Lanai Kijang

Lanai Kijang
Showing posts with label kad. Show all posts
Showing posts with label kad. Show all posts

Saturday, March 1, 2025

Ramadhan Mubarak 1446H

 Selamat menyambut Ramadhan Mubarak 1446H

Happy Ramadan 2025: Ramzan Mubarak Wishes, Images, Status, Quotes,  Messages, Wallpaper, SMS, GIF Pics, Shayari, Photos, Greetings Card

Alhamdulillah, selamat datang Ramadhan 1446H, wahai bulan ibadah, wahai bulan kebahagiaan... semuga kita semua diberikan kesihatan yang baik mental dan fizikal untuk melalui bulan ibadah ini. jom sama sama kita sucikan hati, kuatkan diri dari segala godaan dan lakukan amalan ibadah dengan sesungguh hati, muga semuanya diterima Ilahi. Aamiin

Izinkan kedua tangan bersimpuh memohon maaf untuk kata dan pertuturan juga tulisan yang tak terjaga, janji yang tak tertunaikan, hati yang selalu berperasangka dan sikap yang pernah menyakitkan. Mohon maaf semua dan selamat berpuasa buat semua ya...

Ya Allah izinkan bulan Ramadhan ini bagi kami penuh kedamaian dan keimanan.
Penuh keselamatan dan keislaman
Serta taufik untuk melakukan apa saja yang Engkau sukai dan ridhoi
Wahai zat yang Maha besar dan mulia
Ya Allah… bantulah kami untuk berpuasa dan menunaikan sholat dibulan ini
Ya Allah… jadikan lah kami termasuk dari golongan yang berpuasa dan menunaikan ibadah dibulan ini penuh keimanan dan harapan
Ya Allah.. selamatkan kami untuk buan Ramadhan
Dan selamatkan Ramadhan untuk kami
Dan terima lah amal Ramadhan kami dengan penuh keridhoaan
Ya Allah, jadikanlah bulan Ramadhan ini bulan kemuliaan untuk agama Islam dan umat Islam
Ya Allah, jadikanlah bulan Ramadhan ini bulan kemenangan dan keagungan
Untuk agama Islam dan orang orang Islam dimana sahaja
Wahai Tuhan semesta alam
Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamin...


Thursday, March 23, 2023

Salam Ramadhan 1444

Gambar Tahun 2023 PNG | Vektor Dan Fail PSD | Muat Turun Percuma Di Pngtree

Salam Ramadhan 1444 kepada semua yang masih sudi singgah kat dapo kak rose yang hidup segan mati tak mau nih. Semuga Ramadhan tahun ini hadir dengan seribu rahmat, barokah dan segala kebaikkan untuk kita semua. Selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa. dan kak rose nak kongsikan pesanan dari Tuan Syeikh Mutawalli syi'rawi tentang pencuri pencuri dibulan Ramadhan

Berhati-hati dengan pencuri-pencuri di bulan Ramadan
‎Syeikh Mutawalli syi'rawi.

Pencuri 1
 Televisyen, pencuri berbahaya dan membinasakan puasa, mengurangkan pahala dengan sebab siri-siri, episod-episod dan program yang sia-sia.

Pencuri 2: Pasar-pasar, pencuri khusus yang menghabiskan harta dan waktu tanpa terkira supaya kita disibukkan dengannya. Tetapkan apa yang mahu dibeli sebelum pergi ke pasar (pasar “online” begitu juga 🤭)

Pencuri 3: Berjaga malam tanpa tujuan. Pencuri masa yang begitu berharga, yang mengharamkan dirimu daripada tahajjud dan istighfar pada malam-malam terakhir

Pencuri 4:
Dapur, khususnya bagi para wanita yang menghabiskan masa begitu lama untuk memasak pelbagai jenis makanan. Hingga boleh membawa kepada pembaziran dengan dibuang ke dalam tong sampah.

Pencuri 5: Telefon, perbualan yang panjang di telefon dan apa yang melibatkan dosa-dosa seperti mengumpat, mengadu-domba, perbualan-perbualan liar dan menyebarkan rahsia-rahsia.

