Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, June 29, 2012

Mari berjimat cermat....


Salam Jumaat penghulu segala hari pada semua.... ni bukan bahan2 untuk nak buat sekut ya adik2 sayang.... ni adalah cara nak berjimat cermat, menyelamatkan duit hubby dari g ke spa buat facial memanjakan kulit muka tu, tp ni adalah nak buat homemade exfoliant.... semalam terbaca kat blog Bunga dan Coklat tentang DIY facial kat rumah.... so kak rose pun gigih lah menggogle cari yang sesuai dengan kulit kak rose yang dah kematu ni…. kesian kulit muka kita ni taw! malas sangat nak belai manja2…. sejak kehabisan nutrimetic scrub tu mmg x bli dah…. guna je yg 3 per set tu … tu pun kadang2 malas gak! so bila terbaca boleh buat sendiri n sangat menjimatkan sbb bahan2 yg dugunakan semua ada didapur, why not give it a try la kan…. antara bahan2 nya…. So pilihlah yg mana sesuwai dengan kulit kita kan…. pada kawan2 yang nak try dan berjimat cermat macam kak rose ni kak rose cnp kan kat sini.... nak baca semua ada kat sini

http://www.ehow.com/how_2242094_make-exfoliant.html?utm_source=dgmodule&utm_medium=3

Homemade Exfoliant Instructions

1 Decide which exfoliant is right for you. If you have dry skin, try oatmeal. If you have sensitive skin, try baking powder. If you have normal skin, try baking soda or brown sugar. Place a teaspoon of your main exfoliating ingredient on a small plate.

2 Add a teaspoon of molasses, honey or olive oil to the exfoliat. Olive oil is the best choice for dry skin. Because the molecules in olive oil are the same size as human sebum cells, your skin is nourished in the same way your own natural oils provide moisture for the skin. In your case, your skin is too dry to do so on its own. It needs a little help. (For sensitive skin, try using a gentle additive like honey.)

3 Mix the two ingredients together and gently rub into your skin. Remember, to use one teaspoon of the exfoliant ingredient and one teaspoon of a gentle carrier ingredient. Your mixture should have a gravy like consistency. It will smell and taste delicious! However, baking soda can be salty, so be careful not to consume to much during the application process.

4 Gently scrub your face, moving in a small circular motion. Be sure to get your neck and chest area, too. Avoid contact with the eyes. Rinse with warm water.

5 Pat your skin dry. (Never wipe rub the skin after an exfoliation.) A good facial moisturizer should be used once the face is completely dry. Repeat this process a maximum of twice a week. The removal of dead skin cells will help you to have a consistent, vibrant, and healthy complexion.

Tips & Warnings

  • Rub gently in a circular motion and pat dry.
  • You should only use exfoliats once to twice a week. (Avoid daily use.)
  • Always moisturize after exfoliating.
  • Since these exfoliants have no preservatives, any excess product must be discarded (use it on your elbows & knees)

since my skin is dry type, kak rose guna combination of oats n olive oil jer (grind oats jadi serbuk n mix dengan olive oil tu) selamat mencuba dan selamat berjimat cermat ya adik2.

Abok-abok

salam dan selamat pagi semua.... dah lama rasanya x buat abok-abok pebret ni. apa saja kuih yg berasaskan sagu mmg jadi pebret kak rose. gigih malam2 g kedai dengan uniform malam saja nak bli sagu ni. bila teringin nak makan mengalahkan orang mengidam.... dan dan tu jugak nak makan! gila apakah? abok-abok ni kak rose buat petang untuk minum petang semalam.... tp kenapa ada sagu biji yg masih putih2 x kembang sepenuhnya. frust tau cenggini!

resepi dari Myr oleh cikgunita, mekasih ya kerana share resepi pebret kak rose ni.... izinkan kak rose kongsikan kat sini lak ya. siksa sungguh keras tangan kak rose nak buat calong kelongsong tu... ada saja yg terbarai2 jadinya! haissshhhhh!!!

