Lanai Kijang
Tuesday, September 28, 2021
Sunday, September 26, 2021
Oranges..
sapa suka makan buah oranges ni keta geng lah...
hari2 makan buah mcam ni pun tak jemu..
5 biji for 11.90... untuk stok seminggu
3 biji saploh hengget... manis n juicy
Saturday, September 18, 2021
Walaupun pahit....
tapi tak leh berhenti mengunyah...
kerepek peria katak salut tepung bistari.... sedap krup krap krup krap!
Wednesday, September 15, 2021
Tuesday, September 14, 2021
Salmon panggang sedap
bila terasa nak makan, makan merajinkan diri panggang ikan salmon yang dah kejung dalam freezer ni.. nasib baik lah rasanya tetap sedap walaupun dah kejung tu kan.. sekeping cam ni mana cukup kan so kak rose gandingkan dengan nasik goreng dan celurkan brokoli untuk sayurnya... resepi yang kak rose copy ni untuk 4 keping ikan, so pepandai lah nak adjust ya...
Bahan-bahan:
2. Perahkan jus lemon ke atas kepingan ikan salmon.
3. Taburka lada hitam, oregano.
4. Gaulkan dengan bahan putih dan halia.
6. Panggang ikan hingga masak.
7. Hidangkan dengan sos cili dan mayonis.
Bahan-bahan:
4 Keping ikan salmon
1 inci halia muda ( mayang )
4 ulas bawang putih ( ketuk @ hiris )
1 biji lemon ( ambil jus )
Garam & Serbuk perasa
Serbuk lada hitam
Sedikit oregano
Minyak zaitun
Cara-cara penyediaannya:
1. Perasakan ikan dengan garam, serbuk perasa dan lada hitam.
1 inci halia muda ( mayang )
4 ulas bawang putih ( ketuk @ hiris )
1 biji lemon ( ambil jus )
Garam & Serbuk perasa
Serbuk lada hitam
Sedikit oregano
Minyak zaitun
Cara-cara penyediaannya:
1. Perasakan ikan dengan garam, serbuk perasa dan lada hitam.
2. Perahkan jus lemon ke atas kepingan ikan salmon.
3. Taburka lada hitam, oregano.
4. Gaulkan dengan bahan putih dan halia.
5. Perap selama setengah jam.
6. Panggang ikan hingga masak.
7. Hidangkan dengan sos cili dan mayonis.
Monday, September 13, 2021
Udang celup tepung bistari
Asalamualaikum dan selamat pagi semua... lamanya terbiar dapo kak rose ni kan....
sebelum tu jom la tengok udang goreng celup tepung bistari yang sedap ni..kak rose guna tepung bistari perasa original tu, dan tepun ni dah masin kan, so tak yah buh garam dah. just bancuh dan celup udang yang dah dibuang kulit tapi tunggalkan bahagan ekornya tu, goreng dengan minyak yang cukup panas. dan siap... makan hangat2 cicah dengan cili sos memang sedap sangat lah buat kami... teringat makan gorengan ict kat pantai terengganu pulak. entah bila lah agaknya boleh sampai kesana lagi kan. covid, cepat lah pergi. kami nak hidup bebas dan normal macam dulu2...
Thursday, September 2, 2021
Pengat keledek bersagu
laaaaaaamaaa tak buat pengat cenggini...
so, dah jadi pengat ni meh ler kita menikmatinya dengan sepenuh hati dan bersyukur padaNya kerana diberikan kerajinan untuk menyediakan menu untuk minum petang itu. Alhamdulillah, bangga untuk diri sendiri lah 😜😝
Wednesday, September 1, 2021
Subscribe to:
Posts (Atom)