Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, December 31, 2018

31 December 2018


hari terakhir 2018, welcome 2019...

 sirap with kiub ice limau, entry terakhir untuk tahun 2018. semuga tahun depan vitamin m tidak akan menyinggah dan duduk atas batu jemala tuan tanah yang akan buat sangat tidak rajin untuk mengupdate dapo maya kesayangan ini. biarpun nyawa2 ikan, tapi sayang kalau terus dibairkan lenyap gitu jer kan...semuga tahun depan akan lebih banyak entry yang bukan merapu meraban jer!

good bye 2018 bersama kenangan pahit dan manisnya... yang pahit2 tu kita lupakan saja, ambil iktibar sebagai pengajaran dan pembelajaran sepanjang kehidupan... dan welcome 2019, harap tahun yang mendatang akan membawa seribu kebaikkan buat kita semua.. dan semuga 2019 akan lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Insya Allah. Aamiin.

Sunday, December 30, 2018

2nd khatam Quran kami...

Alhamdulillah, dengan izinya...

 Syukur ke hadrat Allah, dapatlah kami2 ni menghadiri majlis khatam Quran kami untuk kali yang kedua. sebenarnya kami diamanahkan untuk membaca satu juzuk setiap minggu, dan majlis ini adalah untuk meraikan sempena khatam untuk kali yang kedua buat kami dalam grup ini. pertama kali khatam kat sini, terima kasih Datin fadhilah yang sudi jadi host untuk kedua2 kali majlis khatam ini dirumah yang berlainan. Alhamdulillah... terima kasih jugak pada yang sponsor cenderahati dan jugak menu yang sedap2... satay, laksa johor, pulut kuning dan rendang, kek dan bermacam2 lagi...

terima kasih pada yang sponsor bunga telor jugak..


 kami2 yang sepatutnya seramai 60 orang untuk 2 grup bacaan mingguan... dengan tema hitam dan pepel, tapi dah jadi bermacam2 kaler pepel pulak kan...

 ketua muslimat bersama orang2 kuat qariah mesjid untuk majlis kami..

 cenderamata untuk majlis khatam kami..

 untuk tuan tanah, siap ada bunga telo lagi...  terima kasih semua.

happy terima cenderamata dari ketua muslimat dan host majlis hari itu.

60 cups kuih tepung pelita yang kak rose bawak untuk pot luck majlis khatam... Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan kuih tepung pelita pun laju jer habisnya.. Syukur Alhamdulillh sekali lagi.

Saturday, December 29, 2018

Butterscotch bread

tak payah beli dah..

 sejak dah pergi ulangkaji belajar buat roti tu, Alhamdulillah cik noxxa dah bertukar status dari tukun dan kini boleh lah tolong buat kerja menguli tu... dan since kami ni tak ramai, jadi kalau buat roti pun mana yang tukang makan suka jer... buat plain bun atau butterscoth loaf ni... selalu kalau beli roti gardenia jer yang butterscotch ni, kejap jer dah abes, so sekarang kena lah rajin2 buat sendiri kan...

 resepinya kak rose just guna basic bread punya dan masa last uli tu campak lah butterscotch chips ni banyak2 dalam tu, bentukkan dan terus masuk dalam loyang. kalau nak cepat proofing, kak rose masuk kan dalam kereta bawah porch tu... kan bahang macam dalam oven dalam tu, kejap jer dah naik membumbung... boleh lah terus bako dan dapat ngap panas2 bersama secawan nescafe o.

 
butterscotch chips yang kak rose guna.... lemak manis bila dah blend dalam roti tu. 😋😋

yang ni kak rose biar kosong jer... sapu butter dan jem strawberry masa makan tu. tapi sayang bila excited sangat dengan kejadiannya, dah siap terus ngap. uhwaaaa!!! terlupa terus nak snap gambar yang dah siap bako. apa pun semuanya dah jadi bahan kumbahan...😝😝

Friday, December 28, 2018

Allah ada, jangan takut!

may there is always light at the end of the tunnel for all of us....

untuk renungan bersama.... kak rose copy dari wall fb... memang benar sangat apa yang dikatakan ni...qada' dan qadar Allah itu pasti dan perancangan Allah adalah yang terbaik buat kita...Aamiin.