Bahan-bahan
  • 2 cawan sagu biji.
  • 2 cawan kelapa parut putih
  • 3 sudu makan gula merah
  • 3 sudu makan gula pasir
  • secubit garam.
  • 10 calong daun pisang. Lidi penyemat

Cara-cara

  1. Basuh sagu dan toskan 5 minit.
  2. Gaulkan sagu dengan kelapa. Tambahkan garam.
  3. Campurkan gula merah dengan gula pasir.
  4. Masukkan 2 sudu campuran sagu ke dalam calong daun pisang. Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan akhirnya masukkan 1 sudu campuran sagu.
  5. Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit. Siap.

Thursday, June 28, 2012

Roti jala n kari ayam

Asalamualaikum dan selamat pagi semua.... harap2 pagi ni akan seceria mentari yg akan bersinar terang sepanjang hari hendaknya. dan dengan hati yang ceria kak rose nak tayang juadah kak rose petang semalam.... aka dinner sekali lah. rasanya dah lama sangat x menjala ni.... dan kebetulan tengahari semalam kak rose masak gulai kari ayam.... dan sengaja masak dengan banyaknya untuk nak dicicah dengan roti jala ni.... so kalau masak berlebih pun x lah membazir kan.... alasan apakah?

nak buat roti jala yang kaler maler tu malas lah pulak... jadilah satu kaler jer asalkan ampak cantik kan.... lagi pun masih teringat kata skin specialist tu yg soh kak rose avoid food colouring! tp ada jugak curi2 makan yg ada kaler2 ni wpun x selalu. takut jugak kalau gegata tu menyerang lagi! mesti beringat2 la kan.

resepi roti jala ni kak rose masih guna yg pernah buat dulu kat sini.... mmg stick dengan resepi ni, mekasih Ummi. resepi simple yang sangat menepati citarasa. sekali lagi kak rose kongsikan resepinya kat sini ya. terima kasih juga pada nor secubit garam yg mulakan buat roti jala kaler maler ni.

ROTI JALA by Ummi

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning (kak rose x buh tp tambah kaler merah)

Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sabati.
Perapkan selama 1/2 jam .
Panaskan kuali dgn api sederhana.
Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
Tebar/kirai adunan atas kuali.
Biarkan hingga roti jala tu masak.
Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.

Wednesday, June 27, 2012

Stok bekpes kanak2 riang....

tu dia banyaknya stok sarapan kanak2 riang (eh bujang da) dalam rumah ni.... hari2 nak bekpes dengan menda ni.... tp elok jugak sbb maknya senang keja x yah nak susah2 sediakan sarapan kan.... dasar mak yg pemalas, hari2 mak n ayah cuma bekpes roti bakar je, jadi anak pun naik jemu... so ni sebagai pengganti. dari kecik sampai dah bujang pun masih jugak nak bekpes dengan koko crunch ni. dan sementelah ada offer kena lah simpan stok.... cuma 10.99/kotak yg 500gm instead of 14.99 yg harga biasa tu... (ni la cara nak berjimat cermat kan....) ari tu bli 2 kotak dah abes pun, so ari ni tambah dia punya stok la untuk dia bekpes masa musim cuti semester ni.

makanlah sampai jemu nnti.... tapi entah bila la dia ni nak jemu dengan menda nih!

Kuih cara manis

salam dan selamat pagi semua..... sarapan apa lah agaknya kawan2 kat luar sana.... yg malas nak sediakan, cari sajalah dikedai kan..... bermacam2 ada tinggal nak pilih jer! kak rose macam biasa je sarapan dengan roti bakar sapu butter dan satu mug of susu omega dan nescafe o tanpa gula. tapi pagi ni nak entrykan kuih cara manis yg kak rose buat petang semalam.... kuih ni mmg kesukaan anak dan mak bapaknya jugak. lama rasanya x buat kuih ni, bila buat triplekan the adunan pun sekejap je abesnya untuk kami anak beranak.... sedap la tu gamaknya kan! laju je anak bujang kak rose makan!

resepinya kak rose amik dari Myr oleh junjs11... banyak kali dah buat dengan resepi ni, sbb sangat menepati selera kami anak beranak. kak rose kongsikan resepinya kat sini pulak ya.... mekasih junjus11. kak rose buat 3 kali ganda adunan ni barulah dapat makan puas2!

