Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, April 30, 2011

Apam gula hangus

buat apam lagi..... kali buat ni untuk bawak balik kampung petang nnti...sllu buat gedebuk dalam loyang jer tapi pagi ni agak rajin sket... mood gembira sbb nak balik kampung kot tu yang jadi apam ni dalam bekas kecik2... dan menjadi dengan gebusnya, moist lak tu... terima kasih pada penyumbang resepi hazz63 di Myr... mintak izin nak tepek kat sini lak ya... penah buat dalam loyang jer kat sini...

Bahan-bahan ( untuk sekeluarga. )
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air (kak rose buh 3/4 cup jer)
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.
  • 1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara

  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
  2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
  5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit. (kak rose kukualam 15mts sbb guna acuan kecik2)
  6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
  7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.
buat satu adunan dapat 24 biji acuan ni.... kak rose isi dekat nak penuh acuan tu.... len kali kena kurangkan sikit isi tu sbb naik tinggi sangat dari acuan.

Cucur bilis kembung

Asalamualaikum dan selamat berhujung minggu dengan cuti yang panjang.... pasti ramai yg memulakan perjalanan untuk cuti2 atau pun balik kampung kan... petang ni kak rose pun nak balik kg gak... ada kenduri wedding anak buah. ya lah cuti panjang gini selalunya banyaklah majlis perkahwinan kan.. undangan untuk esok, selain di JB, ada lagi di seremban dan satu lagi di kuala pilah.... camno la den nak poi sumo ni.... mintak maaf lah kalau x dapat hadirkan diri ya... mungkin esok lain kali...

aissshhh melalut panjang lak... nak citer pasal cucur bilis yang sangat lembut wat sarapan pagi ni... cucr bilis kembung yg x mengembung.... mungkinkan sbb kak rose perap sekejap sangat... dah lapo x sabar nak tunggu dah! gigih menumbuk pepagi wat sambal kicap untuk nak cicah ngan cucur ni... meh tengok resepi yang kak rose cnp dari Myr oleh sofinar ni... mekasih ya...

Bahan-bahan ( 5 orang makan )
  • 300g tpg gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil yis mauripan
  • 1/2 cawan ikan bilis
  • 1 labu bwg besar
  • 2 pokok daun bawang
  • 1 1/2 cawan air
  • taugeh jika suka
  • garam secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit (tercicir lak yg ni.... aishhhh!!!)

Cara-cara

  1. blender bilis, telur, bawang dan air bersama hingga semua hancur
  2. gaul tpg dan yis sekejap, masukkan semua bahan dan gaul rata. Perapkan sekejap lebih kurang 30 minit
  3. jemput2 dan goreng, cucur ni lembut dan bulat2. enak dicicah sos cili

gigih pepagi menumbuk wat sambal kicap....kejawaan terserlah!

Friday, April 29, 2011

Kuih cara manis

lepas masak untuk lunch terus je bancuh untuk buat kuih cara nih.... td buat daging masak lemak cili api jadi ada banyak santan berlebih tu yang kak rose buat kuih ni... akceli abang dah banyak kali sebut nak makan, tp sbb x de santan makan x terbuatlah kuih cara ni... masa busu kecik2 dulu sangat suka dengan kuih ni... kalau udin terbaca tentu teringat kisah2 masa kecik dengan kuih ni...

resepi kuih ni kak rose cnp dari Myr lagi, terima kasih tuan punya resepi junjs11 dan kak rose mintak nak sharekan kat sini lak ya....

Bahan-bahan ( dalam 12 biji )

  • 100gm tepung
  • 200ml santan sederhana pekat/susu segar
  • 1 sudu besar jus pandan (jun guna esen pandan sbb daun pandan x d)
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • gula sebagai inti

Cara-cara

  1. Campurkan tepung, santan, telur dan garam. Kacau rata. Kemudian masukkan jus pandan dan pewarna hijau sedikit. Jika terlalu berketul, tapis.
  2. Panaskan acuan, lengser ngan minyak. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan 1/2 sudu teh gula atas setiap satu kuih dan tutup acuan sebentar.
  3. Pastikan api kecil supaya kuih tidak hangus, sbb kuih ni cepat masak, dalam 1-2 minit aje..

siap dah juadah untuk minum petang ni....

