Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, January 31, 2019

Serawa sagu nangka

entry diakhir January, 2019

 serawa sagu nangka.. manisan yang sedap dengan gandingan sagu dan nangka tu... dan nangka yang kak rose bawak dari jauh nun diseberang negeri... nangka ni kak rose beli dipasar narathiwat temph hari... plannya memang nak makan fresh cam tu... tapi bila dah kena serang sakit belakang tu, segala plan pun dah berubah... dan mil pun pesan jangan makan dulu, takut hangin satu badan nanti. sudahnya kami bawak balik dan betapa lah dia dalam freezer... hingga hari ini ade sedikit kerajinan nak buat serawa ni..

Bahan-bahan:
 
150gm sagu
Air secukupnya
1/2 cawan gula putih (ikutlah kemanisan yang disukai)
1 mangkuk santan kelapa (kak rose guna satu kotak santan)
Secubit garam
Daun pandan

Cara-cara:
1. Basuh dan toskan sagu.
2. Rebus air hingga agak mendidih.
3. Masukkan sagu dan kacau sehingga sagu kembang.

4. Tapis dan lalukan bawah air mengalir untuk buang kanji, ketepikan dulu
5. Masakkan santan dan gula bersama daun pandan hingga mendidih. kacau selalu

6. Masukkan semula sagu tadi
5. Masukkan hirisan nangka.
6. Kacu sebati dan biarkan mendidih seketika.  Sila adjust kemanisan ikut selera anda. 

 
lemak, masin dan manis... cicah pulak dengan roti gardenia putih....bertambah2 kak rose makan! tak per esok rajinkan diri g brisk walk lagi... n make sure to achived the target,tenthousandstepaday tu!

Wednesday, January 30, 2019

Tak selalu dapat macam ni...

Alhamdulillah..

#targetachived
#keepingfit
#briskwalking
#tenthousandstepaday


Tuesday, January 29, 2019

Cekodok pisang gebuss

Asalamualaikum dan salam selasa...

 dah tengahari rupanya... cepatnya masa berlalu, tak sedar dah separuh hari berlalu... dah masak untuk keluarga ke kawan2 semua? yang ada anak2 sekolah pastinya juadah tengahari sudah sedia memanti kepulangan mereka kan... apa pun tulah tugasan murni seorang ibu yang tak pernah habis.... tapi buat kak rose memang jarang sekali nak masak lunch sementelah sorang jer duk kat rumah, anak dan en asben akan having their lunch kat office dan petang kak rose cuma sediakan sedikit hidangan yang ringan2 jer... macam cekodok pisang ni. ni pun dah cukup untuk dinner kami dinikmati bersama secawan kopi atau nescafe...

meh kak rose kongsikan resepi cekodok pisang yang gebus ni.... terima kasih azlita masam manis yang kongsikan resepi ni. gebus dan tak serap minyak... makan banyak pun tak rasa bersalah 😜😜

8 biji pisang emas ~ pisang yang lain pun boleh
3/4 camca teh soda bicarbonat (kak rose bubuh 1/4 cmt aje)
1 sudu teh baking powder ~ ita tambah
1 camca besar gula perang
1/3 camca besar gula halus (kalau suka manis boleh tambah)
1 cawan tepung gandum ( lebih atau kurang ikut adunan kalau terlembik tambah sikit tepung )
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng

Kupas pisang, lecek bersama gula, garam, baking powder dan soda bikarbonate hingga hancur.

Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, mat buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang. 
Tapi ini bergantung pasa saiz kuali yang anda gunakan.
Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap.

Monday, January 28, 2019

Memulakan langkah....

Doakan yang baik2 ya...

 untuk perjalanan ini...

 sehingga bertemu jari tuannya

 disuatu hari nanti..., Insya Allah. Aamiin

Saturday, January 26, 2019

Makan2 di Makin Makan

 Makin Makan nama kedainya... cuma sekali ni jer kak rose makan kat luar semasa jaga mil kat sepital tu... selebihnya tapau jer dan makan je dalam bilik wad... nasik kerabu, nasi dagang, nasik berlauk, pulut ayam semuanya mudah dapat dikawasan hospital yang memang menyediakan kawasan untuk berjual segala neka makanan untuk pengunjung dan peneman yang sakit...kebetulan dari bilik mil ditingkat dua tu, boleh nampak gerai tu kat bawah... so senang lah nak dapat bekalan makanan dan penjualnya semuanya adalah muslim thai... tak perlu risau tentang kehalalannya kan..

