Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, October 25, 2011

Angel hair goreng tomyam

salam tengahari semua... tentu dah abes lunch kan.... kak rose ni cnp resepi CMG yg menjejehkan air liur tu... dengan dia punya presentation yg vogue... kalau sapa terpandang pasti nak rasa kan... so meh kita buat sendiri barulah boleh rasa.... tp ari ni terlambat sikit masak sbb bila tengah browsing tetiba gedebommmmm! kilat sekuatnya.... teruslah kak rose off kan modem, x sempat nak kopi resepi ni hinggalah hujan berenti barulah berani nak on kan semula.... semalam dah baca tp x berani lah nak belasah gitu jer, kang x sedap kan dah rugi sbb x ingat exact bahan... so kena sabar tunggu hingga boleh bukak DTS semula.... mekasih ya Mat, kak rose kopikan kat sini pulak ya..

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram spaghetti angel hari, rebus hingga lembut, gaul dengan minyak zaitun
1 gengga, udang kecik, cuci dan toskan
1 1/2 camca besar pes tomyam (kak rose guna 1 kiub maggi tomyam)
1 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih cincang halus
1 biji tomato, cincang halus (kak rose guna 6 biji cherry tomato)
2 helai daun limau purut
8 biji cili padi, cincang halus
Sos ikan secukup rasa
Sedikit gula
Hirisan daun bawang untuk hiasan ( x de, gantikan dengan daun sup)
Hirisan cili padi untuk hiasan
Belahan limau kasturi untuk hiasan
Minyak zaitun untuk menumis

close-up sket.....

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih, bawang merah dan tomato hingga layu dan tomato lembut. Masukkan cili padi cincang dan pes tomyam, kacau rata dan masak hingga rempah garing.
  2. Masukkan udang dan sedikit air. Bila udang berubah warna, masukkan spaghetti, gaul rata dan tambah sos ikan secukup rasa dan secubit gula. Gaul hingga mesra. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidang dengan menabur hirisan daun bawang dan cili padi. Perah jus limau kasturi sebelum dimakan, jika suka....

14 comments:

Wanieyra said...

Sedapnya.....

cik cek said...

Kak Rose....Teh Dangdut siap dah ni...cumaaa...sesuai tak makan ngan angel hair goreng tomyam ni....sesuai kot....:D

Kak Rose said...

Eira, sedap sesekali tukar selera... harum bau daun limau purut.

Kak Rose said...

cik cek, nak kena blaja jugak buat teh dangdut tu... agak2 berjaya x keras tangan kak rose ni...

tun_telani said...

kak rose.. nmpk sedap sgt!

Yat Maria said...

Kak Rose..

kita nak pi beli bahan2 dia..teringin dari pat dapur Cik mat kemarin :)

suri solehah said...

kak rose dah cakap..kalau datang sini semua terliur huhu...nak juga angle hair goreng gitu..brokoli bawang puteh pun teringin gak...nak buat camne ni?

Kak Rose said...

tun, jom masak n makan2...

Kak Rose said...

Yat, kak rose pun terguda oleh tayangan amal CMG semalam tu la... ok la hari ni dah dapat merasa.

Kak Rose said...

Suri, ala ciannya... kalau dekat leh kita makan sama2 kan...

Nieza said...

wahh sedapnya tgk menu kak rose ni, nanti nak cuba jugalah resepi CMG ni..:)

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum kak Rose..
Emmm sedapnya.. Menyelerakan sungguh tgk pic akak tu. Kalau dapat sepinggan lagi best..hehehe..

Kak Rose said...

Nieza, resepi CMG ni mmg best.... tambah brokoli dalam tu---> best!

Kak Rose said...

Waalaikumsalam Naz, alamak dah tinggal bekas je...