Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, October 30, 2017

Jalan sorang, makan sorang2..

 Bila berjalan sorang2... makan makan pun sorang gak la...dah penat berjalan dan bila teras perut keroncong, singgah je la mana restoran yang berkenan dihati... tap perlu nak tanya pendapat perut... pasal dah lapo kan... ni minggu lepas kak rose makan kat Penang Nyonya, subang parade... balik dari ziarah kawan yang sakit kat subang, pas tu g shopping2... dah petang baru lunch..

 char kuey teow yang sedap dan ice kacang yang menggunung... tak terabes sudahnya. sangat rich dengan jagung creamnya.. tapi cendolnya keras, macam dried cedol yang direbus tak cukup empok? entah lah... tapi cukup menyepoilkan ice kacang kak rose tu... huhu

next day tu pergi sekali lagi ke subang parade, sambung cuci mata n poket yang terhenti semalam... kali ni makan jer mekdonal ni... berbaloikah pagi2 yang kak rose g ber brisk walk tu kalau macam ni lah lunch yang kak rose amik... sendiri mau ingat la kan!

Sunday, October 29, 2017

my keeping fit journey

 journey to keeping fit la sangat kan! memang cita cita tu sangat tinggi untuk sentiasa keep fit, sihat tubuh badan dan cergas sentiasa... dan yang paling penting untuk mengurangkan lemak2 degil yang suka sangat nak menepek kat badan yang sentiasa kembang dengan jaya ni...

 dan ini lenggang mak limah kak rose minggu lepas... nak jugak tepek kat sini untuk memotivasikan diri lah kononnya.... agak2 boleh ker?

 nak dapat 10k step/day to pun rasa tak daya...

tapi keluar jugak lah peloh, dan terbuag sedikit kalories tu... tapi yang pasti kalorise bertambah berganda2 lepas berlenggang mak limah tu... camner nak kira tu?

Saturday, October 28, 2017

Agar2 santan gula melaka

 salam sabtu buat kawan2 semua.... agar agar santan gula melaka yang kak rose buat untuk pot luck mengaji surah Al-Kahfi jumaat semalam... dah tak tahu nak buat kuih apa yang mudah2... so buat jer la agar agar ni... lagi pun dessert yang lembut2 ni memang laku jer, dan tiap hari jumaat kakak yang sorang ni memang selalu akan bawak agar2 ni tapi versi pandan tu... memang jadi rebutan, kalau tak de minggu tu memang tercari2 lah semuanya...hihi... so semalam memang ada dua versi lah agar2 ni...walaupun dua loyang tapi tetap habis... suka lah tukang buat ni..

 resepi ni kak rose amik dari blog Yati sinarkehidupanku... mekasih ya, mohon izizn nak kongsikan kat sini lak..

Bahan-bahan :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm  
  • 1 liter air (4 cawan) 
  • 1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm) 
  • 1/4 cwn gula pasir 
  • 250 ml santan pekat (Yatie guna 100 ml santan pekat kara dan selebihnya tambahkan air) 
  • 1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu 
  • Secubit garam  
  • 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan
Cara-cara:  
  1. Masak gula melaka yg diracik halus, gula pasir bersama 1 cwn air. Masukkan daun pandan yg di simpul. Masak hingga didih dan sentiasa di kacau. Bila dah siap tapiskan dan jadikan jumlahnya 2 cawan.  (Guna air yg dari 4 cwn tu ya)
  2. Dalam periuk bersih, masak 2 cawan air bersama dngn serbuk agar2. Masak hingga mendidih.  
  3. Masukkan air gula melaka tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih.  
  4. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.   
  5. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.  
  6. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..
sendiri bawak, sendiri nak makan jugak agar2 kak rose ni bersama versi pandan... ada macam2 kuih lagi, piring kak rose dengan apa yang larat nak dimakan... walaupun ada banyak lagi kuih yang dibawak oleh kawan2... jugak menu utama oleh tuan rumah iaitu lontong dan mee goreng pedas berapi!

mekasih naz@cute Oven dan yatie kongsikan tips nak dapatkan lapisan agar yang cantik... walaupun kejadian agar2 kak rose tak berapa nak seimbang!

