walaupun resepi yang mudah tapi renyah nak buatnya sebab acuan yang kecik cenonet ni...
Tapi Alhamdulillah siap jugak sudahnya... dan ini yang belum bermekup dengan kelapa. makan macam ni je pun dah sedap lah pada tukang buat ni..Lanai Kijang
Saturday, January 17, 2026
Sunday, October 19, 2025
Pulut serunding
Cara membuatnya :-)
- Panaskan kukus, sediakan loyang berukuran 9 inci. Letak pulut dalam loyang, satukan minyak masak, garam dan santan, kacau rata kemudian tuang ke dalam loyang berisi pulut, ratakan. Letak daun pandan dan kukus selama 20 minit dengan api besar, kemudian kareh (gemburkan) dan sambung kukus lagi 10 minit atau hingga pulut betul2 masak. Ketepikan
1 biji kelapa kulit basah, parut putih*
1/3 camca teh serbuk kunyit*(*digaul rata)
3 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
2 camca besar cili kisar (atau lebih jika nak pedas)
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci lengkuas*
3 batang serai, hiris halus*
1 camca besar penuh ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
4 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa
Cara:
- Kelapa parut yang telah digaul dengan kunyit tadi disangai dalam kuali selama 2-3 minit, angkat dan ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan udang kering, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana. Masukkan garam secukup rasa gula (selalunya serunding agak manis sedikit) dan daun limau purut, kacau rata dan biar masak sekejap.
- Masukkan kelapa tadi dan gaul rata, masak dengan api kecil sambil dikacau hingga serunding tadi kering dan ringan, tapi masih lembap. Angkat dan sejukkan
Saturday, October 18, 2025
Kuih puteri ayu
- 3 cawan tepung gandum
- 4 biji telur (gred B)
- 1 ½ cawan gula halus
- 1 ½ cawan santan (1 kotak santan kara + ½ cawan air)
- 1 sudu besar ovallete
- 1 sk baking powder
- 1 sk perisa pandan
- 2 sk pewarna hijau
Info: Kuantiti 1 kotak santan kara sama dengan 1 cawan air. Jika tak cukup 1 cawan, boleh tambah air.
Bahan-bahan B:
- 1 biji kelapa (warna putih sahaja)
- 1 sk garam
- 1 sudu besar tepung ubi
Cara-cara:
1. Mula-mula satukan telur, ovallete, perisa pandan, gula halus dan pewarna hijau. Pukul kesemuanya menggunakan mixer sehingga sebati.
2. Pastikan adunan cair.
3. Kemudian masukkan pula baking powder dan tepung yang telah diayak. Pukul lagi sampai sebati.
4. Adunan ini memang likat. Bila pukul sebati, terus matikan mixer.
5. Masukkan pula santan dan pukul sebati.
6. Pastikan adunan licin dan tidak terlampau pekat.
7. Kaup dan letakkan dalam pipping bag
8. Untuk bahagian kelapa, masukkan garam dan tepung ubi. Kacau sebati
9. Kalau tak cukup masin, boleh tambah garam.
10. Sapu acuan dengan minyak. Letakkan kelapa dalam 3/4 sudu besar. Boleh kurangkan mengikut citarasa
11. Ambil acuan kosong dan tekan kelapa tadi supaya menjadi padat. Tekan juga menggunakan jari supaya kelapa lebih padat.
12. Hasilnya apabila sudah siap ditekan dengan acuan dan jari.
14. Kukus selama 10 minit.
15. Apabila kuih sudah masak dan naik gebu, keluarkan dari pengukus dan biarkan suam sebelum keluarkan dari acuan
sedap dinikmati bersama teh o pada petang2 cenggini...
Sunday, February 9, 2025
Apam keledek kuning
Asalamualaikum dan jumpa lagi kat dapo kak rose ni ya...
Lamaaaaaa sangat tak buat apam ni... ni pun sebab ramai2 ada kat kampung so dapat lah buat dan ada tukang makannya. kak rose masih berulang duduk di kl dan juga dikampung.. sayang kan rumah dah lama siap tapi tak dapat duduk sepenuhnya lagi... dan sayang jugak lah rumah yang kat sini nak tinggalkan... so masih berulang, gitu keadaan buat masa ini... Insya Allah satu masa nanti akan dapat duduk kat kampungbuat apam yang enak lemak manis ni bertambah lah sedapnya bila makan ramai2 adik beradik masa kenduri kat kampung minggu lepas. dulu pernak buat kat sini, so kak rose cnp jer lah resepinya kalau ada yang nak mencuba. pasti tak rugi lah, memang sedap tau. walaupun tak de kelapa, dah cukup rasa dah apam ni. tapi kalau nak makan dengan kelapa parut pun lagiiiii lah sedapnya.
