Lanai Kijang
Tuesday, May 31, 2011
Bersarapan dengan roti boom
Monday, May 30, 2011
Agar2 santan gula melaka
nasib baik bila nak sambung memasak petang tu agar2 ni x keras dan mmg belum melegak pun masa tinggal tu, so teruskan memasak dan inilah kejadiannya...
resepi cnp dari rumah izah, mekasih ya dan kak rose nak sharekan kat sini pulak...
AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA
sumber rujukan: Hana
Bahan-bahan
10g serbuk agar-agar
1/2 cawan gula merah
1/4 cawan gula putih
1150 ml air
120ml air campur 1 paket santan serbuk (Akak guna jenama KARA) kak rose pun....
1 biji telur dipukul dengan santan tadi
secubit garam
1 helai daun pandan
Cara-cara
Masak air dengan gula dan daun pandan (kalau guna gula merah cap bintang tak payah tapis)
bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
Kecilkan api
kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih
Tuang kedalam acuan yang anda suka
Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk!
buat pencuci mulut selepas makan ciken chop dengan kawan yang datang dari Langkawi.... sikecik fatin amani siap nak tapau untuk kakak dan abangnya! tima kasih wati dan farouk sudi singgah kat rumah kak rose ni.... pot pet sampai x hengat nak amik gambar pun...
Sunday, May 29, 2011
Aduhai, wajaku....
inilah woksop nya di kawasan nilai 3.... Lai Hong Ming Motor, terus teringat iklan raya petronas satu masa dulu kan...Tan Hong Ming in love...I like her... her name is Umi Qazrina.... qute sangat!
the car.... beginilah keadaannya... sedihkan.
bahagian kiri depan yg teruk terhempas ke railing divider...
another pandangan sisi yang tersagat kat railing tu...
dari sebelah depan kanan... bumper depan yg nak tertanggal dah!
the severe one.... sampai tercabut tayar! and it will take about 3 weeks to get it done. tunggu je la kan...
Keta eksiden!
dulu tu kawan dia bawak dah kena jugak kat sini... dan kali ni kena lagi. adoyaiiiii!!!!
Finally, modem baru
Setelah 2 hari modem dirumah ni kehilangan nyawa dek disambar petir, akhirnya tengahari semalam kontrektor pembaikkan dari TM datang untuk replacement… kira cepat jugaklah service derang ni…. X la macam masa mula2 pindah sini dulu…. it’s take almost 2 week baru dapat connection! actually tengahhari semalam dah dapat modem baru tu, tp x dan nak configure lagi sbb pas tu kami g kenduri kat sabak bernam pulak…. x biasa dengan kawasan tu jd payahlah nak mencari rumah kenduri tu, ikut paln pulak derang bagi ikut jalan jauh dan jalan punyalah teruk…. banyak buang masa diperjalanan jer…. pas tu ada keja sikit lak dan tengah malam baru dapat buat baru punya configuration…. and voila!!!! dah ada intenet connection balik…. Busu, nah amik balik modem berukband ni, mama x nah dah!
kontraktor pembaikan dari tm sedang buat keja... jgn pandang rumah yg sepah2 tu ya....Friday, May 27, 2011
Modem kehilangan nyawa!
call TM nak lapor kerosakan... punyalah lama dan ari ni first time kak rose buat trouble shooting nak confirm that modem tu dah not working.... orang buta it macam kak rose ni mmg x tau nak wat camner tapi nasib baik baik derang ajar satu2 masa trouble shooting tu.... start... run... dan banyak nya nombor nak kena key in..... ishhhh, ishhhh...dan bila dah konpem kong barulah derang nak amik repot yg modem ni mmg dah rosak and it will take at least 72 hours before ada replacement for the modem! ayoyo!!!! 3 hari x de intenet? boleh tahan ke? boring kan???
so, for the moment gunalah celcom broadband ni.... pinjam anak punya sementara dia x guna....so x dapatlah nak g bw kat rumah kawan2 for these 2 or 3 days ni. harap2 betulah spt yg dijanji... within 72 hours.... kalau lebih camner? boleh ke deduct bayaran bulanan tu? sapa nak tolong jawap ni?
since hari ini yang sangat memboringkan kak rose pun masak je ikan tenggiri masak asam pedas ni... tp daun kesum pun x de.... ari tu bli dan simpan dalam fridge, bila tengok balik dah kering daun2 tu.... x sempat nak guna! alahai...
Thursday, May 26, 2011
Talam sagu berlapis
resepi kak rose cnp dari rumah Naz yang telah menggoda kak rose tuk buat kuih ni.... mekasih ya dan kak rose mintak izin nak tepek kat sini lak...