Thursday, April 28, 2011

Di johor saja ker?

ubi goreng dengan sambal kicap

ada sesapa nak join minum petang stail jawa nih?.... dengan menu zaman jepun..... ubi goreng cicah sambal kicap jawa.... ni lah style orang johor makan gorengan... mesti ada sambal kicap untuk dicicah. kalau di kedai kopi mesti ada sambal ni atas meja, tempat lain kurag pasti lak pulak, ada jugak ke yang makan gorengan cam ni cicah sambal kicap? untuk yg x pernah mencuba cenggini mmg rasa pelik kan? cuba try test sekali, pasti nnti nak lagi....

kentang pulak... untuk yg x nak makan menu jaman jepun tu...

Kepak ayam bakar berempah

ni lauk lunch tadi makan bersama dengan terung bakar berkuah tu.... wah, hari ni semua bakar2 jer.... tp tu suma kak rose bakar atas koli non-stick jer.... even ayam ni pun x masuk dalam oben... mintak maaf la ya tuan punya resepi sbb kak rose masak cara sendiri... tp rasa tetap mabeles gitu.... kalau dapat meratah pun sedap gak ni.... agaknya kalau nak buat bakar2 cam bbq tu guna resepi ni pun sedap kan...

resepi asal oleh umi e @Myr.... sejak Myr boleh bukak dengan mudah ni macam2 resepi yg sedap2 suma masuk dalam list.... panjang dah berbaris menunggu giliran... yg penting tunggu bahan2 dan vitamin R datang bertandang! mekasih ya umi e dan kak rose mintak izin nak tepek kat sini pulak....

Bahan-bahan ( 4 orang makan )
  • 1 kilo kepak ayam
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu makan serbuk jintan kasar
  • 1 sudu makan serbuk jintan halus
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Bersihkan kepak ayam dan toskan (kak rose cucuk2kan biar resap bahan perapan)
  2. Bawang besar+bawang putih+halia diblend/tumbuk. Campurkan kesemua bahan yang lain bersama bahan yang telah diblend ke dalam mangkok besar (yg boleh muatkan kesemua kepak ayam)
  3. Gaulkan kepak ayam ke dalam bancuhan bahan tadi
  4. Perap ayam seketika atau ikut lama yang disukai (makin lama makin sedap)
  5. Bakar kepak ayam dalam oven selama lebih kurang 45mins atau hingga masak

Terung bakar berkuah

Asalamualaikum dan selamat tengahari.... ari ni kak rose masak terung bakar style jawa.... resepi asal kak rose amik dari Myr oleh saida_wati... tp bila baca komen2 tu ada yang kata tambah cekur dan cili api untuk tambah ummmpphh, so kak rose pun cubalah. siap dengan daun cekur kak rose tambah untuk hiasan.... agaknya jawa saja ke yg masak bubuh cekur ni ya?

apa pun kak rose mintak izin nak tepek resepinya kat sini ya saida dan terima kasih bebanyak... ni 1st time masak bubuh cekur... not bad!

Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 2 biji terung panjang (dibasuh)
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 cawan air
  • 1/2 sudu teh lada putih
  • 1 sudu makan santan pekat
  • garam secukupnya
  • (kak rose tambah cekur dan potongan cili api kasi pedas2 sikit...)

Cara-cara

  1. Terung dibakar di atas dapur gas sehingga masak (lembut). Balik2kan..
  2. Bila dah lembut, angkat dan biarkan sejuk. Kemudian kupas kulitnya (nk kupas kulit ms masih pns2 pn tak kisah..hehe).
  3. Cara buat kuah..tumis bawang..bila dh wangi, masukkn air.Biar sampai mendidih.
  4. Masukkn santan,lada putih dan garam secukupnya.
  5. Curah kuah atas terung tadi..sedia utk dihidang..selamat mencuba.. :)

Wednesday, April 27, 2011

Apam harum manis

selamat malam semua.... akhirnya dapat gak buat apam ni setelah sekian lama menyimpan angan2 nak mencuba. sejak dari masih berada di langkawi lagi dah simpan resepi ni dalam word tp x jugak terbuat. so kali ni bila ada pisang yg x de sapa nak makan tu mula lah cari projek nak wat apa.... dan teringatlah akan resepi yang telah begitu lama tersimpan nih... copy dari Myr oleh tulip77. terima kasih bebanyak for the recipe ya dan kak rose nak sharekan kat sini lak...

