Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, November 21, 2024

Spaghetti bolognese

 sesekali tukar selera lah kita...

spaghetti bolognese dengan bahan apa yang ada kat dapo jer lah... kita yang buat dia, so ikut lah citarasa sendiri kan..
 

Bahan sos

400g daging kisar
1 labu bwg holland dipotong dadu
4 ulas bawang putih (cincang)
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu  kecil lada hitam
4 biji cili  padi (jika suka pedas)
2 tin  sos prego (tradisi)
Garam secukup rasa
Boleh masukkan tomato, carrot dan cili benggala yang dipotong dadu.
 
sepeket dried spaghettti berposing dalam periuk..

Cara memasak

1. Panaskan 2 sudu butter.
2. Tumis bawang holland dan bawang putih yang telah dipotong dadu sampai naik bau. Masukkan cili api
3. Masukkan daging kisar dan masak sampai daging kecut.
4. Masukkan lada sulah dan lada hitam.
5. Masukkan carrot, tomato, sos prego dan kacau rata.
6. Perisakan dengan garam secukupnya.
7. Masak sehingga kuah sebati. Boleh masukkan sedikit air jika nampak kuah terlalu pekat.
 
tadaaaa.... dah siap. jom lah makan spaghetti bolognese cara kak rose yang simple dimple ni.

No comments: