Lanai Kijang

Lanai Kijang
Showing posts with label salad. Show all posts
Showing posts with label salad. Show all posts

Sunday, February 16, 2025

Yee sang? Nooo lah!

 



Bukan yee sang tapi salad sayur lah kononnya... tapi tak healthy lah sebab guna kuah kacang untuk pecal jawa tu. tu pun beli yang ready made jer, cuma bancuh dengan air panas dan curah atas potongan sayur tu. dah readu boleh serve.

salad sayur simple cuma guna apa yang ada dalam fridge, sengkuang timun dan carrot, sagat halus dan gaulkan dengan kuah kacang tu. hmmm makan tak toleh kiri kanan dah jawa ni. 😋😋

Thursday, December 26, 2024

Rojak tauhu

sesekali teringin nak makan yang lain sket lah... pernah makan masa g kampung kakak kat batu putih, memang sedap sangat sampai teringat2 dibuatnya... dan kali ni bile pergi lagi memang kedai tu lah yang di tuju. tapi sayang kali ni memang lain benar dengan apa yang kek rose pernah makan satu ketika dulu.. mungkin sebab oder tapau yang banyak jadinya dia buat cincai boncai jer ker? dengan kuah kicap yang cair pedas berdesing dan tauhu yang keras semacam, memang tak puas hati lah dibuatnya kan..
so bila balik rumah kita cuba lah buat sendiri, tapi yang saladnya sajalah.. kuah rojak yang sedap ni oder dengan kawan sekampung. baru lah puas hati makan bertambah2... dan yang sempat amik gambar ni yang kak rose bagi kat rumah adik. yang sendiri makan memang tak sempat nak amik gambo lah...
bahan yang kak rose ada tauhu goreng yang sangat lembut dan sedap, daun salad, timun jepun, sengkuang dan sedikit carrot yang disagat. tak lupa taburan kacang tanah yang disangai dan ditumbuk sedikit hancur. curah kuah rojak yang sedap tu... dan nikmatilah sepuasnya... Alhamdulillah 😋😋
 

Tuesday, July 2, 2024

Jelatah sedap

 Bila tuan tanah ada sedikit kerajinan, maka jadilah jelatah ni...

Bahan-bahan

  • 1 biji nanas( jgn guna nanas muda. Takut masam. Kalau nk guna nanas dlm tin anggaran 1tin)
  • 2 biji timun (kalo guna timun jepun kurang biji)
  • 2 biji carrot(optional)
  • 1/2 labu bawang besar
  • 2~3 biji lada besar(merah)
  • 120ml cuka makan
  • sedikit gula dan garam ikut rasa

Cara-cara

  1. potong semua bahan2. Timun dihiris bulat nipis2,nanas dihiris segiempat nipis,bawang dan lada dihiris nipis.
  2. carrot dipotong memanjang (nak cantik boleh gunakan vege cutter yang munga2 tu...)
  3. campurkan bahan2 yg telah dipotong dlm satu mangkuk. Masukkan cuka, gula dan garam.Gaul rata.
  4. sedia utk dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak...tak pun nasi putih pun sedap..
  5. tips 1: jelatah ni sedap dimakan selepas beberapa jam disediakan sbb air nanas dah sebati.Carrot tu biasanya org tak letak. Saya letak sbb nak warna yg menarik & lada merah susah nk dapat kat sini..
  6. tips 2:kalo nk sedap lagi letak kacang tanah yg ditumbuk sedikit..ini pun optional.

 

Friday, April 14, 2023

Kerabu suhun

Untuk hidangan 2-3 orang.

300gm suhun. Direndam atau dicelur sampai jernih (transparent).
6 ekor udang jika ada, dibersihkan dan dicelur 1 minit.
1 biji tomato diiris nipis.
½ batang carrot di mayang (julienne)
1 biji bawang besar dimayang
½ batang bunga kantan jika ada, dimayang.
1 pokok daun ketumbar dihiris halus.
1 pokok daun bawang dipotong 1 inci.
2 sudu kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan ditumbuk. (kak rose gantikan dengan gajus)
2 sudu udang kering, digoreng tanpa minyak dan ditumbuk.
3 sudu sos ikan.
1-2 sudu gula melaka.
1 sudu kecil garam.
1-2 biji limau nipis, diambil jusnya.
1-5 biji cili padi atau 1 biji cili merah dipotong.
Cara nak buat dia:

 Campurkan semua bahan di dalam bekas dan gaul rata. siappppp dah. mudahkan! jom lah meratah lepas bukak posa nanti..

