Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, October 12, 2011

Mari berjimat cermat.....

dah nak abes kutip buah baru tingat nak amik gambo....

Selamat pagi dan bertemu kembali…. cewaaahhh macam kat tv lak kan… x pe la, itu la standard greeting dari My Kuali…. mari berjimat cermat (kena baca sora macam doraemon ya kawan2...) nak bercerita pasal roselle kak rose nan sebatang ni la… benih yg dibagi oleh jiran sebelah rumah kini telah mengeluarkan hasil… asalnya dua pokok, tp masa balik raya hari tu, yg sepokok tengah lebat berbuah telah patah terlentok… x tau kenapa, tp kak rose suspect kucing la the culprit, sbb sllu mmg nampak kucing tu lompat dari pagar sebelah tu jadi buah pun x menjadi dan hanya tinggal sebatang ni la yg lebat berbuah…. Jom kita hasilkan sesuatu dari buah yg banyak ni…. puas la menggogle camner cara nak wat juice n jem ni…. meh kita tengok cara kak rose berjimat…. x yah bli juice n jem…..(tp sebenarnya sunquick n strawberry jam ada banyak lagi!)

tu dia ... fresh roselle from the garden yg sekangang kera....

basuh bersih2 dan asingkan kelopak dari bijinya... jerang atas api untuk dapatkan juicenya...

tapis juice dan hampas yg tinggal diblend besama sedikit juice td.. jerang semula dan masukkan gula.... terpulang la nak manis mana....

hasil pertama. juice roselle pure punya....without any additional colouring. hmmm sedap gak

dan sarapan pagi ni..... dengan bangganya sapu roti bakar dengan jem roselle buatan sendiri. tp itu olang tetap mau makan sama itu stlobelly jemnya! haiyaaa!!!

10 comments:

JaSSNaNi said...

assalamualaikum...
masa nani kecil2 ni arwah tok panggil buah butang... ingat lagi di suruhnya nani gi kutip buah butang ni yg mmg tengah banyak berbuah... tapi bila tengok arwah tok buat jem buat jus.. terus nani cakap ni rebina.. bukan butang.. then sampai skrg nani plak citer kat anak2 namanya buah rebina malaysia.. tapi sejak bermenjak2 ni.. nama buah rossel ni dah di popularkan.. so anak2 dah tau sendiri apa namanya.. ehehe.. ye la.. dulu maknye sekolah dan membesar kat kampung.. banyak belajar cara kampung.. anak2 plak blajar and membersar kat KL.. mmg banyak perbezaannya.. kan.. banyak vitamin dan mmg makanan sihat..

Kak Rose said...

waalaikum salam nani. buah butang sekarang dah tuka nama jadi rebina dan rasa pun seakan2... kak rose pun x tau nak wat camner... nasib baik ada cik google... information dihujung jari..dapatlah buat jus n jem ni...

Qhaifa Nur said...

kat kawasan rumah ada jiran yang tanam...
sekali berbuah banyak sampai tak termakan2..
oklah jusnya, boleh segarkan badan

lyn at home said...

Assalammualaikum..kak rose lama x jengah blogakak..WIndu lah!! buah ni kan sedap klu di keringkan mcm buah prune tu..sedappp lyn makan rasanya manis masam dan kenyal gitu!! lyn xtau buat tapi beli kat Giant..hihihi jiran lama lin kata mak dia kat Muar masak asam pedas campur buah ni ke? @ daunnya..lyn lupa lak..akak tau tak?

Kak Rose said...

Qhaifa Nur, sedap jugak jusnya... minum sejuk2 gitu..

Kak Rose said...

Waalaikumsalam Lin, tima kasih datang kat blog kak rose ni... x tau pulak boleh dikeringkan cenggitu dan masak asam tu pun x tau jugak... kena tanya cik google lagi la ni..

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum kak Rose..
Wahhh..segar2 bunga2 rosella akak.. Bestnya dapat rasa air dari hasil titik peluh sendiri..

Yani said...

Kak Rose.. kat umah sy pun byk buah ni.. adeih takde kerajinan nak mengutip ni.. dah x excited macam mula2 berbuah dulu... tp bila tengok jem dan juice yg akak buat tu.. teringin ler plak nak buatnya..

Anonymous said...

Salam Kak Rose, tidak juga Ratna ketahui selama ini terhadap si-buah rebina/roselle itu, cantik rupa-parasnya ... dan jus, jam ber-merah menyala garang lagi ... adore sungguh! nanti pulang ketanah-air akan Ratna beli satu pokok cuba tanam disini.
Paling suka photo terakhir dengan ayatan pelat cina itu bikin Ratna ter-senyum sampai ... terkekeh ketawa sendirian, ishhh Kak Rose ni ...

Salam manis manis madu.

tok_chik said...

lyn at home:
mereka masukkan daunnya keddalam kuah asam pedas
di johor biasa tc dengar