Bahan-bahan

  • 100gm tepung
  • 200ml santan sederhana pekat/susu segar
  • 1 sudu besar jus pandan (jun guna esen pandan sbb daun pandan x d)
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • gula sebagai inti

Cara-cara

  1. Campurkan tepung, santan, telur dan garam. Kacau rata. Kemudian masukkan jus pandan dan pewarna hijau sedikit. Jika terlalu berketul, tapis.
  2. Panaskan acuan, lengser ngan minyak. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan 1/2 sudu teh gula atas setiap satu kuih dan tutup acuan sebentar.
  3. Pastikan api kecil supaya kuih tidak hangus, sbb kuih ni cepat masak, dalam 1-2 minit aje..

Monday, June 25, 2012

Ikan tenggiri black pepper

Asalamualaikum dan selamat petang semua.... dah petang baru dapat nak ngadap menda ni sbb tengahari tadi g jenjalan cuci mata kat subang parade.... jadi sudah tentulah sabdek pun kat luar la kan. sebenarnya sepagi td kat rumah ni x de air, entah apa sbb pun x tau... x de announcement pun, tetiba je x de air... nasib baik jugak kat rumah ni ada tangki air kalau tidak kan susah dibuatnya! boring duk rumah x de air terus lah g jenjalan... dan petang baru dapat masak.

ikan tenggiri black pepper ni kak rose amik resepi kat rumah Ady Greatsword Empire Kitchen. mekasih ya share resepi ikan ni dan kak rose mintak izin nak kongsikan kat sini lak....

500 gm ikan tenggiri (kak rose guna 3 keping jer)
1 cawan kicap pekat black pepper
1 cawan minyak
1 tsb kunyit
1 tsp garam
sedikit air (tambahkan air kalau nak berkuah)

bahan hiris:

1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili hijau (kak rose x de - x letak)
2 biji cili merah
1 pelepah daun kari

cara-cara:

1. ikan dibersihkan dan digaul dengan kunyit dan garam. gorengkan seperti biasa tp jangan garing

2. keluarkan separuh minyak dan masukkan bahan yg dihiris bersama daun kari. kacau rata

3. masukkan kicap pekat black pepper dan garam, gaul rata

4. masukkan air, tambahkan air jika nak berkuah dan suaikan rasanya

5. tuangkan kuah atas ikan. siap

Sunday, June 24, 2012

Kangkung tumis udang kering

sayur lunch tadi untuk kami anak beranak... sedap sangat... resepi asal dari Ha Sue @Myr kangkung tumis belacan, tp sbb kak rose x makan belacan jadi cuma lebihkan udang kering tu n skip la tang belacan tu.... mmg sangat sedap. sorry ya Sue kak rose derhakakan resepinya.... apa pun mekasih dan kak rose nak sharekan resepinya kat sini pulak....

Bahan-bahan

  • 1 ikat kangkung segar
  • 1 tangkai cili merah(nak pedas,bubuh la cili padi ikut citarasa)*
  • 2 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • Segenggam ikan bilis/udang kering*
  • 1 sudu makan(atau lebih) belacan* (kak rose skip tang ni tp lebihkan udang kering tu!)
  • Garam dan perasa(ajinomoto) secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

