ari tu kak rose buat pasta goreng... kali ni buat sup pulak... ikut la tekak sendiri nak makan camner kan, dengan bahan dan sayur apa saja yang ada dalam fridge, jadilah pasta sup kak rose untuk lunch... kalau nak buat dinner pun boleh kan... just asingkan kuah sup dan pastanya... tapi yang best bila kita buat fresh from kuali n terus dinikmati... ada pulak sambal kicap jawa tu, memang berpeloh2 makan.
yang ni kak rose tambahkan telor dalam sup tu.... buat menambah lemak dan kolesterol gamaknya... dah la brisk walk pepagi tu tak stat lagi, sejak bercuti masa bulan puasa sampai la ni masih belum ada kerajinan nak memulakan.... tapi tang makan tu memang susah nak resist! kak rose tak de resepi yang spesifik, semua main taruk jer dalam kuah tu, so kalau nak buat tu pepandai lah nak mengadjust ikut tekak sendiri ya...sambal kicap tu memang sentiasa ade stok, senang tekak jawa ni nak makan gorengan nanti... cekodok manis pun tetap cicah dengan sambal kicap...kejawaan sungguh kan!
Lanai Kijang
Saturday, July 30, 2016
Friday, July 29, 2016
Ubi getuk goreng
kuih ubi pebret kak rose... selalu kalau beli tu derang mesti buat macam bebola tu kan, tapi kak rose suka suki buat cam ni.... canaikan dan potong2, pastu salut tepung dan gorengkan... rasa tetap sama cuma bentuk jer dah tak jadi bebola ubi lah kan...sangat lah sedapnya bila cicah dengan sambal kicap jawa ni...style orang johor, kalau makan gorengan mesti ada sambal kicap ni.... sapa orang johor mesti setuju kan.
kalau ada yang nak cuba buat kuih ubi ne, kak rose kongsikan resepinya kat sini ya.. terima kasih pada cmg, tuan punya resepi asal.
Bahan-Bahannya :-)
Ubi kayu secukupnya
Kelapa parut putih, gunakan kelapa sedikit muda
Sedikit gula halus
Bancuhan tepung untuk menggoreng (mat guna tepung gandum 3/4 cawan + Sedikit garam + 1 cawan air + sedikit pewarna kuning, gaul sebati hingga tidak berbintil2 @ bancuhan tepung beras seperti menggoreng pisang)
Sambal kicap
Cara membuatnya :-)
kalau rajin nak buat bulat2 cam bebola ni pun cantik jugak kan...
kalau ada yang nak cuba buat kuih ubi ne, kak rose kongsikan resepinya kat sini ya.. terima kasih pada cmg, tuan punya resepi asal.
Bahan-Bahannya :-)
Ubi kayu secukupnya
Kelapa parut putih, gunakan kelapa sedikit muda
Sedikit gula halus
Bancuhan tepung untuk menggoreng (mat guna tepung gandum 3/4 cawan + Sedikit garam + 1 cawan air + sedikit pewarna kuning, gaul sebati hingga tidak berbintil2 @ bancuhan tepung beras seperti menggoreng pisang)
Sambal kicap
Cara membuatnya :-)
- Ubi kayu dikerat2, kupas kulit, cuci dan belah2, rebus bersama sedikit garam hingga empuk. Toskan dan letak dalam bekas. Campur sedikit gula (anggaran 1 camca teh) dan juga kelapa parut putih. Lenyek atau tumbuk perlahan menggunakan anak lesung batu hingga hancur dan semua bergaul rata. (Kalau tak nak goreng dengan tepung, boleh alih ke dalam loyang, tekan2 hingga padat, potong dan hidangkan).
- Kemudian buatkan bentuk bebola (mat gunakan scoop ice cream untuk mendapatkan bentuk sekata). Buat hingga siap. Celup dalam bancuhan tepung dan goreng terendam hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya atas paper towel. Hidangkan bersama sambal kicap untuk minum petang atau pun sarapan pagi..
