Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, October 15, 2011

Cucur nasi tempura

salam dan selamat pagi semua.... dah sarapan ke? pagi ni kak rose buat cucur nasi tempura.... ilham dari dapur Yatie dengan cucur nasi jejari ketam tp sbb kak rose nyer dah abes buat megi goreng ari tu, so apa yg ada dalam fridge je la kan.... ada juga bebola ketam dan ayam, tp kak rose nak cuba dengan tempura ni dulu.... maaf la ya Yatie, kak rose ni memandai menderhakakan resepi, tp bak kata CMG resepi tu sebagai panduan dan kita sendiri kena lah keratif ikut bahan yg ada dan sedap ditekak tukang masak yg x pandai ni.... (ayat mintak maaf sbb dah menderhakan resepi... he he he) so inilah jadinya... cucur nasi tempura. Yatie, kak rose kopi resepi tu kat sini ya.... mekasih.

Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 biji bwg putih
  • 1 sudu besar udng kering-rendam dan toskan
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 8 btng crabsticks-atau lebih, di potong kecil2 ( kak rose gantikan ngan tempura didadu)
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali udng kering, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati. Masukkan sekali potongan tempura dan gaul hingga sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah.
= Boleh juga gunakan sudu utk mengoreng cucur ni...sudu hendaklah di celupkan sebentar kedlm minyak panas tadi dan jemputlah adunan cucur tadi kedlm minyak gorengan....dan buatlah sehingga habis...

sedap dimakan panas2, cicah ngan cili sos+mayo dan semug nescafe.... berbaloi ke briskwalk kak rose selama sejam pagi ni????

6 comments:

Qhaifa Nur said...

campur nasi memang lain sangat ni...
ni mesti kenyang sampai ke malam..
bestlah..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam kak ros,cucur nasi memang sedapkan?? masuk apa pun sedap.Ros dah buat 2 kali.

azieazah said...

Saya tak pernah lagi rasa cucur yang guna nasik ni. Selalu guna tepung campur kentang dan fish cake. Yang lain2 tu biasa la kan?

Amboiii comey bulat bulat. Sebiji sekali masuk mulut. Ngap!

Naz / Nadz COSK said...

Cucur mmg sedap.. Yg ni Ada crab stik..lg sedap..nyumm

kasihredha said...

sedap ni kak...menarik
cantik je akak buat...bulat2
kalau saya buat biasanya macam2 bentuk ada
kadang2 mcm kucing pun ada...hihi

Uncle Lee said...

Hello Kak Rose, your this nasi tempura looks really delicious. I have never seen nor eaten this before.
But looking at it, 5 pieces will do me fine, ha ha.
I can just imagine the lovely scent of this nasi tempura.
Have fun and keep a song in your heart.
Lee.