Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, October 1, 2011

Sambal ikan bilis n kentang

Salam pagi Oktober kepada yang sudi bertamu kat rumah maya kak rose ni.... time flies kan...x sedar dah nak sampai kepenghujung tahun.... tp apom yang kak rose hidang tu dah basi sbb tuan rumah sangat x de mood nak mengupdatekan rumah ni.... ni pun lauk simple semalam makan bersama ayam masak asam pedas yg kak rose malas nak amik gambonya.... sambal ikan bilis ni kak rose amik dari Myr resepi oleh lina_pg. mekasih ya. simple n sedap. dulu pernah buat, bila sedap pasti ada ulangan kan dan sekali lagi kak rose sharekan resepinya kat sini ya... tq lina.

Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )
  • 4 biji kentang
  • 1 cawan ikan bilis belah
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 sudu makan cili boh (boleh dikurang/tambah)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1-2 sudu makan madu (option)
  • Minyak utk menggoreng & menumis

Cara-cara

  1. Kentang dikupas kulit, potong bentuk wedges, goreng hingga perang dan ketepikan
  2. Ikan bilis dicuci bersih, goreng hingga garing dan ketepikan
  3. Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi dan garing.Masukkan cili boh,tumis sampai pecah minyak.Kemudian masukkan pula sos tiram dan madu.
  4. Kemudian masukkan kentang dan ikan bilis.Gaul sebati.Siap untuk dihidang

4 comments:

Mas said...

mas suka sambal gini kak rose..
sedappnya tengokkkk...

lina_pg said...

assalam kak rose..suka sy kalau yg pakar masak2 cam kak rose ni sudi cuba rcp sy yg simple ni.Terliuq tengok nmpk pun sedap tuh

Kak Rose said...

mas, sudahnya meratah jer... sedap!

Kak Rose said...

Lina, kak rose pakar copy resepi orang jer... hehehe.