 dan makin makan ni juga kedai muslim yang terletak tak jauh dari hospital tu.. so boleh lah nak melangkah kat sini... tapi sayang tak reti nak baca menu, so tukang kedai kenalah explain apa yang tertulis tu... pilihan paling mudah, nasi goreng jer..

 nasi goreng ketam yang sedap... guna ketam fresh, tapi sayang setiap kali makan tu adalah tergigit kulit atau selaput ketam tu... a bit annoying pulak la walaupun nasik goreng ni sangat lah sedap pada kak rose... maklumlah perut tengah lapo, nampak apa pun sedap lah!

bertambah sedap dilawankan dengan seafood kerabu ni... actually no so seafood lah sebab ada fillet ayam jugak dalam tu selain udang, ketam dan sotong yang fresh... meratah pun sedap, cukup dengan masin, masam dan manisnya... yang paling best buat kak rose ialah sbb kerabu ni tak pedas... purposely mintak jangan buat pedas2... boleh kan? ok lah hari ni gantung piyok, nak g kenduri pulak....

Friday, January 25, 2019

Jumaat dan Surah Al-Kahfi

Asalamualaikum san salam jumaat, penghulu segala hari...

 Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk mengadakan majlis bacaan surah Al-Kahfi dirumah kak rose pada jumaat dua minggu lepas... walaupun sempit tapi meriah dengan tetamu yang datang.. dua kali kak rose buat majlis ni dalam masa terdekat... sebab nya tiada siapa yang sanggup nak adakan majlis kat rumahnya, jadi kak rose offer diri jadi tuan rumah lah... happy bila ramai yang datang.. dan bila terima offer dengan mengejut ni memang yang mudah2 jer la kak rose boleh sediakan... lontong jer tuan rumah mampu sediakan, tapi memang tak muat meja denga kuih pot luck yang dibawa oleh tamu kak rose. Alhamdulillah..

 nasi impit home made yang kak rose sediakan...

 nasib baik lah sayur2 ni ade stok kat dapo tuan rumah... mudah lah nak siapkan sebab memang tak sempat nak d kedai cari bahan, lagi pun derebar semua kerja... so masak jer apa yang ade kat dapo kan..

 pagi2 hari bersauna sediakan kuah lontong seperiuk beso ni... dapatlah tetamu tapau bawak balik lepas makan2... bila semuanya habis maka senang lah tuan rumah nak mengemasnya.

 sambal tumis kak rose sediakan malam tu...





selepas majlis, masa untuk berkemas pulak...

 antara tetamu yang awal sampai... kebetulan semua pepel pulak...😍😍


sebahagian dari kawan2 yang hadir.... terima kasih semua.

Thursday, January 24, 2019

Terima kasih hospital Rajanakarin

Alhamdulillah, syukur pada Mu ya Allah...


 ya syukur Alhamdulillah, Allah beri kesembuhan pada tuan tanah yang terpeleot sakit masa kat Narathiwat tempoh hari... kisahnya semasa bersama en suami bertunggu dihospital jaga emak yang sakit, kak rose pun sakit jugak... ni dah kali ketiga terkena sakit yang sama hingga nak bergerak pun rasa sakit sangat kat pinggang belakang tu... kali pertama kat sini, dan keduanya masa bulan puasa yang lepas... memula tu masih nak bertahan dengan harapan akan pulih sendiri lah... tapi nyata tersilap, makin ditahan makin sakit jadinya...

 
called a few private clinic, tapi mostly jauh dari hospital pulak. tak ade pilihan makanya pergilah report kat emergency department hospital ni... wad mil kat tingkat 2, so nak tak nak kenalah naik kerusi roda yang cantik ni... nasib baik ada sil yang pandai berbahasa thai untuk tolong uruskan dan berkominikasi dengan doc dan nurse... jadi masaalah jugak bila kita tak boleh nak communicate untuk bagitau sakit yang kita hadapi tu... no english for them, only bahasa thai.... lama jugak menunggu, and then kena g x-ray... sakitnya masa nak baring atas meja x-ray tu, tapi kenalah tahan jugak kan... nasib baik cepat jer dapat result... Alhamdulillah no fracture or what so ever....nerve terpeleot agaknya, maklumlah tak paham apa depa cakap...so the doc advice nak bagi jab, n baring semula kat emergrncy room tu dan asked to wait setengah jam hingga ubat bekesan, katanya...