- 50 gm sagu
- 115 gm tepung beras
- 50 gm tepung ubi / tepung sagu
- 200 ml santan pekat KARA
- 175 ml air
- 160 gm gula
- 150 ml air
- 3 helai daun pandan
- Didihkan air yang banyak, masukkan sago dan masak hingga sago menjadi jernih. Tos dan siram dengan air paip. Ketepikan.
- Masak bahan B hingga gula larut. Ketepikan.
- Satukan semua bahan A, masukkan bahan B, gaul rata dan tapis.
- Ketepikan 150ml adunan untuk lapisan atas, masukkan pewarna hijau dan esen pandan. Ketepikan.
- Kemudian masukkan sago yang di toskan tadi ke dalam baki adunan. Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan setiap satu dengan warna hijau dan merah atau warna di sukai.
- Tuang 1/2 bahagian dari adunan hijau ke dalam loyang 9" yang telah dileser dengan sedikit minyak. Kukus selama 5 minit.
- Tuang 1/2 bahagian dari adunan merah, kukus selama 5 minit. Ulangi melapis adunan hijau dan merah berselang seli hingga habis.
- Akhir sekali tuang adunan lapisan atas, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit. Biarkan betul-betul sejuk baru di potong.
Cara-cara :
- Didihkan air yang banyak, masukkan sago dan masak hingga sago menjadi jernih. Tos dan siram dengan air paip. Ketepikan.
- Masak bahan B hingga gula larut. Ketepikan.
- Satukan semua bahan A, masukkan bahan B, gaul rata dan tapis.
- Ketepikan 150ml adunan untuk lapisan atas, masukkan pewarna hijau dan esen pandan. Ketepikan.
- Kemudian masukkan sago yang di toskan tadi ke dalam baki adunan. Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan setiap satu dengan warna hijau dan merah atau warna di sukai.
- Tuang 1/2 bahagian dari adunan hijau ke dalam loyang 9" yang telah dileser dengan sedikit minyak. Kukus selama 5 minit.
- Tuang 1/2 bahagian dari adunan merah, kukus selama 5 minit. Ulangi melapis adunan hijau dan merah berselang seli hingga habis.
- Akhir sekali tuang adunan lapisan atas, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit. Biarkan betul-betul sejuk baru di potong.
Hash potato
mekasih pada yani dari Myr yg sudi kongsi resepi mudah ni, siap dengan ada gambar step by step lagi. so kengkawan yang nak mencuba leh tengok resepinya kat sini ....dan izinkan kak rose nak kongsikan resepinya kat sini lak ya... tima kasih sekali lagi!
Bahan-bahan ( 2 orang )
- 2 biji ubi kentang
- 1/3 sudu kecil garam
- minyak untuk menggoreng
Cara-cara
- Bersih dan kupas kulit potato
- Ambik sebiji potato. Cincang sampai halus. (kak rose sagat je kentang tu...)
- Ambik sebiji lagi, cincang kasar.
- Campurkan kedua-duanya ke dlm bowl. Masukkan garam dan gaul rata. Bahagikan kentang kepada 4-5. Wrapping dgn plastik wrap. Microwave kan selama 2-3 minit dgn 600W
- Selepas tu biarkan sejuk sekejap. Agak-agak dah tak panas utk kita buat bentuknya. Ambik sebiji potato tadi. Latakkan ke atas plastik wrap. Tekan-tekan bagi leper.
- Panaskan minyak. Bolehlah goreng sehingga perang.
- NOTE: Sape ada food processor boleh guna fp.. sebiji kentang mix sampai hancur. Kemudian masukkan satu lagi kentang. Mix sekejap,kasar-kasar.
Wednesday, May 25, 2011
Bubur jagung sagu
pagi ni try lagi dan alhamdullilah dah ok dan harap x de masaalah lagi la... so nak post bubur jagung yang dah abes ni.... resepi dari rossitamz di Myr... ada banyak lagi jagung fresh tu, nak wat apa ek? tu la kalau tamak kan....
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
- 2 tongkol jagung manis mentah - dihiris nipis
- 4 sudu besar sagu - yang halus @ kasar
- Secubit garam
- 100ml santan pekat (santan kotak @ tin @ fresh santan)
- 1.5 liter air - dicampur dengan santan pekat
- 3 sudu besar gula merah - tambah lagi jika nak warnanya lepbih perang
- 5 sudu besar gula pasir - tambah lagi jika nak lebih manis
- *** Kuantiti gula merah dan gula pasir hendaklah disesuaikan mengikut kemanisan yang diperlukan
- *** Kuantiti air boleh dikurangkan atau ditambah bergantung kepada banyak kuah yang diperlukan
- (kak rose guna gula putih semuanya)
Cara-cara
- Basuh sagu dan toskan. Jangan direndam. Basuh sekali lalu saja.
