Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, August 31, 2010

Puding karamel tanpa telor

salam dan selamat menyambut hari merdeka semua..... kemana kawan2 semua dicuti hari merdeka ni?.... tentunya ramai yang g shopping raya kan.... td kak rose g jugak.... mak ai ramainya manusia bershopping.... sesak dimana2.... ok berbalik pada juadah berbuka petang ni kak rose mencuba resepi puding ni.... tak pernah lak buat puding ni yang tanpa telor, jadi x tau lagi rasa camner.... harap2 memenuhi selera lah.... disebabkan satu adunan tu punyalah banyak jadi merasalah jiran2 kak rose.... harap2 ema, ayu n kak pah suker dengan rasa puding ni.... resepinya kak rose amik dari Myr oleh firasyira... tima kasih ya fira kak rose nak share resepinya kat sini..... tengok respon kat Myr tu tentunya sedap sangat puding ni.... meh kita tengok resepinya.

Bahan-bahan ( 10 orang )

  • A) 2 senduk gula (senduk nasi)
  • B) 1 bungkus agar-agar serbuk (resepi ni guna 7gm je)
  • 4 cawan air
  • 2 1/2 senduk gula
  • C) 1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 1 sudu vanilla
  • (Campur sebati semua bahan C)

Cara-cara

  1. hanguskan gula cam buat karamel utk puding karamel yang lain gak...biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila da kaler emas tuang air sikit..pastu ketepikan..
  2. Dalam periuk didihkan bahan b. kecilkan api kemudian masukkan bahan c. kacau rata selama lebih kurang 3 minitn @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.
  3. Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).

x menyerlah kalernya sbb karamel yang golden saja warnanya.

Merdeka ke 53

selamat menyambut hari merdeka ke 53 buat semua rakyat Malaysia.... tanah tumpah darah ku dan negara bertuah ni.... semuga Malaysia akan bertambah maju dan makmur.... elak kan segala yang boleh menjadikan perselisihan faham terutama antara kaum yang berbilang bangsa ni.... macam dulu2 dan harap untuk masa2 akan datang juga.... berbilang bangsa tidak menjadi penghalang untuk bersatu.... happy merdeka malaysia!

Monday, August 30, 2010

Tat bunga

ni kukis kak rose yang buat hari ni.... jenuh juga nak menggentel jem nenas tu.... mula tu dah gentel, terbeso pulak dan kena buat lagi sekali.... tu yang leceh tu sebab x reti nak agak beso mana nak letak dalam bunga tu..... apa pun akhirnya selesai jugaklah cuma x dan nak letak bunga kecik2 diatas jem tu.... nampak macam togel je kan.... satu adunan dapat dua botol je .... maknanya kena buat lagi sekali lah ni sbb kak rose nyer x ada lagi.... rajin ke? resepinya kak rose dah tepek dulu (leh tengok kat sini) yang amik dari rumah nor67 tu... tima kasi banyak ya!

tat bunga ku..... selamat berbuka... x sabar nak rasa tat bunga nih...

Sunday, August 29, 2010

Biskut Semperit

salam semua..... biskut raya yang kedua.... first time mencuba semperit ni.... so crunchy and melted in the mouth.... satu adunan punyalah banyak dapat.... terus dapat 3 balang untuk mak n MIL jugak....tapi sayang yang last tray dah hangus sbb duk g jenjalan kat rumah maya ni sampai terlupa biskut dalam oben.... maklumlah kak rose x set timer jadi every now n then kenalah g tengok, tapi leka nyer pasal ..... hanguih sekut den! resepi ni kak rose amik kat Myr oleh Nzeila.... timakasih ya dan kak rose nak share resepinya kat sini....

Bahan-bahan ( - )

  • 300g butter
  • 160g gula aising
  • 100g tepung jagung
  • 160g tepung kastard
  • 240g tepung gandum
  • 2 biji kuning telur

Cara-cara

  1. Pukul butter, gula aising hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
  3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.
  4. Terap atas loyang. Untuk hiasan ceri, coklat rice atau coklat chip, boleh letakkan sekali.
  5. Bakar 150C selama 20 minit

suker sangat sbb first time try menjadi dan sedap.