Bahan-bahan ( 40biji )
  • 300 gm gula melaka
  • 350 ml air
  • 3 biji telur
  • 200 gm gula pasir
  • 350 gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh bicarbonate of soda
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 sudu maka esen vanilla
  • 50 gm mentega, dicairkan
  • 8-9 biji pisang raja dihiris bulat tipis

Cara-cara

  1. Masak gula melaka dengan air hingga larut. Tapis dan sejukkan. Pukul telur dan gula hingga naik. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula dan kacau rata.
  2. Kemudian masukkan esen vanilla dan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau hingga sebati
  3. Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega.Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan, isikan ½ penuh sahaja lalu letakan hirisan pisang keatas adunan.Kukus kesemua adunan itu selama 15-20 minit. Sejukkan dahulu.Adunan ini blh dapat 40biji apam.
  4. *** Isi separuh sahaja, apam ni akan naik tinggi ***

apam yg x ayu ghopanya sbb melekat kat acuan la pulak!

buat satu adunan punyalah dapat banyak.... dapatlah kak rose g bawak kerumah jiran sambil melawat dia yg kurang sihat.

Labu air tumis bersama suhun

sayur tengahari td yg sangat sempoi. hari ni punyalah awal masak sbb ada janji dengan tenant nak tengok rumah yg disewa... nak gantikan cermin tingkap rumah tu.... nasib baik kontrektor tu sampai bila kak rose dah siap masak, terus bawak dia perdi tengok rumah tu.... ambik ukuran, 2 tingkap tiga panel dan 2 lagi 2 panel.... quotation x dapat lagi sbb katanya aluminium baru saja naik harga pada bulan lepas.... agak2 brapalah agaknya nak gantikan tingkap cermin tu ya?

dah siap suma balik rumah tinggal nak ngap je...goreng 2 keping ikan kurau dan buat sambal ikan bilis tumbuk... cukuplah lauk simple untuk lunch tadi... resepi sayur ni amik kat Myr oleh kakbesah.... mekasih ya dan kak rose nak sharekan kat sini tuntuk rujukan dilain kali..

Bahan-bahan ( seisi keluarga )

  • sebiji kecil labu air (pastikan ia muda) - buang kulit dgn pengupas timun & dipotong dadu.
  • setengah cekak suhun @ so'un
  • semangkuk kecil isi ayam(hiris nipis) @ udang basah (kak rose gantikan ngan pati kiub jer)
  • 7 biji bawang merah,5 ulas bawang putih & 2cm halia muda - dihiris
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam, 1/2 senduk minyak utk menumis

Cara-cara

  1. panaskn minyak,tumis bahan2 hiris hingga wangi lalu masukkan ayam.goreng hingga ayam layu lalu masukkan 2 mangkuk air.
  2. biar mendidih seketika utk lembutkn ayam pastu masukkan labu air.biar mendidih 3 minit lalu masukkan suhun. masukkan juga serbuk lada hitam. garam & secubit gula.biar mendidih seminit,tutup api dapur & tutup rapat periuk dlm 5 minit utk empukkan labu. kemudian renggangkn tutup periuk utk elakkan labu jd lembik.
  3. bolehlah dihidang panas @ sejuk..

Jom sarapan ngan banana pancake

banana pancake gebu makan dengan madu dan semug nescafe...

bli pisang tp x de sapa nak makan.... sebenarnya x brapa suka dengan pisang montel ni tp kat sini kenapa susah sangat nak dapat pisang emas ek? ke kak rose jer yg x tau kat mana nak bli? entahlah.... yg ada pisang ni je so bli jugaklah tp terbiar je kat dapo tu. daripada dia terbiar baik jadikan sesuatu... dan yg paling senang pancake ni lah.... resepi dari kak Hanieliza. mekasih kak!

BANANA PANCAKE (Hanieliza)

Ingredients :

8 ripe bananas ~ mashed (kak rose guna 3 biji pisang montel yg beso2 tu...)
1 teaspoon salt(I put just 1/2 teaspoon)
1 tablespoon sugar
2 tablespoons milk powder
1 egg
1 cup flour
1 teaspoon bicarbonate soda
a bit of margarine

Method :

1. Sift flour with bicarbonate soda. Set aside.
2. Mix well the mashed bananas, salt, sugar and egg.
3. Fold in the sifted dry ingredients till well incorporated.
4. Heat the non-stick pan and grease with a bit of margarine.
5. Put a spoonful of the bater onto the pan and flatten it.
6. Cover the non-stick pan and let the bater cook till golden brown. It's best done on medium heat to avoid the blackish color.
7. Flip over, so that the other side will get cooked as well.
8. Serve with honey or golden syrup or with whatever your heart desire...

