Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, February 13, 2012

Apam keledek

gebus n lembut, sedap dimakan with or without kelapa.

masa ternampak Izah dok tayang apam labu ni punyalah teringin nak makan.... so gagahla g beli keledek kuning ni..... tp biasalah kan, bila bahan dah ada kemalasan pun melanda dan terbiarlah keledek tergolek2 dalam fridge. nasib baik je x buruk lagi dan hari ni barulah sampai seru nak buat apam ni.... dan rasanya dah lama jugak x mengapam kan.... dengan kejadian apam yang sangat lembut ni maka hati pun manyak suka dan makan pun bagai x hengat dah! satu adunan ni mmg dapat banyak... dengan acuan yang kak rose guna ni boleh dapat 32 biji.....

apam keledek dengan kuning yg ori dari keledek tu..... no additional color!

Izah, kak rose mintak izin nak cnp dan tepek kat sini ya... tq, sedap sangat nnti len kali leh wat lagi....

APAM KELEDEK
sumber: kak Yatie, Izah

Bahan-bahan.


3/4 cwn gula pasir*
200 ml air*
1 helai daun pandan*(* masak sehingga gula hancur dan sejukkan)

2 cwn tepung beras
1 cwn keledek rebus (saya guna keledek oren, jadi takyah letak pewarna)
250 ml santan
1 cwn tpng gandum
sedikit garam
1 sudu kecil yeast
1 sudu kecil b.powder
pewarna oren* optional (kak rose x letak, warna asal keledek pun dah ok)

Cara-Cara.

1. Keledek rebus di blend bersama dngn santan(biarkan sebentar)
2. Masak gula bersama air dan daun pandan....sejukkan.
3. Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, b.powder dan garam.
4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati.
5. Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
6. Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
8. Apam ini boleh di makan bersama dngn kelapa parut.

sebelum dan selepas kukus.... satu adunan ni boleh dapat 32 biji dengan acuan ni. separuh dah zasssss kerumah jiran. mekasih pada Yatie n Izah yg. sharekan resepi ni. jiran kak rose pun kata sedap, siap mintak resepi lagi.

7 comments:

Chah said...

kak, memang terguda kalu perkara-perkara yg berkaitan dgn keledek n labu...terbaekkk ni kak!

Ayu Safieza @ Humaira' said...

Kak Rose dear....assalamualaykumwbh...mak owang demam dtg nak ngendeng apam keledek ar....cedap dap dap ar!!

Kak Rose said...

Chah, apa lagi. silakan lah membuatnya ya..

Kak Rose said...

Ayu, jangan ikut demam sama sudahlah ya... meh makan apam keledek ni.

HomeKreation said...

Aslmkm KakRose cayang. Lama tak skodeng dgn KakRose, sihat ke? Waduh2, syok tengok apam ni!

Puteri Salju said...

nmpk menarik.. bleh cuba ni..

izahdaut said...

cantiknya n comelnya..
saya suke betul dengan apam keledek ni. wangi lembut je.kalau baru angkat tu sedap je lekit2 kan. pastu lembutnya tahn lama