Biskut Irish

salam dan selamat hari raya.... he he he dah dekat nak raya.... tengok sana sini semua orang dah stat mensekut (eehhh ade ke perkataan ni?) kak rose pun nak jugak la..... biar pun x cantik tp memang sedap..... semalam buat satu adunan dan ari ni buat satu lagi.... maklumlah nak berbagi kerumah mak dan MIL jugak.... jadi kenalah buat lebih sikit....x pe buat nya mudah dan bahan pun x banyak... resepinya kak rose copy dari rumah hana yang resepi asalnya dari rumah CMG.... huh... kalau g rumah CMG tu kan ari2 dia dok tayang sekut raya... cantik2 lak tu...bila la agaknya kak rose nak pandai wat macam dia tu kan..... nak mintak izin kak rose nak tepek resepinya kat sini ya.... macih semua.

Bahan-bahan
Bahan A:-
  • 180 g mentega
  • 20 g shortening (lemak sayur)
  • 130 g gula halus
  • 1 kuning telur
  • 1 camca teh nescafe (mat ganti dengan esen vanilla) - samolah den
  • 1 camca teh esen kopi (pun tak bubuh sebab tak de)
Bahan B:-
  • 200 g tepung gandum
  • 100 g tepung sagu ubi - xde. ganti tpg jagung 70g lebihkan gandum 30g
  • 1/2 camca teh serbuk penaik
  • 40 g nestum, dikisar halus
Bahan Hiasan:-
  • Kuning telur untuk sapuan - hana campur pewarna kuning sket
  • Gula bewarna atau apa jelah ikut suka, sebagai hiasan
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan A dalam mixing bowl dan pukul hingga semua sebati dan berkrim. Perlahankan speed dan masukkan bahan B sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
  2. Canai doh setebal 1/2 cm dan terap mengikut acuan kegemaran. Susun dalam dulang pembakar, sapu kuning telur dan hias ikut suka. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit.
  3. Bila keluarkan dari oven, biar biskut dalam dulang sementara waktu (mat perhatikan, biskut agak lembut masa dalam keadaan panas). Bila biskut agak keras boleh dialihkan ke jaringan dan sejukkan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
ni versi yang kak rose guna gula warna warni tu... tp x cantik sangat kaler dia.... x menyerlah.

panas panas.... baru kuor dari oben....


Friday, August 27, 2010

Bebola roti goreng

huissss.... kak rose ni kan, x leh nampak apa saja kat rumah orang dia pun nak makan....jadi ke idak, lawo ke idak x kesahkan.... bahan2 suma cukup buatlah, janji dapat makan... baru pueh ati.... nampak bebola api di banyak rumah dah.... derang nya cantik2 je.... kat rumah yat maria ada udang lagik, rumah hana lak comei je bolat2 gitu..... ha siap ko... bila sampai kat tangan kak rose, kawan2 tengoklah sendirik.... bola2 sudah jadi menggerutu semacam.... geseng lak tu.... tp kak rose x kesah, asalkan dapat makan! (ayat nak sedapkan ati lah tu....) resepinya kak rose kopi dari rumah hana dan dia amik dari rumah lizahanum.....(lizahanumnyer cantik je x geseng)...tima kasih semua sbb share resepi ni.... mintak izin cnp kat sini ya.

Bahan-Bahan
  • 14 keping roti ( plain white bread) ~ potong menjadi kepingan kecil
  • 2 biji telur (saiz besar)
  • 3 batang cili merah ~ dihiris
  • 1 biji bawang besar ~ didadu halus2
  • sedikit daun sup/bawang ~ dihiris halus (guna daun sup lebih bangkit baunya)
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • garam secukup rasa
  • perasa ikan bilis (guna 1/2 kiub)
  • minyak utk menggoreng
  • (kak rose buat separuh dari adunan ni.... dapat 16 biji bola beso2 gedabak)
Cara-cara
  • Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Kemudian pecahkan telur ke dalamnya..
  • Masukkan cili merah, bawang, perasa ikan bilis yang diperoikan dan daun sup/bawang. Gaul rata-rata. (hana ramas2 agar padat isinya)
  • Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk. Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis.
  • Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa.
  • Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.

selamat berbuka puasa semua..... nak siapkan cendol lak ni.... selagi x abes stok tiap2 ari ada cendol ngan susu soya.... sedap!

