Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, March 31, 2021

Fresh frozen kurma



boleh lah untuk persediaan bulan puasa nanti kan...fresh frozen kurma rm33/- per pack
 

Tuesday, March 30, 2021

Healthy n unhealthy?

sarapan pagi yang kononnya healthy berakfast la ni... susu omega plus, nescafe o kosong, lempeng pisang 2 bahan dan buah2 yang semuanya manisssss... healthy kah itu?
dan minum petang pulak... store bought potato wedges dan fries, stok yang sentiasa ada dan tinggal nak goreng jer... memula tu fikir nak goreng guna air fryer, tapi kurengggg kan rasa dia kalau goreng tanpa minyak ni... so deep fry jer la dan cicah pulak dengan cili sos. sooooo unhealthy kan. air pure sunkist juice dan buah tembikai, apple merah yang crunchy dan jambu air pebret. tak pe esok kita pergi brisk walk dan make sure capai 10k steps target! ada la alasan untuk nak makan yang unheathy pun kan..
 

Monday, March 29, 2021

Masak apa tak jadi hari ni?

kisahnya.... bila asik browsing  dan tengok ig kawan2 yang buat banyak tayangan amal, maka mata dan tekak pun mcam tak dapat nak kontrol dah... huhu. dan ada terpandang dia buat red ruby yang sangat mengancam mata dan tekak lah ni, so gigihkan diri nak buat jugak walaupun bahan x ada... just think that kita yang buat dia, guna lah apa yang ada gitu kekdahnya... so yang ni kak rose guna sagu mata ikan yang dikukus dan warnakan merah dan nangka fresh dari supermarket lah.
dan.... tang santan tu, konon guna santan fresh perah dari kelapa parut, tapi dek asik dengan kerja lain maka masa panaskan santan tu terus terlupa ianya ada atas dapo... membuak dan pecah minyak  la jadinya 🙅... tapi ada aku kesah, buat jugak lah sebab itu jer santan yang ado... so, begitu lah kejadiannya! masak apa tak jadi pun nak gak tepek kat sini. lantak la labuuuuu...
 

Sunday, March 28, 2021

Saturday, March 27, 2021

Roti jala dan kari ayam

Bila ada gulai kari leftover, mula terpikir nak makan something yang boleh cicah dengan kari tu... kalau malas buat jer lempeng pekak pun sedap gak kan. tapi kali ni ada kerajinan sikit so jadilah roti jala nih. dan buat lebih sikit untuk sarapan membawa hingga ke petang pun ok jer... dan guna resepi ni comform lembut hingga ke petang pun.
 

Roti Jala

Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning
 
Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan sekejap. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

 

Friday, March 26, 2021

Lenovo IdeaPad Slim 5i

lagi new big boy toys in the house... tak tahu dah berapa banyak lap top kat rumah ni... katanya balik kerja lewat sikit ari ni, so tuan rumah ni pun ok jer la... rupanya bawak balik lap top abru lagi... aduhai la en asben... bulan September tu dah beli 2 biji lenovo xl carbon dan HP14s... tapi dek godaan asik dok tengok advertisement akhirnya beli la jugak... dan yang dah ada tu biar jer dok diam2 dalam sarung dia.
tangan ada dua dan jari pun tak de bertambah, tapi nak guna banyak gedget... kalau kat rumah mestinya lah menghadap desktop jer. so sudahnya jangan sampai terbiar jer banyak2 laptop tu.. macbook dah lama terbiar duk dalam sarung. dulu semuanya nak apple separuh tu.. la ni dah ke lenovo pulaknya..
 

Wednesday, March 24, 2021

Musim kah sekarang?

walaupun kulitnya masih hijauuuu, tapinya....
 ....crunchy n sooo manisss.. sedap sangat!
 