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.

Ada yang masih single.
Ada kahwin 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah.
Ada yang dah kahwin 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yang baru kahwin bulan lepas, hari ni dah mengandung.


Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama.
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak orang lain lebih berjaya.
Masa kita belum sampai.
Obama retired at 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yang berbeza.
Tapi sama-sama dapat jadi Presiden.

Ada yang dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yang dah ada cucu di umur yang sama.
Malah ada yang baru menimang cahaya mata pertama di umur yang sama.

Ada yang 'depan' dari kita.
Tapi ada juga yang 'belakang' kita.
Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.

Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.
Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih.
Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early.

You are just on time.
Jangan stress.

Percayalah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh.
Difikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.
Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.
Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang, anaknya semua lelaki.
Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti.
Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga.
Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yang jaga kita itu ALLAH.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.

Itulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.

Jangan runsingkan kerja Allah.
Runsingkan kerja kita yang asik tak siap ni.

Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan ribut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jangan pertikaikan
"eh nanti tua siapa nak jaga kau."
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti
Sempat ke kita tua?

Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.
Dan Allah itu adil.
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.
Kuatkan pergantungan kpd Allah, itu yg paling penting.

Pendek kata
ALLAH ADA.
Jangan takut.

Thursday, December 27, 2018

Apam perlis

Asalamualaikum dan salam khamis

 kuih apam yang sampai dua kali kak rose buatnya dalam masa satu hari.... pagi dah buat untuk pot luck mengaji, dan buat sekali lagi untuk minum petang kami anak beranak pulak. bila ada tukang makan, maka tukang masak pun rajin lah nak buatnya kan... yang pagi tu akk rose cuma isi kan inti kacang merah dan yang petang pulak kak rose combi inti, kelapa manis dan jugak kacang merah.. laju jer tukang makan menyuapnya. Alhamdulillah, happy tukang masak ni.

Bahan Kulitnya:

2 cwn tepung gandum
2 1/2 cwn air
sedikit garam
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
1 biji telur
 sedikit pewarna kuning dan hijau.

Cara2 menyediakan:

Campur kesemua bahan mesin n tapis kemudian masak seperti kita masak kuih dadar
tapi buat kepingan kecil2 je.. masak sebelah je..tak perlu terbalikkan. guna kuali non stick yg bersaiz kecil.
setelah masak angkat kedlm pinggan letak inti di tengah dan tangkupkan dengan menekan sikit di tepi2nya. kak rose guna acuan karipap.
dah siapppp... mudah kan. 

Wednesday, December 26, 2018

Tuesday, December 25, 2018

DIY Sos

Jom DIY bermacam sos ni...

 terima kasih pada yang kongsikan resepi nak buat bermacam sos yang sedap di wall fb, dan kak rose nak tepek pulak kat blog ni, biar nanti senang nak rujuk semula bila ada kesempatan nak buatnya... muga2 ada lah kerajinan nak merealisasikan kerajinan diri tu kan.. jo, lets check it out!

Resepi Mayonis

telur 4 biji( yg belum dimasak😄..amik putih dan kuning tlur skli ye )
Gula 4 sudu besar
Garam satu sudu besar
Lemon separuh biji..(air perahan lemon..klu x de..boleh gntikn dgn sesudu besar @ lebih cuka mkn)
Minyak msk 2 cawan./minyak jagung
*klu utk mkn sendiri sy lebih syorkn guna minyak jagung..elakkn dr mayo tu mmbeku.