Cara-cara

  1. Potong kangkung mengikut citarasa,bersihkan dan toskan.Bahan2 yg bertanda * ditumbuk hingga hampir lumat (kak rose blend je semuanya)
  2. Bila minyak sudah panas,tumis bhn2 yg dah ditumbuk tadi dan kacau hingga naik bau atau sedikit kekuningan..
  3. Masukkan garam dan perasa. Kacau jap then masukkan kangkung.
  4. Gaul rata dan kacau sehingga masak(jgn terlampau masak,x sedap plak) Bagi yg suka berkuah tu,leh bubuh sedikit air dan bila kuah dah mendidih padamkan api..
  5. Hidangkan segera dengan nasi panas..! (hepp!org dlm pantang takleh mkn kangkung,org tua2 ckp takut sejukkk)huhuu.. :
buat jugak gulai daging dengan kentang.... akceli daging masak lemak cili api yang kaw punya... stail negeri 9 yg x de bawang segala.... n santan bapak main pokat! tu yg buat tersangatlah sodapnya!

dan yang paling best antara lauk tu nilah dia..... ikan masin gelama.... gandingkan dengan gulai daging tu mmg bepoloh2 makan!

Alhamdullilah, kenyang kami anak beranak makan nasik dengan lauk yg simple tp sangatlah menyelerakan.... ikan masin tu boleh lah makan selalu kan sbb mmg kurang garam dalam darah. betul kah wahai tuan doktor?

Saturday, June 23, 2012

Terung goreng cili n udang kering

Salam dan selamat berhujung minggu semua.... apa agaknya hidangan untuk keluarga dihari2 cuti begini? ramai agakny yang gantung piok belanga pada hujung minggu cenggini kan... tp buat kak rose kena gak masak sbb anak pun ada dirumah, cuti sem.... tp ayahnya pulak ada assignment hari ni... so lunch berdua ngan anak jer dan masak simple mimple jer la....buat terung goreng bercili dengan udang kering, sup ayam+kentang n goreng telur dadar jer... Alhamdullilah kenyang kami 2 beranak.

terung goreng bercili ni kak rose pernah buat dulu... dan bila dah tau sedapnya jadilah ianya berulang2 masak dan berulang2 jugak nak tepek kat sini. menu sedap ni asalnya dari AlongRoz, mekasih ya Along dan sekali lagi kak rose kongsikan kat sini...

Bahan2:

2-3 terung panjang (kak rose guna 1 jer tp mmg pannnnjang)
2 biji cili merah*
3 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
2 tsb udang kering* (*dikisar)
garam

Cara:

1 Gorengkan terung dalam minyak yg sedikit hingga kekuningan.
Angkat dan letak dalam serving plate
2 Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumiskan bahan kisar tadi hingga wangi
curahkan atas terung yang telah digoreng tadi. dah siap.

Friday, June 22, 2012

Kerana kau tangan ku sakit!

samperit oh samperit.... kerana kau habis seluruh urat badanku tipilanjat woooo!!!

Adoyaiiii!!!! habis sakit2 tangan dan badan kak rose kerana buat kerja ni.... dari mula lagi kak rose rasa mmg x terbuat kerja cenggini, tapi dia beria2 mintak tolong sbbb x de pembantu. konon nak menolong kawan yg buat business biskut raya tp baru hari pertama kak rose dah surrender... x larat nak menekan acuan samperit nih! tp sbb dah janji kak rose abeskan jugak sampai hari jumaat tadi, so masa hari rehat sabtu dan ahad nnti dia akan dapat cari pengganti. mmg kak rose x daya nak buat kerja cam ni... pemalas sangat ke kak rose ni?...ni lah pengalaman kerja kak rose selama 3 hari!

tengoklah ni yang kak rose buat.... ada herot merot sana sini, tp dengan sabar kak Yam tu betulkan bagi lurus masa dia potong.... bila dah betulkan jadi cantik jer kan cam kat bawah ni... kena puji diri sendiri la kan!

bila dah potong pendek-pendek ni dah x nampak yang herot merot tadi tu.... and ready to go into the oven.... yang dah kuor oben lupa lak nak amik gambarnya!

final result..... biskut samperit yang sangat rangup n sedap tersusun dalam baotol dah.... about 80 to 90 pcs/bottle. ada sapa2 nak oder?