 Alhamdulillah, after almost 45 minits after the jab... dah rasa much better, boleh bangun dan jalan walaupun masih ada rasa sakitnya tu... so macam biasa advice dari doc, kalau nak membongkok mesti bengkokkan lutut, no too much walking and so on lah... ubat yang dibagikan... ubat tahan sakit, ubat urat (according to my interpreter) dan juga ubat gosok. maklumlah kita baca tak keluar bunyi...😜😜 nasib baik tak overdose amik ubat tahan sakit tu... interpreter dah pusing kepala!  dan merasa solat duduk atas kosi selama tiga hari jugak lah...

 
 dan bill yang kena bayar... since kita ni pemegang passport antarabangsa, so tak dapat lah layanan seperti rakyat tempatan...tapi kira murah lah tu, siap dengan x-ray, consultation, jab n ubat2 kan...it is about rm74 cam tu je! tapi syukur sangat, doc n nurse pun sangat baik bagi layanan walaupun berkomunikasi macam ayam dengan itik! muga jadi pengalaman bila sakit ditempat asing yang kita tak boleh nak communicate dan baca tulisan mereka...Allah hu Akbar....

Wednesday, January 23, 2019

Perjalanan kami..

Lebuh raya timur barat Gerik-Jeli

perjalanan pergi pukul 1.47pm

masa balik at about same time ie 2.05pm

Tuesday, January 22, 2019

Tuan rumah bz lagi....

Asalamualaikum dan jumpa lagi didapo maya yang cacamarba nih....
seminggu jugak tak berjenguk kat sini...

 kasih anakibu... 💖💖💑💑

Alhamdulillah hari ini dapat meluangkan masa nak mengupdate dapo maya kak rose ni... dugaan Allah berikan tanpa ada tanda dan kami redha dan terima seadanya...dan syukur jugak segalanya dipermudahkan. Aamiin. selepas bz sepanjang minggu, hari selasa lepas, en asben dapat called dari adiknya yang mengatakan MIL tak sihat dan admitted kat sepital... maka kami yang jauh ni pun terus berkemas dan balik kampung lah pagi rabu tu...

 ya, dugaan Allah beri tanpa ada salam perkenalan... dalam perjalanan bila check angin tayar keta ni semacam ada yang tak kena jer... maklumlah nak berjalan jauh, so pergilah tanya kat petrol station tu kalau derang boleh tolong check kan... tapi tak de pulak peralatan dan derang soh masuk toll tapah dan cari kedai tayar kat sana... so memang nak kena belai dulu sebelum meneruskan perjalanan...  bayangkan barang kecik yang cuma berharga 6 ringgit tu boleh melumpuhkan perjalanan sebuah kereta. gantikan valve dan off we go meneruskan perjalanan melalui lebuh raya timur barat.

 jam 2.30 petang kami melalui lebuh raya timur barat Gerik ni dan kami terjumpa dengan kepulan kabus yang tebal... agak jauh jugak perjalanan dengan kabus tebal macam ni...melindungi pandangan ditengah lebuhraya hutan tu...masa ni ada sedikit drizzle. tapi Alhamdulillah lepas tu cuaca cerah dan panas semula sehinggalah kami tiba di simpang paglima bayu menuju ke rantau panjang. kami disambut degan hujan yang sangat sangat lebat... Allahhu Akbar...

 cuaca redup masa kami tiba di post immigresen sungai golok ni... tak ramai orang masa ni, maklumlah weekdays dan sekejap jer urusan kat sini dah settle... passport, insurance dan custom clearance untuk bawak kereta masuk... dan sebelum meneruskan perjalanan kena lah beli sim card dan tukar currency dulu... 1thb=0.13rm...rm1,300 for 10,000tbh 😭😭 bila rm ni nak naik balik kan???


talian hayat untuk kami berhubung bila berada diseberang..
 
 dan bila dah selesai semunya, kami meneruskan perjalanan menuju ke hospital dimana MIL warded... Rajanakarin Hospital Narathiwat... dan kami terus berada bersama MIL hingga lah discharge pada hari kempat warded.. nasib baik dapat single beded room yang luas dan selesa untuk kami bertunggu dan jaga dia dan Alhamdulillah dipermudahkan urusan dan mil kembali sihat dan cergas selepas kes keracunan makanan yang menyebabkan dia cirit birit hingga terpaksa admitted. dan ada hari ke lima kami tinggalkan mil untuk kembali semula ke shah alam...semuga mil sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan lindungan Allah sentiasa. Aamiin

Tuesday, January 15, 2019

Buah belimbing madu

Asalamualaikum dan jumpa semula kat dapo kak rose ni....