Tuesday, March 23, 2021

Ikan siakap tiga rasa lagiiiii

Buat lagi dan lagi dan lagi... ni lah ikan siakap yang kak rose gandingkan dengan lauk semalam untuk tetamu yang datang tu... masakan paling mudah dan resepi pun sentiasa ada kat dapo kan... apa pun kita yang buat dia, so guna jer lah apa yang ada kan.. walaupun dah banyak kali kak rose tepek resepi ni, kali nak jugak lah letak kat dapo maya ni... buat kenangan nanti2 kalau dah tak rajin lagi nak mengupdate dapo ni.. boleh gitu?

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan siakap - bersihkan dan kelar. Lumur garam dan kunyit.

 
Bahan lain:-
5 ulas bawang putih - ditumbuk asing
3 ulas bawang merah - ditumbuk asing
2" halia - dimayang halus
6 biji cili padi - dihiris nipis (terpulang pada tahap kepedasan memasing la ya...)
garam
gula
1/2 cawan air 


Bahan sos:-
3 sdm sos cili
3 sdm sos tomato
2 sdm sos tiram

Cara:-
1. Panaskan minyak.Goreng ikan siakap tadi sehingga garing.Ketepikan.
2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis.
3. Masukkan cili padi hiris dan goreng sedikit layu.
4. Masukkan bahan lain seperti bawang putih,halia dan bawang merah yang telah
ditumbuk.Tumis sehingga kekuningan dan agak garing.
5. Masukkan bahan sos.Tambah air.Kacau sehingga kuah masak dan mesra.Masukkan garam dan gula. masakkan juga bahan2 untuk kaler2 tadi
6. Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat,boleh dibancuh dgn sedikit air dan campuran tepung jagung.
7.Tutup api dan curahkan di atas ikan tadi
 

 

Monday, March 22, 2021

Udang Diraja

Kenapa namanya udang diraja? tukang masak ni pun tertanya tanya jugak.. terima kasih tuan resepi asal yang kongsikan resepi sedap nih... dan kak rose dapat masa cari resepi masakan udang dan en google bawak kak rose ke macam2 resepi udang dan yang ni jadi pilihan untuk tetamu yang datang bertamu pada hari minggu lepas.. kiranya 1st time jugak lah mencuba resepi udang diraja ni... jom check it out resepi nya..
Alhamdulillah, berselera tetamu menikmati hidangan dengan lauk simple macam ni digandingkan dengan ikan siakap masak tiga rasa, sayur campur dan juga ketam masak lemak cili api buah tangan ihsan dari tetamu.

Bahan – bahan:

  • 4 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili kering
  • 2 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai diketuk
  • 1kpg asam
  • 1/2 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu gula
  • 1/2 sudu garam
  • 1 cawan santan pekat

Cara penyediaannya:

  1. Basuh udang bersih-bersih. Jangan lupa buang tahi udang.
  2. Tumiskan bahan-bahan kisar sampai naik bau.
  3. Masukkan serai ketuk.
  4. Masukkan udang. Kacau dan sebatikan.
  5. Masukkan santan pekat, serbuk kunyit, asam keping dan perasakan dengan garam, gula dan perasa (optional).
  6. Masak jangan lama sangat nanti hilang rasa kesegaran udang.

 

selamat sudah makan2 kami... Alhamdulillah...

Sunday, March 21, 2021

Megi jer punnn



 ni lah dia... cepat dimasak sedap dimakan... senang kerja tukang masak kan!

 

Saturday, March 20, 2021

Saya sukan makan buah...

 Memang tak pernah jemu dengan yang ini, walaupun buah yang sama berulang2 selagi tak habesss stok!








dan makan jugak berulang ulang dari pagi sampai kepetang....tukang makan semua tak de kalau weekdays, so tukang makan punya lah semua ni...memang tak boleh lah nak berdiet2 kan...


Friday, March 19, 2021

Sira pisang tanduk

sedapnya la hai dapat makan ni sejuk2 kan... kebetulan cuaca sekarang ni yang sangat panas ting2 ni memang ngam sangat lah... nanti bulan puasa boleh buat lagi untuk juadah berbuka pulak kan...kak rose suka sira pisang yang sangat sempoi cenggini, tanpa ada bunga cengkih bagai... cuma air dan gula jer. mudah kan..
Baham-bahan:

1 ulas pisang tanduk
6 sudu gula
secubit garam
2 helai daun pandan
1 cawna air
sedikit pewarna kuning

cara2:

- pisang dihiris
- jerang/didihkan air atas dapur dan kacau supaya gula dan pewarna kuning bercampur rata
- biarkan hingga gelegak.
- masuk pisang, biar hingga pisang masak n lembut. siap.
- boleh hidang dan makan..
 