Yang ditunggu dah tiba....

the arrival..... moto naik lori!

new big boys toys in the house.... setelah sepuluh hari gelisah menunggu, akhirnya sampai jugak pada hari ini.... masa booking tu kata boleh dapat paling lewat pun dalam masa seminggu, dua hari lepas booking tu kita pun terus buat full payment for the bike.... tp bila dah bayar habis ada je alasannya, stock x sampai lagi, no plate x dapat lagi dan macam2 alasan..... so kita pun wait and wait and wait. bila dah sampai hari ni dia cuma bawak geran n additional invoice for wind shield, plate no n slider.... lesen L yg dia dah buatkan n the free gift pun x bawak.... kena pulak pegi kedai dia nak claim tu suma! haiyaaaa!!!

baru turun dari lori....

tuan punya toys sedang mendengar penerangan dari mekanik
dengan berlatar belakangkan pokok pisang yg subur.....

Thursday, June 21, 2012

Bingka kelapa pandan lagi....

Bingka kelapa pandan ni buat dua hari lepas dah.... tp nak jugak tepek kat sini. sebenarnya yang buat ari tu mmg x puas makan so kali ni buat lagi dengan double the adunan.... nak makan sampai puas gitu! amik kaw! x terabes dibuatnya.... ni lah kalau dah tamak kan... masih guna resepi yang sama macam kak rose tepek kat sini dari kak Wan. mekasih ya.....

kali ni bakar guna loyang sm yang satu2 nya kak rose ada.... x mamapu dek non oiiii nak bli banyak2.... mahal siot!

baru keluarkan dari sm yang comel dan mudah digunakan nih! sedap, garing tepi2 bucu tu.

Wednesday, June 20, 2012

Beli satu percuma satu!

ari tu semasa bli barang dapur, amik jugaklah tempura kegemaran ni.... buat stok masa kecemasan dan jugak bila kemalasan melanda.... so adalah benda dah ready nak digoreng dan dingap. masa membayar dikaunter tu budak cashier tu kata kenapa amik satu jer? tp mmg sebab kat rumah pun mmg ada lagi so amik sepeket je la.... so dia kata kena amik dua la kak sbb beli satu percuma satu! aik!, masa amik kat freezer tadi x dak tulis pong, jadi kami x tau ler.... so dia soh g semula amik satu peket lagi.... dengan lajunya kak rose pun g semula kat freezer tu.... barulah ada promoter announce yg bli satu percuma satu! takut jugak kalau2 menda ni dah nak expired ker, tp bila tengok dia punya expiry date dia pada Jun 2013. Alhamdullilah, rezeki kan....

so ni lah juadah minum petang aka dinner kami tadi.... fish nuggets n tempura chicken nuggets, makan panas2 bersama secawan nescafe dan kak rose dengan susu omeganya. Alhamdullilah, kenyang sudah. tapi jari2 n lengan kak rose yang beso ni dah sakit2 sbb tolong kawan buat kuih semperit tadi... rasa x larat sungguh! camner nak buat lagi esok nih?

Ayam ungkep

Asalamualaikum dan selamat pagi semua..... pepagi kak rose dah tayang ayam yg kak rose masak petang semalam.... ingatkan anak nak balik nnti nak makan, tapi rupanya baru nak balik pagi ni sbb nak kena kemas dorm tu dulu baru boleh balik. jadi lauk yg kak rose dah siap masak ni terus saja masuk dalam fridge, sbb malam mmg kami jarang makan nasik. so kira ari ni lauk dah siap lah tinggal panaskan semua saja. lagi pun pagi ni kak rose nak kena tolong kawan yg nak siapkan tempahan biskut raya..... wah dah nak raya je rasanya, tp puasa x lak pulak nak rasa dulu!

ayam ungkep ni pernah buat dulu dan resepi dari nduk hana, mekasih ya nduk sekali lagi kak rose kongsikan kat sini ya..

