Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, December 31, 2016

Makan2 lagi...

 entry terakhir buat tahun ni... semuga tahun2 mendatang dapur maya kak rose masih boleh berasap dan rajin buat entry walaupun dengan masakan yang berulang2... dan ni kak rose buat makan2 bersama kawan kat sini sebelum berpindah... ramai yang nak makan laksa johor air tangan kak rose, so ikut kan je la... dan tukang masak yang sangat amatur akan sangat happy bila derang suka dengan menu ni... Alhamdulillah.

 walaupun renyah nak sediakan segala mak nenek dayang2 ni... tapi happy jer nak sediakan. terima kasih pada assistant yang tolong potongkan kacang dan limau tu... walaupun sedikit terperanjat bila tengok dia potong limau tu cenggitu... hihi

 
 dengan lima kilo ikan selayang yang gemuk2 tu... sepiok beso kuah laksa johor yang lemak dan pekat... baru lah puas nak makan kan... dan ada rezeki untuk nak tapau jugak....

 
 lima pack spaghetti berposing tengah melegak dalam piok... siap kuorkan dapo masak kenduri!

 agar2 sirap bodo2 yang sangat laku pada hari tu. makan sejuk2 memang sedap kan.

 dua kilo tepung untuk roti jala, terima kasih pada Nurul yang pinjamkan tangan untuk menjala... lebih dua jam berdiri bersauna mengadap dapo... hihi

 
 lima kilo ayam whole leg untuk kuah roti jala...

 sempat jugak buat dua loyang apam gula hangus.... dan satu cawan gula yang terhangus pun ada gak... hihi... itu lah kalau buat kerja sambil ngadap komputer kan. muga tahun baru nanti tak kan terjadi lagi macam ni, Insya Allah.



Friday, December 30, 2016

Melayan tekak...

 bila piok belanga semua dah bungkus, kena lah melayan tekak didapo yang merata tempatnya... kalau ikut kak rose memang tak rajin nak keluar makan, tapi en asben tak nak tapau pulak.. so kena lah ikut walaupun terasa penat, ikut kan je la... dan malam tu kami g makan kat sini... memang ramai orang tapi service derang pun cepat gak... macam2 menu yang di oder, cepat jer sampainya... Alhamdulillah, melayan tekak sampai nak terbuntang. makan berdua jer tapi order macam untuk sepoloh orang makan. sudahnya udang dan daging tu tapau jer... memang tak larat nak makan dah!

 ikan siakap stim halia yang berapi2 dan berasap dimeja... tapi sayang pedas buat kak rose yang memang tak tahan pedas ni... ratah ikan saja tanpa kuah, so kurengggg lah rasanya!

 udang celup tepung yang nampak beso2 saiznya... tapi tipah tetipu you, udang cenonet, tepung jer yang sebantal. dan sos cili tu terlalu manis pulak rasanya. makan dua eko jer, yang lain tu tapau. daging merah tu ok, kena pada tekak kak rose. sedap.

 tom yam ayam yang tersangat lah pedasnya! dan rasa pun so so jer...ayamnya too bland je rasanya. en asben pun kata no to his liking...

 sayur kailan goreng dengan ikan masin, oka la not bad.

tu diah! macam sepoloh orang makan punya oder! dah lah tak ber brisk walk, makan pulak semacam jer. sendiri mau ingat la kan... dan sepatutnya hujung tahun ni dah kena buat  health check-up, tapi tangguh lah dulu... nanti buat di kl je lah.... macam2 alasan kan!

Thursday, December 29, 2016

Buah jer....

 Asalamualaikum dan selamat pagi buat semua... hari ni kak rose hidang buah jer la ya... maklumlah tengah bz dengan perpindahan tu... harap buah ni tak basi la kan...gandingan kiwi fruit n sour plum yang tak masam pun...

dengan oren sunkist pulak... mesti lawas membuang lepas ni kan. anyway, it is good for detox la kan...

Wednesday, December 28, 2016

Pernah cuba tak?

tak pernah tahu ada air kelapa berbagai perisa nih!

Tuesday, December 27, 2016

Happy birthday, Busu.


Happy 24th birthday, Busu. 
semuga berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat... 
dan mampu mendoakan mama dan ayah nanti.
dan doa mama dan ayah tak pernah putus buat kejayaan busu.
Aamiin. 