Tuesday, April 26, 2011

Ayam kandar

salam dan selamat tengahari semua.... masak ayam kandar ni untuk lauk lunch tadi.... mula tu nak masak sambal jer tp teringin lak buat ayam kandar ni. maklumlah ari tu masa g penang x dapat makan yg ni, cuma rasa kuah dia saja. so kali ni buat la ayam kandar ni, mmg rasa macam ayam mamak kat line clear tu....

resepi asal gunakan daging - daging kandar la kan, tp telah ditukar dengan ayam oleh nduk hana... x pe len kali nak try guna daging plak. resepinya kak rose penah tepek dulu kat sini, dan sekali lagi kak rose share kan kat sini kalau ada yg nak mencuba nnti....

Bahan-bahan
  • 1/2kg ayam
  • 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • Kulit kayu manis dan bunga lawang
  • sedikit daun kari
  • garam dan perasa
  • air
  • (kak rose tambah 1tsb serbuk cili)
Cara-cara
  1. Ayam dpotong dan dbersihkan. ketepikan.
  2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
  5. Masukkan ayam dan air. masak hingga ayam empuk.
  6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
**** (kak rose perap ayam ngan garam kunyit jap dan goreng setengah masak dan ikut cara yg seterusnya)

sedap dimakan dengan nasik panas2.... x yah g line clear lagi dah!

Monday, April 25, 2011

Talam sagu

petang td buat kuih talam sagu ni.... selalu tu buat sagu yg makan dengan kelapa jer atau pun buat puding makan ngan santan n gula melaka tu... ingat sikit je bila tengok adunan tu secawan sagu.... bila dah siap, mak ai punyalah banyak..... boleh ngulang2 makan!

resepinya kak rose cnp dari rumah yatie yg pakar buat bermacam kuih talam ni... ramai yang dah mencubanya, tu yg kak rose pun teringin sangat nak makan. terimakasih ya dan kak rose nak sharekan kat sini lak...

Bahan untuk lapisan bawah ( bersagu ) :
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan sagu - dicuci dan rendam sebentar
  • 1/2 - 1 cawan gula pasir - saya letak 3/4 cawan
  • garam secukup rasa
  • pewarna merah secukupnya
Cara membuatnya :
  1. Sapu acuan dengan minyak dahulu. kak rose guna acuan kecik2 n loyang gak.
  2. Gaulkan semua bahan hingga sebati. Mas masak dulu dalam periuk dengan mengacau hingga sagu pekat dengan menggunakan api perlahan.
  3. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 min. Baru Mas cedokkan ke dalam acuan lompang yang disapu minyak tadi dan kukus selama 20 minit atau hingga hilang biji2 putih tu.
  4. Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu. Mas tak cakar sebab menggunakan acuan lompang.
  5. Letak adunan lapisan atas.
Nota saya= Saya masak bahan2 sagu dlm periuk sehingga pekat dlm 15 minit dngn menggunakan api sederhana. Hendaklah sentiasa di kacau supaya adunan rata. Selepas itu saya masukkan dlm acuan kecik. Saya kukus dlm 15 minit. Angkat dan bolehlah tuangkan adunan utk lapisan atas dan kukus semula selama 15 minit.

*** kak rose ikut cara macam yatie

Bahan untuk lapisan atas :
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung- saya tambah
  • 1 sudu teh garam
Cara membuatnya :
  1. Gaul semua bahan supaya rata.
  2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat ( non stick pan ) dan kacau sebentar atas api.
  3. Apabila nampak pekat, tutup api dan ke tuang atas lapisan bawah tadi.
  4. Kukus lagi selama 20 minit. Saya kukus 15 minit je sebab guna acuan kecik.
Nota :
  • Sila lapik penutup pengukus dengan kain untuk mendapatkan talam yang cantik.
  • Saya guna acuan kecik2 supaya senang keluarkan kuih talam ni.
buat dalam acuan apam dan lap u lap me, ada lagi yang dalam loyang

Today's step

the steps, distance and the calories that burnt!