Ayam Ungkep~ by Hana
Bahan-bahan
  • 500g ayam - dipotong kecil (kak rose guna 3 kpg whole leg)
  • *3-4 biji bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *2 sudu makan ketumbar
  • *1 sudu makan jintan putih
  • *1-2cm kunyit hidup
  • *1cm halia
  • *5-6 bijik cili padi - jika ingin ungkep pedas
  • 2 batang serai - ketuk. kali nih blend@tumbuk jerk skali
  • sedikit air asam jawa@ sekeping asam keping
  • garam
  • air

Cara-cara
  • tumbuk@blend bahan yg bertanda *.
  • panaskan minyak. tumis bahan tumbuk dan juga serai hingga pecah minyak.
  • masukkan ayam. tambahkan air sedikit. tutup piyuk@koli. masak hingga ayam masak.
  • masukkan air asam jawa@asam keping dan juga garam. jika suka leh letak serbuk perisa.
  • bila dh agak kering tutup api. hidangkan ngan nasi putih panas.

Tuesday, June 19, 2012

Bila malas nak masak nasi....

tu dia tajuk bagai x hengat! ada x kengkawan2 yg malas macam kak rose ni? makan nasi nak saja tp sangatlah malas nak masak.... ialah bila keseorangan dirumah makan lah apa saja yang paling mudah nak disediakan..... dan yang paling penting cepat je dapat ngap! x yah nak duk kat dapo lama2kan...mmg dasar pemalas! pas tu dapat ngadap komputer sambil ngap menda ni.... kawan2 suma jangan ikut macam kak rose ni ya.... x baik malas2 ya! kalau rajin petang nnti nak masak jugak sbb anak bujang nak balik, cuti semester sudah. agaknya pas ni hari2 kena rajin masak la kot?

lunch malas ari ni, fish cutlet yg kak rose potong kecik memanjang n goreng, buat coleslaw n potongkan salad+timun jepun+tomato n cicah dengan cili sos.... lunch ready! Alhamdullilah dah kenyang.... tp x tau lama mana boleh bertahan nih.... jangan pas ni g kodek dapur cari menda lain pulak dahlah!

Monday, June 18, 2012

Apam beras..... lagi

hari tu ternampak kat rumah Yatie, cantik berposing dengan kaler hijau lembut terus hati terpikat..... dah tau kesedapannya, bila ada belen nasik mesti teringat nak buat apam ni.... sedap dan mengenyangkan, tu yang jadi rajin sket nak buatnya.. dan bahan2 pun mudah, yg sllu ada didapur setiap masa. banyak kali dah buat apam ni tp nak jugak tepek kat sini.... kira nak tunjuk rajin pada diri sendiri lah ni kan....

buat apam ni untuk minum petang tadi aka dinner sekali.... dinner kami mmg jarang sangat nak makan yg heavy... cukuplah dengan apam ni dan secawan nescafe.... tp kalau berketul2 makan apam ni bukan ke sama je kalau amik nasik kan? sbb apam ni pun base dia nasik n tepung beras jugak.... apa2 sajalah asal kenyang kan! resepi penah tepek kat sini satu adunan ni dapat sangatlah banyak.... dan dapatlah jiran kak rose merasa apam sedap nih!

Sunday, June 17, 2012

Ayam masak halia kicap

bila sibuk2 nak masak tp x tau nak masak apa... mula lah terjah kat dapur yang banyak menu ayam..... sllunya kalau banyak masa kak rose akan selongkar dapur kawan2 cari resepi yg sedap2.... ari ni kak rose selongkar dapur Yatiememories.... dah lewat sebenarnya baru nak masak.... pagi g tesco dulu, nak bli barang sikit jer.... tp bila dah sampai kesana selagi troli x penuh, ad je yg nak diblinya.... tp hari ni dapat udang size xxl dengan harga 15.90/kg.... segar2 lagi dan kak rose pun amik sampai 2 kg... x pe boleh buat stock.... dan yg x bestnya beg uncang kak rose yg sangat disayangi telah tertinggal kat tempat pilih udang tu.... bila teringat terus g balik kat situ mmg dah kimsalam lah kan... dulu sekali pernah tertinggal kat kaunter bayaran, tp nasib baik cashier tu tolong simpankan.... kali ni mmg dah x de.... mmg dia nak hilang kat tesco jugak gamaknya!....

panjangnya merapu meraban kak rose! nak citer pasal ayam jer tp dah terlajak kemana pulak kan.... resepi ni kak rose amik dari rumah Yatie, yg asalnya dia pun amik dari dapur CMG.... kak rose ni hari2 pun selongkar dapur CMG, maklumlah sifu masak2 yg banyak boleh dirujuk kat situ...

