Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, February 23, 2012

Cucur nasi + nugget

cucur nasi ni kak rose buat petang semalam... semasa bw ternampak cucr nasi yg sedap ni kat rumah Linapg, mula la terasa nak makan la pulak! kebetulan ada pulak lebihan nasi yg seciput tu, teruslah kak rose mengodeknya.... buat minum petang terus ke malam. mmg sedap cucur ni. rangup diluar dan sangat lembut didalam. makan dengan cili sos mmg heaven. dah berkali2 buat tp nak gak tepek kat sini dengan resepinya sekali ya.. resepi asal cucur nasi jejari ketam dari Yatie. kali ni kak rose buat dengan nugget ayam, pernah jugak buat dengan tempura. mekasih ya.

Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 biji bwg putih
  • 1 sudu besar udng kering-rendam dan toskan (kak rose skip yg ni - allergic!)
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 8 btng crabsticks-atau lebih, di potong kecil2 ( kak rose gantikan ngan nugget didadu)
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali udng kering, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati. Masukkan sekali potongan nugget dan gaul hingga sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk menjemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah.

7 comments:

Qasey Honey said...

hmmm mcm sedap la...xpenah lagi cuba buat cucur guna nasi dan nuget ni...
bleh la cuba juga nti...

Tina Othman said...

oh menariknya, nanti boleh lah cuba

Liza said...

salam kak rose....segala cucur mmg peberet Liza ni...dtg bawak piring besau ni....hihihihi

HALAMANKU said...

Kak Rose sedapnyer x yah cicospun dah sedap ni.. bawa piring kosong nak join he he he

tun_telani said...

agak2 kalau adik tun dia korek2 nugget kt dalam tu. hihi...

Yatie said...

uwaaaa mmng bertambah2 sedap letak nugget ayam tu kak rose...wat minum petang mmng kenyang sampai ke malam kan...

Naz / Nadz COSK said...

Wah bestnya kak Rose.. Utk minum petang atau bf pun boleh ni.. Macam2 isi dlm cucur ni.. Sedap betul.. makan pun kenyang.