Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, February 21, 2012

Tauhu singapura

bila rasa nak makan tauhu, menu ni yang sllu terbayang dikepala.... sebab sedap dan sangat kena dengan tekak.... so buat berkali2 pun x jemu. mula tu nak buat tauhu sumbat tp x berapa rajin nak membuat sosnya.... resepi CMG ni lah jadi penyelamat untuk lunch hari ni. konon x nak amik nasi tapi kalau makan tauhu ni sampai dua keping ape ke halnya kan....... apa pun mekasih ya Mat, sekali lagi kak rose sharekan resepi sedap ni kat sini...

BAHAN KUAH KACANG :-)
150 gram kacang tanah
2 biji cili merah*
4 biji cili padi* (kak rose buh 2 biji je... pun dah podeh sampai berasap tinger!)
4 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*kisar halus, gunakan air masak) (kak rose x letak ni sbb x makan!, tp ttp sedap!)
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1/2 camca besar kicap pekat


BAHAN-BAHAN LAIN :-)
4 keping tauhu, digoreng dan potong dadu
1/2 biji timun, diracik halus
1 biji sengkuang saiz kecik, diracik halus (x de stok la pulok!)
2 genggam taugeh, celur sekejap dan toskan
Hirisan halus cili padi merah (optional)
kak rose tambah carrot yg dipotong halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH KACANG :- Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, sejukkan, buang lapisan nipis pada kacang tanah tadi dan kisar. Masukkan ke dalam bekas, tambah bahan kisar halus, jus asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya (selalu kuah kacang sedikit manis), jika pekat tambah sedikit air, kacau rata. Ketepikan sebentar.
  2. UNTUK TAUHU SINGAPURA :- Susun tauhu goreng yang telah didadu dalam pinggan. Letak hirisan sengkuang, taugeh dan timun atasnya, curah kuah kacang dan tabur hirisan cili padi. Hidangkan segera....hmmmm...sedap ok....i likeee!!..

7 comments:

Cendana Kasih said...

makan tauhu banyak takpe kak, sbb tauhu kan protein...saya pun suka makan tauhu...lebih2 lagi tauhu singapore mcm ni...dan bila dah malas, belasah jer ngan kuah pecal..haha

anymz said...

salam kak rose,ni lauk fav saya dan en somi ni kak..
nak sepinggan..hehe

tun_telani said...

tun suka makan tauhu!! lagi2 ada kuah ala2 rojak cam gini.

ummiaisyah said...

saya suka ratah takua!

kakna said...

kakna suka makan tauhu.
buat sambal pun tak pa.bertambah sedap kalau guna resepi ni.

Uncle Lee said...

Hi Kak Rose, I suka ni tauhu Singapore. Looks very delicious.
Dapat makan ni plus your famous sambal belachan, tiga pinggan nasi lichin.

Waa, ada bawang puteh, bawang merah.....and belachan too.
Betula sedap wangi ni.

Boleh saya copy this picture, the first one....bila I post about beautiful women who can cook, I will display it, mentioned you made it.
Boleh kan?
Okay, outang you teh tarek lambong tiggi.
Have a nice day, Kak Rose, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.
ps, bila nak buat tauhu Toronto? Ha ha.

Ibu Darwisy said...

kak rose, cann esayur tu boleh jadi halus² panjang gitu? hehehe