Making coclored sugar sprinkles

salam jumaat semuanya..... wah ari ni tajuk omputeh ya.... ari tu ada terbaca tentang cara nak buat gula yang kaler2 ni.... tapi x ingat dari mana jadi sepagi ni kejut pakcik google soh carikan.... yalah nak beli kang mahal2 x mampu lak.... (sah kedekut) maklumlah poket dah burn beso... jadi kenalah pandai2 sendirik ya.... oh ya dan pakcik tu jumpa kat sini dan kak rose pun try.... kalau ada gula yang kasar2 lagi cantik kan.... kak rose cuba translate loosely.... cara dia camni....

bahan
gula pasir kasar
kaler of ur choice

letak gula dalam zipper plastik
letak setitik dua kaler (jgn banyak2 nnti gula jadi melekit)
goncang sampai semua gula coated ngan kaler tu
biar sebentar (biar kena angin sikit) pastu baru gunakan untuk hiasan

colored sugar.... yang ijo tu agaknya kena tambah sikit lagi kot kaler dia baru nampak terang gitu....ok wait for the next project.... kalau rajin lah.

Berbuka semalam....

salam dan selamat bercuti pada negeri2 yang menyambut hari Nuzul Quran hari ni... Selangor pun cuti gak tapi abang keja sbb KL x de public holiday.... sah KL ari ni akan stuck spt tahun yang lepas2... semua orang nak g shopping raya la kan.... ok, ni menu berbuka semalam.... masak yang sehabis simple sbb sepanjang hari asik sakit kepala jer.... rasa nak muntah pun ada.... g doktor dan dia suggest amik susu masa berbuka dan sahur.... (dan kena makan lebih sikit.... 2 slice of toast n secawan nescafe x cukup katanya.... tu pun dah payah nak abeskan camner la nak makan lebih2 masa sahur?) the one that I really cannot take it.... x tau kenapa x leh bau apalagi nak minum susu tu! jadi doktor kata soh amik soya bean milk... tu ok la boleh gak minum... dan jalan2 kat rumah ros@jintanmanis nampak dia wat cendol guna susu soya.... kebetulan cendol yang buat ari tu ada lagi, jadi kak ros pun copyla... tima kasih rose bagi idea ni....

Air cendol susu kacang soya (soyabean season brand nampak macam cair je kan?)

pengat pisang dengan sagu biji


Wednesday, August 25, 2010

At last.... alabaster silver

salam semua..... dan akhirnya hari ni dapatlah toy yang ditunggu2 selama hampir 4 bulan nih.....2 hari lepas salesman tu bagi tau that kereta dah sampai dan meminta kami membuat 1/3 dpd jumlah baki bayaran tu..... and the choice of color memang the first prority is silver... tp kalau x de putih pun x pe..... Alhamdullilah salesman tu usahakan untuk kami dapatkan kaler yang kita nak.... Alabaster Silver. dan kata salesman tu mungkin end of the week baru boleh selesai urusan.... tapi tetiba petang ni dia called katanya keta dah ready..... apa lagi kami pun cepat2 g nak kolek sbb dah terlalu lama menunggu. tengok saja no pendaftaran nya... sudah jauh ketinggalan... sebabnya abang booking no pendaftaran ni sebaik saja membuat booking kereta nih.... tak tau la begini lama menunggu.... nasib baik jpj x hapuskan jer no tu sbb dah terlalu lama x di collect! Alhamdullilah dah selesai urusan untuk keta ni..... dan kesian si waja silver tu.... kena lah park ditepi jalan je.... jangan majuk ye nnti busu balik jadi tuan barumu!

pemandangan dari bahagian montot dia.... nak gak tayang montot nih!

the interior.... kak rose suker kaler dia yang matching bagi L series ni....instead of yang kita booking asal tu warna dia sangatlah contrast and seat dia pun guna fabric material instead of leather.... just add another 5k to get the better option.... x rugi kan!

Cendol jugak

Adei..... panasnya hari ni.... bepoloh2 den duk umah pung.... dan bila tengok sana sini ada cendol.... uishhhh tak tertahan sungguh.... semalam rumah hana, ari ni lak rumah izah, rumah kak hanilieza dan rumah nor secubit garam tu pulak dengan puding cendolnya.... semalam lagi dah teringin nak buat tapi kan semalam kak rose dah buat agar2 yang x menjadi tu, jadi cendol tu tangguh ke hari ni..... tengok rumah izah pulak yang guna tepung jagung jer... jadi apa lagi kak rose pun copy je ya.... timakasih pada cik puan semua yang tak kedekut nak share resepi tu....

