Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, November 6, 2024

Ayam masak kicap

 Bila ada sedikit kerajinan, maka berasap lah dapo kak rose ni...

ayam masak kicap sempoi sempoi cam ni pun dah kira rajin lah kan.. masak pun dengan apa yang ada jer dalam fridge. kalau beli ayam memang nak yang dah siap potong2 gini.. terutamanya bahagian whole leg tu... so ini lah dua keping whole leg ayam masak kicap 😋😋
 
dan sayur yang memang jadi pebret kami berdua brokoli bawang putih. cukup lah untuk kami makan bersama nasi hangat2...kalau nak mencuba,  resepi ada kat sini

Tuesday, November 5, 2024

Kisah care-giver ...

 kisah care-giver kat rumah setelah SIL discharge dari hospital....

Dari hospital, kak rose lah yang bawak balik ke kampung since masa ni husband belum sampai lagi... PJJ ni begini lah. SIL ni kerja kat JB dan tiap hari berulang dari kampung manakala si husband pulak kerja di KL jadinya hujung minggu jer lah menyatukan mereka... so kami adik beradik yang ada ni lah bergilir sama tolong jaga sementara suaminya sampai... sebagai care-giver yang nak sangat SIL ni cepat sembuh, kak rose jadilah tukang sediakan breakfast, lunch n dinner sekali lah... 1st day breakfast kat rumah kak rose buat bubur a la Mcd dan segala dayang2 nya juga buah dan kopi lah.
tapi mostly breakfast jer yang sempat amik gambo untuk kenangan nanti yang suatu hari nanti yang kak rose ni pernah jadi care-giver untuk SIL yang operation slip disc nya.. ni lunch pulak, sayur lemak sawi putih dan buah, nasi dan ikan goreng tak mauk enterframe lak
pagi ni dengan cekodok kentang as her request nak makan yang simple2 jer katanya... dan buah2 tu mesti lah ada kan.. lebih baik dari masa kat sepital yang asik buah yang sama jer, katanya lah..
jemu pulak makan nasik, katanya... so buat spaghetti bolognaise, tapi nak jugak sayur.. so kak rose buatkan lah brokoli bawang putih ni.. SIL ni memng pengemar sayur, so apa saja yang kak rose buat dia makan jer... Alhamdulillah, senang kerja tukang masak!
kali ni cuma sediakan buah dan kopi jer untuk breakfast... dia kata nak makan roti sapu peanut butter spread jer...
strawberry, persimmon, mangga dan epal merah
buah untuk petang pulak.. persimmon, strawberry dan shine muscat... masa ni masih tak dengar berita yang anggur ni ada  pesticide yang berlebihan. tapi Alhamdulillah semua clear jer kat Malaysia ni kan. so no worry lah nak makan. tapi kak rose make sure buang semua kulit tu bila nak makanlah.
roti boom dan kari danging, kopi dan buah2...
mee goreng tanpa udang, kak rose gantikan dengan fillet ayam jer sebab nak jaga takut efecct kat bekas operate tu kan... Alhamdulillah selepas sepuluh hari post operation, scar dah kering cantik... tapi tetap kena jaga lah kan.
 dah buntu nak sediakan apa untuk bekpes ni, maklumlah tukang dapo ni hari2 pun makan toast n buah2 jer kan... so pagi ni buatkan nasii goreng daging ulam timun dan buah2 juga kopi lah
yang ni last kak rose sediakan breakfast sebelum kak rose balik ke KL sandwich plain roti dan roti cokelat kismis gardenia, mangga dan buah naga. SIL pun ade follow-up di kpj... dan selepas tu dah rasa kuat sikit husband bawak  balik ke rumah di KL untuk recovery seterusnya.. semuga SIL cepat sembuh dan sihat semula seperti sebelumnya
 

Sunday, November 3, 2024

Oktober 2024

 Kisah pertengahan oktober 2024, simpan sini buat kenangan jaga pesakit di ward dan dirumah.

Kisahnya my SIL, dah lama jugak lah rasa sakit kat bahagian belakang ni... ingatkan sebab selalu lama sangat drive pergi balik kerja almost 200 km daily... so ada kala pergi berurut, ada jugak yang jumpa doktor dan dapatkan jab... tapi masih tak baik jugak... so end up pergi buat scanning MRI dan the result memang dah macam yang dijangka lah...Slip disc! the only option is buat operation, kata doktor... walaupun rasa takut melebihi segalanya tapi kena jugak lah sbb nak baik kan. Insya Allah.
 
Masa kak rose sampai di KPJ Kluang ni dah lepas 4 hari post operation. earlier adik yang tolong jaga sebab husband di KL uruskan anak2 masuk U masa tu... sorang ke UMT dan sorang lagi ke UIA. yang bogsu akan hadapi SPM pulak... so bertabah lah dengan berjauhan... husband cuma mampu hantar warded dan tak dapat tunggu di sepital. hujung minggu tu baru lah dapat balik ke kampung dan balik semula sbb anak masih sekolah..

ward di KPJ kluang, di tingkat 7... sayup dikelilingi pokok kelapa sawit yang menghijau tapi pesakit tak dapat bangun nak tinjau keliling pun... memang lepas 4 hari pun masih belum boleh bangun dan jalan2.. cumanya staff dari bahagian physio akan datang untuk ajar bangun dan cuba jalan... hari kelima baru lah boleh bangun dan jalan ke toilet sendiri... masih sakit ya amat katanya..


breakfast di ward.. croissant with all the mak nenek isinya.
lunch hari terakhir sebelum discharge...

 

dah boleh discharge dan time to balik... balik ke kampung saja sebab doc tak advice to travel jauh buat masa ni... recovery kat kampung hingga next follow-up in 10 days time. Get well soon my SIL.

Saturday, November 2, 2024

November dahhhh...

Allahuakbar... cepatnya masa berlalu kan... rupanya dah dua bulan dapo kak rose ni tak berupdate. tak tau lah apa yang membuatkan banyak sangat vitamin m tu dalam diri ini kan. berabuk bersawang dah dapo ni.. so ni kak rose sajikan buah jer lah... yang pasti tak akan cepat basi, tapi kan buah ni akan rosak jugak sudahnya kan... but at least la... orange and mango ni kan boleh bertahan jugak lah dua tiga hari..hehe..
shinr muscat ni kak rose memang suka dan selalu lah beli, tapi kak rose makan dengan cucui bersih2 buang kulit seluruhnya lah... tapi bula Thailand kata ada excess pesticide kat anggur ni terus lah lama x beli dah. tapi kan kat tempat kita ni kkm masih kata selamat untuk dimakan. so pandai2 lah nak jaga keselamatan sendiri kan... boleh jer elak dan makan lah anggur yang lain, masih banyak pilihan kan.

honey persimmon ni pun pebret buat kak rose. sangat manis dan crunchy 😋😋

dan kalau sekali membeli memang banyak lah untuk kami berdua... maklumlah bukan pergi shopping setiap hari.. so pilih lah untuk stok sekurang2nya untuk seminggu gitu... Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan. Aamiin.