 

Thursday, September 29, 2022

Kerabu apple hijau with popcorn chicken


 sedap meratah ni.  sangat sesuai untuk yang nak eat clean tapi minus lah popcorn chicken tu ya... hehehe. kalau kak rose kata boleh jer makan as long as guna your common sense.. makan untuk rasa jer, bukan lah makan sampai semangkuk tu kan..

 Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 biji apple hijau (disagat halus panjang)
  • 1 biji cili merah (dihiris halus)
  • 3 biji cili padi (dihiris halus)
  • 2 ulas bwg merah (dihiris halus)
  • 1 btg kecil carrot (disagat halus panjang)
  • popcorn chicken, goreng
  • sedikit daun ketumbar
  • sedikit parutan lemon
  • sedikit jus lemon
  • sedikit garam
  • sedikit gula

Cara-cara

  1. Gaulkan semua , taburkan popcorn chicken atas kerabu then siap utk dihidang... mudah sajaaa..... 
  2. Selamat Mencuba

Friday, June 24, 2022

Kerabu mangga w bite size ayam

 Asalamualakum dan salam jumaat penghulu segala hari... chakkk!!! 😍😍

ade mood nak mengupdate dapo maya kak rose yang dah macam hidup segan mati tak mahu ni... tapi tu lah sayang pulak kalau nak biarkan mati macam tu jer kan.. so meh la kita tepekkan apa yang ada dalam folder ni kat sini... kerabu mangga with bite size ayam. ayam tu actually kak rose gorengkan jer pop-corn chicken store bought punya. senang kerja kan.
mangga putik tu pulak sagat jer dan tambahkan sedikit carrot yang juga disagat untuk dapat combinasi kaler cantik tu.. buat lah kerabu macam biasa kita buat tu dan masa nak hidang tu tambahkan gorengan pop-corn chicken atas dia dan jugak taburkan kacang goreng rangup krup krap tu. sedap sangat untuk meratah... dan lagi sedap kalau dihidangkan segera lepas buat tu, semuanya rangup lagi sebab kalau lambat nanti ayam dan kacang akan jadi lemau.
 

Thursday, January 13, 2022

Kerabu mangga muda

kerabu mangga muda yang tak berapa muda dah... masa beli tu nampak macam hijau putik jer kulitnya, tapi bila dah kopek dah tua pulak mangga ni... isi pun dah kuning, tapi masih crunchy krup krap lah isinya. beli pun dua biji jer memnag nak buat kerabu sempoi macam ni. sedap sangat lah pada kak rose bila sesekali buat kan... meratah jer sudahnya sebab isi mangga ni dah tak masam macam putik dah...
dan kak rose guna bahan apa jer yang ada kat dapo... tak rajin nak gorengkan ikan bilis, ikan msin kurau pun boleh jadi penggantinya. kita yang buat dia kan, so pepandai lah nak adjust dan suaikan rasanya. kacang goreng pun tak de, gantikan dengan biji gajus dan malas pulak nak tumbuk, so masukkan jer sebiji2 gitu..dah gaulkan semua bahan tu dan perasakan baru lah masukkan kacang gajus tu... so masih crunchy bila time makan... ahhh!!! kecur airlio dibuanya.. kalau nak resepi boleh tengok kat sini...
 

Wednesday, January 5, 2022

Wednesday, December 29, 2021

Menu sihat ke?

menu sihat, katanya... tak kisah lah walaupun tak berapa sihatnya, asalkan sedap kat tekak dan mengenyangkan tukang makan yang tak berapa rajin nak masak nih...
hard boiled egg dan popcorn chicken, yang lain tu potong2 jer dah siap semuanya dan digandingkan dengan hot honey lemon tea... walahhh sedapnya la hai..
tambah sedap bila disimbah dengan mayonnaise dan sos chili ni... anggur hijau sebagai dayang pengiring menu tak berapa sihat ni..
 