3/4 cwn gula pasir*
200 ml air*
1 helai daun pandan*(* masak sehingga gula hancur dan sejukkan)
2 cwn tepung beras (kak rose guna tepung gandum sepenuhnya)
1 cwn keledek rebus
250 ml santan
1 cwn tpng gandum
sedikit garam
1 sudu kecil yeast
1 sudu kecil b.powder
pewarna kuning* optional
Cara-Cara.
1. Keledek rebus di blend bersama dngn santan(biarkan sebentar)
2. Masak gula bersama air dan daun pandan....sejukkan.
3. Dlm mangkuk lain, satukan tepung gandum,yeast, b.powder dan garam.
4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati.
5. Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
6. Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
8. Apam ini boleh di makan bersama dngn kelapa parut.
Monday, July 22, 2024
Kuih bakar pandan
KUIH BAKAR
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan jus pandan (kisar 4 helai daun pandan bersama 1 cwn air dan tapiskan)
2 cawan santan
2 sudu besar minyak sapi (cairkan) (kak rose gantikan dengan majerin)
2 biji telur (pukul ringan)
1/2 sudu teh garam
Pewarna hijau
Bijan
Cara-Cara
Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
Griskan acuan dengan mentega atau minyak. Panaskan atas dapur gas hingga minyak berdesir.
Bila minyak telah panas, tuangkan adunan tadi. Taburkan bijan.
Biarkan seketika hingga bahagian tepinya masak.
Kemudian masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 180C selama 1 jam atau sampai garing.
Monday, July 1, 2024
Kaswi pandan gedik
Selamat datang Julai 2024....
Bahan-bahan:
- 1 cawan air pandan
- 1 cawan santan cair
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung ubi kayu
- 1 cawan gula
- 1 sudu besar air kapur
- Sedikit garam
- Sedikit pewarna hijau
Cara penyediaan:
1. Satukan semua bahan di atas. Kemudian, sapukan acuan dengan sedikit minyak.
2. Isi adunan sehingga penuh acuan dan kukus selama 15 minit.
3. Bila dah masak, biarkan kuih sehingga sejuk sebelum keluarkan daripada acuan.
4. Kukus kelapa parut untuk tahan lama dan tak mudah basi.
Sukatan di atas boleh dapat lebih kurang 24 biji kuih.
##resepi ni kak rose doublekan, buat untuk bawak potluck gader2 kat rumah kakak..
Wednesday, November 1, 2023
Kuih lapis acuan viral
Bahan-bahan
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan santan kotak kecil
3 cawan air masak
1 cawan gula
1 sudu teh garam
campurkan semua bahan dan bahagi kepada 2 bahagian
1 letak pewarna merah 1 biarkan putih
masukkan satu sudu kecik berselang setiap warna
kukus selapis² selama 4 minit
lapisan terakhir kukus selama 10 minit
biarkan sejuk baru keluarkan dari acuan.
Friday, September 29, 2023
Kaswi pandan gedik
Bahan-bahan:
- 1 cawan air pandan
- 1 cawan santan cair
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung ubi kayu
- 1 cawan gula
- 1 sudu besar air kapur
- Sedikit garam
- Sedikit pewarna hijau
Cara penyediaan:
1. Satukan semua bahan di atas. Kemudian, sapukan acuan dengan sedikit minyak.
2. Isi adunan sehingga penuh acuan dan kukus selama 15 minit.
3. Bila dah masak, biarkan kuih sehingga sejuk sebelum keluarkan daripada acuan.
4. Kukus kelapa parut untuk tahan lama dan tak mudah basi.
Sukatan di atas boleh dapat lebih kurang 24 biji kuih.
Tuesday, September 19, 2023
Nagasari cantik
Bahan2:
2 pisang tanduk ukuran kecil (potong kecik2)
200gr tepung beras
100gr tepung tapioka
150gr gula pasir
1/2 sdt garam
1/2 sdt vanili
800ml santan (satu santan kotak 200ml+air)
1/2 sdt pemutih makanan
Satukan semua bahan kering dan masukkan santan sikit2
Kacau rata dan masukkan baki santan
Masukkan pemutih makanan (kalau ada lah)
Kacau rata
Sapu minyak pada acuan
Masukkan pisang dalam acuan berselang kelopak
Tuang sedikit adunan dalam acuan agar pisang tidak timbul (naik keatas)
Panaskan kukusan, masukkan acuan tadi dan kukus 10-+ minit
Tuang selebih adunan sampai penuh acuan
Kukus 15-+ minit lagi
Angkat biar sejuk dan boleh dikeluarkan dari acuan
boleh tengok videonya kat sini...https://www.instagram.com/p/Cvlqqs2ACQB/
Saturday, September 16, 2023
Kuih sagu biji
Bahan- bahan: 2 1/2 cawan air (kak rose letak 3 cawan air)
Kemudian bila dah nampak pekat sikit, baru dimasukkan gula pasir. Kacau sehingga pekat.