TIPS DAN NOTA NAZ:  
  • Ramai yang tertanya-tanya kenapa bila membuat agar-agar santan, tidak mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya walaupun masing-masing selalunya dah ikut betul-betul resepi yang mereka guna. Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.  
  • Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi ye. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian atas tu), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.

Friday, October 27, 2017

Salam Jumaat Barokah


Asalamualaikum dan salam jumaat buat semua..

DOA HARI JUMAAT

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Ya Allah...
Di pagi yang mulia ini...
Kau ampuni dosa-dosa kami,
Dosa pasangan kami,
Dosa kedua ibu bapa kami,
Dosa anak-anak kami,
Dosa saudara-saudara kami,
Dosa jiran tetangga kami,
Dosa sahabat-sahabat kami,
Dosa guru-guru kami,

Ya Allah...
jadikanlah zuriat keturunan kami tergolong di dalam zuriat yang menjaga solat..
Sihatkanlah tubuh badan kami, jauhkanlah kami dari penyakit dan bala bencana..
Cukupkanlah rezeki dan permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan di akhirat. InshaAllah..

آَمِيّـٍـِـنْ... آَمِيّـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن

Thursday, October 26, 2017

Makan makan...


Almaklumlah blog masak masak, maka tayangan pun asik makan makan jer kan... walaupun bukan masak sendiri... hihi.... entah apa yang disibukkan hingga terlupa akan anniversary blog kesayangan yang macam hidup segan mati tak mahu ni... dah jauh perjalanan Seripayaku ni, sayang pulak kalau tinggalkan gitu jer kan... masak masak pun dah tak berapa rajin nak mengambil gambar... apa lagi nak tepek buat entry kat sini... huhu... harap harap satu masa nanti akan datang balik kerajinan untuk nak meng update entry macam dulu dulu tu..., Insya Allah..

 sementara kemalasan yang melanda... tayangan amal kak rose dengan makan makan dan menambah lemak dengan jayanya... tapi asik kedai mari jer la... 4fingers yang not to my liking....

nasi ayam penyet yang sangat menjadi ingatan...

Wednesday, October 25, 2017

Monday, October 23, 2017

Akhirnya....

Asalamualaikum dan salam  isnin yang panas...
semuga kawan semuanya dalam keadaan ceria dan bahagia...

Syukur Alhamdulillah...nak jugak kongsikan kat sini buat tatapan nanti2... setiap bulan sejak bertahun2 lamanya  memang kak rose akan key in pay slip en asben ni dalam pc, for our own record lah dan jugak untuk senang refer bila lhdn cekik darah tu mintak bayarannya... huhu.  dan tahun ni ada pinjaman yang dah selesai bayarannya... rasa happy sangat bila dah clear potongan tu kan...  ya, akhirnya pay slip en asben bersih dari potongan untuk dua item ni... setelah tujuh tahun untuk pinjaman kereta dan bertahunnnnnn2 untuk bayaran pinjaman perumahan tu... boleh ker nak berjimba2 lepas ni kalau semua barang pun dah naik harga dan nilai ringgit pun semakin susut... beli yang perlu saja lah nampaknya!

Sunday, October 22, 2017

Hari Jumaat lepas..

 dari ini dan sengkuang,tempe, soon, tauhu kering, udang, udang kering yang tak masuk dalam ini gambar...

transform jadi cenggini..

dan....hmmm nyum nyum... 
juadah untuk hidangan sarapan setelah majlis bacaan majlis Al-Kahfi dirumah pada pagi jumaat.


dan part of 30 packs of pulut kuning dan rendang ayam untuk kawan2 yang datang..

sebahagian dari  kawan2 yang hadir untuk majlis bacaan Al-Kahfi...