Tuesday, February 16, 2021

Salad roti dan pop corn chicken

healthy eating sangat lah kononnya...

resepi asalnya guna tempura chicken, tapi kak rose dah suka suki gantikan dengan pop corn chicken gaulkan bersama carrot yang disagat, fresh tomato dan daun salad.
potong2 kiub roti dan campur semua dalam bekas dan gaulkan rata.. sebelum tu tuang sikit minyak zaiton dalam salad tu.
pop corn chicken yang dah goreng tu masih kira healthy ker? tak kisah lah asalkan sedap kan..
dan tambah pulak dengan sos cili dan mayonis yang berlambak2 tu, tambah lahi pulak dengan sunkist puer juice tu... manalah healthy eating nya kan..
 

Thursday, January 28, 2021

Salad roti dan tempura nugget

 

bila mata dan tangan rajin sangat belek ig orang, jadi macam2 menu terpampang depan mata. semuanya nampak sedap!... jadi marilah kita cuba salad yang mudah ni... kebetulan semua bahan pun memang ada dalam fridge... so, meh lah kita layan tekak dengan salad ni.
sekeping roti, potong kecik2, 5 keping tempura nugget potong kecik2 (kak rose guna brand marina tempura) sebiji tomato, carrot disagat halus dan daun salad...
campurkan semuanya dan tuang sedikit minyak zaitun dan gaulkan rata
pas tu picitkan mayonnis dan sos cili sesedap rasa, and then..... gaul gaul dah siappppp....mudah kan?
 

Thursday, December 17, 2020

Kerabu mangga a la Thai

Rezeki datang memang tak salah alamt kan... pepagi balik dari ber brisk walk tu ada kawan offer mangga putik ni... katanya mangga ni sedang lebat berbuah kat kebun belakang rumahnya, tapi sayang nya hujung bulan ni kena berpindah ke Kota Kinabalu pulaknya... sayang nak tinggalkan... so dia pun pesan kalau nak amik jer buahnya daripada terbiar, maklumlah tuan rumah dah terbang jauh kan...
dan ini lah dia. tak lah putik sangat mangga yang dia bagi pagi tu... sangat sedap dibuat kerabu macam ni. meratah jer pun sedap weiii..nak buat makan colek pun boleh ataupun taburkan dengan asam pakchu mesti sedap sangat nih...eh!!!! menjejeh ailio sambil menaip nih!
fresh mangga kak rose buat kerabu a la thai ni... jom tengok resepinya..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 - 3 biji mangga muda (ikut saiz, kalau kecik guna 3, kalau besar guna 2)
1 biji tomato, belah 4, buah bahagian tengahnya dan hiris
1 biji bawang besar, mayang halus
1 genggam kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak, buang kulitnya dan tumbuk kasar
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, dan goreng hingga garing
4 biji cili padi, hiris halus (kak rose buh dua biji je)
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 1/2 camca besar sos ikan (omit yg ni gantikan dengan garam jer)
1 camca besar penuh gula
1 biji limau nipis, perah jusnya
sedikit carrot sagat - yg ni kak rose tambah.


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas mangga muda, kemudian rendam dalam air 15 minit untuk membuang getahnya. Toskan dan hiris halus. Masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang dan tomato. Gaul rata. Ketepikan.
  2. Satukan sos ikan, gula, bawang putih, cili padi dan jus limau nipis dalam mangkuk, kacau rata2 dan curah dalam mangkuk berisi mangga hiris dan bahan2 lain. Gaul rata. Tambah kacang tanah dan ikan bilis, gaul lagi dan sesuaikan rasa. 
  3. Alas bekas sesuai dengan daun salad. Alihkan kerabu atas daun salad dan abur sedikit ikan bilis goreng dan kacang tanah yang telah diasingkan atasnya sebelum menghidang. Hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain.

 

Tuesday, November 17, 2020

Potato salad

buat lagi potato salad tapi versi yang lain pulak... yang ni guna mayonis , tapi sayang jenama mayonis yang kak rose beli ni macam tak berapa ngam lah.. macam sedikit kasar dia punya texture tu... biasanya kak rose akan cuma beli yang ladyschoice tu, tapi masa tu tak de pulak stoknya, so amik jer la apa yang ada kan... nasib baik amik botol kecik tu jer.. ok jom lah tengok resepi potato salad ni pulak..

ingredients:

