Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, October 7, 2011

Puding jagung

salam semua..... buat puding jagung ni untuk makan2 menyejukkan tekak dikala cuaca yg panas membahang ni... mmg sedap makan sejuk2.... lemak manis berkerim.... mmg sungguh kak rose menternak lemak selepas bulan puasa dan raya ni. entah bila nak mulakan rutin briskwalk pepagi tu....mula tu kata nak abeskan ganti puasa dulu, pas tu bila hujan pagi so adala alasan baru pulak... dan sekarang ni entah apa lak alasan nak bagi pd diri sendiri.... sangat liat nak mulakan....petang ni pulak nak g jenguk anak bujang tu, pas tu terus ke balik kg... alasan nak bermalas2 lagi kan.... kena kuat semangat, harap2 pas ni lajula langkah nak jalan tu... Insyaallah. bila la nak dapat gantikan step-o-meter yg haywire tu....

ishhhh... ishhh panjangnya merapu meraban, nak citer pasal puding jagung jer tp dah jauh lak lencongnya... k resepinya kak rose amik dari Myr oleh F&N, rasanya dah banyak kali kak rose buat guna resepi ni, tp x pe kak rose tepek kat sini sekali lg... mekasih ya F&N..

dapat 4 bekas acuan comel ni....
pssstt... acuan recycle punya, bekas puding mangga. jimatkan!

Bahan-bahan ( sefamily )

  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan jagung manis (kak rose tambah 2 tsb)
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan susu cair (kak rose guna santan pekat ----> lemaknya!)

Cara-cara

  1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
  2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.

5 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam kak rose...

nampak pun dah tau mesti sodapp! terliur pulak tgk... stok jagung tin baru je abis buat apam jagung aritu...

Kak Rose said...

Madiha, kak rose ni pun belen buat apam balik ari tu...sedap n makan ulang2....

"CT CoMeL" said...

sedapnyer kak.....

Chah said...

Terbayang kegedikkan pudding ni...lemak manis gitu...

azieazah said...

Oh my paberet... Sampai hati Kak Rose goda saya. Tak baekkkk tauuuu..!