Bila dah likat sikit, masukkan ke dalam loyang untuk dikukus. Kukus sehingga sagu kembang dan tiada lagi putih putih (dalam anggaran 20 - 30 minit).
Sejukkan sagu di luar. Bila kuih masih lembap, potong ikut citarasa and gaulkan bersama sama kelapa putih. Siap untuk dihidangkan.
Friday, September 15, 2023
Apam gula merah
Asalamualaikum dan jumpa lagi kat rumah kak rose yang telah lama terbiar ini....
meh kak rose kongsikan resepinya.. terima kasih pada yang share pada awalnya..
APAM GULA MELAKA
* 1 cwn air
* 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus ~ kak rose guna brown sugar
* sehelai daun pandan
2 cwn tepung
1 sk dry yeast
3/4 cwn air
3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana )
secubit garam
Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garamacuan yang sedikit besar untuk apa gula merah ni, untuk minum petang kami..
sejak ada acuan swirl yang selalu oarng guna untuk buat kaswi gedik tu, kak rose pun nak jugcuba untuk apam ni.. cantik lah jugak jadinya. tu yang buat berulang guna acuan ni.. hehe.. naik lift tekan butang sendiri lah!
Thursday, July 6, 2023
Kaswi gula merah gedik
Bahan air gula:
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
sedikit garam
1 helai daun pandan
Bahan lain:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
3 cawan air biasa
1 sudu besar air kapur
1 mangkuk putih kelapa + sedikit garam dan kukus sekejap | untuk urap dengan kuih
- Campur gula merah, gula putih, air, secubit garam dan daun pandan dalam periuk dan renehkan hingga gula larut.
- Tapiskan dan jadikan 2 cawan air gula, ketepikan dan biarkan sejuk.
- Masukkan air gula bersama tepung gandum, ubi, air dan air kapur dalam blender. Kisar hingga halus.
- Sapukan acuan dengan sedikit minyak, kemudian tuangkan adunan tadi.
- Kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan hingga masak lebih kurang 15 minit.
- Setelah masak, tutup api dan biarkan kuih dalam pengukus hingga hilang wap baru keluarkan.
- Setelah sejuk boleh keluarkan dari acuan dan hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam dan dikukus sekejap.
- Sedia dihidangkan.
Monday, June 26, 2023
Kuih seri muka
- 1 1/2 cawan pulut
- 1 1/2 cawan santan cair (saya letak 1 cwn je..bergantung pada jenis pulut)
- sedikit garam
- Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
- Lapikkan plastik dalam loyang bulat 10 inci.
- Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak...dlm 30 minit.
- Setelah masak, angkat dan tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
- **Sapu plastik dngn sedikit minyak, ratakan dan tekan2 pulut supaya mampat.
- Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar tepung beras
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1 cawan gula
- 4 1/2 cawan santan sederhana pekat
- 1 sudu kecil garam
- sedikit pewarna hijau dan perisa pandan
- Cara-cara
- Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
- Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
- Kukuskan lebih kurang 30 minit.
- Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.
Thursday, June 22, 2023
Kaswi pandan gedik
terjebak gak... Alhamdulillah menjadi dan sedap!
Bahan-bahan:
- 1 cawan air pandan
- 1 cawan santan cair
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung ubi kayu
- 1 cawan gula
- 1 sudu besar air kapur
- Sedikit garam
- Sedikit pewarna hijau
Cara penyediaan:
1. Satukan semua bahan di atas. Kemudian, sapukan acuan dengan sedikit minyak.
2. Isi adunan sehingga penuh acuan dan kukus selama 15 minit.
3. Bila dah masak, biarkan kuih sehingga sejuk sebelum keluarkan daripada acuan.
4. Kukus kelapa parut untuk tahan lama dan tak mudah basi.
Sukatan di atas boleh dapat lebih kurang 24 biji kuih.
Tuesday, June 20, 2023
Kuih hari Jumaat
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
2 biji telur
3 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
- Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
- Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
- Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru.
Saturday, April 15, 2023
Murtabak kulit popia
- 100 g daging cincang
- 2 biji ubi kentang
- 1 sudu setengah rempah kari
- 1/2 biji bawang besar
- 1 ulas bawang putih
- daun sup (kak rose guna batang celery)
- minyak
- 1 sudu kecil garam
- kulit popia
- 2 biji telur (kak rose guna 4 biji telo)
Cara-cara
- mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
- apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan ayam cincang.
- apabila ayam masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
- pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
- ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
- goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak








