Thursday, March 18, 2021

Serunding ikan

dah lamaaaaa kak rose beli ikan kembung ni tapi tak termasak pun... jadinya dari keras kejung terbiar dalam freezer tu ada kerajinan sikit ni kak rose buat lah serunding ikan ni... masa buat tu memang terasa sangat nak makan dengan pulut tapi bila dah siap, kerajinan pun dah hilang lah jadinya... sudahnya makan dengan roti jer lah dulu... stok banyak lagi tu, nanti2 kalau rajin dan tukang makan pun ada kat rumah boleh buat projek dengan pulut tu kan... jom kak rose tepek resepinya..

Bahan-bahan

  • 1/2kg ikan-rebus n blend/tumbuk isinya
  • 1 1/2 cawan pati santan
  • bahan2 kisar:-
  • 15 cili kering
  • 2 in halia
  • 2 batang serai
  • 15 biji cili merah (kak rose gantikan dengan 5 biji cili api)
  • 2 ulas bawang putih
  • # 2 asam keping
  • # 2 sudu teh garam
  • # 2 sudu teh gula

Cara-cara

  1. tumis bahan mesin. masukkan santan, asam, isi ikan dan lain2.
  2. masak atas api sederhana hingga kering.
  3. kena banyakkkkk bersabar sebab lambat sangat nak tunggu dia kering, guna api kecik jer takut hangus jer nanti kan... baru lah dapat rasa serunding yang betul2 kena dengan tekak.

 

Wednesday, March 17, 2021

Nak cuba jugak lah...

ya... nak cuba jugak lah.. angan2 memang besar nak cuba untuk eat clean n healthy macam kawan2 yang tengah diet tu... sejak dua menjak ni rajin pulak browsing ig kawan2 yang mencuba untuk kurus menjelang raya nanti, kak rose ni teringin nak mencuba jugak lah. kalau tengok resepinya memang sedap2 sangat, tapi kak rose tak dapat lah nak mengikut seperti yang disyorkan tu.. saja nak suka2 dan ikut jer apa yang ada di dapo kan...asalkan kemyang perut sudah la... dan memang tak rajin lah nak masak kalau hari weekdays macam ni, tukang makan pun tak de kan.. so resepi pun suka suki jer, dan yang paling kerap cuam makan roti je... malas sungguh kan..
tapi buah macam ni memang stok sentiasa ada banyak... en asben takut kak rose tak cukup stok seminggu. so dibelikannya macam untuk nak spoloh orang makan 😍 minggu ni ada mangga susu, mangga manis, buah jambu air, pisang berangan, apple merah dan hijau, oranges, tembikai dan buah lai... ishhhh !!! banyaknya stok untuk sorang makan! tapi tak per lah... at least tuan rumah nk tak kehabisan buah hingga minggu depannya. jadinya... konon nak eat clean tapi sebaliknya pulak kejadiannya!😩
 

Tuesday, March 16, 2021

Watermelon smoothie

terjumpa resepi watermelon smoothie yang cuma guna 2 bahan jer untuk buatnya... mudah sangat dan kesedapannya hingga ke titisan terakhir gitu... sangat lah heavennya dapat minum dihari yang sangat panas ting ting ni kan...
bekukan watermelon dalam feezer, kiubkan bila dah ready nak guna dan masukkan dalam blender, perahkan sedikit jus limau dan blend hingga halus... tapisakn dan masuk dalam gelas cantik2 lah..dah siap. tapi kan... kak rose skip yang tapis tu, terus jer masuk dalam gelas, gitu ler kejadiannya! meh kak rose kongsikan resepi asalnya...