Thursday, July 28, 2016
Jus limau asam boi
jus limau asam boi, limau kasturi dari pokok disekangkang kera garden kak rose yang sentiasa berbuah... since kak rose ni jarang guna asam limau dalam makanan, so yang paling mudah buatkan jus ni la... manis, limau yang masak fresh from the pokok ditambah pulak dengan asam boi yang manis masin tu memanglah heaven sangat diwaktu musim panas ni... walaupun kak rose jarang minum air sejuk, tapi bila dapat yang ni, segelas tu memang tak cukup lah!
digandingkan pulak dengan laksa johor leftover dari open house semalam tu, memang ngam sangat...walaupun laksa tu tak cukup bahan ulam, maklumlah leftover kan,,, tapi tetap sedap ditekak sendiri...
digandingkan pulak dengan laksa johor leftover dari open house semalam tu, memang ngam sangat...walaupun laksa tu tak cukup bahan ulam, maklumlah leftover kan,,, tapi tetap sedap ditekak sendiri...
Wednesday, July 27, 2016
Tuesday, July 26, 2016
Kerabu mangga kerisik a la siam
panjangnya nama kerabu mangga kak rose ni... siap ala siam lagi tu, tapi memang mangga ni kak rose bawak nun jauh dari siam... buat pun tak sampai setengah biji sbb buah mangga ni sangatlah besar... hampir 700 grams each buah tu. so yang ni kak rose buat kurang dari setengah biji jer pun tak terabes kami berdua makan. memang besar sungguh, susah nak pegang masa nak menyagatnya!
resepi kerabu ni kak rose copy dari dapur cmg, sedap sbb buah mangga nuda ni memang tak masam... tu yang kak rose suka la....
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji mangga epal, yang mengkal, diparut atau hiris memanjang (kak rose buat <1 biji="" br="" jer=""> 4 biji bawang merah, hiris halus
1 batang serai, ambil bahagian putih sahaja, hiris halus
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
Sedikit daun ketumbar, hiris halus (tak letak) (kak rose pun x dak!) 1>
5 biji cili padi, hiris halus (mat guna 4 merah dan 4 hijau) (kak rose guna 2 biji jer)
2 camca besar udang kering, rendam dlm air panas sekejap, tos dan tumbuk halus
1 camca besar gula pasir
1 camca besar perahan jus limau nipis (mat guna limau kasturi)
2 camca besar sos cili Thai (mat guna sos chili thai "LIFE")
4 camca besar kerisek (mat guna 2 camca besar sahaja)
Sedikit garam, jika perlu (mat guna sos ikan)
- Dalam mangkuk besar, campurkan mangga dengan semua bahan-bahan yang dihiris dan dimayang tadi. Gaul rata.
- Masukkan gula, udang kering, jus limau nipis, sos cili Thai, garam dan akhir sekali kerisek.
- Gaul rata semua bahan hingga sebati dan seimbangkan rasa ikut tekak memasing. Hidangkan dengan nasi putih. Selamat Mencuba...!
Monday, July 25, 2016
Spirals pasta goreng
Asalamualaikum dan salam isnin, semuga semuanya ceria bagai matahari pagi ni yang bersinar selepas hujan subuh tadi... banyak kain baju diampaian, biarlah hendaknya panas hingga kepetang... pasta goreng ni kak rose buat 2 hari lepas.. kebetulan masa g beli spaghetti tu, ternampak lak yang spiral ni... so bli la sepeket.....
jom kita tengok resepi spirals pasta goreng ni...
Bahan-bahannya:
500 gram spiral pasta direbus dan ditoskan
5 tangkai cili kering dikisar
5 biji bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
sedikit sos tomato
sedikit cili sos (yg ni kak rose tambah)
sedikit sos tiram (yg ni tambah gak)
sedikit kicap masin
sedikit garam (tak yah letak dah....)
secubit gula (kak rose x letak)
sawi dipotong-potong
udang
bebola ikan
daging ayam dihiris
Cara-caranya:
1. Tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak. Tambahkan dengan sos tomato, sos cili, kicap masin, garam dan gula. Kacau sebati.
2. Masukkan ayam, udang dan bebola daging. Kacau lagi.
3. Masukkan makaroni rebus dan kacau sebati.
4. Akhir sekali masukkan sawi yang dipotong tadi dan gaul sebati.

Sunday, July 24, 2016
Kegunaan lain baking soda
gambar cik google yang punya ya...
Baking Soda selama ini guna untuk baking je. Rupanya pelbagai lagi kegunaannya. ni yang kak rose dapat dari wall fb dan meh la kongsikan kat sini... semuga bermenafaat buat semua yang rajin nak explore sesuatu yang baru... tak salah mencuba kan.
1. Untuk memasak memang la ini tujuan utama kita beli benda tu pun kan.
2. Deodoran semulajadi - kalau ade sesapa yang tak suka pakai deodoran, atau tak boleh pakai deodoran, boleh guna baking soda ni. Caranya, basahkan ketiak seadanya, pastu tepek la baking soda ni. Macam tepek bedak la jugak kaedahnya.
3. Menghilangkan kesan peluh, daki & minyak - Nak2 pulak baju sekolah anak2 atau uniform suami, berdaki & kotor, korang boleh rendam baju2 tersebut dalam air sabun pastu campur la sikit dengan baking soda dalam air tu.
4. Gunakan sebagai pencuci mulut - Ini bukan pencuci mulut yang ala dessert tu tau. Ni pencuci mulut ala2 listerine tu la. Korang campurkan baking soda dengan air pastu gunakan untuk berkumur. Pasni ni tak yah lagi beli listerine. Jimat duit.
5. Skin exfoliator - tak reti aku nak translate jadi melayu. Kiranya macam skrub muka la. Buat tanggalkan kulit2 mati di wajah tu. Caranya, campurkan baking soda dengan sedikit air sampai jadi pes. Pastu gosok2 la kat muka korang. Tenyeh2 sampai tercabut kulit muka mati atau kulit yang kusam tu.
6. Untuk mencuci sikat & berus rambut - Kadang2 korang perasan tak sikat korang tu dah berkerak2. Penuh dengan sel2 kulit kepala & kelemumur.. Takkan nak cungkil satu2 bilah sikai tu kan. Cara paling senang, bancuh baking soda dengan air suam, pastu rendam la sikat2 & berus korang dalam air tu. Agak2 dah lama, bilas la dengan air biasa. Pasni sikat korang dah bersih dari daki2 tu semua.
7. Garam mandian (bath salt) - selain boleh guna sebagai skrub muka, baking soda pun boleh jadi skrub badan tau. Caranya sama cam buat skrub muka tadi. Tapi untuk lebih best [sebab kult badan tak sama dengan kulit muka], campurkan dengan sikit garam. Kiranya skrub tadi ada bahan tambahan la. Kalau yang suka berendam pulak, campurkan baking soda + garam dalam air rendaman tu. Kalau nak wangi tambah la minyak yang wangi tu.
8. Pemutih gigi - seminggu sekali masa nak gosok gigi, cuba campurkan baking soda dengan ubat gigi tu. Pastu gosok gigi cam biasa. Secara tak langsung boleh memutihkan gigi korang.
9. Pengganti mopiko - Tau ke apa mopiko tu?? Ubat untuk gigitan nyamuk tu. Kalau takde mopiko takpe. Cuba campurkan baking soda dengan sedikit air sampai jadi pes, pastu tepek je kat tempat yang nyamuk gigit tu.
10. Merawat sunburn atau luka akibat pisu cukur, pun boleh guna kaedah mopiko tadi.
11. Membersihkan karpet - Kalau karpet korang kotor, payah2 sangat, taburkan baking soda tu kat karpet, pastu gunakan la vacuum untuk cuci karpet tu. Insya-allah semua kotoran akan hilang.
12. Sebagai syampu kering - penyelesaian untuk rambut berminyak, taburkan baking soda pada rambut lepas tu blow rambut dengan hair dryer. ada yang berani nak cuba tak?
13. Hilangakan blackhead - Cara macam buat skrub muka juga. Tapi tenyeh la kat tempat blackhead tu. Pasni takyah susah pakai pore pack yang memang kurang berkesan tu.. Heheheh
14. Lembutkan daging - ni memang petua dolu2 ni. Rebus daging dengan sedikit baking soda, supaya daging tak liat.
Selamat mencuba ya kawan kawan....
Saturday, July 23, 2016
Kek buah kukus
laaaaaama sangat nak mencuba buat kek kukus ni, tapi tak terbuat pulak.... mixed fruits yang dibeli bertapa jer dalam fridge sampai keras kejung.... jadi sebelum ianya expired gagahkan diri la buat kek buah kukus ni... percubaan pertama yang sangat tak puas hati hasilnya... tak tau tang mana silapnya, may be next time kena baca betul2 resepi Linapg untuk kurangkan mixed fruitsnya... way too sweet untuk kak rose... rasa memang ok n a bit chewy gitu...tapi tukang rasa ok jer katanya. tak tau la nak sedapkan hati tukang buat or else??? agaknya takut nanti tukang masak tak nak buat lagi kan.... nak cuba lagi next time... practice make perfect kan.
resepi kak rose amik dari blog Teratak Mutiara Kasih, terima kasih ya... mohon izin nak kongsikan kat sini pulak.
resepi kak rose amik dari blog Teratak Mutiara Kasih, terima kasih ya... mohon izin nak kongsikan kat sini pulak.