CENDOL

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 1 cawan tepung beras-saya ganti tepung jagung
  • 3 cawan air pandan
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil air kapur-tak letak
  • sedikit pewarna hijau (option)


  1. masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
  2. kacau selalu supaya tidak hangit
  3. sediakan bekas yang berisi air sejuk
  4. masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
  5. kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
  6. simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais....

kak rose nyer jadi halus2 je sbb guna senduk yang kecik2 je lubang dia.... asalkan menjadi dan cantik dah pada mata kak rose la kan.... vangga gitu!

Tuesday, August 24, 2010

Agar2 gula melaka yg x menjadi

sob sob..... sedih taw.... tengok agar2 ni kat rumah hana.... dan2 masa tu jugak terus kedapur nak buat....tapi dek kepandaian sendirik ni la jadinya.... orang buat cantik jer kak rose dah jadi satu lak.... mana lapis santan tu dah tak nampak dah! mencik tau....kalau ikut petua nduk hana kena masuk santan tu masa panas melegak..... kot itu ke sebabnya..... kak rose masuk santan tu lepas je tapis dan belum melegak lagi.... tak pe semua bahan ada lagi nnti lain kali boleh cuba lagi.... cewah2 x nak putus asa tuh! ni resepinya.... macih ya nduk mbakyu mu jikok resepi ne!

Bahan-bahan
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/4 cawan gula putih
  • 1150 ml air
  • 120ml air campur 1 paket santan serbuk(Akak guna jenama KARA)
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan
Cara-cara
  • Masak air dengan gula dan daun pandan (kalau guna gula merah cap bintang tak payah tapis)
  • bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
  • Kecilkan api
  • kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih
  • Tuang kedalam acuan yang anda suka
  • Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk!
buat ingatan sendirik: masuk santan masa agar2 melegak dan kacau selalu!

Sunday, August 22, 2010

Menu Ramadhan ke 12

salam semua.... dah malam baru nak entry menu simple untuk bukak puasa ramadhan ke 12.... balik dari terawih terus makan dan dan rehat2 jap.... barulah leh ngadap pc ni..... kak rose masak gulai telor itik... uissshhh telor itik pun dah naik rega sekarang 90sen/biji, pas tu ada yang busuk pulak.... nasib baik kak rose pecahkan satu2 dalam mangkuk kecik sebelum masuk dalam periuk gulai tu... kalau idak, selamat lah gulai kak rose ari nih.

telor itik yang elok.....

sayur goreng lagi.... campur2 mana yang ada dalam fridge je la...

gulai ketam ni ibu sharifah bagi.... Alhamdullilah rezeki kan.... jangan ditolak!

begedil sadin juga pemberian ibu sharifah.... tima kasih ibu.... walaupun penat tapi ibu tetap masak yang berbagai2..... dan kak rose cuma bagi puding sagu gula melaka sebagai balasan.... tapi x amik gambo sbb dan banyak kali ulang tayang....

Kek lapis dari Kuching

selamat berhujung minggu semuanya..... para suri rumah tentunya sedang berkira2 nak masak apa untuk juadah bbuka petang ni kan....apa pun kak rose ucapkan selamat memasak untuk keluarga tercinta. hari ni kak rose terima buah tangan dari kawan yang jauh nun di Kuching.... dan selama 3 tahun di sana dia dah jadi toke kek lapis sarawak..... zam.... dengar kata hujung tahun ni dah nak balik KL, boleh le kak rose belajar nanti....anyway timakasih atas kiriman tu.... sangat2 hargai persahabatan yang terjalin sepanjang duk di Subang Jaya selama 16 tahun.

kek lapis sarawak kiriman dari zam

bilala agaknya kak rose boleh buat kek yang berseni2 gini....

anak2 zam n norzan.... rindunya dengan si bambam faris tu.... dah sekolah ya.... jangan nakal2 taw nanti mama rose cubit2 pipi tu....