 

Ingredients

  • 6 and 1/2 cups (2.2lb/1kg) Watermelon (cubed)
  • 2 Limes (Juiced)

Instructions

  1. Keep your watermelon chilled in the fridge and when you’re ready to make this smoothie, chop the watermelon into cubes and add to the blender jug.
  2. Squeeze the limes and add the juice to the blender jug.
  3. Blend well and then strain it through a kitchen sieve to remove the rough seeds so that you’re left with a very smooth drink. If you happen to use seedless watermelon you should still strain it so that your smoothie is perfectly smooth.
  4. Serve immediately.

Notes

*As long as your watermelon has been chilled in the fridge, there is no need to use ice. However, if you haven’t had time to chill your watermelon first, then add some ice, this drink needs to be served nice and cold

Monday, March 15, 2021

1 Shaaban 1442


 Asalamualaikum dan salam 1 Shaaban 1442, dan hari ke 364 sejak pkp bermula... kak rose nak kongsikan kat sini doa awal malam shaaban yang kawan2 postkan di grup whatsapp. semuga bermanafaat buat semua yang sudi singgah kat dapo maya kak rose ni...

Doa malam 1 Shaaban....🌙🌙🌙🌙🌙🌙🌙🌙🌙🌙

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم


🌴دعاء اول ليلة من شعبان🌴

 اللَّهُمَّ اخْتُمْ لَنَا شَهْرَ رَجَبٍ بِعَفْوِكَ وَ غُفْرَانِكَ وَبَارِكْ لَنَا فِي شَعْبَانَ وَبَلَغَنَا رَمَضَانَ لَا فَاقِدِينَ وَلَا مَفْقُودِينَ. رَبِّي إِنَّهَا أول ليلةٍ من شهر شعبان
 اللَّهُمَّ   اجعلها ليلة مباركة عل أمتك ونصر للمسلمين وَأَدْخِلَ السَّعَادَةَ فِي كُلِّ الْبُيُوتِ تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَاعْتِقْ رِقَابَنَا وَوَالِدَينَا مِنَ النَّارِ.
يَا أَجَلُّ مِنْ كُلِّ جَلِيلٍ ، يَا أَكْرَمُ مِنْ كُلِّ كَرِيمٍ ، وَيَا أَعَزُّ مِنْ كُلِّ عَزِيزٍ أَغِثْنِي يَا غِيَاثَ الْمُسْتَغِيثِينَ بِفَضْلِكَ وُجُودُكَ وَكَرَمِكَ وَمَدِّ عُمْرِنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ عِمْرَا بِالْعَافِيَةِ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَمِ. اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَعْبَانَ وَبَلَغْنَا رَمَضَانَ وَنَحْنُ وَمَنْ نُحِبُّ فِي صِحَّةِ وَعَافِيهِ وَارْضُ عَنَّا وَاعْفُو عَنَّا وَادْخُلْنَا الْجَنَّةَ نَحْنُ وَمَنْ نُحِبَّ. اللَّهُمَّ يَسْرِ امُورَنَا وَغَيِّرُ حَالَنَا لْأَحْسَنَ حَالٌ وَأَسْتَجِبْ دُعَائُنَا وَاعْطِيْنَا مِنْ خَيْرِ عَطَايَاكَ. اللَّهُمَّ مَعَ رَحِيلِ شَهْرِ رَجَبٍ اجْعَلْ كُلَّ مَا يُقْلِقُنَا وَيُؤْذِينَا وَيُحْزِنُنَا انْ يَرْحَلْ عَنَّا ، اللَّهُمَّ هَلْ عَلَيْنَا شَعْبَانُ بِكُلِّ بَرَكَةٍ وَخَيْرٍ وَعَافِيَةٍ وَصِحَّةٍ وَامِنٍ وَامَانٍ وَبَلَغْنَا رَمَضَانَ وَاجْعَلْهُ خَيْرًا لَنَا وَاهِلِنَا فِى كُلِّ الَامُورِ ، اللَّهُمَّ ارْحَمْ مَوْتَانَا وَكُلَّ امْوَاتِ الْمُسْلِمِينَ. اللَّهُمَّ اجْعَلْ اول َليلة ُ مِنْ شَهْرِ شعبانٍ مَغْفِرِهُ لِذُنُوبِنَا وَتَطْهِيرٍ لِمَعَاصِينَا وَدَخَلْنَا شَهْرَ شَعْبَانَ وَنَحْنَا خَالِيَينَ مِنَ الذُّنُوبِ يَارِبِ الْعَالَمِينَ.

