Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, February 15, 2012

Bubur pulut hitam durian

selamat petang pada semua kak rose ucapkan.... dan kak rose masih x leh nak bukak komen dibawah every entry tu.... dan adakan sbb kak rose banyak dosa menyebabkan part komen tu tak boleh buka? terima kasih pada Papa-Ntiq yg menyedarkan kak rose ttg dosa tu.... tp yg muskil sangat tu bukan ke dosa pahala tu Yang Maha Esa yang menentukan? ke blogger jugak sebagai penentu? entahlah..... yg pasti sampai sekarang kak rose masih x dapat nak mengatasinya.!

nak buat entry pasal bubur pulut hitam ni, tp dah melalut melayan rambling pd diri sendiri yg sangat buta it ni.... harap2 nnti akan ada jalan penyelesaiannya..... resepi bubur pulut hitam ni kak rose cnp dari rumah CMG, memula tu nak buat pulut hitam saja tp bila mengenangkan ada durian yg x de sapa nak makan so jadilah bubur pulut hitam durian ni.... buat 2 cawan pulut ni punyalah banyak jadinya, jadi apa lagi rezeki jiran2 kak rose le merasa..... x kan terabes kalau kami 3 beranak je nak makan! meh tengok resepinya dan terima kasih ya Mat. izinkan kak rose nak tepek kat sini lak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan pulut hitam, rendam 3-4 jam
1 3/4 cawan gula (ikut manis masing2 yea)
1 helai daun pandan, disimpul
10 ulas durian
1 biji kelapa, parut putih
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus pulut hitam tadi hingga kembang atau guna periuk tekanan, selalunya ambil masa dalam 20 - 25 minit saja. Alihkan ke dalam periuk lain. Ketepikan.
  2. Tuang 200 ml air masak dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk pati santan. Ketepikan. Kemdian tuang lagi 700 ml air, ramas dan perah untuk santan cair.
  3. Masukkan gula ke dalam pulut hitam tadi, biar mendidih, masukkan daun pandan, secubit garam, durian dan santan cair, kacau rata dan biar mendidih. Jika pekat boleh tambah sedikit lagi air.
  4. Senduk bubur pulut hitam dalam mangkuk sesuai. Pati santan tadi dicampur dengan sedikit garam, kacau rata. Sudukan sedikit santan pekat ke dalam bubur pulut hitam sebelum dihidangkan...

6 comments:

mokwo® said...

salam kak rose..line kak rose ok ker??..kalau line slow , ada kemungkinan susah jugak nak keluarkan kotak komen tuh...harap2 segalanya akan pulih seperti biasa

Kengkawan said...

salam kak.
presentation memang A la kak..
terliur plak saya

cik cek said...

Wah...bubur pulut hitam durian..tak penah makan lagi...memang jakun tul cek ni kan...leh gak mencuba nanti....nampak menggoda bubur pulut hitam kak rose...

Kak Rose said...

Sakam mokwo... hah baru boleh bukak dengan tunjuk ajar dari Sunah Sakura... line mmg ok ... guna Unifi!

Kak Rose said...

kengkawan, boleh la buat nnti ya!

Kak Rose said...

cik cek, daripada durian tu terbiar jer, tu yg masuk jugak dalam bubur ni.... sedap, lemak manis gitu!