Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, July 25, 2023

Asam pedas ikan kerisi

Masak dan makan masa kami duduk dikampung. bila duk kampung memang jarang lah nak keluar ke pekan semata nak cari makan, tapi kalau dah malas sangat nak masak tu kena lah g jugak kan.. so bila balik kampung kak rose akan sentiasa pastikan simpanan lauk dan segala mak nenek stok mesti ada. balik dua tiga hari jer tapi bila berbelanja macam nak duk sebulan gitu! apa pun yang penting tukang dapo ni kena pastikan semua ada bila nak masak kan... dan masak asam pedas ni en asben yang request...so jom la masak guna daun kesom yang subur kat taman sekangkang kera kak rose tu..

3 ekor ikan kerisi
2 sudu makan cili kisar- terpulang pada kepedasan memasing lah ya
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
½  inci halia*
½ kiub pati ikan bilis
4 tangkai daun kesom
2 batang serai, diketuk
1 cawan air asam jawa
Secukup rasa garam
Secukup rasa gula
Minyak dan air secukupnya
 
Cara:
Kisar bahan yg bertanda *
Panaskan minyak 
Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak 
Masukkan daun kesom dan air asam jawa 
Masukkan ikan
Tuang air secukupnya
Masukkan garam dan gula 
Tunggu hingga kuah menggelegak dan ikan masak,  bolehlah  tutup api.
 

makan dengan sayur kangkong goreng bodo bodo. Alhamulillah dengan rezeki Allah.
 

Monday, July 24, 2023

Kuih hari jumaat

kuih yang kak rose buat untuk pot luck masa mengaji mingguan Surah Al-Kahfi di mesjid Al-Huda. tapi sekarang ni tak dapatlah nak join tiap2 minggu... so bila mana ada kesempatan menag nak sangat lah bersama2 kawan2 yang dulu berjumpa dan membaca surah Al-Kahfi tu tiap minggu. dan kak rose juga selalu lah bergilir membuatnya dirumah. memang happening masa tu, lepas mengaji makan makan dan borak2 gebang gebang ramai2.. rindu sangat masa sebelum covid tu. dan kini kak rose dah berpindah dari kawasan perumahan tu.. so bila ada kelapangna jer lah boleh bersama semula..dan kuih apam inti kelapa ni yang ak rose bawak untuk pot luck kali ni..

Bahan Kulitnya:

2 cwn tepung gandum
2 1/2 cwn air
sedikit garam
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
1 biji telur
 sedikit pewarna kuning dan hijau.

** kak rose guna inti kelapa manis.

Cara2 menyediakan:

Campur kesemua bahan mesin n tapis kemudian masak seperti kita masak kuih dadar
tapi buat kepingan kecil2 je.. masak sebelah je..tak perlu terbalikkan. guna kuali non stick yg bersaiz kecil.
setelah masak angkat kedlm pinggan letak inti di tengah dan tangkupkan dengan menekan sikit di tepi2nya. kak rose guna acuan karipap.
dah siapppp... mudah kan. 


 

Sunday, July 23, 2023

Sup ikan jenahak


Bahan-Bahan:

  • 3 keping ikan jenahak
  • 1 peket sup ikan adabi
  • 3 biji bawang merah ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1/2 inci halia
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 1/2 batang lobak merah
  • 4 biji cili hijau diketuk
  • 2 cawan air putih
  • Sedikit garam dan gula
  • Minyak untuk menumis

Cara Penyediaannya:

1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia. Tumiskan sehingga garing dan kekuningan.

2. Kemudian, tambahkan air putih dan masukkan rempah sup ikan adabi.

3. Biarkan ia mendidih baru masukkan ikan. Biarkan lagi sehingga ikan hampir masak.

4. Tambah bahan perasa iaitu gula dan garam. Kacau sebati dan boleh masukkan bahan hiasan lain.

5. Tunggu sehingga ikan masak dan siap untuk dihidang.

 


 

Friday, July 21, 2023

Lunch di kampung

masak lemak cili api udang dengan nenas fresh dari kebun di belakang rumah! terlebih udang dalam gulai so nenas yang super tiny tu pun hilang dari pandangan!
ni lah nenas tu yang super tiny tu.. pokok yang berbuah awal dari yang lainnya!
kerabu timun jepun dengan sengkuang.. kita yang buat dia, taruk lah apa yang ade dalam fridge kan.
tadaaaa... ikan temenung goreng dan sayur bayam masak bening pun hado! Alhamdulillah dengan rezeki dari Yang Maha Esa
 