Terjemahan do'a awal Malam Sya'ban

Ya Allah, tutuplah untuk kami bulan Rejab ini dengan kema'afan dan ampunan Mu...

Dan berkatilah kami dalam bulan Sya'ban ini...

Dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan, bukan sebagai orang yang terluput(dari rahmatMu) dan bukan juga orang yang diluputkan (pahalanya).

Ya Allah, Sesungguhnya ini adalah malam pertama bulan Sya'ban,

Ya Allah, jadikan lah ia sebagai malam yang yang penuh barakah untuk hamba Mu dan pertolongan bagi kaum Muslimin...

Dan masukkanlah kebahagiaan dalam setiap rumah (mereka).

Ya Allah terimalah amalan kami...

Ya Allah, merdekakan lah kami dan orang tua kami dari neraka.

Wahai Zat yang Maha Agung diantara yang teragung,

Wahai yang Maha Mulia di kalangan yang mulia..

Ya Allah, Tolonglah hambaMu ini...

Wahai Zat yang Maha Memberi pertolongan kpd hamba-hambanya, demi kurniaan, kedermawanan dan kemuliaanMu..

Panjangkanlah umur kami dan anugerahkan lah kami umur yang panjang dengan kesihatan..

Wahai Zat pemilik keagungan dan kemuliaan.

Ya Allah, berkatilah kami pada Sya'ban ini dan sampaikanlah kami hingga Ramadhan dalam keadaan kami dan orang yang kami cintai berada dalam keadaan sihat sejahtera...

Dan redhalah kami, maafkanlah kami serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama orang2 yang kami cintai.

Ya Allah, mudahkan lah urusan kami, dan ubahlah keadaan kami kepada yang lebih baik, dan terimalah doa kami dan berikanlah kami sebaik-baik pemberian Mu.

Ya Allah, bersamaan dengan berlalunya bulan Rejab, jadikanlah setiap sesuatu yang membimbangkan kami, yang menyakiti kami, dan yang menyebabkan kami bersedih itu hilang dari kami,

Ya Allah, jadikanlah kemunculan Sya'ban ini dengan membawa setiap keberkatan, kebaikan, kesejahteraan, kesihatan, dan keamanan kepada kami.

Ya Allah, rahmatilah orang yang telah wafat di kalangan kami, dan seluruh umat islam.

Ya Allah jadikanlah malam pertama bulan Sya'ban ini sebagai pengampunan dosa-dosa kami dan penyucian kemaksiatan kami...

Masukkanlah kami dalam bulan Sya'ban ini dalam keadaan kosong daripada sebarang dosa.
Wahai Tuhan sekalian alam.

Terimalah doa kami Ya Allah 

Sunday, March 14, 2021

Jom sarapan..

ubi pemberian kawan setaman... rebus jer old school cenggini, makan pulak dengan ikan masin, memang ngam sangat lah kat tekak kak rose yang tengah lapo baru lepas balik dari berbrisk walk tu... tengah sarapan ada pulak kawan datang rumah... so sambil gebang2 sambil makan ubi rebus yang gebus ni... bertambah2 sedapnya bila ada teman membawang kan.. tapi jangna risau kita membawang yang baik2 jer!
sambil pot pet, habis ubi rebus seperiuk... kakau anak nampak ni dikatanya mama ni macam zaman jepun jer... asal ubi jer mesti zaman jepun, budak2 sekarang kan..
 