Pencuri 6:
 Bakhil yang mengharamkan dirimu daripada mendapat ganjaran dan pahala sedekah yang memelihara daripada api neraka khususnya sedekah pada bulan Ramadan.

Pencuri 7: Majlis-majlis yang sunyi, tidak disebut zikrullah di dalamnya yang menyebabkan kerugian orang yang berada di dalamnya pada hari Kiamat.

Pencuri 8:
Akhir sekali, pencuri paling besar ialah medium-medium media sosial yang tidak digunakan untuk meraih keredhaan Allah.

Semoga Allah mentaufiqkan kita untuk memetik buah-buah Ramadan dengan melakukan apa yang dicintai dan diredhaiNya.

Thursday, August 20, 2020

Salam Maal Hijrah 1442

 Asalamualaikum dan salam tahun baru buat semua...


 

Semuga tahun 1442 Hijrah akan mendidik dan menjadikan kita insan lebih baik dari tahun2 sebelumnya .. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

 

Wednesday, June 24, 2020

Menu berbuka puasa 1441H

simpan sini buat kenangan....


Sunday, May 24, 2020

Selamat hari raya Syawal 1441

1 Syawal 1441, pkp/pkpb hari ke 68


selamat berhari raya kepada semua..
berhari raya dalam keadaan normal baharu
tiada episod jalan jem balik kampung
tiada ziarah sanak saudara
tiada ziarah sahabat handai
tiada ziarah rakan taulan
tiada salam bersalam
raya sendiri sendiri
dimana kita berada
disitu kita rayakan kemenangan
setelah sebulan berpuasa
duduklah di rumah
kita jaga kita
demi kesihatan dan kesejahteraan Malaysia kita
bersama kita putuskan rantaian covid 19
kita pasti menang.

maaf zahir dan batin

Friday, April 24, 2020

Salam Ramadhan 1441

Normal baharu Ramadhan 1441 Hijrah
Salam Jumaat dan Salam Ramadhan buat semua..

Selamat berpuasa dibulan Ramadhan dan terus stay at home untuk putuskan rantaian covid 19

ya, kita semua perlu bersedia dengan keadaan normal baharu untuk menghadapi bulan puasa kali ni... sepanjang kehidupan tak pernah mengalami perkara sebegini dan ini lah yang dikatakan normal baharu yang kita hadapi dek covid 19 yang sedang mengancam seluruh dunia... dan puasa kali ni dengan normal baharu.

bulan Ramadhan yang kita semua mesti mematuhi arahan perintah kawalan pergerakan.
bulan Ramadhan yang kita mesti #stay at home untuk putuskan rantaian covid 19
bulan Ramadhan yang tidak dibolehkan bersolat terawih berjemaah dimesjid
bulan Ramadhan yang tidak dibolehkan bertadarus ramai2 dimesjid
bulan Ramadhan yang tidak ada bazar ramadhan
dan
raya nanti kita tak dibolehkan balik kampung

segalan normal baharu yang kita kena hadapi.... insya Allah kita akur dengan semuanya untuk kebaikkan kita semua dimasa akan datang... Aamiin

Wednesday, January 1, 2020

Selamat datang 2020

new year, new decade

semuga tahun 2020 akan lebih baik dari sebelumnya... Aamiin

Tuesday, July 2, 2019

Wednesday, June 5, 2019

Selamat hari raya

Selamat Hari Raya, 
Maaf Zahir dan Batin

dari http://seripayaku.blogspot.com/

Tuesday, January 1, 2019

Selamat datang 2019

Selamat datang 2019.

hari baru, tahun baru dan semuga semuanya baik2 saja..

Wednesday, August 22, 2018

Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha 1439

dari kami sekeluarga...

Friday, June 15, 2018

Selamat Hari Raya

Selamat hari raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin


Thursday, May 17, 2018

Salam Ramadhan

1 Ramadhan 1439 Hijrah

Selamat berpuasa buat kawan2 semua, semuga dipermudahkan dalam menjalani ibadah dibulan mulia ini. Insya Allah.