200 gm potato (boiled n quatered)
100 gm mayonnaise
30 gm powdered mustard (kak rose x letak)
50 gm shallots (finely chopped)
5 gm salt
5 gm black pepper
some crispy cooked minced beef

method:

mix well potato, mayonnaise, mustad n shallots
add salt n black pepper to the salad mix n mix well again
spread some cooked minced beef on salad
ready to serve 

dan kak rose tambah sedikit carrot disagat halus.. makan pulak dengan fillet ayam panggang dan jugak cauliflower panggang untuk lunch... Alhamdulillah kenyang sampai petang
 

Monday, November 9, 2020

Kerabu suhun - Glass noodle salad

semasa menemani en suamni buat physio di KPJ, terbrowse lah ig en @mynameiskhairul ni.. memang ada terbaca kisah dia di fb, dan kini di ig pulak... tabik betul lah dengan dia ni... superdaddy betul2! kak rose suka sangat dengan semua menu yang disediakan dengan presentation yang sangat vouge, tipu lah kalau kata tah tergoda dengan masakan dia tu kan... jom cuba try yang ni dulu..
since ada beli udang, sebab dia punya resepi guna udang, kalau tak de boleh jer guna ayam, daging, sotong atau pun just plain macam tu jer pun boleh. dan bahan lain pun ada beli semasa balik dari sepital tu... moh ler kita beroperasi... terima kasih kongsikan resepinya ya..

Untuk hidangan 2-3 orang.

300gm suhun. Direndam atau dicelur sampai jernih (transparent).
6 ekor udang jika ada, dibersihkan dan dicelur 1 minit.
1 biji tomato diiris nipis.
½ batang carrot di mayang (julienne)
1 biji bawang besar dimayang
½ batang bunga kantan jika ada, dimayang.
1 pokok daun ketumbar dihiris halus.
1 pokok daun bawang dipotong 1 inci.
2 sudu kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan ditumbuk.
2 sudu udang kering, digoreng tanpa minyak dan ditumbuk.
3 sudu sos ikan.
1-2 sudu gula melaka.
1 sudu kecil garam.
1-2 biji limau nipis, diambil jusnya.
1-5 biji cili padi atau 1 biji cili merah dipotong.

Cara nak buat dia:

1. Campurkan semua bahan di dalam bekas dan gaul rata.

Siapppppppp!

Haaa... kat bawah 👇 ni pinjam kata2 en khairul tu... tapi kak rose tak pandai nak hias lawo2 dan suhun tu pun tak jadi nak relai macam dia punya tu.... asik nak bergumpallll je 😔

Mudah yakmat kan?

Hidanglah lawa-lawa, baru semangat sikit nak makan. Potong hirisan timun, limau dan daun bawang untuk garnish. Taburkan serbuk cili dan juga bijan untuk bagi naik seri dia.

Suhun tu boleh jer nak ganti dengan bihun atau koew teow. Jangan ganti mee sudah lah. Namun kalau ada suhun paling bagus.

udang yang kak rose guna untuk kerabu ni...
 

Friday, November 6, 2020

Potato salad

laaaaama tak buat salad macam ni... dan kali ni nak jugak buat walaupun tak cukup bahan.. gigih google cari bahan untuk substitute mayonis. macam2 boleh gantikan kalau tak de mayonis ni... dan salah satunya kak rose guna telor rebus yang dilecek bersama dengan kentang tu... kuning lah kejadian salad kentang kak rose disebabkan telor tu... meh tengok resepinya...
Bahan-bahanya

3 biji kentang ( direbus dan dilecek)

1/3 batang carrot

1/2 batang timun

1/4 biji bawang besar

3 sudu besar mayonis - kak rose gantikan dengan telor rebus

sedikit garam

1 batang sosej ayam ( direbus dan dihiris halus)

Cara-caranya

1. Hiris nipis timun, carrot dan bawang besar, kemudian gaul sebati dengan 1 sudu kecil garam dan curahkan 1 cawan air, wrap kemas dan ketepikan. Biarkan selama lebih kurang 10 minit.

2. Setelah 10 minit, tapis sayur tadi bagi keluarkan air, tekan sedikit untuk mengeluarkan air yang berlebihan, di dalam bekas, masukkan kentang yang telah dilecek bersama telor rebus, timun, lobak merah dan bawang besar serta sosej, gaul sebati.

3. Sedia untuk dihidangkan, tak perlu masuk garam atau gula, sesuai dijadikan menu bentou ( bekal) atau di makan begitu sahaja.