Ramadhan ke 11

ikan tenggiri masak asam tumis

Selamat pagi minggu.... kejap je dah pagi dah....baru nak buat entry masak2 ari ni.... menu bukak puasa ke 11 .... kejap je dah sepertiga bulan ramadhan kita semua laluinya....muga amalan kita semua mendapat keberkatan Nya... Amin. dan ni menu kak rose ari ni..... ikan tenggiri masak asam tumis. (bulan posa ni mak ai.... mahalnya ikan ni 37/kg kalau hari2 biasa tu baru 24/kg gitu) cekik darah sungguh....
and mix vege... pucat jer kan rupanya

sira pisang untuk abang...pisang pun x cantik, lebam2 n kurus2.... kata budak yang jual tu... "pokok pisang pun puasa kak, x cukup vitamin jadi pisang pun kurus jer".... eh ada ke?

som som lagi.... yang ni kak rose punya..... makan sejuk2. ah... nyaman je.

fresh orange.... ni first taim bukak posa dengan minuman sejuk.... camner pun teh o panas tetap ada.... satu jug beso untuk kak rose sorang! besar betul kantung kak rose ni kan....

cemilan..... jeruk abang beli masa g penang dua hari lepas.... buah kabung, jeruk mangga dan jeruk salak.... banyaknya.... ada sapa teringin nak jeruk?.... eh! g beli sendiri kat chowrasta market sana.

Saturday, August 21, 2010

Si Puteh ini

tengah nego.... boleh x kasi cepat delivery?

It's has been three month and a week of waiting.....

Thursday, August 19, 2010

Rezeki hari ini.....

udang untuk ibu sharifah

salam dan selamat malam semua..... since hari ni akk rose tinggal sorang kat rumah jadi x de la masak beria sangat..... goreng udang salut tepung ni saja buat banyak sebab nak balas mangkuk ibu sharifah yang bagi ikan parang masak asam semalam....dan ingat kak rose pun nak berbuka dengan udang ni jer cicah dengan sos cili.....sekali bila kak rose hantar g rumah dia..... ibu dah ready dengan ni....

rojak mamak.... hmmm sedapnya.... kak rose memang suker sangat rojak cenggini dengan kuah kacang tu. sooo yummy. so bukak posa tadi makan rojak ni dan teh o limau suam jer.... x de nasik.... pas balik terawikh sambung makan lagi........ ada lagi rezeki yang ibu bagi....

cucur badak....sangatlah lembutnya.... hai macamana la nak abes kan makanan yang banyak nih... dah lah abang out-station.... makan rojak dan cucur badak sebijik dah kekenyangan.... simpan je la jawapnya.... esok leh reheat dan agaknya x yah wat kueh untuk bukak posa dah..... senang keja dan jimatkan.... yalah bulan2 posa ni x baik membazir.... k, selamat malam semua.

Tauhu dan togeh goreng kicap

salam semua..... baru balik dari mesjid terus nak wat entry ni.... resepi simple n sedap dari dapur CMG yang masakan sedap2 dan vouge tuh.... nampak gambo pun dah terliur, jadi untuk hilangkan air liur yang menjejeh tu kenalah buat sendirik kan...makan dengan nasik panas2... huh memang terangkat... jom tengok resepi yang kak rose kopi dari blog CMG tu.... sebelum tuh nak mintak izin nak tepek kat sini ya mat....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping tauhu keras (saiz sederhana)
Taugeh secukupnya (yang ni mat agak2 saja, dalam 1 mangkuk sedang)
1 genggam ikan bilis, cuci dan toskan
1 biji bawang besar, hiris
1 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji cili merah, hiris serong
1 camca besar sos tiram
4 camca besar kicap manis
Hirisan daun bawang untuk hiasan (daun bawang ilek kak rose ganti ngan daun sup jek)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tauhu dikerat 4 untuk setiap keping tauhu, goreng hingga perang keemasan, angkat dan toskan. Taugeh dicuci dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis tadi hingga garing. Angkat, toskan dan cedok keluar minyak tadi dan tinggalkan dalam 1 camca besar. Tumis bawang besar, cili hiris dan bawang putih hingga harum.
  3. Masukkan sos tiram, kacau dan masukkan kicap, tauhu dan ikan bilis tadi. Gaul rata dan masukkan taugeh, masak pantas dengan menggaul hingga taugeh sedikit layu. Matikan api dan rasa jika ok boleh alih ke dalam bekas sesuai, tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan...
so.... pada yang fenin2 pala tak tahu nak masak sayur apa, bolehlah cuba... simple je!

Lappy yang sakit


dah hampir 3 minggu lappy yang sakit ni anak bawa balik tapi tak diambil kisah nak betulkan ke apa... terbiar gitu jer.... anak dah bawak g yang baru..... jadi bila on the move kami x de lappy nak bawak..... kesiankan.... so the day before abang pun called DELL asked for their advice.... since lappy ni dah habis tempoh insurance coveragenya, jadi kenalah purchase yang baru..... pandai lappy ni.... nak rosak pun pilih time insurance coverage tu dah abes ya.... kalau x de insurance coverage tu nak beli motherboard je pun dah rm1398 tu belum labour charge n insurance bagai... jadi we opt for this option.... x yah nak pening2 pala lagi untuk 2 tahun ni....

dan semalam DELL hantar the wakilnya datang rumah untuk install motherboard yang baru tuh....

cabutkankan yang rosak.... g jauh jauh..... nyah kau dari sini!

dan pasang yang baru.....

and.... voila.... dah elok dah.... memang sayang ngan lappy ni sbb dah godak tuk buh 3 nyawa os.... windows XP, vista n apple mac... so x de la boring sangat bila on the move nanti....

Wednesday, August 18, 2010

Cucur udang

salam dan selamat petang.... dah siap ke memasak untuk juadah berbuka petang ni? pada surirumah yang bekerja tentunya mudah saja dengan membeli dipasar ramadhan ... semuanya ada disana kan....tapi kalau ada masa pastinya mau menyediakan sendiri hidangan untuk keluarga kan.... ari ni kak rose buat cucur udang.... tengok resepi CMG dengan gambo yang lawo tu sungguh menyelerakan.... jadi pastilah teringin nak makan....kak rose guna senduk leper untuk gulai..... tu yang cucur pun besar gedabak le jadinya.... timakasih ya cik mat kak rose kopi resepinya kat sini....

BAHAN UNTUK CUCUR :-)
250 g tepung gandum*
3/4 camca besar baking powder*
3/4 camca teh soda bikarbonate*(*gaul rata dan ayak)
300 ml air rebusan kepala+kulit udang
10 - 15 ekor udang
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh serbuk kunyit
30 g kuchai, dihiris
50 g taugeh, ramas sedikit

BAHAN SOS :-)
8 biji cili merah
2-3 ulas bawang putih
1 cawan gula
1/4 cawan air
1/4 cawan cuka makan
4 camca besar sos ikan
Sedikit kacang tumbuk (mat guna bijan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 cucur kecuali udang, kacau sebati dan rehatkan 5 minit. Panaskan minyak, rendam sudip leper dalam minyak panas sekejap (dalam 1 minit), keluarkan sudip dan sudukan bancuhan tadi 1 1/2 camca besar dan baringkan sekor udang atasnya, tekan sedikit.
  2. Masukkan dalam minyak panas tadi, gunakan api sederhana. Bila cucur kelihatan kembang dan tembam, perlahan2 tanggalkan dari sudip, goreng hingga kuning keemasan pada kedua2 bahagian cucur. Angkat dan toskan.
  3. Letak atas beberapa helai paper towel, buat hingga siap. Hidangkan bersama sos...
  4. UNTUK SOS (RESIPI ASAL DARI "CHEF WAN") :- Kisar cili dan bawang putih hingga hancur, masukkan bahan2 lain kecuali bijan. Masak atas api perlahan sambil dikacau hingga sos memekat. Matikan api dan taburkan bijan sebelum dihidangkan bersama cucur udang tadi...
selamat berbuka semua..... mudah2an puasa kita diterima oleh Nya.

Menu semalam

bawang goreng + ikan bilis goreng + ciliapi + kicap ---> sedap!

salam dipetang Rabu..... ha dah petang ni baru nak tepek menu petang semalam nyer yang dah abes pun.... entahlah bila dah malam dan penat rasa malas je nak buat entry ni.... seharian duduk ngadap pc pun masih malas nak up-date... malas2 pun nak jugak tayang menu simple ni... buat kenangan diri sendiri jerk.... mula ari tu nampak kat rumah intan.... tapi dia tak bubuh kicap, yang kak rose nyer ni bubuh kicap dan potongkan cili api.... 4 biji jer tp pedas kaw2 punya... makan dengan nasik panas2 memang ngam ....

dan udang goreng salut tepung bubuh blackpepper banyak2.... pedas lagi.... nasib baik perut tak meragam pas makan nih. ok la nak masak untuk petang ni pulak... pening pala mike nak masak ape ya...