Saturday, October 21, 2017

8 tahun Seripayaku


diam tak diam, sudah melepasi usia lapan tahun blog kesayangan kak rose ni... happy bloggersary to Seripayaku.blogspot.my. walaupun kerajinan nak mengupdate masak2 tu semakin ke laut, tapi masih sayang nak biarkan ianya berkubur begitu saja... harap akan ada umur yang panjang dan kerajinan yang berterusan untuk menghidupkan seripayaku ini.. terima kasih pada cikgu masak masak yang menjadi inspirasi untuk kak rose memulakan blog ini dari awalnya... dengan mencuba berbagai resepi dan mengambil gambar walaupun cuma dengan kamera cap ayam... bermula lah seripayaku untuk cuba berada diantara blog masakan yang memang dah famous dan jadi rujukan... bukan nak bersaing tapi sekadar untuk memuaskan hati sendiri dan untuk mengisi masa lapang yang banyak sementelah dah jadi full time SAHM... tak sangka seripayaku boleh bertahan sepanjang ini... Alhamdulillah...

happy 8th bloggersary untuk https://seripayaku.blogspot.my/

Thursday, October 19, 2017

Salam pagi Khamis...




Asalamualaikum dan salam pagi khamis buat kawan2 semua...                                         
Jom bacakan doa untuk hari ini... semuga Allah memberikan RahmatNya, KeredhoanNya dan keAmpunanNya buat kita semua hamba yang serba kekurangan...
                                    
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, limpahkanlah rahmat, keampunan dan kurniaanMu ke atas kami, cukupkanlah keperluan kami dan hindarkanlah kami daripada segala yang Engkau benci dan kami takuti.

Ya Allah kurnialah kami nikmat Mu dan berilah kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan kami, keluarga kami dan agama kami.
َ
Ya Allah berilah kami kelebihan di sebalik kekurangan, berilah kami kekuatan disebalik kelemahan, berilah kami sukacita disebalik duka nestapa dan berilah kami harapan disebalik keraguan.

Ya Allah kami memohon taufik dan kesejahteraan dari-Mu. Anugerahkanlah kami kekuatan ilmu , iman dan amalan kami.

Ya Allah Engkau tunjukkanlah kami kearah kebaikan, pertingkatkan iman kami agar amalan hidup kami sihat dari segi rohani dan jasmani serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang.

Ya Allah, jadikanlah hari ini dan hari-hari selanjutnya jauh lebih baik bagi kami dibanding hari-hari yang telah kami lalui.

Ya Allah, berilah kami keselamatan, kesihatan, keamanan, kedamaian, ketentraman dan kesejahteraan bagi kami dan keluarga kami.

Ya Allah, limpahkan dan lipat-gandakanlah rezki kami dengan rezeki yang halal.

Ya Allah berilah kepada kami kesempatan yang baik-baik dan berita yang menggembirakan dan menyenangkan sahaja hari ini dan hari-hari selanjutnya.

Ya Allah, mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun Ya Allah, kabulkan dan perkenankanlah doa kami.

Ya Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah
.                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن  َ

Wednesday, October 18, 2017

SK lagi...



kali ni for my in laws pulak...

Tuesday, October 17, 2017

Bingka beras gula putih

 Kuih bakar aka bingka beras gula putih yang terlebih lemak... berlumba2 lah lemak nak menepek kat tuan tanah yang dah tak berapa nak rajin ber brisk walk pagi2 hari ni... apa lagi bila dah lama terhenti, maka nak memulakan semula tu punya lah malas... dan ada alasan bila hujan pulak kan... apa pun dapo kena jugak berasap, maka jadilah bingka tepung beras gula putih ni.. tapi resepi ni memang tersangatlah manis buat kak rose, walaupun dah kurangkan gula nya... next time memang kena beringat kalau nak buat lagi dan guna resepi ni...

resepi yang kak rose guna, mekasih ya Ummi... kak rose kongsikan kat sini ya..