- Masukkan jagung yang telah dihiris, santan pekat yang telah dicampur dengan air, dan juga garam ke dalam periuk.
- Masak di atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.
- Masukkan pula sagu, gula merah dan gula pasir. Kacau hingga sagu bertukar menjadi jernih.
- Siap untuk dihidangkan. Sesuai untuk minuman petang.
- Sesiapa yang tak suka sagu, tak bubuh pun tak apa.
Monday, May 23, 2011
Apple strudel
resepinya kak rose copy dari My kitchen snippets. Thank you Gert and please allow me to share the superb recipe here... million thank you again...
Filling:
6 apples (I used granny smith and pink lady) (kak rose guna Gala nz apple)
4 tbsp dark brown sugar
1 tbsp butter
½ tsp cinnamon powder
½ cup raisins
1. Prepared the filling first – peeled, cored and cut into cubes. Heat up a non-stick pan, add in the butter. Once butter melted, add in apples, brown sugar and raisins. Cook down the apples until soft and juice thickens. Remove and set it aside to cool.
2. Pre-heat the oven to 375 degree F. Line a baking sheet with some parchment paper. Sprinkle some flour on the work surface. Unfold the pastry sheet and roll out the pastry sheet thinly into rectangle shape.
3. With the long side facing you, spoon half of the apple mixture onto the bottom side of the pastry sheet with 1 inch off the edge. Roll it up like a jelly roll. Place seam-side down onto a baking sheet. Tuck the ends under to seal.
4. Do the same to the other sheet of pastry. Brush the pastry with the beaten egg. Make a few slits on top of the rolls for the steam to escape.
5. Bake for 40-45 minutes or until the crust gets nicely brown. Serve warm with some ice-cream or whipped cream. Enjoy!!
Sunday, May 22, 2011
Roti sadin untuk dinner
nor, kak rose mintak izin nak cnp resepinya dan tepek kat sini ya.... untuk esok2 kalau vit m melanda lagi.....
ROTI SARDIN
10 bj bun burger
1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
1 labu bawang besar ~ didadukan
1 bj cili merah ~ dicincang
1 sudu besar jus limau nipis
2 bj telur
minyak
Untuk Inti:
Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.
Ketepikan.
Cara2
Potong dua bun burger.
Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang
Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.
Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.
Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.
Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.
Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
Gorenglah sehingga selesai, jika minya dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..
Jagung manis
selamat pagi dan selamat berhujung minggu semuanya…. pagi ni kak rose kemaruk nak makan jagung manis ni, so apalagi lagi , pagi ni bersarapan dengan jagung manis yg sangat manis ni… akceli semalam g carefour dan ada lak jual jagung ni…. fresh from the lading di Perlis. belilah 5 tongkol, gemuk2 betul jagung tu. geram sangat! malam td lak acara mengutil jagung tu, selesailah 2 tongkol dan dapat dekat 450gm… beso kan jagung tu…. dan lepas subuh dah g godek Myr cari resepi jagung manis ni…. meh nak share kat sini lak resepi ni…. abesla gerai jagung kat pasar malam tu leh tutup kedai, suma orang dah leh buat sendiri….
terimakasih pada aziemas yg sharekan resepi dari kakak penjual jagung tu...Bahan-bahan ( 4-5 orang )
- 500 gm jagung ( leh dpt dbhgn frozen )
- 2 s b butter
- 4 s b susu pekat manis ( kemanisn ikut suka )
- secubit garam
Cara-cara
- Kukus jagung dlm 20 minit..lg lama lg sedap :)
- Jagung dh masak..dlm bekas lain..masukkan jagung yg masih panas2, gaul dengan butter, susu pekat manis dan tabur secubit garam.
- Sebatikan..dh siap....enak dimakan semasa masih panas2..
ada lagi 3 tongkol.... sapa nak tolong kutilkan nnti kak rose upah jagung manis semangkuk....
Saturday, May 21, 2011
Kuih bakar lemak manis
Bahan-bahan ( Loyang 8x8 inc. )
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula
- 3 biji telur
- 3 cawan santan - (200ml sntan KARA + air)
- 3 sb susu manis
- garam secukup rasa
- 1 sk esen vanilla
- sedikit pewarna kuning
- bijan - utk tabur (opt)
Cara-cara
- Satukan kesemua bahan2 di dalam blender kecuali bijan dan kisar hingga sebati.