Alhamdulillah dengan rezeki
 

Friday, July 7, 2023

Makan di SR

 penat jalan2 so singgah kat sini... alas perut lah..

walau dah lepas nak jugak tepek kat sini makan makan kami berdua. sambil tunggu makanan sampai sempat lah nak amik gambo ni...service a bit  lambat sebab kami datang waktu lunch dan memang ramai lah yang sama menunggu hidangan sampai...so sabo2 je lah ya..
memula sampai dimeja... ipoh iced white coffee dan iced honey lemonade.
chicken balck pepper with fries untuk en asben. the ayam is sooooo tender
ni tuan tanah yang punya... suka dengan fish n chip yang garing diluar dan moist didalam macam ni. dan tambah sedap lagi bila perut tengah lapo dan ade orang yang tolong masak kan.. tukang dapo boleh gantung piok!
 

Thursday, July 6, 2023

Kaswi gula merah gedik

buat lagi kaswi gedik ni... sejak ada acuan ni jadi rajin pulak nak membuat nya. yang penting ada tukang makan maka tukang masak pun rajin lah ngadap didapo. even masa hari raya haji hari tu, adik2 mintak jugak buatkan. dengan rajinnya tukang dapo ni buat hingga dua kali adunan dan Alhamdulillah menjelang petang semuanya habis. begitu jugak dengan roti jala buat hingga tiga adunan..bila dah ramai adik beradik berkumpul... semuannya laju jer habisnya. Alhamdulillah.. balik subang kita buat pulak gedik versi gula merah pulak..


Bahan air gula:
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
sedikit garam

1 helai daun pandan

 
Bahan lain:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
3 cawan air biasa
1 sudu besar air kapur
1 mangkuk putih kelapa + sedikit garam dan kukus sekejap | untuk urap dengan kuih

  1. Campur gula merah, gula putih, air, secubit garam dan daun pandan dalam periuk dan renehkan hingga gula larut.
  2. Tapiskan dan jadikan 2 cawan air gula, ketepikan dan biarkan sejuk.
  3. Masukkan air gula bersama tepung gandum, ubi, air dan air kapur dalam blender. Kisar hingga halus.
  4. Sapukan acuan dengan sedikit minyak, kemudian tuangkan adunan tadi.
  5. Kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan hingga masak lebih kurang 15 minit.
  6. Setelah masak, tutup api dan biarkan kuih dalam pengukus hingga hilang wap baru keluarkan.
  7. Setelah sejuk boleh keluarkan dari acuan dan hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam dan dikukus sekejap.
  8. Sedia dihidangkan.

 

Wednesday, July 5, 2023

Minum petang di kampung..




  berdua menikmati petang2 di kampung... 👫👫

 

Tuesday, July 4, 2023

Putu bambu

 

putu bambu yang kak rose beli masa balik kampung minggu lepas... lama dah tak membeli sejak naik harga yang sangat2 tu... dulu memang tiap kali balik selalu jer singgah beli, tapi kini tak lagi lah.. sesekali jer bila teringin nak makan, so beli lah jugak... dan kat kedai pun tak semeriah macam dulu yang terpaksa berbaris menunggu untuk nak dapat beli..
sekarang ni dah siap stok dalam bekas ni, siap harga sebesar alam dia tulis kat bekas tu..
kuasa membeli dah berkurang agaknya... kedai pun sunyiiii jer...
 

Monday, July 3, 2023

Serunding kelapa udang kering

Bahan2nya
 
1 biji kelapa kulit basah, parut putih*
1/3 camca teh serbuk kunyit*(*digaul rata)
3 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
2 camca besar cili kisar (atau lebih jika nak pedas)
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci lengkuas*
3 batang serai, hiris halus*
1 camca besar penuh ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
4 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa

Cara:

  1. Kelapa parut yang telah digaul dengan kunyit tadi disangai dalam kuali selama 2-3 minit, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan udang kering, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana. Masukkan garam secukup rasa gula (selalunya serunding agak manis sedikit) dan daun limau purut, kacau rata dan biar masak sekejap.
  3. Masukkan kelapa tadi dan gaul rata, masak dengan api kecil sambil dikacau hingga serunding tadi kering dan ringan, tapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.