 

Monday, December 26, 2016

Siew pak choy dlm sos tiram

 sayur kak rose masak pada hari jumaat lepas... dan rasanya ni lah kali terakhir kak rose masak di penang ni... sejak dari hari sabtu dan ahad kak rose dah stat packing barang untuk proses perpindahan tu... buat sikit2 supaya nanti bila orang2 movers tu datang tak la kelam kabut nak asingkan barang2 kan.. so bila barang2 kelengkapan dapo dah pack, tak de la nak masak2 lagi... asik g tapau jer la jawapnya... nak keluar pun dah malas bila dah penat... sayur terakhir masak di penang kak rose abadikan kat sini, untuk kenangan... hihi..

Bahan-bahan
  • seikat sayur siew pak choy
  • 4-5 sudu mkn sos tiram
  • 3 ulas bawang putih- cincang
  • seinci halia - cincang
  • air sedikit
  • serbuk perisa@gula - jika suka
  • tpg jagung+air sedikit utk pekatkan kuah
Cara-cara

  • sayur jgn potong dulu... panaskan air. celur ngan btg2 skali. (kak rose potong dulu baru celur)
  • angkat dan toskan. potong bhgn yg ujung. susun dlm pinggan dan ketepikan.
  • panaskan minyak, tumis bhn cincang hingga naik bau@kekuningan.
  • masukkan sos tiram dan juga air sedikit. kacau. masukkan perisa jika suka. tkyah ltk garam sbb sos tiram dh masin. klu nk pekat buh tpg jagung+dbancuh ngan sedikit air.
  • didihkan. tutup api. tuang kuah atas sayur tadi.
  • hiaskan ngan bwg putih goreng/bwg goreng. dah siap!

Sunday, December 25, 2016

Merry Christmas...

 christmas decoration kat Gurney Plaza, Penang. kalau rajin berjalan mesti dapat tengok yang shopping complex ni macam berlumba2 dengan deco yang sangat cantik untuk sambut perayaan ni..

 light tower yang menjulang setinggi tingkat dua bangunan..

 ramai yang adimring the decoration...termasuklah  tuan tanah yang jakunsss ni!

 the hanging light pulak...

decoration kat luar pulak... dapat amik gambar seko jer pulak rusa krismas ni....

By by Asterok

 Asalamualaikum dan selamat pagi buat kawan2 semua... selamat bercuti panjang hujung minggu dan juga selamat menyambut krismas buat yang meraikannnya.... kita kan Malaysian, bersama kita merayakan semua sambutan raya... ni kisah semalam, dalam proses nak pindah ni, kak rose amik peluang terminate langganan asterok yang kak rose tak tengok pun.... bayar jer tiap2 bulan, hingga pernak kena potong sbb lambat bayo pun ada... entah bila dia potong dan reconnect pun tak perasan... cuma dapat tahu bila ada charge reconnection dalam bill... ishhhh ishhhhh!

 bila baca macam2 karenah dan payang sangat nak terminate langganan ni, kak rose pun jadi phobia jugak la... masa nak pergi kat service center tu siap bawak segala decoder, remote dan dia punya kad tu, nak soh dia terminate masa tu jugak... tapi tak boleh pulak katanya... polisinya dia cuma akan terminate hingga tarikh akhir dalam bill tu dan bila masih dalam kontrek, kita kena bayar penalty hingga habis kontrek tu... tak nak serabut nanti... bayo jer la.

 dah buat bayaran, dia tak nak pulak terima segala decoder tu dan suruh hantar kat service centre yang ada stor katanya. since yang kak rose pergi ni kat plaza gurney, so dia soh anta kat service centre jalan burmah. dan kalau kita hantar sendiri piring ajaib dia tu tak perlu bawak sekali.
 settle satu perkara dah, jangan nanti ada pulak terima bill lagi... memang phobia bila baca banyak kisah yang tidak menyenangkan bila nak tamatkan langganan astro ni... kak rose harap tak de masaalah yang timbul lepas ni, semuga dipermudahkan semuanya. so semuanya kak rose tepek kat sini untuk reference dan untuk peringatan buat diri sendiri...

