resepi ni kak rose amik dari blog Yati sinarkehidupanku... mekasih ya, mohon izizn nak kongsikan kat sini lak..
Bahan-bahan :
- 1 paket serbuk agar-agar 10 gm
- 1 liter air (4 cawan)
- 1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm)
- 1/4 cwn gula pasir
- 250 ml santan pekat (Yatie guna 100 ml santan pekat kara dan selebihnya tambahkan air)
- 1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
- Secubit garam
- 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan
- Masak gula melaka yg diracik halus, gula pasir bersama 1 cwn air. Masukkan daun pandan yg di simpul. Masak hingga didih dan sentiasa di kacau. Bila dah siap tapiskan dan jadikan jumlahnya 2 cawan. (Guna air yg dari 4 cwn tu ya)
- Dalam periuk bersih, masak 2 cawan air bersama dngn serbuk agar2. Masak hingga mendidih.
- Masukkan air gula melaka tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih.
- Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.
- Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.
- Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..
mekasih naz@cute Oven dan yatie kongsikan tips nak dapatkan lapisan agar yang cantik... walaupun kejadian agar2 kak rose tak berapa nak seimbang!
TIPS DAN NOTA NAZ:
- Ramai yang tertanya-tanya kenapa bila membuat agar-agar santan, tidak mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya walaupun masing-masing selalunya dah ikut betul-betul resepi yang mereka guna. Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.
- Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi ye. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian atas tu), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.
1 comment:
Salam agar2 serbuk brand apa yg puan gunakan. Tq
Post a Comment