Bahan-bahan
250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality
butter)
350g gula pasir
60ml air panas
500g buah-buahan campuran (lina pg letak 250g)
3 biji telur gred A
350g tepung gandum*
1 sudu kecil cream of tartar*
2 sudu kecil soda bicarbonat*
1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara
Masak gula hingga keperangan dan
masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan.
Masukkan butter sehingga cair
kemudian masukkan buah-buahan campuran .Kacau kemudian sejukkan.
Ayak bahan-bahan yang bertanda *.
Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi
sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan
masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu
juga.
Alas loyang 7x7 dengan kertas baking.
Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke
dalamnya.
Tutup loyang dengan aluminium foil.
Kukus selama 4 jam untuk
mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj) Sejukkan
kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan
buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).
Friday, July 22, 2016
Bubur biji delima
Dessert yang sedap by my SIL masa kak rose g balik kampung minggu lepas... simple tapi sedap ya amat!. mulanya ingat memang ada biji delima dalam tu, rupanya cuma tepung jer yang dikalerkan sebegitu... jadi rupa pun memang macam biji delima.... oh! tipah tetipu sungguh la..tapi tidaklah buat from scratch sebab kalau kat pasar tu semua ada... you just name it.... it seem everything is there. just sedikan bath nya jer! biji delima dan buah nangka fresh from pasar dan buah kabung tu pulak kami bawak dari penang and mixed it togehter...
mixed everything and add santan fresh n caramelized gula putih... wah! bertambah2 pulak makan ni.. bila balik rumah terus lah tanya cik google pasal bubur biji delima ni.... jumpa pulak kat blog
Ita masammanis, siap dengan step by step dan gambar yang sangat menggoda... lagi lah berkobar2 rasa nak buatnya... tunggu ada santan fresh barulah boleh mencubanya nanti... alasan apakah itu?
di pasar Narathiwat, memang geram sangat tengok, bermacam2 kaler dan bentuk... tapi tak tanya pulak whether every colour and bentuk tu represent other rasa dan lain2 nama? nanti lain kali boleh la mencuba yang lain kaler pulak...

Thursday, July 21, 2016
Mee hailam yang sedapppp
itulah nama menu yang diberikan oleh tuan punya resepi.... dan memang begitulah jugak rasanya, memang sedappppp walaupun mee yang kak rose buat ni tak de sotong dan sayur sawi, tapi ianya tetap sedap sangat. tak de sawi kak rose gantikan dengan kubis panjang sbb sayur tu jer yang ada dalam fridge waktu tu.... kira ok la tu kan, yang penting gandingan segala isi dalam tu yang membuatkan mee ni sangat instimewa walaupun ni lah pertama kali kak rose buat mee hailam.. terima kasih Azie Kitchen yang kongsikan resepi ni... mohon izin nak cnp ya.
Mee Hailam
Oleh: Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
300 gm udang sederhana besar
300 gm daging/isi ayam (tak letak)
3 ekor sotong saiz besar
1 peket fish ball
Bahan sos:
3-4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos ikan
Sayur sayuran:
Sedikit sayur sawi
1 batang carrot
2 biji tomato
Bahan kisar:
2 sudu besar cili
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 paket mee kuning
4 cawan air
3 biji telur
2 sudu besar tepung jagung - dibancuh dg air
Garam
Daun sup
Cili merah
Cara cara:
Panaskan sedikit minyak dan tumis cili
dan bawang kisar sampai pecah minyak dan kemudian masukkan ketulan isi
ayam sehingga isi ayam masak dan kemudian boleh lah dimasukkan air.
Masukkan karot dan batang sawi, masak sampai kuah hampir mendidih.
Masukkan semua sos cili, sos tiram, minyak bijan, kicap manis dan cair, sos ikan dan kacau rata.
Masukkan udang serta sotong dan kacau
semua bahan kemudian rasa sama ada cukup semua perisa kalau tak cukup
tambah ikut selera masing-masing.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan
biar sekejap sampai telur masak sebelum dimasukkan sayur sawi, buah
tomato dan kacau. Apabila telur mengeras, saya keluarkan dari kuali
untuk mengelakkan ianya menjadi hancur.