Alhamdulillah... dapat jugak nak update dapo maya ni... setelah berhari2 menyibukkan diri, akhirnya dapat jugak nak jenguk dapo ni. walaupun setakat entry dengan buah jer! sejak hari khamis memang kak rose bz sangat... hari jumaat tu kak rose buat majlis bacaan surah Al-Kahfi kat rumah, jadi  hari khamis tu mmg bz buat preparation... maklumlah semuanya buat sorang2.. so kena buat pelan2 lah... dan lepas majlis pulak kenalah kemas balik pinggan mangkuk semua kan.. dan pagi sabtu lepas subuh pulak kak rose dah gerak balik kg di johor... tengok kebun yang kak rose upahkan orang buat clearing pokok2 kelapa sawit yang dah tua tu... pagi ahad g pulak ke pejabat tanah batu pahat, uruskan bahagian tanah yang kak rose bagi pada adik. Alhamdulillah selesai dengan pejbat tanah, tinggal juruukur akan uruskan semua untuk urusan pecah geran tu. petang ahad balik shah alam semula dan malam baru sampai... lepak sangat dibuatnya.
 
ingatkan nak rehat2kan badan... tapi subuh pagi isnin dapat called dari anak arwah kawan yang dah yatim piatu, atok yang mereka tumpang bermanja pulak dipanggil pulang menghadap penciptanya... Inalilahiwainailaihirojiun...maka bergegas lah kak rose dan seorang kawan ke kampung mereka di Tanjung Malim. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan...dan kepada anak2 ini kamilah kawan2 rapat arwah mak abahnya yang sentiasa akan berikan support untuk kekuatan mereka... harap mereka tabah dengan dugaan yang bertimpa ini... Allahhu akbar....

 tengah malam baru sampai rumah semula... itu lah sebabnya berhari2 tak terjengah lah dapo maya ni...

so... ini lah buah belimbing madu yang kak rose beli di R&R Pagoh semasa dalam perjalanan balik dari kampung hari ahad tu... lama dah tak jumpa belimbing yang beso2 gini... tapi harganya mak datok oi! kalaulah boleh tanam sendiri kan????

Thursday, January 10, 2019

Mee udang

 mee udang mengunakan resepi yang sama, yang pernah kak rose buat berkali2... dan tiap kali nak buat mee udang pasti resepi keeper ni lah yang jadi pilihan... pernah buat guna resepi yang lain, tapi yang ni jugak tetap jadi pilihan. memang sedap dan kak rose sangat rekomenkan pada sapa2 yang nak mencuba buat mee udang, resepi ni memang terbaik lah...

Bahan-bahanye

2 ikat spagetti  (kak rose guna 1/2 paket spaghetti yg 500gm tu)
6 ekor udang harimau saiz besar
2 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan
1 cawan santan pekat
1 cawan air

bahan sampingan
1/2 ikat kangkung di rebus
 2 biji telur rebus
sedikit tauge, buangkan ekornya (pun tak de)
bawang goreng

Caranya

1. Blender bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan minyak dan masukkan cili kisar dan bawang yang telar diblender tadi, pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. (yg ni kak rose omit) Teruskan menumis dan masukkan udang kering.

2. sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan rebus hingga udang masak, isi udang ditos dan ketepikan. (kak rose tak ikut yg ni, tp terus masuk udang dalam kuah... kira malas la dah tu!)

3. Setelah bahan tumis garing masukkan air stok udang dan santan, setelah mendidih baru masukkan air dan fish ball dan udang. sesuaikan rasa, masukkan garam. masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat, agak-agak je.

4. Rebus spaghetti dan toskan.

5. Celur kangkung dan rebus telur, setelah semua bahan sedia, cara penyediaan, letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian curahkan kuah, atur udang, sawi, telur rebus diatas pemukaan mee dan tabur sedikit bawang goreng sebagai hiasan, akhir sekali jangan dilupa baki minyak lada yang di cedok tadi, curahkan sedikit bagi menyerlahkan lagi warna kuah, sedia untuk dihidangkan. 

Wednesday, January 9, 2019

Rambang mata!

Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bahru






memang sungguh, rambang mata dibuatnya!

Monday, January 7, 2019

Makan makan...

sesi menambah lemak diawal 2019

 Secret recipe

caribbean style fish fillet n iced lemon tea.

TCRS.. three set meal for three of us..

 butter chicken..

 Nando's iced lemon tea lagi...

1/4 chicken with mediterranean rice... n peri peri soup with garlic bread

Friday, January 4, 2019

Kuih cara berlauk

 memenuhi permintaan kawan untuk buatkan kuih cara berlauk ni... so gigihlah kak rose bersauna didapo nak siapkan order darinya...

terima kasih kak Haizan yang dah berulang kali repeat order kuih cara berlauk juga kuih cara manis. terima kasih sekali lagi ya..