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1/2 ekor ayam, potong 9 atau 10 bahagian (kak rose guna 3 kpg whole leg)
  • 1 1/2 inci halia muda, hiris
  • 1 biji bawang besar hiris
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 1 cawan air
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 tangkai cili merah, hiris
  • 5 biji cili padi-hiris, Yatie tambah sbb nak pedas sikit
  • 1 btng serai-di ketuk, Yatie tambah
  • 1/2 camca teh cuka makan
  • 1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan perap dengan jus limau nipis dan garam sekejap. Cuci kembali dan cucuk dengan garfu dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Perap 45 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan ayam dan goreng hingga ayam sedikit perang. Masukkan kayu manis, halia dan bawang putih, kacau rata. Tuang air dan kicap manis, bila mendidih, perlahankan api, renih hingga ayam empuk.
  3. Masukkan bawang besar, cuka makan, cili merah dan lada hitam, masak sekejap dan jika nak kuah lebih, tambah sedikit air, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat...Selamat mencuba..

makan dengan nasi panas2 bersama sayur kegemaran cik abe.... peria goreng dengan udang!

Lempeng pekak?

sarapan pagi minggu yang malas.... lempeng pekak? camner dapat nama tu kenalah tanya tuan punya resepi iaitu CMG.... dia bagi nama cenggitu, kak rose pun ikut lah! agaknya ada lempeng yang boleh mendengar kot.... so yg ni jenis yg pekak! entahlah. apapun kak rose ucapkan terima kasih pada mat yg bagi idea nak wat sarapan pagi dengan lempeng pekak ni.... asik kuor sarapan diluar pun jemu gak.... bila malas2 nak jalan buat je lempeng, abes cerita kan! gigih pepagi buat sambal tumis bagai nak cicah dengan lempeng ni.... Mat, kak rose cnp resepinya ya. mekasih.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum
1/4 camca teh baking powder (optional)
1 1/4 cawan air
2 camca besar minyak masak
Garam secukup rasa
Sambal tumis sebagai pencicah


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan diatas kecuali sambal tumis, kacau rata dengan whisk, atau masukkan dalam blender dan kisar halus. Biar 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan, lenser sedikit minyak masak, mat cuma sapu permukaan pan tu dengan paper towel bersih yang dicelup dalam sedikit minyak. Bila panas, tuang 1 senduk bancuhan lempeng, ratakan.
  3. Bila bahagian tepi nya kelihatan mengecut dan renggang dari pan, berhati2 terbalikan dan masak hingga perang keemasan, pada kedua2 bahagian. Alih dalam pinggan dan lakukan kaedah yang sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama sambal tumis....

Sotong goreng kunyit

sotong goreng kunyit lauk semalam..... apala kak rose ni kan, sotong dah jadi baja pun nak tayang jugak.... x kisahlah kan asalkan x cilok gambar orang lain punya.... betulkan? resepi dari CMG tp kak rose guna mana yg ada stok .... x pe kan mat kalau kak rose derhakakan resepi ni?