Masukkan bancuhan tepung jagung dengan
sedikit air untuk menjadikan kuah pekat. Kacau rata dan kalau kurang
masin baru la ditambah garam.
Akhir sekali masukkan mee dan kacau semua bahan dan biar kuah mendidih dan boleh la ditutup api dapur.
Bila nak hidang boleh la diletakkan telur yang dikeluarkan tadi, ditabur daun sup, cili merah dan juga bawang goreng.
Nota:
Boleh dicelur mee dan tuang kuah apabila
hendak dihidangkan untuk mengelakkan kuah menjadi terlalu kering dan
mee terlalu kembang.
Wednesday, July 20, 2016
Tuesday, July 19, 2016
Kongsi rezeki...
Asalamualaikum kawan2 semua.... baru balik dari bercuti, semalam seharian diperjalanan, so hari ni kak rose hidang buah jer la ya... buah mangga fresh dari pokok yang kak rose tanam masa tinggal di Langkawi, kiriman dari kawan yang kini tinggal dirumah yang kak rose tinggalkan tu... terima kasih kawan... dan kita kongsi2 rezeki... dari sepohon pokok mangga ramai yang dapat merasainya... masa kak rose tinggalkan pokok ni masih belum berbuah walaupun dah berusia 4 tahun, tetapi selepas kami tinggalkan Langkawi, tak putus berbuah...
Sunday, July 17, 2016
Stock-up
Salam hujung minggu buat kawan2 semua....
pasti ramai yang gantung piyok, open house sana sini
raya sebulan kan....
selamat menjamu selera.
kat sini kak rose hidang buah jer la ya.
ubat batuk!
macam2 buah ada kat dusun kak rose....
Saturday, July 16, 2016
Mee udang....lagi
bila rasa nak makan mee ynag berkuah, ni lah resepi yang terbayang di kepala.... buat berkali2 pun tak jemu. sedap dan simple penyediaannya... bahan pun tak banyak berjela, mostly yang dah ada kat dapor... senang lah nak sediakannya kan.. kuahnya boleh sediakan awal2 dan bila nak makan cuma curahkan atas mee yang dah ready dalam pinggan tu... terima kasih pada Ros jintanmanis yang kongsikan resepi mudah ni. kalau kawan2 nak buat untuk menu jamuan open house pun ok gak kan.. sedap, pasti tak rugi mencubanya nanti.
Bahan-bahanye
2 ikat spagetti (kak rose guna mee kuning tu)
6 ekor udang harimau saiz besar
2 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan
1 cawan santan pekat
1 cawan air
bahan sampingan
1/2 ikat kangkung di rebus (kak rose gantikan dengan sawi jer)
2 biji telur rebus
bawang goreng
Caranye
1. Blender bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan minyak dan masukkan cili kisar dan bawang yang telar diblender tadi, pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. (yg ni kak rose omit) Teruskan menumis dan masukkan udang kering.
2. sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan rebus hingga udang masak, isi udang ditos dan ketepikan.
3. Setelah bahan tumis garing masukkan air stok udang dan santan, setelah mendidih baru masukkan air dan fish ball, sesuaikan rasa, masukkan garam. masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat, agak-agak je.
4. Rebus spagetti seperti biasa, masa merebus ikut arahan pada paket, pastikan air betul-betul mendidih dan masukkan 1/2 sudu garam dalam air rebusan. angkat dan toskan.
5. Celur kangkung dan rebus telur, setelah semua bahan sedia, cara penyediaan, letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian curahkan kuah, atur udang, kangkung, telur rebus diatas pemukaan mee dan tabur sedikit bawang goreng sebagai hiasan, akhir sekali jangan dilupa baki minyak lada yang di cedok tadi, curahkan sedikit bagi menyerlahkan lagi warna kuah, sedia untuk dihidangkan, anda pasti menggemarinya.

