Saturday, October 28, 2017

Agar2 santan gula melaka

 salam sabtu buat kawan2 semua.... agar agar santan gula melaka yang kak rose buat untuk pot luck mengaji surah Al-Kahfi jumaat semalam... dah tak tahu nak buat kuih apa yang mudah2... so buat jer la agar agar ni... lagi pun dessert yang lembut2 ni memang laku jer, dan tiap hari jumaat kakak yang sorang ni memang selalu akan bawak agar2 ni tapi versi pandan tu... memang jadi rebutan, kalau tak de minggu tu memang tercari2 lah semuanya...hihi... so semalam memang ada dua versi lah agar2 ni...walaupun dua loyang tapi tetap habis... suka lah tukang buat ni..

 resepi ni kak rose amik dari blog Yati sinarkehidupanku... mekasih ya, mohon izizn nak kongsikan kat sini lak..

Bahan-bahan :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm  
  • 1 liter air (4 cawan) 
  • 1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm) 
  • 1/4 cwn gula pasir 
  • 250 ml santan pekat (Yatie guna 100 ml santan pekat kara dan selebihnya tambahkan air) 
  • 1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu 
  • Secubit garam  
  • 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan
Cara-cara:  
  1. Masak gula melaka yg diracik halus, gula pasir bersama 1 cwn air. Masukkan daun pandan yg di simpul. Masak hingga didih dan sentiasa di kacau. Bila dah siap tapiskan dan jadikan jumlahnya 2 cawan.  (Guna air yg dari 4 cwn tu ya)
  2. Dalam periuk bersih, masak 2 cawan air bersama dngn serbuk agar2. Masak hingga mendidih.  
  3. Masukkan air gula melaka tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih.  
  4. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.   
  5. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.  
  6. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..
sendiri bawak, sendiri nak makan jugak agar2 kak rose ni bersama versi pandan... ada macam2 kuih lagi, piring kak rose dengan apa yang larat nak dimakan... walaupun ada banyak lagi kuih yang dibawak oleh kawan2... jugak menu utama oleh tuan rumah iaitu lontong dan mee goreng pedas berapi!

mekasih naz@cute Oven dan yatie kongsikan tips nak dapatkan lapisan agar yang cantik... walaupun kejadian agar2 kak rose tak berapa nak seimbang!

TIPS DAN NOTA NAZ:  
  • Ramai yang tertanya-tanya kenapa bila membuat agar-agar santan, tidak mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya walaupun masing-masing selalunya dah ikut betul-betul resepi yang mereka guna. Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.  
  • Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi ye. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian atas tu), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.

1 comment:

  1. Salam agar2 serbuk brand apa yg puan gunakan. Tq

    ReplyDelete