- Jika mahu letakkan satu biji telur rebus yang telah dilenyek pun boleh, lagi creamy rasa potato salad ni nanti. Selamat Mencuba. 

 


yang ni kak rose pernah buat guna mayonis, rasanya pasti lebih umphhhh lah kan dan kaler pun nampak cantik jer...
 

Monday, October 14, 2019

Jelatah sedap

Asalamualaikum dan salam isnin buat kawan2 semua... nak jugak tepek kat sini jelatah seadanya yang tak cukup bahan ni. bila ada tetamu datang, siap masak terus hidang dan memang tak teringat nak amik gambo, jadinya ade belen ni jer lah yang sempat snap nak buat kenangan. jadilakan... walaupun tak de nenas yang menambah kesedapan, tapi tetap jugak abessss disantap... Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurnikan... jon kat bawah ni kak rose tepek resepi yang lengkap kalau ada kengkawan nak buatnya... lawankan dengan nasik minyak/beryani dan ayam mask merah memang lah ngam sangat. meratah gitu jer pun sedap gak..😋😋

Bahan-bahan ( 5~6 )

  • 1 biji nanas( jgn guna nanas muda. Takut masam. Kalau nk guna nanas dlm tin anggaran 1tin)
  • 2 biji timun (kalo guna timun jepun kurang biji)
  • 2 biji carrot(optional)
  • 1/2 labu bawang besar
  • 2~3 biji lada besar(merah)
  • 120ml cuka makan
  • sedikit gula dan garam ikut rasa

Cara-cara

  1. potong semua bahan2. Timun dihiris bulat nipis2,nanas dihiris segiempat nipis,bawang dan lada dihiris nipis.
  2. carrot dipotong memanjang (nak cantik boleh gunakan vege cutter yang munga2 tu...)
  3. campurkan bahan2 yg telah dipotong dlm satu mangkuk. Masukkan cuka, gula dan garam.Gaul rata.
  4. sedia utk dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak...tak pun nasi putih pun sedap..
  5. tips 1: jelatah ni sedap dimakan selepas beberapa jam disediakan sbb air nanas dah sebati.Carrot tu biasanya org tak letak. Saya letak sbb nak warna yg menarik & lada merah susah nk dapat kat sini..
  6. tips 2:kalo nk sedap lagi letak kacang tanah yg ditumbuk sedikit..ini pun optional.

Monday, November 5, 2018

Sambal buah kuinin


 seminggu berpergian, seripayaku bersiaran dengan auto post jer... tuan tanah meround satu malaysia bermula pada hari ahad minggu lepas... memula balik kampung dibatu pahat johor, hari isnin tu balik semula ke shah alam dan selasa meneruskan perjalanan ke narathiwat, thailand... dua hari disana, berpatah balik ke kota bahru dan esok paginya bergeak ke kuala terengganu pulak... lepas tu baru lah balik semuala ke shah alam... jauh perjalanan kali ini, dan banyak tempat persinggahan untuk cuci mata dan jugak cuci poket... nasib  baik buah kuini yang kak rose beli semasa belum stat perjalanan tu masih elok rangup untuk buat sambal ni..

 sebiji jer pun buatnya tapi satu mangkuk ni dapat sambal kuini bila dah bercampur dengan segala bahan yang lain tu... meh tengok resepi sambal kuinin tanpa belacan yang sedap ni. cik google yang bawak kak rose ke blog Yatie untuk resepi sambal kuinin tanpa belacan ni. mekasih kongsikan ya Yatie. tapi biasalah menderhakakan resepi  untuk ikut tekak sendiri... hihi.. ada dua biji lagi tu, boleh buat lagi nanti. kalau rajin ler... untuk resepi asal dari Yatie boleh tengok kat sini ya...

Bahannya :-
- Sebiji buah kuinin
- 1 biji cili merah - dipotong*
- 5 biji cili padi* (kak rose guna sebiji jer cili api)
- Segenggam ikan bilis* (* goreng semua)
- sebiji bawang merah*
- Sedikit garam
- sebiji buah tomato, buangkan isi tengahnya*

Caranya :-
 
1. Goreng cili, bawang merah, tomato dan ikan bilis bersama sederhana masak. Kemudian angkat dan tumbuk cili dahulu, bila cili dah lumat baru masuk buah kuinin yg dipotong dadu.
2. Masuk kan sedikit garam, apabila buah kuinin dan cili dah mesra, akhir sekali baru dimasuk ikan bilis, tumbuk sederhana, jangan lumat ikan bilis tu.
3. Masukkan dalam mangkuk, siap untuk di hidang.
 