Friday, July 15, 2016
Murtabak segera yg sempoi
murtabak segera yang sempoi dan dah banyak kali buat guna resepi ni... dan yang paling bestnya sbb mudah nak sediakan, guna jer kulit popia yang dah ready made tu, isikan dengan inti dan goreng hingga masak... dah pun ready untuk dihidang buat keluarga... mudahkan... inti pun ikut suka nak letak apa, asalkan sedap ikut tekak sendiri... yg ni kak rose isikan dengan lebihan inti karipap dan ditambahkan dengan batang celery yg didadu
Bahan-bahan
Bahan-bahan
- 100 g daging cincang (kak rose buh 300gm daging)
- 2 biji ubi kentang
- 1 sudu setengah rempah kari
- 1/2 biji bawang besar
- 1 ulas bawang putih
- daun sup
- minyak
- 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
- kulit popia
- 2 biji telur (kak rose guna 3 biji telo)
- 1 batang celery yg didadu
Cara-cara
- mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
- apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
- apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
- pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
- ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
- goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.
Thursday, July 14, 2016
Sup telur dengan kentang
sup simple yet soooo sedap buat tekak yang perit asik batuk2 ni... hirup panas2 memang heaven, harap boleh la hilangkan perit tekak ni... resepi simple dari sini...
Bahan- bahan:
5 biji telur
2 biji kentang - potong 8 bahagian
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 cm halia - dihiris
3 tangkai daun sup
2 biji cili padi - diketuk (kak rose x letak)
1 batang lobak - dihiris atau dipotong bulat
1 bungkus kecil bawang goreng untuk hiasan
3 cawan air
Sedikit minyak untuk menumis
Cara:
1. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi hingga naik baunya.
2. Masukkan 3 cawan air. Kemudian, masukkan lobak dan kentang dan biarkan ia masak.
3. Bila kentang telah empuk, pecahkan telur. Kecilkan api. Biarkan telur masak.
4. Perasakan dengan garam, serbuk perasa (jika suka) dan akhir sekali bawang goreng serta daun sup sebagai hiasan.

Wednesday, July 13, 2016
Delima US vs Peru
From US, a bit sour n ada rasa kelat cam tu.
Peru mari, sweet n juicyyyy
Peru's is cheaper than the US one... tapi taste better!
Tuesday, July 12, 2016
Kuih bakar lemak manis
Asalamualaikum kawan2 semua.... back to daily routine untuk sediakan juadah minum petang macam sebelum puasa ari tu... masa puasa terkejar2 nak sediakan juadah berbuka dan tiap malam ada makan nasik pulak... walaupun masa tak puasa memang jarang sangat makan nasik untuk dinner, tapi bila puasa kena gak makan... takut esok tak larat nak posa pulak kan...sekarang masa untuk berehat, no nasik nasik la... kita sediakan kuih bakar lemak manis ni untuk minum petang semalam... jom cekidout resepinya..
Bahan-bahan ( Loyang 8x8 inc. )
Bahan-bahan ( Loyang 8x8 inc. )
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula
- 3 biji telur
- 3 cawan santan - (200ml sntan KARA + air)
- 3 sb susu manis
- garam secukup rasa
- 1 sk esen vanilla
- sedikit pewarna kuning
- bijan - utk tabur (opt)
Cara-cara
- Satukan kesemua bahan2 di dalam blender kecuali bijan dan kisar hingga sebati.
- Masak adunan hingga pekat.
- Tuang ke dalam loyang yang di sapu majerin,ratakan adunan dan tabur bijan jika suka dan bakar selama 40 min atau sehingga kelihatan garing.
Monday, July 11, 2016
Makan2 di cafe lanai
pilihan anak bujang.... sirloin steak dengan dayang2 pengiring
pilihan mama, chicken chop dengan milky mushroom sauce.
tukang bayo asik dengan nasiknya... takut esok tak larat nak puasa, katanya.
the only desert yang teringat nak amik gambo... springroll n vanilla ice cream, healthy bowl yang sedap pun tak sempat nak snap...
Sunday, July 10, 2016
My carelessness
Asalamualaikum dan selamat berhari raya kawan2... semalam kak rose bertolak balik dari Johor ke Penang.. Alhamdulillah perjalanan kira smooth compare to yang nak balik ke kl... memang jem sepanjang highway... banyaknya keta kat jalan raya... dan dalam perjalanan balik tu kak rose singgah kat RnR Dengkil untuk lunch n zohor, tapi disebabkan parking yg melimpah ruah so cuma sempat buang air dan teruskan perjalanan... bila dah drive keluar dari RnR tu baru perasan yang phone kak rose tertinggal kat dalam toilet di rnr tadi tu... cepat2 called, tapi dah voice mail jer... ya lah sapa yang dapat tu mesti lah cepat2 off kan kan..nak nanges pun dah tak guna kan... cepat2 called maxis centre untuk blockkan line tu sbb kak rose guna post paid... sedih sangat2... pas tu en asben stop kat next hentian tu fikir whats next.... memang rasa down sangat dengan my own carelessness...