- Masak adunan hingga pekat.
- Tuang ke dalam loyang yang di sapu majerin,ratakan adunan dan tabur bijan jika suka dan bakar selama 40 min atau sehingga kelihatan garing.
Friday, May 20, 2011
Getas getas jagung
Bahan-bahan ( 30-35 keping )
- 500 g kelapa parut putih ( 1 biji kelapa )
- 300 g tepung pulut ( 3 cwn rata )
- 200 g isi jagung ( 2 btg jagung ) - dipipil dr tongkolnya rebus dan haluskan
- 1 1/2 sk garam atau secukup rasa
- 100 ml santan - dr 1/2 biji kelapa
- minyak masak utk menggoreng
- Bahan untuk menyira :-
- 200 g gula pasir ( 1 cwn rata + 2 sb penuh )
- 200 ml air
- 1 helai daun pandan - dipotong kecil
- (kak rose x buat yg ni....)
Cara-cara
- Campurkan 4 bahan pertama di atas ke dalam sebuah mangkuk dan gaul rata.
- Tuangkan santan dan uli hingga adunan boleh dikepal.
- Panaskan secukup minyak dlm kuali sementara adunan dibentukkan bulat atau membujur dan dileperkan.Goreng hingga kuih kekuningan.Kuih akan timbul apabila sudah masak.
- Angkat kuih dan toskan diatas kertas yg serap minyak dan sejukkan.
- Gula pasir,air dan daun pandan dimasak di dlm kuali besar hingga air gula menjadi pekat.
- Masukkan gorengan kuih tadi dan gaul hingga kuih bersira gula.Angkat kuih dan boleh disajikan.
Thursday, May 19, 2011
Popia goreng
popia goreng untuk minum petang... punyalah banyak inti sayur ni kak rose buat, tapi kulit popia pulak x cukup.... tu yang buat isi banyak2.... jadilah popia yang beso gedabak n gumuk2. sekata dengan tuan yang buatnya!
inti sayur ppopia ni kak rose cnp dari Myr oleh mieqa_chubby... rasa manis2 sbb ada sengkuang dalam tu, dan kak rose tambah kubis sikit... sedap, tq ya. tp kak rose x buat sos tu. inti yg lebih tu kak rose nak buat karipap sayur lak...
Bahan-bahan ( 30 biji )
- 30 keping kulit popiah
- sebiji lobak merah(carrot)
- sebiji ubi sengkuang(agak2 besar penumbuk)
- 6 ekor udang hidup(saizL) @ udang kering (kak rose guna udang segar, cincang halus)
- sedikit garam (option)
- untuk sosnya:
- 2 sudu besar cili kering (yang telah dikisar)
- 3 sudu besar sos cili
- gula secukup rasa
- garam secukup rasa
- sedikit perahan air limau nipis
- untuk hiasan: sedikit daun bawang dan bawang goreng
Cara-cara
- keluarkan kulit popiah dari peti sejuk beku dan dibalut kain tuala basah(supaya tidak kering)
- lobak merah dan ubi sengkuang dipotong memanjang (dimayang halus)
- udang hidup di goreng garing dan ditumbuk @ udang kering ditumbuk setelah dibasuh bersih
- semua bahan inti di gaul rata dan ditambah sedikit garam
- untuk sosnya:semua bahan dimasak didalam periuk tanpa minyak...bahan sentiasa dikacau supaya tidak hangit.
- pastu boleh ar mula buat gulungan..bila dah siap,goreng dengan api yang kecil.bila dah siap,boleh ar sapu sosnya n hias dan siap untuk dihidangkan....
- rasa sekali nak lagi tau....best sangat...
Wednesday, May 18, 2011
Blackout!
kerja2 penyelengaraan suis tnb sedang dijalankan....
sepanjang pagi sampai lah petang x de api....
dalam dan luar rumah , panas
gelap,
x leh nak wat apa....
try guna lappy, kejap je bagi warning battery low pulak
x dapat nak g bw
dah la guna berukband yg x selaju siput.....
masak pun malas...
makan pulak x pernah x rajin
adoyaiiii,
meh la makan buah jer...
Tuesday, May 17, 2011
Apam labu, lagi....