Salam dan selamat pagi semua…. setelah lebih seminggu x berjalan akhirnya ari ni kak rose kuatkan semangat untuk mengukur jalan semula…. hari tu beberapa hari rasa kurang sihat dan pas tu g cuti2 mesia lak, so panjang lah cuti dari mengira step tu….bila dah siap semua dan nak mulakan perjalanan kasut yg kak rose pakai makin terkopak nampaknya… terpaksalah berpatah balik dan tukar kasut lain… nasib baik ada kasut buruk yang masih sayang nak dicampakkan, adalah penyelamatnya kan… jauh jugaklah kak rose berjalan pagi ni.... 8km dengan 12k steps..... kalau tidak maunya x jadilah nak mengukur jalan pagi ni…. kat shah alam ni mana nak cari cobbler la agaknya?

teman berjalan yg setia n berjasa telah membuka mulut luas2... penat agaknya...

and the calories that burnt pagi ni kak rose gantikan dengan karipap inti sadin dan secawan nescafe 3 in one.... so back to square one.... macam x de bakar kalori lah kan?

Sunday, April 24, 2011

Bebola ubi goreng

makan gorengan cara johor.... mesti ada cicah sambal kicap. best!

juadah minum petang ni kak rose buat bebola ubi goreng.... semalam g kedai kat rumah ni nampaklah ada jual ubi ni. amik sebatang jer pun tp beso ler... boleh buat dua kali goreng gitu. separuh kak rose buat goreng ni dan masih ada berbaki separuh lagi.... esok2 pulak pk nak buat apa kan. ari ni meh kita makan bebola ubi ni sama dengan teh o panas.... dah dekat seminggu x berjalan tp makan x pernah kurang.... nntilah esok agaknya boleh g jalan 10k steps tu lagi.... insyaallah.

resepi ubi goreng ni kak rose amik kat rumah CMG. sedap. (kak rose dah guna ice-cream scoop tu tp masih x dapat nak buat cantik bulat2 macam mat tu. hu hu hu...) nasib baik dapat ubi yang gebu dan lembut dan bila goreng pun ttp lembut. tima kasih ya mat n kak rose nak sharekan resepinya kat sini lak...

close-up sket... posing ngan pencucuk lap u lap mi yg baru bli kat Daiso Queens Bay, Penang...

Bahan-Bahannya :-)

Ubi kayu secukupnya
Kelapa parut putih, gunakan kelapa sedikit muda
Sedikit gula halus
Bancuhan tepung untuk menggoreng (mat guna tepung gandum 3/4 cawan + Sedikit garam + 1 cawan air + sedikit pewarna kuning, gaul sebati hingga tidak berbintil2 @ bancuhan tepung beras seperti menggoreng pisang)
Sambal kicap

Cara membuatnya :-)
  1. Ubi kayu dikerat2, kupas kulit, cuci dan belah2, rebus bersama sedikit garam hingga empuk. Toskan dan letak dalam bekas. Campur sedikit gula (anggaran 1 camca teh) dan juga kelapa parut putih. Lenyek atau tumbuk perlahan menggunakan anak lesung batu hingga hancur dan semua bergaul rata. (Kalau tak nak goreng dengan tepung, boleh alih ke dalam loyang, tekan2 hingga padat, potong dan hidangkan).
  2. Kemudian buatkan bentuk bebola (mat gunakan scoop ice cream untuk mendapatkan bentuk sekata). Buat hingga siap. Celup dalam bancuhan tepung dan goreng terendam hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya atas paper towel. Hidangkan bersama sambal kicap untuk minum petang atau pun sarapan pagi....

Botol roti jala

salam hari minggu semuanya.....entry ni special untuk yang bertanyakan pasal acuan yang kak rose guna untuk roti jala kaler maler tempoh hari...... pada mama_azariah, surina, saridah, mazni, kak pida, sally, noorma, kasihredha dan sapa2 yang bertanyakan..... ni lah rupa botolnya... nor secubit garam pun ada buat tayangan amal ttg botol mayo ni....katanya beli kat Daiso PJ siap dengan cara nak wat roti jala yg kaler maler tu.... sangat cantik dan kemas je buatanya.....tu yg kak rose berkenan sangat dan cari jugak sampai dapat....tp yg ni kak rose dapat kat kedai runcit jer.... ari tu singgah kat Daiso di QueensBay mall cuba cari lagi. tp x de lak.... cukuplah dengan yg dah ada ni kan....

botol mayo dah bertukar fungsi untuk buat roti jala.... close-up sket!

pada yg bertanyakan tu, bila dah dapat n buat roti jala tu jangan lupa sharekan kat blog ya....