** kak rose blend semuanya, memudahkan kerja. guna blender yang kering tu.
 

Thursday, August 23, 2018

Jelatah sedap

 Asalamualaikum dan selamat pagi buat kawan2 semua... terima kasih pada yang masih sudi singgah kat dapo maya kak rose ni. walaupun macam segan2 nak hidup, tapi masih gagah juga kak rose nak teruskan dengan entry yang kadang2 cuma merapu meraban ni... pagi ni nak kongsikan jelatah yang kak rose buat untuk gandingkan dengan menu hari raya semalam... sedap dimakan bersama nasi hujan panas, daging beriyani, ayam masak merah dan kurma kambing. balik dari solat hari raya, jamu selera dulu dan lepas tu terus ke mesjid untuk gotong royong korban 10 ekor lembu...

 kak rose kongsikan kat sini resepi jelatah mudah dan sedap ni...

Bahan-bahan ( 5~6 )

  • 1 biji nanas yang masak
  • 2 biji timun (kalo guna timun jepun kurang biji)
  • 2 biji carrot(optional)
  • 1/2 labu bawang besar
  • 2~3 biji lada besar(merah)
  • 120ml cuka makan
  • sedikit gula dan garam ikut rasa

Cara-cara

  1. potong semua bahan2. Timun dihiris bulat nipis2,nanas dihiris segiempat nipis,bawang dan lada dihiris nipis.
  2. carrot dipotong memanjang (nak cantik boleh gunakan vege cutter yang munga2 tu...)
  3. campurkan bahan2 yg telah dipotong dlm satu mangkuk. Masukkan cuka, gula dan garam.Gaul rata.
  4. sedia utk dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak...tak pun nasi putih pun sedap..
  5. tips 1: jelatah ni sedap dimakan selepas beberapa jam disediakan sbb air nanas dah sebati.Carrot tu biasanya org tak letak. Saya letak sbb nak warna yg menarik.
  6. tips 2:kalo nk sedap lagi letak kacang tanah yg ditumbuk sedikit..ini pun optional.
gandingan yang sedap.... pinggan kak rose. nasi hujna panas, jelatah yang sedap, ayam masak merah dan daging beriyani. kurma kambing tak dek sbb kak rose tak makan mmmbekk tu...

Tuesday, March 6, 2018

Salad limau bali

 salad atau kerabu? apa apa pun lah namanya...kecur air liur lagi masa menaip nih. sedap masam manis gitu. tapi limau bali yang kak rose beli ni isinya halus dan a bit kekuningan...walaupun halus, tapi yetap juicy...  tak macam limau bali tempatan yang selalu ipoh mali tu.... putih dan kasar2 isinya kan.puas jugak lah makan walau beli pun sebiji jer... maklumlah kak rose sorang jer yang makan... hihi... separuh nya kak rose buat salad or kerabu ni lah... sedap meratah apa lagi dengan tambah kacang goreng yang rangup krup krap nih...

 resepi salad ni kak rose copy dari sini... mekasih ya. mohon izinkan nak kongsikan kat sini..

Bahan-bahan

2 camca besar Kacang tanah panggang, dicincang
1 camca besar Bijan, digoreng kering


A
300 g Limau bali, dikupas & dijuring
2 batang Bunga kantan, dihiris halus
3 batang Serai, dihiris halus
4 Bawang merah, dihiris halus
3 batang Daun ketumbar, dihiris halus
4 Cili padi, dihiris halus (kak rose gantikan dengan cili mearh jer!)


B
1 camca besar Minyak masak (kak rose skip yg ni)
2 camca besar Gula atau secukup rasa
2 camca besar Jus limau nipis
2 camca teh maggi secukup rasa
½ camca teh Lada sulah atau secukup rasa 
Cara-cara
  1. Di dalam mangkuk, campurkan bahan A dan bahan B, gaul mesra.
  2. Taburkan kacang tanah cincang dan bijan.
  3. Hidangkan segera.
limau bali yang kak rose beli kat aeon...