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram sotong, kerat, cuci bersih dan toskan
1 camca besar serbuk kunyit
1 camca teh tepung jagung
Garam secukup rasa
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris halus
Garam secukup rasa
Beberapa tangkai kacang sweet pea (atau kacang panjang, kacang buncis, pun boleh)
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Cili merah, buang biji dan dadu kecil, untuk hiasan
(kak rose gantikan dengan capsicum hijau jer....)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong yang telah ditos kering, digaul dengan serbuk kunyit, tepung jagung dan sedikit garam. Biar sekejap.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang putih hingga harum, masukkan sotong tadi dan gaul rata. Tambah hirisan bawang besar dan kacang sweet pea. Gaul rata dan tambah garam jika perlu dan secubit gula. Masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan daun bawang dan cili yang didadu halus sebelum dihidangkan..

sangat la sedapnya makan sotong.... tp pas tu x leh lupa makan ubat alahan! adoyai!!!!

Saturday, June 16, 2012

Cucur kelapa.... sambal kicap

selamat petang dan Asalamualaikum semua.... apa juadah minum petang ni agaknya... cuti hujung minggu cenggini ramai agaknya yang ambil kesempatan g makan2 kat luar... gantung piok segala la kan.... kak rose pulak buat cucur kelapa untuk kudapan minum petang ni.... godek rumah CMG cari resepi yg mudah2 dan sedap dingap gitu.... kalau cucur atau kak rose sllu panggil cekodok, walau isi apapun ttp jadi pebret.... cicah apa pun x kisah asalkn sedap ditekak. meh tengok resepinya yg kak rose cnp dari dapur CMG nih.... simple n sedap tp kak rose x buat lah sambal mayonis tu.... cuma kak rose cicah dengan sambal kicap jawa nih!

cucur kelapa yg lemak2 dan tambah heaven bila dapat cicah dengan sambal kicap jawa nih!

Bahan2nya :-)

1 cawan kelapa parut putih
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 camca teh baking powder
1 cawan + 2 camca besar air
Garam secukup rasa

Cara membuatnya :-)

  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali garam, gaul rata dan tambah garam secukup rasa, jangan letak banyak2, kasi rasa lemak2 sudah memadai. Rehatkan sekejap.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Basahkan hujung jari anda, kemudian jemputkan adunan tadi, guna hujung2 jari untuk menjemput adunan, dan berhati2 jatuhkan ke dalam minyak sederhana panas. (kak rose guna sudu jer)
  3. Buat 8 - 10 biji sekali goreng, bergantung pada saiz kuali dan kuantiti minyak yang anda guna. Goreng hingga kekuningan, angkat dan toskan.

Orange n apple salad

resepi yang kak rose dapat dari buku Salad's A Mini Recipe Book yang dah lama kak rose bli.... bermacam2 resepi salad ada dalam tu.... dengan presentation yang sangat cantik menggoda sangat lah teruja nak mencuba... tp kejadian nya x sama dengan yang kak rose buat.... bila dah campur dengan orange juice tu apple yg putih melepak dah jadi kuning pulak! tp dalam gambar tu masih putih bersih jer..... so tertanya2 dalam hati agaknya dia x mix kan kot? camner ya? ke resepi cam ni x leh nak ikut sangat cara dia..... lain yg ditayang dan lain yg dituliskan dalam cara2 tu? eh???? meh tengok resepinya....

bahan2nya

1 orange (cut into small cube)
1 apple (cut into small cube) (kak rose guna 1/2 each apple hijau n merah)
60gm shallot (shredded)
10gm black pepper (kak rose letak secubit jer)
5gm salt
20gm yogurt
50gm orange juice

cara-cara

mix well the orange, apple and shallot
add in yogurt, orange juice, salt n black pepper
serve fresh

Sayur ulang2

ni la namanya sayur ulang2 tayang yang kak rose buat tengahhari semalam..... menda yg kak rose suka nak makan selalu akan ada saja ulang2 membuatnya, tayangannya dan makannya! kak rose x masak nasik, jadi hirup sup sayur ni puas2... semangkuk beso ni pun x cukup.... ni la kepuasannya kalau kita buat sendiri kan.... dapat makan bertambah2, sampai puas! kak rose la tu kan.....

resepi mudah ni kak rose ada tepek kat sini dulu dari ilham kak besah.... mekasih ya share resepi mudah yg sedap! labu air tumis bersama suhun.