Saturday, April 23, 2011

Apam labu

salam hujung minggu semuanya.... ni kes sangat terguda dengan keayuan apam labu berposing kat rumah izah... dah lama sangat intai, tp menunggukan labu x sampai2 dirumah ni. so bila dah dapat labu terus jer nak mencuba buat apam. Alhamdullilah menjadi dengan gebunya dan sangat lembut texturenya. betul kata izah, x rugi mencuba.... lembut dan sedap!. panas2 lagi kak rose dah ngap 2 biji.... tanpa kelapa pun sedap gak, tekak kak rose yg pelahap ni ler... x sabo2 nak merasa!

resepinya kak rose cnp dari rumah izah tokey muffin tu. terima kasih ya share resepi yg mabeles nih.... dan mintak izin nak tepek kat sini lak....

APAM KELEDEK versi LABU

Bahan A:-
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam

Bahan B:-
  • 230 gm labu direbus lembut (asal menggunakan 200gm keledek)
  • 150 gm gula (asal menggunakan 180 gm gula)
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat

Bahan C:- (ayak bersama)
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder (asal menggunkaan 1 sk double action b.powder)


Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  2. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  3. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  4. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (Ummi tutup mangkuk adunan).
  5. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (Ummi guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  6. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.

kak rose buat satu adunan, punyalah banyak dapat..... meh, jemput minum petang dengan apam labu sambil pot pet.....

Penang's trip

gambar kolej yg kak rose snap semasa hari pendaftaran tahun lepas...

Bye bye Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah, Pendang... entah bila lagi agaknya akan berpeluang menjejakkan kaki kesini lagi selepas busu habis blaja kat sini.... tempat yang sangat jauh dipendalaman dengan segala kekurangan untuk anak2 menimba ilmu selama setahun.... dari Pendang kami meneruskan perjalanan ke Penang pulak....nak lepak2....

penginapan di Penang..

the hall n dining...

master bedroom

another room with 2 single bed

the kitchen.... tp x de masak2 pun!

the beach
the sunset...
nnti kalau rajin kak rose citer pasal jenjalan n makan kat penang lak, k...

Wednesday, April 20, 2011

Di Batu Ferringhi

Salam semua.... just a short up-date dari Batu Ferringhi, Teluk Bahang, Penang.

pagi td awal lagi dah bertolak dari rumah ke Pendang to fetch anak bujang yang dah tamat belajar di kolej matrikulasi teknikal Kedah. tiba dikolej around 11am and load everything ke kereta.... salam2 ngan kawan for the last time ..... and off we go to Alor Setar pulak. kali ni ke sekolah lama busu – Sekolah Menengah Teknik Alor Setar to collect his sijil SPM.... pas tu g lunch kat Tesco Alor Setar. makan soto ayam.... not bad la. lepas tu ke Penang, sampai kat resort dah dekat pukul 5 petang.... lepak2 je la..... sambil2 tengok pantai dan air laut pantai batu ferringhi.....

Tuesday, April 19, 2011

Medical check-up

dah dua tiga hari rasa x sihat …. macam demam jer…. tp x la teruk sampai melepet gitu…. so ari ni buat check-up kat SDMC… sepetang berkampung kat situ…. appointment pukul 2 tp dapat jumpa doctor pun dah 3pm lebih…. punyalah ramai pesakit nak jumpa specialist ni…. buat check-up biasa jer pas tu doc tu suggest buat mammogram n ultrasound sekali…. terus buat je la since doc dah rekomen kan…. kira ni kali ke tiga buat mammogram ni tapi yg ultrasound tu ni first time buat…. bila tannya doctor, katanya to get the best result, kena buat dua2 sekali…. rupanya that mammography can detect only about half of all breast cancers in women with dense breast tissue. Dengar pun menakutkan….. sllu yg kita disarankan buat hanya mammogram jer…. so by combining a mammogram with ultrasound, the success rate jumps to about three quarters. Alhamdullilah, result pun dah dapat n pass with flying colors! Syukur sangat2… prevention is better than cure kan…. so kepada adik2 diluar sana, buatlah pemeriksaan sebelum terlambat!

esok pagi2 nak ke Pendang, amik anak bujang dah habis matrik dan pas tu bercuti2 mesia kat Penang lak…. until then, bye!