Bahan:- (loyang 8x8x3 inci)

  • 1500 ml santan (dari 2 biji kelapa) (*akak guna santan kotak 1000 ml + 500 ml air)
  • 250 gm gula pasir (akak kurangkan 235 gm saja)
  • 250 gm tepungberas (cap Gajah)
  • 50 gm tepung Hoen Kue (warna putih)
  • 1/2 st. esen vanila
  • 1 sk. garam
  • (kak rose buat separuh dari adunan ni)  
Cara-Cara:-
  1. Satukan kesemua bahan dan kacau hingga sebati dan ditapis.
  2. Masak adunan hingga pekat dan berkilat (hendaklah dikacau sentiasa supaya tidak berkerak).
  3. Tuangkan aduann ke dalam loyang yang beralas daun pisang atau setakat disapu minyak aje.
  4. Bakar dalam oven dengan api grill dulu hingga permukaan kuih garing sikit atau berkulit, kemudian bakar dengan api bawah hingga masak pada suhu 180C lebihkurang 30 minit. (*note - akak bakar 30 minit api atas (grill), then 30 minit api bawah sj, then 10 minit lagi api atas n bawah)
  5. Biarkan kuih benar2 sejuk baru dipotong dan dihidangkan. Kuih ni agak lembik ketika masih panas dan akan keras sedikit bila telah sejuk tapi memang lembut bila dimakan.

Monday, October 16, 2017

Ke dusun lagi..

 Asalamualaikum dan salam isnin buat kawan2 semua... selamat bercuti buat anak2 yang bersekolah dan untuk kawan2 yang beragama hindu, pastinya sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut perayaan deepavali kan... apa pun diharapkan semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan.. lama rasanya kak rose tak kongsikan buah2an dari dusun kak rose... fuji apple, jambu batu dan murcott oranges dari dusun disupermarket. beli pun tak banyak sbb cuma kami berdua jer... so makan seadanya lah..

dan potongan jambu batu makan dengan taburan jeruk asam pak chu 916... ngam sangat!

Saturday, October 14, 2017

Beef lasagna

 

nak makan tapi tak rajin nak memasaknya... so beli jer la, nak makan tinggal reheat jer, potongkan salad dan tomato, curahkan cili sos dan mayonis dan dinner pun ready... ni la kerja tukang masak yang kurang kerajinan ni..

tamak punya pasal, beli sampai dua packs... portion yang beso, satu pack ni cukup untuk kami berdua makan... satu lagi masih kejung dalam chiller, jangan terlupa lagi kewujudannya sudah ler kan!

Friday, October 13, 2017

Pengat nangka bersagu

 pengat nangka bersagu ni buat petang semalam... ni sebab kes terbeli nangka yang 1/4 buah kot, besar potongannya dan isi nya jugak banyakkk... puas dah makan berdua jer, tapi masih berbaki lagi... tu yang datang idea nak buat pengat ni.. kebetulan kelapa fresh pun ada... jadilah untuk menu minum petang semalam... walaupun ada santan kotak, tapi kak rose lebih suka kalau guna santan yang baru perah, lagi fresh dan manis rasanya... dan sangat lah lemaknya.... bila makan baru teringat dah dekat sebulan kot tak berbrisk walk pepagi... huhu. seminggu ni asik hujan jer pagi hari... jadilah alasan untuk tidak mulakan brisk walk tu! nampaknya minggu depan kena paksa diri nih!


resepi pengat nangka simple kak rose.... tak de sukanatn yang exact, jadi agak2 jer la ya...

sagu biji... dimasak hingga jernih dan bilas, toskan
nangka secukupnya- kak rose suka kalau lebihkan nangka tu
santan fresh
gula putih
daun pandan
sedikit garam

Cara:
panaskan santan bersama gula, sedikit garam dan daun pandan yang disimpul hingga mendidih.
masukkan sagu yang dah ditoskan tadi, biarkan mendidih sekali lagi.
perasakan gula dan garamnya.
sentiasa dikacau dan matikan api.
masukkan nangka yang dah dipotong halus tadi - kak rose suka nangka yang masih crunchy dalam pengat ni.
sedia dihidang.