Saturday, March 13, 2021

Nasi Arab Al- Rawsha

 seakan masih kekok nak makan kat luar, kita tapau jer lah ya

Nasi arab ayam mandy... 1/2 ekor ayam untuk satu portion. yang ni untuk kami bertiga, memang tak dapat lah nak menghabiskan nya.. memang kalau tapau portionnya sangat banyak cam ni katanya...
yang ni pulak satu portion lamb madghout, memang sangat besar lah portionnya... macam untuk dua orang makan lah..
the kuah curry yang sangat cair dan sos harrahnya... rasanya sos harrah tu yang home made lagi sedap kot...
tengok lah ni... portion ayam yang sangat mewah...
nasi pun sangat lah banyaknya untuk kami bertiga..
muwalah bread dan saltah pencicah yang sangat sedap lah.
 

Friday, March 12, 2021

Ayat 58 Surah Yassin

 Asalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari buat semua...

perkongsian dari muka buku, yang baik kita amik jadikan tauladan, dan yang buruk tu mitak dijauhkanlah dari kita semua... Aamiin
 
Rahsia Surah Yassin Ayat ke-58"
Barang siapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut 'SALAAMUN QAULAM MIR RABBIR RAHIM'
diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik, In shaa Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajat kita akan dikabulkan.
 
Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....
Aamiin Ya Allah.
Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai orang yang boleh atau lebih, tiada kerugian bahkan digalakkan.
Ikhlaskanlah hatimu dalam menyampaikan dakwah ini kerana Allah. Dunia adalah pentas, akhirat jua lah tempatnya yang sebenar.
Jangan lupa share dan like.
Alhamdulillah

Thursday, March 11, 2021

Kuih cara berlauk

kuih cara berlauk yang kak rose buat sebagai buah tangan untuk kawan yang melangsungkan pernikahan anak bongsunya... during pkp, urusan pernikahan dibuat seakan mengejut jer.. berhari2 duk mencari ruang untuk melangsungkannya tapi semuanya kena ikut jabatan agama islam negeri dan bila dapat line terus dia bagi date,  take it or leave it. dah memang tunggu lama kan, so amik jer la tarikh yang diberi untuk nikah on line tu iaitu 4 hari sebelum majlisnya dan memang kena buat during week days.  masa2 pkp ni kan susah jugak nak dapatkan catering bagai.. so buat lah sesimple mungkin... dan kuih cara ni jer yang kak rose sempat sediakan untuk icha... selamat pengantin baru icha dan suami, semuga berbahagia hingga ke akhirnya..
resepi kak rose cnp dari Resepi Che Nom yang sangat sedap nih... dapat pujian dari tuan rumah dan juga tetamu yang datang makan. rasa kembang kuncup tukang buat nih!hihi.  terima kasih kongsikan resepinya. 

Bahan-Bahan:

  • Bahan-bahan untuk inti:
    • 300g daging atau ayam kisar (kak rose guna ramly minced meat)
    • 2 sudu besar serbuk kari
    • 1 biji bawang besar
    • 2 ulas bawang putih
    • Sedikit lada putih atau lada sulah
    • Bahan-bahan hiasan atas:
    • 2 biji cili merah, hiris halus
    • Bawang goreng
    • daun bawang
    • daun sup
  • Bahan-bahan untuk adunan kuih cara:
    • 2 cawan tepung gandum
    • 2 biji telur
    • 4 cawan santan cair
    • ½ sudu kecil garam
    • ¼ sudu kecil pewarna kuning

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk inti:
    1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.
    2. Masukkan bancuhan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.
    3. Masukkan daging bersama lada sulah dan kiub ayam kemudian kacau sehingga kering airnya.
    4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  2. Cara-cara untuk adunan kuih cara:
    1. Bancuh semua bahan adunan kuih cara daan kacau sehingga sebati. Tapis dengan penapis supaya tiada ketulan tepung. Che Nom bancuh di dalam blender saja.
    2. Panaskan loyang kuih cara dan sapu sedikit minyak. Tuang adunan ke dalam acuan dan sudukan inti ke atas kuih. Kemudian tabur dengan hirisan cili, daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
    3. Tutup loyang dengan penutupnya atau tudung periuk.
    4. Masak selama lebih kurang 3-4 minit di atas api perlahan.