Monday, April 18, 2011

Apam lenggang 2

salam dan selamat petang semua.... apalah agaknya juadah minum petang hari ni ya.... sepanjang pagi td hujan lebat dan nak masak2 pun jadilah sangat x rajin. so untuk lunch kak rose g tapau jer dan petang ni buat apam lenggang ni pulak. beli nasi bungkus dan kak rose simpan sikit nak buat apam ni, tapi terjumpa lak versi yg x guna nasik.... so try yg ni campuran tepung beras n gandum je. dulu pernah buat yg ada nasik tu kat sini....

resepi yg ni kak rose amik dari Myr oleh sofinar... tp kali ni kak rose guna santan serbuk, x terasa lemak sangat. kalau guna santan yg fresh tu mesti lagi la ummpphhh kan. mekasih ya sofinar dan kak rose mintak izin nak sharekan resepinya kat sini lak....

close-up sket... tebal ditengah2 dan suker dengan tepi2 yg garing tu....

Bahan-bahan ( 10 biji kot )

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil yis
  • 7-8 sudu besar gula
  • 1 cawan air
  • 1 cawan santan
  • 1 biji telur - untuk mengelakkan melekat pada kuali, jika non stick pan takyah masukpun tak apa

Cara-cara

  1. campurkan semua bahan kecuali santan, gaul rata dan perap selama 2-3 jam (kak rose perap 2.5hrs)
  2. masukkan santan dan gaul lagi
  3. panaskan kuali dan griskan minyak pada kuali, ambil 1 senduk adunan dan lenggangkan seperti membuat kuih ketayap
  4. jika memakai non stick pan tak perlula gris minyak,
  5. tutup apam lenggang dgn tudung periuk, bakar dengan api perlahan lebih kurang 2- 3 minit, bila dah kekuningan bolehla di keluarkan dari kuali dan di lipat dua
  6. selamat mencuba

Sunday, April 17, 2011

Kuih lompang

selamat pagi dan selamat berhari minggu.... pepagi ni kak rose nak tepek kuih lompang yang baru buat ni..... nak wat sarapan x sempat lak sbb dah kelaparan, so bekpes dengan roti bakar je. sebenarnya td pepagi lagi kak rose dah meronda2 rumah orang.... bw sambil nyelongkar carik2 resepi nak masak apa ari ni.... tetiba terpandang kuih yg kalerful ni kat rumah Naz cute oven,yg resepi asalnya dari blog Bro Rozzan. rasanya dah lama jugak x buat kuih ni, so terus lah menjalankan projek ni....

Naz, terima kasih dan kak rose mintak izin nak cnp resepinya dan sharekan kat sini ya...

KUIH LOMPANG
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan :
50 gm tepung beras }
50 gm tepung ubi } Bancuh bahan-bahan ini hingga sebati - ADUNAN A
100 ml santan }

125 gm gula pasir }
100 ml air } Masak hingga gula larut dan sejukkan - ADUNAN B
1 helai daun pandan }

1/4 cawan kelapa parut muda }
Secubit garam } Gaul sebati dan kukus sebentar

Beberapa pewarna pilihan

Cara-cara :
1. Masukkan ADUNAN B ke dalam ADUNAN A. Kacau sebati dan tapis sekiranya perlu.
2. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna pilihan anda.
3. Panaskan kukusan. Sapu sedikit minyak masak di bahagian dalam acuan lompang.
4. Susun acuan lompang di dalam pengukus. Tuang adunan lompang dan kukus 8 hingga 10 minit atau sehingga masak.
5. Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan. Hidangkan bersama kelapa parut apabila ingin dinikmati.

NOTA : Dengan adunan di atas, Naz dapat 16 biji kuih lompang ni.

Saturday, April 16, 2011

Hari gantung kad

salam semua...... hari x masak, tp hari menggantung kad yg kak rose terima dari kawan2 yang baik ati.... terima kasih kerana ingat kat kak rose dan sangat hargai pemberian ini.... wah dah macam ucapan masa terima award lak kan.... dan dengan besar hati kak rose gantung kad ni kat rumah ya...

jambangan bunga yg cantik dari noorsafone.... terima kasih

dan kad salam kasih sayang dari kak Jee yg glamer.... mekasih jugak!