdb minyak masak 
 
Cara menyediakkannya:-
 
Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
Masukkan sos tiram dan sedikit air
Masukkan sayur dan akhir sekali masukkn ikan masin.
Jangan terlalu lama. Sayur ini sedap digoreng ranggup 
 
ikan masin kurau yang kak rose guna... goreng banyak2 dan simpan, selamat dapur dari bau wangi ikan masin kan
 

Thursday, November 11, 2021

Kerabu daun selom


 Laaaaamaaa sangat teringin nak makan kerabu daun selom ni...kalau dulu bila hujung minggu selalu makan kat restoran azira tu macam2 kerabu boleh rasa... memang kalau g makan kat situ kak rose tak de amik lauk lain dah. nasi dengan bermacam kerabu dan juga pecal memang dah jadi menu wajib lah. kini semuanya dah tak macam dulu lagi kan... so kalau nak makan buat lah sendiri jer, ni kalau ada tauge lagi sedap kan bubuh dalam kerabu selom ni... tapi yang ni pun dah rasa puas lah dapat makan dah... jom tengok resepinya...

2 ikat selom - hiris halus (kak rose buat seikat jer)
1/2 cawan kelapa putih- disangrai sedikit hingga kering dan wangi. (jangan sampai perang)
1 tangkai cili merah dihiris 
**5 biji cili padi (ikut kepedasan memasing la ya)
**1 batang serai
** 3-4 ulas bawang merah
**segenggam ikan bilis dibersihkan (kak rose ganti dengan udang kering)
***kisar / tumbuk halus semua bahan bertanda **
1 biji limau nipis saiz besar-diperah jusnya
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1 Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Perahkan jus limau nipis. Boleh tambah kalau suka lebih masam. Masukkan garam dan gula secukupnya. Gaul sebati.
2. Sedia dihidang.

Wednesday, November 10, 2021

Mirepoix untuk Ali

Bila cucu dah boleh makan, maka sinenek pun rajin lah nak try bermacam resepi untuk baby yang dah ada lesen untuk solid food.. dan kebetulan pulak ada mrepoix ni lalu kat wall fb dan bahan pun mudah dapat.. so jom la try buat untuk baby ali ni.. hari ni ali dah 7 bulan dan 6 hari..
Bahan untuk mirepoix tu cumalah macam gambar kat atas ni dan dia punya ratio pun ada tu.. bawang tu guna bawang holland ya.  cumanya unsalted butter tu kak rose guna 1/3 bahagian untuk menumis. no other additional bahan dah, cumanya kalau susah nak blend boleh lah tambahkan air sikit..
tumiskan hingga layu, sejukkan dan lepas tu blend hingga halus lah... masa ni lah kak rose tambahkan sedikit air masak dalam blender tu..
dah siap, bubuh dalam bekas kecik2 cam ni dan frozenkan. bila nak guna, masukkan satu bekas tu dalam masakkan bubur dan mirepoix bubur dah ready. 

selamat menjamu selera ya sayang mamanek.
 
 

Tuesday, November 9, 2021

Breakfast sihat?

terjumpa menu ni kat ig kualihelena yang femes tuh... macam2 boleh kongsi dan semuanya sedap2... dan yang paling bestnya dia siap ada video cara2 nak buat tu yang lagi mengujakan nak buat kan... sementara bahan semua pun ada jom la buat untuk sarapan walaupun tak berapa nak sihat kejadiannya... tu lah pepandai menderhakan resepi. tapi kita yang buat diakan, yang penting sedap lah untuk tekak sendiri. gitewww
bahan dan cara nak buat tu boleh lah singgah kat ig kualihelena @sandwich tu ya... terima kasih kongsikan tapi kak rose ni tak rajin nak menaip lah... batu besar ade atas jemala, tu yang jadi malas sangat dah
dan untuk kira nak brekfast sihat tu, kak rose gandingkan lah dengan green kiwi ni... Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi.
 

Monday, November 8, 2021

Sup bebola ikan

sedap menghirup sup ni tanpa nasik..exercises dah berkurang sangat, so kalau boleh nak jugak kurangkan amik nasik tu...boleh percaya tk? berangan tu kan percuma, kan..
jerang air dan masukkan semua, perasakan dah siappppp
no daun sup tak mengapa, batang celery dan masuk sekali dalam tu..
tabur bawang goreng dan nikmatilah dengan berseleranya... tambah pulak ada jambu batu lohan gaul dengan asam pakchu916 ni... sedap sangat. Alhamdulillah dengan rezeki Allah.
 

Sunday, November 7, 2021

Lempeng pisang

suka buat comel2 cenggini... sekeping sekali ngap jer! boleh buat untuk breakfast, time snacking atau pun untuk minum petang... kita yang nak makan dia kan... any time pun boleh lah kan...
pisang yang bawak balik dari kampung, masa amik tu tak masak lagi pun tapi bila dah dalam bonet kereta, sampai rumah dah nak kuning semuanya... sehari selepas tu memang dah ranum sangat lah... endup jadilah lempeng ni..
kena banyak sabar, tapi sekejap jer masaknya bila guna non stik pan ni..
resepi ni guna tepung yang sangat sedikit, lebihkan pisang tu memang sedap lah jadinya... no sugar added, dah cukup manis dengan pisang yang sedia manisssss..
 

Saturday, November 6, 2021

Ikan tongkol masak singgang

tak cukup dayang pengiring kita guna jer apa yang ada dalam fridge kan... cili hijau yang besar2 macam yang selalu letak dalam singgang ni pun tak jumpa, so cili hijau ni jadi lah penyelamat. bende pun tak de... so seadanya je lah... tapi sedap lah ditekak en asben yang request menu ni.. terima kasih yang kongsikan resepinya dan mintak permission nak tepek kat sini untuk rujukan lain kali, maklumlah sajalah seumur hidup rasanya ni baru kali kedua masak ni. boleh gitu??

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ikan tongkol
  • 3 biji bawang putih (dihiris nipis)
  • 3 biji bawang merah (dihiris nipis)
  • 1 inci lengkuas (dihiris nipis)
  • 1 inci kunyit hidup (dihiris nipis)
  • 7 biji cili api
  • 4 batang bendi
  • 5 keping asam gelugur
  • 4 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Basuh ikan tongkol sebersihnya.
  2. Masukkan air ke dalam periuk secukupnya.
  3. Apabila air telah mendidih, masukkan hirisan bawang putih, bawang merah, kunyit hidup dan lengkuas ke dalam periuk.
  4. Kemudian, masukkan pula ikan tongkol, asam gelugur, cili padi dan bendi.
  5. Masukkan garam dan gula secukupnya.
  6. Siap untuk dihidang dan dimakan bersama nasi panas.


 

Wednesday, November 3, 2021

Bye bye shah alam...

 Terima kasih semuanya...


 

Tuesday, November 2, 2021

Eh!!! ada lagi rupanya...

 Asalamualaikum dan salam November... ish ish.... ade lagi rupanya blog ni kan..dan nak ke penghujung tahun baru muncul, baru jumpa jalan pulang yang dah lama sangat tersesat tu... ade je masak2, tapi vit m tu dah bertepek banyak sangat so memang gini lae jadinya... sementara tu nikamti lah buah2 yang harapnya tak basi kalau lama tak de new update kan...🙏🙏