Sunday, June 25, 2017

Selamat hari raya..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1438

Saturday, May 27, 2017

Ramadhan Kareem 1438

Ramadhan Kareem 1438 dan selamat berpuasa....


Perkongsian dari FB dan blog Cahaya Hidupku, terima kasih ya....

CARA SAMBUT RAMADAN*
Dari ustazah Norhafizah di IKIM.
● *Bila Ramadhan tiba sambutlah dgn sujud syukur...tanda terima kasih pada Allah kerana memilih kita utk terus beribadah dibulan yg mulia ini*
● Bila bertemu dgn ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai @ sesiapa sahaja ucapkanlah *"Ramadhan Kareem*" dan org yg mendengar menjawab  *"Allahu Akram"*
Maksudnya *"Ramadhan Mulia"* dan jawapannya *" Allah lebih Mulia"*
● Sambutlah Ramadhan ini dgn *wajah yg berseri-seri* tanda kegembiraan yg tidak terhingga dan berazam utk mendekatkan diri kpd Allah dgn selalu berbicara dgn Allah walau dlm hati.
Contohnya...Ya Allah aku berpuasa ya Allah ... terimalah puasaku ini...aku berpuasa hanya untukMu Ya Allah.
● Hiaslah rumah kita sebaik-baiknya dgn bersih dan cantik kerana terlalu byk rahmat yg Allah hendak berikan di bulan yg mulia ini.
● Moga Ramadhan ini lebih baik dr Ramadhan yg telah lalu...hiasilah diri dgn *AMALAN* dan *TAQWA*
*Ramadhan Kareem utk sahabat semua*
*Maaf Zahir Batin*

Wednesday, July 6, 2016

Selamat Hari Raya

Asalamualaikum dan selamat hari raya buat yang sudi berkunjung kat rumah maya kak rose ni. dikesempatan ini kak rose juga mohon maaf zahir dan batin jika ada kesalahan dalam perkataan atau perbuatan sepanjang kita berkawan dalam dunia maya ni... ya lah orang kata, keybod ni lebih tajam dari mata pedang... mana lah tau ada yang terguris hati dengan tulisan kak rose kan..

mohon ampun dan maaf ya.... selamat hari raya.

Friday, January 1, 2016

Welcome 2016

 Selamat tinggal 2015 dan selamat datang 2016


Semuga tahun 2016 akan lebih baik dari yang sebelumnya... tinggalkan segala kenangan yang pahit dan jadikan ianya sebagai pengajaran dan kenangan yang manis2 kita bawa bersama untuk memberikan semangat buat kita mengharungi tahun yang mendatang dengan seribu harapan yang baik2, Insya Allah.

Selamat tahun baru 2016 buat semua.

Happy new year

Happy new year to me... kengkawan semua pasti dapat ucapan ni kan...

Wednesday, October 14, 2015

Maal Hijrah 1437

Pic: credit cik google

Salam Maal Hijrah 1437 buat semua... 
Semuga kita semua dapat hijrah ke kehidupan yang lebih baik dengan Rahmat Nya sentiasa. Aamiin.

Thursday, July 16, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H

 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Asalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H. sempena dengan hari kejayaan dalam menjalani ibadah puasa dibulan ramadan ni kak rose memohon maaf zahir dan batin kepada semua kawan2, pengunjung rumah maya kak rose ni... kalau ada tersilap kata, terkasar bahasa sepanjang berblog ni, sepuluh jari akk rose memohon kemaafan ya.... dan pada semua, kak rose maafkan juga. semuga kita dapat merayakan hari raya kali ini dengan penuh keharmonian dan kegembiraan, Insya Allah.

doakan perjalanan kami selamat untuk bersama kedua2 belah keluarga.... penang, johor bahru, penang, kota bahru dan penang.... huh! jauh perjalanan kami. ini lah hari raya, untuk bersama keluarga adalah satu yang mesti buat kami. Insya Allah, dengan niat yang baik Allah akan permudahkan segalanya. Aamiin.