Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, October 5, 2011

Gulai udang dengan peria

selamat tengahari semua..... dah lunch ker? hari hujan ni perut lapo saja, kebetulan pepagi bukak pc nampak ros tayang gulai udang ni, tp kak rose x de la petai bagai...(x makan sebenarnya) so kak rose gantikan dengan peria. rendam dalam air garam jap nak ilangkan pahit tu dan masuk dalam gulai udang tu.... jadila gulai udang dengan peria.... ros, kak rose dah tuka nama gulai udang tu ya. x pe kan...

ros, izinkan kak rose nak cnp resepinya kat sini pulak ya...

Gulai Udang Bersama Petai
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanye
400gram udang saiz besar ( buang janggut dan gunting sedikit ekornya)
3 papan petai ( buangkan kulit putihnye dan petai dibelah dua) (kak rose ganti peria)
2 batang serai - dibelah dua ataupun dititik
8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
2 cawan santan+1 cawan air
1 keping asam gelugor
sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
sedikit garam

caranya
1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.

2. Selepas itu masukkan 2 cawan santan, dan 1 cawan air, masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan petai, masak sehingga petai betul-betul empuk, selepas itu baru masukkan udang, jangan masak udang terlalu lama, sesuaikan rasa, masukkan garam.

3. Setelah udang masak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih, selamat mencuba.

jom layan gulai udang ni dengan ayam goreng dan ikan selayang goreng jugak...

4 comments:

Sofea said...

k.Rose..ramai yg x suka peria but i like, leh jadi geng la kita! ;)

kasihredha said...

suka udang tu kak
tapi saya jarang masak peria

azieazah said...

Peria ni wpun pahit, tapi tetap sedap, kan?

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Sedapnya .Lapr la kak ros...belum makan ni