berhenti kat perhentian mofaz tu n then en asben kata kena gak cari yang baru... so we decided to go to Subang Parade, tempat yang we used to buy most of our phone n tab jugak...so called the salesgirl kat situ dan dia offfer oppo brand yg kami tak pernak guna ni. n off we ke subang parade. memula tu nak jugak yg phone yang sama tapi dah tak de new production dah, dan bila tengok s7 edge sampai 3k++ pulak, n the girl really promote oppo ni. dia kata oppo ni lebih baik dari s6 tu yet the price tak sampai pun 2k... so ni lah pengganti s6 yang mulanya sangat reluctant nak amik... oppo F1Plus Selfie Expert dan lepas tu g pulak maxis centre dan dapatkan semula no. lama kak rose yang dah block tadi tu. activekan semula dan kena tunggu -+ 1jam baru dapat semula service tu. dan rasa nak marah pun ada sbb bila phone baru kena lah belajar semula... kak rose ni memang sangat tak rajin nak explore menda2 yang baru cenggini dan dalam perjalanan balik ke penang pulak tu, memang hati nak panas jer! hishhhhh.
s6 yang tinggal kotak je jadi kenangan... sangat convenient guna ni n the photo pun sangat cantik dimata kak rose... tapi sayang dah tukar pemilik yang kak rose tak relakan... nasib baik dengan kecanggihan technologies, semua data n gambar2 yang ada dalam tu kita boleh erase from afar, so tuan yang dapat tu memang macam phone yang baru.... kosong! nak completely block tak dapat pulak sbb no imei tu pun tak jot dowm masa bli ari tu... dah g ke how to find IMEI number tu, orang buta it cam kak rose ni bertambah pening jer dibuatnya! so be it la... rezeki aci tu yg masuk toilet after me tu.
masih sayang dengan s6 edge ni, tapi apa daya tak de rezeki nak berlama2 dengan dia...sempat guna 6 bulan je! terpaksa lepaskan walau sangat reluctant to let it go.

Kesian dia...
manja ya amat
tuan tanah balik kampung berhari raya
kena tinggal 4 hari jer pun
kering layu dia, merajuk ke?
atau kurang belaian kasih sayang?
kesian dia!
Thursday, July 7, 2016
Kerabu mangga simple dan sedap
Asalamualaikum dan selamat hari raya ya kawan2... tentunya dah puas makan ketupat dan rendang juga segala macam menu yang heavy... apa kata untuk lunch nanti kita sediakan kerabu mangga simple dan sedap ni untuk menambahkan selera yang dah jemu dengan rendang tu... memang simple dan sangat menambat selera kerabu ni... jom tengok resepinya. mekasih ya, mintak izin nak tepek kat dapo kak rose ni.
RESEPI KERABU MANGGA
Bahan-bahan:-
2 biji mangga muda
1 biji tomato (kak rose guna tomato cherry jer)
1 biji bawng besar
4 biji cili padi (ikut kepedasan memasing la ya...)
2 tangkai daun ketumbar
sedikit lada hitam(anggaran dalam 6-7 biji)
1 sudu kecil udang kering
1 sudu perahan limau nipis/lemon
garam
kacang goreng - yg ni kak rose tambah
cara-caranya..
Hiris halus mangga,tomato ,bawang besar ,daun ketumbar dan cili padi.
Goreng udang kering dengan sedikit minyak..tumbuk udang kering bersama lada hitam.
campur kan dengan semua bahan yang telah di hiris halus.
kemudian masuk kan garam dan perahan limau.
dah siap...
Wednesday, July 6, 2016
Selamat Hari Raya
Asalamualaikum dan selamat hari raya buat yang sudi berkunjung kat rumah maya kak rose ni. dikesempatan ini kak rose juga mohon maaf zahir dan batin jika ada kesalahan dalam perkataan atau perbuatan sepanjang kita berkawan dalam dunia maya ni... ya lah orang kata, keybod ni lebih tajam dari mata pedang... mana lah tau ada yang terguris hati dengan tulisan kak rose kan..
mohon ampun dan maaf ya.... selamat hari raya.
mohon ampun dan maaf ya.... selamat hari raya.
Subscribe to:
Posts (Atom)