Cara2
Masukkn smuanya kecuali minyak dn blend..blend sebati baru masukkn minyak sdikit2 smpi hbis...dan blend hingga putih likat..kemudian
Masakkn dgn api yg paling kecik kacau hingga pekat(sentiasa kacau..jgn smpai mndidih pulk ye!😄..ikut pekat yg kite mahu je..dh sejuk blend kn utk dptkn tekstur yg halus..siap!!

Sos chili thai

Lada besar 10biji..buang biji
Lada kecil merah 5 biji(klu nk pds boleh lebihkn)
Bwg putih 3 @ 5 ulas
Gula secwn(boleh lebih dan kurgkn jika mahu)
Tepung jagung 3 sudu atau lebih ..utk memekatkn(bncuh bersama sdikit air)
Garam sdikit(ikut citarasa)
Cuka 2 sudu besar(nk rasa msm boleh lebihkn)
Air 4 cwn

cara2
Lada diblend dgn bwg putih
Masukkn dlm periuk dn msk sehingga mendidih. masukkn gula..sebatikn..kemudian cuka dan grm td.. air 4cwn ( boleh lebihkn)dan bncuhn tepung jagung(klu nk pekat lgi.. boleh tmbhkn tepung jgung ye)..kacau laju2..jgn smpai berketul..sntiasa kacau.. hingga jdi berkilat dan kepekatan serta ikut kemanisan yg kite nak..siap..

Resepi sos black papper

2 sudu besar lada hitam direndam slma 4 jam(klu nk rasa lebih pedas boleh lebihkn ye) diblend dgn air rendaman tu skli..
Tepung gndum 3 sudu besar( isi lebih klu nk lebih pekat)
1 biji Bwg holland dicincang/blend
Kiub ayam seketul(boleh lebihkn klu nak)
Air secwn(lebihkn pun boleh)
3 sudu besar butter/majerin
Sos lada hitam 2 sudu besar(x de pun x pe)
Sos tiram 2 sudu besar( klu x nak isi pun x pe)
Kicap 2 sudu utk wrne(x isi pun x pe)

Cara2
Cairkn butter/majerin
Masukkn bwg dan lada hitam sehingga naik bau..dan masukkn tepung kacau2 hingga sebati..masukkn air dan kiub ayam.sos...kmudian kicp utk wrna yg kita mahu..masukkn gula jika mahu..grm dn serbuk perasa..msk hingga kepekatan yg kita nakk..siap!

Sy izinkan share resepi Rohaizan Saari. terima kasih tuan punya resepi kerana kongsikannya dan semuga bertambah murah rezeki tuan. dan izinkan saya guna gambar tuan jugak untuk blog ini. terima kasih.

dan ini pesanan dari tuan resepi tu..
Kuantiti resepi yg sy share ni x bnyk..mayonis dan sos chili ,boleh thn dlm sbulan klu simpn dlm aisbox dgn penyimpanan yg betul....black papper sy x pasti..sy berniaga jdi x sempat simpan lama..dh hbis! sy akn buat lgi 3 jenis sos tu..seminggu 2 kli sy buat kuantiti seperti dlm pic tu...cuba sikit dulu..klu ok! baru buat bnyk ye kwn2..tq.

Monday, December 24, 2018

Goreng pisang+sambal kicap

 Salam isnin yang panas buat kawan2 semua... semuga semuanya sihat2 saja disamping keluarga ya... apa hidangan untuk minum petang buat keluarga tersayang... kalau belum ade menu, boleh lah buat goreng pisang tanduk macam kak rose ni... dan yang paling suka bila dapat makan goreng pisang panas2 ni cicah dengan sambal kicap jawa ni. ni memang pebret kak rose lah. tu lah, style orang johor, kalau ade gorengan mesti ade cicah sambal kicap ni. sedap lah buat tekak jawa kak rose ni... ade ke yang sama geng macam kak rose?

 buat sambal kicap banyak2 dan simpan dalam fridge, bila nak makan cuma cedok dan buh dalam mangkuk... dah ready untuk menyicah kan..

ni lah pisang tanduk pemberian dari seseorang, u know who u are kan... mekasih banyak2 ya.