as a proof dah settle semuanya... dan menunggu hypp ty dengan langganan unifi dan nak cuba jugak njoy tu... tapi tertengok kah nanti tv tu.... entah la.

in progress

Asalamualaikum dan selamat hari krismas buat kawan2 semua, selamat bercuti jugak....
 
 earlier in the day, kotak dah sampai....

 
malam krismas kak rose sambut dengan stat berkemas, packing n packing....macam nak ambil alih tugas movers, kata en asben. sebenarnya memang tak nak harap sangat pada movers ni.... depa pack segala barang yang dijumpa masuk dalam satu kotak... bercampur2... sudahnya nanti kita jugak yang susah bila nak unpack. cari barang pun susah nak jumpa bila tak de label... so the best thing, mana2 yang mudah tu kita buat sendiri dan biar depa buatkan yang fragile dan barang yang besar2....tapi penat lah sudahnya... boleh tak kalau kita mintak separuh gaji dari derang ni sbb dah buatkan kerja yang sepatutnya mereka buatkan untuk kita?

Friday, December 23, 2016

Projek sedekah Cikgu Abd Ghani


Bagi yg nak menyumbang sila hantar ke alamat ABD GHANI HARON,318B KG.MASJID, 08600 TIKAM BATU, KEDAH.TEL 0124120846
 
 

Asalamualaikum dan salam jumaat buat kawan2 semua.... Alhamdulillah, tercapai juga hajat nak hantarkan pakaian terpakai ni ke rumah cikgu ni... tapi masa kak rose datang, cikgu Abdul Ghani tak de dirumah dan dapat tahu tentang projek cikgu Haron ni dari perkongsian kawan2 di facebook. terima kasih pada kawan2 yang tolong promotkan tentang kerja2 kebajikan cikgu ni... cuma kak rose tengok banyak pakaian yang dihantar dalam bungkusan dan dalam kotak... dan ini akan memerlukan masa dan tenaga untuk membuat sorting... mungkin juga penderma tidak terbaca tentang permintaan cikgu untuk hanger kan siap2 pakaian yang akan dihantar kesitu.
 
 dah gantung siap2 seperti permintaan cikgu Haron, untuk memudahkan sorting.

 baju2 pun siap berhanger.... bila sampai terus gantung jer.

 ditempat baru... semuga memberi sedikit menafaat kepada tuan baru nanti...

 begitu juga dengan baju2 ni...

selain pakaian terpakai, air bertapis juga diberikan percuma 24 jam... semuga kebajikan yang dilakukan oleh cikgu Haron ni akan mendapat keredhaan Allah dan dapat membantu yang memerlukan. Aamiin.

Thursday, December 22, 2016

Puding roti sos kastad

 memenuhi permintaan en asben yang nak makan puding roti dengan sos kastad, kak rose pun kenalah merajinkan diri membuatnya... resepinya tanya jer cik google... berderet2 keluar, pilih jer yang mana berkenan dihati... dan yang jadi pilihan kak rose sudah pasti yang mudah dan cepat nak menyediakannya... dan sos nya pun dengan resepi yang paling mudah... jom cekitoud resepinya...



Bahan-bahan untuk puding roti:

8 keping roti
2 cawan susu segar
4 sudu besar gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar mentega (cairkan)
1 kotak kecil kismis
  


1. Masukkan susu segar, gula halus, telur, dan esen vanilla dalam satu bekas. Kacau sebati,  guna mixer, senang nak sebatikan semua.. lepas tu jangan syok plak sampai kembang setaman adunan tu.. Cukup lah sekadar telur tu dah pecah elok pastu boleh mesra dengan yang lain.. 
2. Carikkan roti dalam 4 bahagian, dan masukkan dalam bekas adunan, biar terendam dan meresap sekejap.. Masukkan marjerin yang dah dicairkan serta separuh kismis kedalam bekas tadi dan gaul sedikit..
3. Sapukan sedikit marjerin dalam loyang untuk membakar.. Tuangkan roti yang telah direndam tadi dalam loyang pembakar.. Taburkan baki kismis atas adunan.. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit.. Kalau risau hangit, pepandai adjust.. mulakan dengan beberapa minit dahulu, lepas tu kalau tak masak lagi, masukkan semula tambah minit..
 