Bahan A:-
- 3 sudu makan tepung gandum
- 2 sudu teh yis segera
- 1 sudu teh gula kastor
- 3 sudu makan air suam
Bahan B:-
- 230 gm labu direbus lembut (asal menggunakan 200gm keledek)
- 150 gm gula (asal menggunakan 180 gm gula)
- 1 biji telor
- 150 ml santan pekat
Bahan C:- (ayak bersama)
- 200 gm tepung gandum
- 1 1/2 sudu kecil baking powder (asal menggunkaan 1 sk double action b.powder)
Cara Membuat:-
- Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
- Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
- Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
- Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (Ummi tutup mangkuk adunan).
- Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (Ummi guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
- Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.
kaler apam ni x menarik sangat sbb buh pewarna kuning instead of orange.... rasanya yg oren lagi nampak cantik....
Monday, May 16, 2011
Ayam goreng berempah serai
Love, tq for sharing the recipe di Myr dan kak rose mintak izin nak cnp resepi tu kat sini ya....
Bahan-bahan ( Sekeluarga )
- 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
- Bahan2 dikisar bersama:-
- 6 ulas bawang putih
- 7 ulas bawang merah
- 2 inci halia
- 3 batang serai (yang besar)
- ---------------------------------------
- 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
- 2 sb serbuk kari daging
- 1/2 sk serbuk jintan putih
- 1/2 sk serbuk jintan manis
- 1/2 sk serbuk ketumbar
- 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
- garam dan aji secukupnye
- 3 tangkai daun kari
- Minyak yang menggoreng
Cara-cara
- Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
- Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
- Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
- Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!
Sunday, May 15, 2011
Roti arab
roti arab cicah dengan kari daging
Salam dan selamat berhujung minggu…. hidangan istimewa apa agaknya untuk keluarga hari ya? kadang2 pening jugak jadi tukang sediakan hidangan untuk keluarga ni kan…. masak apapun la kan asalkan keluarga menyukainya…. ari ni kak rose masak kari daging untuk lunch dan sayur peria goreng dengan udang. since dah ada kari kak rose pun nak lah mencuba buat roti arab untuk dicicah dengan kari ni… lama dah tengok resepi ni, tp macam x yakin leh buat gitu. tapi kalau tidak mencuba mana tau kan…. so sedikan tangan popye untuk menguli doh roti ni… dan akhirnya….
resepinya kak rose cnp dari Myr oleh sofinar dan kak rose baca komen2 tu semua mengatakan sangat sedap dan yang penting segala tips nak mengoreng roti ni…. terimakasih ya sofinar dan pada semua yg x kedekut ilmu dengan bagi macam2 tips tu… izinkan kak rose nak sharekan kat sini lak resepinya…
Bahan-bahan
- 2 sudu besar mentega
- 2 sudu besar minyak masak
- 2 sudu besar gula
- 300 ml air suam
- 6 g yis
- 500g tpg gandum
Cara-cara
- mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
- tepung di gaul dengan yis
- Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
- perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
- Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji
- Canai nipis lebih kurang 0.4 cm
- panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.
- Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging
dan ada juga versi merajuk, x nak gemok…. kembung sikit jer….tp apa pun yg kembung tembam lagi banyak dan kak rose sangat sukerrrrr hati! rotiku menjadi!
Saturday, May 14, 2011
Kuih Ee/Tang Yuan
Ingredients:
Syrup
1/3 cup sugar
1.5 cups water
2-3 pandan leaves/screwpine leaves
(kak rose tambah few slices halia dalam sirap ni as per cook's suggestion)
Rice Dumplings
2 cups glutinous rice (sticky rice) flour
1 Tbsp fine sugar
7 oz water
food coloring ( 2-3 different colors )
Method:
- To prepare syrup, boil water in a pot. Add the screwpine pleaves and let it boil on medium fire for 5 minutes. Add sugar and let it boil for 5 minutes. Lower fire and let it simmer to another 15 miuntes. Sugar can be added to taste if you like. Set aside.
- In a big bowl, mix glutinous flour with sugar.
- Add water and knead to form a paste. Continue to knead until it form a soft dough and no longer sticks to your hands.
- Divide into 3-4 portion and add 2-3 drops of food coloring to the each portion of dough.
- Divide into small balls and lightly shape into balls using both palms.
- Set aside a few hours or overnight as this will make the dough a bit harder and easier to handle.
- Boil another pot of water, drop the dumplings into the boiling water. As soon as it floats to the transfer it to the syrup water.
- Serve. (kak rose sejukkan dalam fridge dulu baru serve... best makan sejuk2...)
Cook’s Note :
You can add a few slices ginger to the syrup water if you like. Or you can replace the fine sugar with palm sugar or brown sugar using same method.