Thursday, October 12, 2017

Makan2 di Hadramawt Kitchen

Hari ahad pulak ialah hari bermalas malasan dan jugak hari untuk settlekan errand yang banyak tertangguh sebab asik berulang balik kampung... dan fridge pun kosong tak de stok untuk nak masak2.. so memang bagus punya alasan untuk cari makan di luar kan.. since en asben nak makan nasi arab, kami ke hadramawt kitchen di glenmarie ni. sedap dan puas hati lah dengan simple menu yang kami pilih...


 
 kena belajar bahasa arab nak baca menu nih! tp ade english translation... so dont worry lah!

 the list of chicken meals... boleh pilih ayam n jenis nasiknya jugak...

 kami pilih whole madghout chicken dengan nasi sepinggan beso ni... lebih dari cukup untuk kami tiga beranak! suka dengan rasa dan texture ayam ni...

 nasi served with zhaouk, basically sambal tomato not that hot dan kuah kari. sedap dan cukup rasa karinya.

 the drink for the three of us... lemon mint juice, orange juice dan ice chocolate.

yang ni taboulah... nak rasa jugak pak arab ni punya salad... daun parsley, pudina, tomato with dressing... sedap gak la pada tekak kak rose ni. esok

Wednesday, October 11, 2017

eskerim malaysia

pandan asam boi, jagung dan bandung... 😋😋😋

Tuesday, October 10, 2017

Al-Fatihah

 Bismillahhirohmannirohim... Inalilahiwainailaihirojiun, Al-Fatihah buat arwah emak tersayang. Dah sepuluh hari berlalu... kuatkan diri untuk  nak abadikan kat sini buat kenangan dan tatapan dimasa akan datang... arwah mak dijemput Ilahi pada pagi Ahad 1 Oktober 2017 bersamaan dengan 10 Muharam 1439 di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang setelah admitted selama 3 hari  dan sebab yang tertulis dalam sijil kematian ialah sepsis secondary to cap with underlying advanced heart failure... tenanglah mak disana. Aamiin

 Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu... semuga Allah ampuni mak, rahmati mak, maafkan mak, muliakan kematian mak, lapangkan kubur mak, jadikan syurga sebagai ganti tempat tinggal mak dan tempatkan mak dikalangan orang orang yang beriman.... Al-Fatihah.

 gambar sewaktu buat follow-up terakhir diHEBHK... setiap kali follow-up pasti kak rose ade menemani mak berjumpa doktor.

dan tiap kali mak admitted, sepanjang mak dihospital, selama itu lah jugak kak rose akan berada disisi menemani mak siang dan malam... dari awal mak admitted hinggalah waktu discharge.  bila dengar je mak admitted kak rose akan terus ke sepital, begitu juga kali ni dari shah alam terus ke hospital untuk bersama mak...kali ni jugak hingga mak discharge dari sepital tapi dengan keadaan yang sangat berbeza... mak pergi menemui penciptanya dan tak kan kembali lagi...😢😢😢.. Redhokan pemergian mak, dan kak rose sangat beruntung kerana dapat menjaga dan bersama  mak hingga akhir hayatnya, sempat mandikan jenazahnya, sempat memakai kan mak baju terakhirnya yang putih bersih dengan wangian kapur barus dan air mawar... selamat bersemadi ditempat baru mak, Al-Fatihah. hilanglah doa dan satu keberkatan di sisi Allah dari mak buat kami anak2nya...

Monday, October 9, 2017

Makan2 di Lanai Kijang

Kisah hari sabtu sekembalinya dari kampung, tumpang kereta adik, tapi di tengah perjalanan anak adik called, dan dia pun kenalah attend anak bongsu diasrama tu punya request... jadi dia hantar kak rose ke stesen ketapi paling hampir dengan sekolah anak..ie di stesen tampin ni lah. pertama kali sampai sini dan  menyambung naik train komuter dari tampin hingga lah ke KL. since akan turun di stesen bnm, terus en asben yang jemput tu ajak g makan2 di lanai ni... kak rose yang memang perut dah keroncong ni setuju jer lah... kalau pasal mentertank lemak memang laju jer la kan...

 
 soursop juice yang pekat kaw kaw dan ice latte

 mushroom soup, sedap hingga menjilat sudu katanya!

 lamb shank pilihan si anak bujang mama

 nasi goreng ayam dara... dara lah sangat kan!

 fish n chips yang crispy di luar dan sangat juicy didalam... puas makan!

the dessert, embun menitik - sagu gula melaka come with vanilla ice-cream topping yang a bit too sweet for me...