Saturday, December 22, 2018

For his birthday...




 
 

 

 last sekali, slice kek dari resepi rahsia je untuk birthday boy... tapau dan makan dirumah bersama secawan nescafe. Alhamdulillah... semuga dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan bahagia bersama keluarga kecil kami...Aamiin.

Thursday, December 20, 2018

Chicken chop... DIY

 Ade sesekali kerajinan dan tukang makan pulak request nak makan chicken chop ni... so tukang masak pun sinsing lengan baju dan mulakan projek didapo dengan bahan apa yang ade jer. buat from scratch lah semuanya... cuma wedges tu yang store baought and of cos lah timun and the tomatoes kan...

 breadcrumbs pun home made tau... cik google memang memudahkan segala kerja kan.. memula tu toast jer roti gardenia tu, pas tu carik2 n masuk dalam fp. blend halus or kak rose lagi suka kalau tak halus sangat cam dalam gambar tu...

 bahan2 untuk coat the chicken tu... tepung ubi, telor yang dikocok dan letak sedikit garam dan breadcrumbs tu lah.. memula kering kan ayam dengan kitchen towel, celup dalam tepung and then celup rata2 dalam telor dan last sekali serbuk roti tu... goyang2 untuk buang access serbuk roti tu..

ha... dah siap tinggal nak gorengkan je... untuk chicken chop ni kak rose suka guna bahagian peha, cari yang beso2 baru puas makan... hihi

 black pepper sauce pun home made... resepi boleh tengok kat sini.
Alhamdulillah, dengan rezekinya.

Wednesday, December 19, 2018

Anehnya bunga!

hooker lips?




 



Tuesday, December 18, 2018

Ulangkaji...

selamat mengulangkaji belajar buat roti...😍😍

 kisah pagi semalam, balik dari berbrisk walk pepagi hari tu, kawan ajak pulak g kelas buat roti ni.. kak rose dah g dulu, tapi tak rajin nak praktik kat rumah pulak... sebabnya vitamin m tu banyak sangat dan jugak sebab tukang makan x de kan... so memang bm pun dah jadi tukun jer! tapi bila kawan ajak g ni, ade terajin pulak n ikut... refresh la kononnya... hihi. harap2 lepas ni ade la kerajinan nak memanaskan cik noxxa tu..

 blajar buat doh asas jer pun... dan kami diajar how to membentuk dan mempelbagaikan perisa roti tu... memula guna inti kacan merah dan buat roti sarang lebah bersama sosnya..

 intik kacang hijau dengan cara pintalan yang lain pulak.  dan yang ni mexican bun yang belum bermekap dengan toppingnya yang harum wangi bau kopi tuh!

 oreo bun yang sedap.

 mini pizza dengan topping mince chicken meat, green capsicum, bawang holland, tomato, cili sos dan mayonis... sedap.

 tangan amatur dan end result of mini pizza bun... sendiri buat sendiri gelak dengan kejadian nya. tiga tukang buat, tiga macam jugak bentuk kejadiannya! dan bun untuk chicken floss yang belum bermekap, pun tiga macam jugak bentuknya...😁😁

 bun sarang lebah, ade sedikit cantuk lah rupa tu.... bangga gitu!

 chicken floss dah bersalut dibadan bun yang macam2 bentuk tadi tu!

 another topping for the buns... bread crumb, paramesan cheese dan white n black sesame seeds

 butterscotch roti paun yang sangat lembut dan sedap... baru kuor dari oben terus potong dan ngap... nyaman sekali rasanya... butterscotch yang cair dalam tu menambahkan kesedapannya!

 bersama cikgu... terima kasih kak Hjh Hamidah Ahmad yang ajar kami pagi tu...

tiga anak murid yang sangat kecoh didapo bersama buns yang siap ditapau. tq sekali lagi, cikgu.