Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, October 11, 2011

Apam cokelat

selamat petang semua..... buat apam cokelat ni tuk minum petang dan dinner sekali... apam yg sangat mudah dan cepat penyediaannya... cepat disiapkan dan cepat juga dapat dingap! x sampai setengah jam dah boleh menikmatinya dengan secawan teh o panas2.... mmg heaven pd penggemar apam n cokelat sekaligus! mmg sangat lembut dan gebus sekali.... dan memang disyorkan untuk kawan2 mencubanya. dulu kak rose dah penah buat, mmg sedap n gebus, tu yang buat berulang kali. resepinya kak rose cnp dari rumah Nor secubit garam yg resepi asalnya oleh Alma Myr... tp kak rose cari2 nak backlink mmg dah x de la pulak... apa pun terima kasih pada penyumbang resepi apam ni ya...

APAM COKLAT by Alma MyR

1cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air
1bj telur
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 atau 2 sudu besar serbuk koko

Panaskan pengukus yg berisi air hingga mendidih.
Mix semua bahan2 menggunakan mixer atau nak lebih mudah lg boleh gunakan blender.
Masukkan dlm acuan lompang dan kukus hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit.
Sedap dimakan panas2.

dengan menggunakan acuan puteri ayu, adunan ni menghasilkan 30 biji apam yg sangat montoks n gebus!

pssstttt... kawan2 mengalami masaalah yg sama x dengan streamyx ni? dah beberapa hari ni tersangatlah slownya dan bila bukak banyak2 windows jadi hang pulak! gerrrrammm sangat. nak menebeng kat rumah kawan2 pun sangatlah payah!

15 comments:

Yatie said...

comel2 apam coklat Kak Rose ni....rasa mcm skrng gak nak buat..

Kak Rose said...

yatie, gebus sangat... lembut je makan masa panas2..

kasihredha said...

kak apam ni nampak sungguh sedap
dah lama juga saya nak cuba buat jelly kelapa kat bawah tu...thanks resepinya kak :)

tun_telani said...

sedapnyer~~ dh lama tun x mengapam.. plan nk wat apam gak mlm ni, tp tiba2 virus M menyerang.. huhu

Chah said...

Masuk bab cokelat, memang saya surender...teringin la pulak...

Uncle Lee said...

Hello Kak Rose, I love this.
I call these kinds of cakes 'chari pasal' ha ha....makan satu nak dua, then tiga....
Looks really sedap best .....I think goes well with iced coffee.
Ada lagi? Ha ha.
Have a nice day and simpan satu lagu dalam hati.
Lee.

ady said...

as-salam kak rose
comel2nye apam cokelat tu..npk sedap apam kak rose ni..kalau bab cokelat ni anak2 mesti suka..

Fiza Nordin said...

lame dah saya salin resipi ni kat myr tp belum sampai seru nak buat... biler tgh bersemangat nak buat, ade je bahan yg takde jadi tergendala hasrat... nampak k rose buat, aduiiii ngences!!!

Kak Rose said...

kasih, apam ni mmg lembut sangat....

kadang2 payah nak cari air kelapa muda tu menyebabkan projek tergendala kan...

Kak Rose said...

tun, meh kak rose tiupkan angin R dari semenanjung ni....pasti menjadi apam tu nnti!

Kak Rose said...

Chah, x rugi buatnya... sbb senang sangat dan sedap!

Kak Rose said...

Lee, kak rose mmg rajin cari pasal... that's why berat pun x nak turun! makan dengan teh o panas2 mmg heaven...

k, simpan satu lagu dlam hati...

Kak Rose said...

Waalaikum salam ady, kalau anak2 suka lagi rajin mamanya nak wat kan...

Kak Rose said...

Fiza, kak rose ni buat kuih pun yg bahan2 nya mudah dapat kat dapur jer, tp yg penting sedap la kan...

Anonymous said...

hi!,I love your writing very so much! proportion we be in contact
more approximately your post on AOL? I require a specialist in this space to solve my
problem. Maybe that is you! Taking a look forward to look you.


My web site cellulite treatment cream