Bahan untuk sos kastad: 

1 Tin Susu Cair
2 Sudu Besar Tepung Kastard
2 Sudu Besar Gula

Masukkan susu, lepas tu tepung dan akhir sekali baru gula. Gaul atau kacau dengan api yang sangat pelan dan tanpa henti. Bila bahan2 tu dah sebati atau kelihatan sedikit pekat, boleh tutup api. Masa dah tutup tu angkat dari dapur.... biarkan sejuk dan boleh lah dihidang bersama puding roti tadi.

Wednesday, December 21, 2016

Semuanya ada dalam ni.

mine n yours.F1plus n 6s... almost a year old!

Tuesday, December 20, 2016

Udang goreng kunyit

 lauk yang cuma tinggal gambar jer ni... udang goreng kunyit ni kak rose masak sebelum balik kampung mengejut bila dapat berita emak sakit. nak makan pun rasa macam tak sempat dah... terus pack segala kain baju, nasi dan lauk yang dah siap masak ni.... dan cuma dapat menikmatinya setelah travel sejauh almost 600km di hentian yong peng... jauh lauk udang goreng kunyit ni berjalan kan... masa berhenti kat rnr dengkil untuk maghrib pun masih tak terasa nak makan... cuma ingat dalam kepala nak cepat sampai jer... begitulah kalau dah duduk berjauhan dengan emak ayah kan....

resepi simple udang goreng kunyit..

Bahan-Bahan
 Udang secukupnya
1 biji cili merah dan hijau*
1 biji bawang holland
sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
 
Cara-Cara
1. Perapkan udang bersama serbuk kunyit dan garam. goreng sekejap dan toskan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang dan cili merah hingga layu.
3. Masukkan udang tadi. perasakan garamnya
4. Gaul rata dan angkat.
5. Sedia dihidangkan.

Monday, December 19, 2016

Balik ke sarang...

 Alhamdulillah, setelah dua minggu kat sepital, mak pun dah beransur pulih dan dibenarkan balik dan kak rose temankan mak jugak dikampung selama 2 hari lagi... pas tu kenalah balik semula kesarang kak rose di penang. walaupun in the midst of kemas barang2 sebab transfer, tapi bila dengar mak sakit terus lah tinggal semua dan balik kampung. actually tak sampai kampung pun, terus jer ke hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di Kluang sbb masa tu adik dah bawak mak ke situ dan terus admit... kak rose pun terus berkampung di sepital lah jawapnya.

dan pagi semalam.... awal pagi kak rose dah keluar rumah ke epot walaupun flight at 8.20, by 7am kak rose dah sampai, takut pulak jadi macam yang ni, meraung tetinggal ketapi!  walaupun dah buat online check in, tapi luggage pun nak kena check in jugak... tak ku tahu kalau nak kena print luggage tag tu kat mesin selepas scan...bila dah berbaris dan sampai kaunter nak checkin luggage tu dia reject sbb tak amik tag.... adoiiiilaaaa...  kena la kuor lagi sekali dan pas tu baru lah boleh self check in luggage tu... semua nya nak simplified sekarang, thanks to the machine, tapi orang kampung cam kak rose ni kesian kan? huhuhu...

ready for boarding... Senai International Airport, hujan renyai2 awal pagi ni tapi sepanjang perjalanan cuaca elok jer.... dan bila sampai penang cuaca sangatlah panas hingga pokok pudina kesayangan pun hampir pupus..kurang kasih sayang! walaupun terasa hari dan fikiran masih bersama emak, tapi kena jugak uruskan perpindahan kami ini....

Alhamdulillah selamat sampai kerumah dan terima kasih pada en asben yang kak rose tinggalkan dan izinkan untuk bersama emak yang sangat memerlukan buat masa2 macam ni... soon akan ucap selamat tinggal pada rumah yang kami duduki selama dua tahun di penang. it's time for kemas2 sebelum orang2 movers akan masuk packing dan ready for pindah. Mohon padaMu ya Allah, semuga dipermudahkan urusan perpindahan kami ini. Aamiin.

Monday, December 12, 2016

Salam dari HEBHK, Kluang

 

 

10 hari dan mak masih disini. Wad Bunga Raya, Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang Johor. Recovering dari asthma.... doakan semuga mak cepat sihat seperti selalu. Dan doctor kata esok boleh discharge. Insya Allah.