Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, October 13, 2011

Kuih kukus bawang goreng

ha.... kan dah kena jangkitan kuih kukus bawang goreng ni.... tu la kak rose ni x leh nampak orang tayang nak jugak nak merasa.... pagi td tengok kat rumah nor terus teringin sangat nak merasa kuih ni. ramai kawan2 dah mencuba dan kak rose pun nak gak la.... ikut style nor punya jadi kaler bendera kedah pulak dan terlebih rajin buh dalam acuan kecik2 ni.... mekasih pada Izah yg sharekan resepi ni ya dan kak rose cnp dari rumah Nor secubit garam.... terimakasih pada kawan2 yg telah mempromosikan kesedapan kuih ni juga..


KUIH KUKUS BAWANG GORENG
resipi asal : Izah Daud
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
3/4 cawan + 2 sb tepung gandum
1/4 cawan tepung ubi kayu
1/2 cawan gula halus
1 cwan air pandan *5-7 helai daun pandan
1 cawan santan pekat
sedikit pewarna hijau apple * jika suka
1/2 genggam bawang goreng

Caranya:
Panaskan kukusan.
Campurkan semua bahan di atas kecuali bawang goreng.
Kemudian blend/ kisar sehingga sebati.
Masukkan ke dalam mangkuk, masukkan bawang goreng. Kacau-kacaukan.
Kemudian tuang ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
Kukus sehingga masak (30-40 minit).
Tunggu sejuk kemudian hidang.

*kuih ni dapat kecik comel je. Kena gunakan loyang paling kecil.
*disyorkan menggunakan bahan2 semula jadi. Contoh: bawang goreng buat sendiri, santan perah dan daun pandan.
*bawang goreng kena letak sikit aje, nak kasi rasa lite lite gitu. Dalam gambar tu, saya letak terbanyak bawang goreng nyer. sedikit menjejaskan rasa.

20 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Kak ros cantik tu.Tinggal kita sorang la belum sampai seru lagi ni..

Kak Rose said...

Ros, akan sampai juga nnti... cubalah...

Sheila Shafeareen said...

salam kak rose wah sana sini dah demam kuih kukus bwg grg hehhe. kuih akk same mcm kak Nor yee bendera kodah ni hehe sy pun rasa nak buat lh mmg sdp ank2 pun suka...yg bujang tu siap mkn same sambal hitam phg lagi katanya cam kuih talam

Cheq Sue said...

cantik pulak nengok kejadiannya buat 2 lapis ni... lain kali buat boleh ikut stail ni pulak kak rose

Kak Rose said...

Sheila, Izah pembawa virus, demam kuih bawang goreng melanda....

Kak Rose said...

Cheq Ssue, kak rose ni suka ikut cara sifu2 tu buat... cantik kan?

K.Nor said...

hehhe.. k.rose pun ikut stail bendera kedah ya.. cun2 :)

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum kak Rose..
Alahai cantiknya kuih akak.. sampai dah kuih ni ke dapur akak ek..

HaSue said...

amboi comelnya kuih bwg versi kak rose nih..terasa nak capai sebijik jer..nampak sedapp!!

Zareene Saifuddin said...

salam kak rose, kuih ni macam kuih qasidah jer... makan orang utara...

quinnie said...

wah cantik la kak bila buat warna2 cam gini..:)

JaSSNaNi said...

kreativenyer... sblm ni nampak dalam loyang besar2.. ni nampak kuar dari acuan cantek sangat.. suke la.. esok dah cuti.. leh la wat utk sarapan pagi.. eheheh...

Kak Rose said...

Nor, kena ikut macam tok guru punya la... tq ya!

Kak Rose said...

Waalaikumsalam Naz, virus ni cepat je berjangkitnya...

Kak Rose said...

Ha Sue, tengok la sapa cikgunya.... terima kasih sangat2 pd cikgu2 masak dialam maya ni...mmg x kedekut ilmu!

azieazah said...

Wahh mesti sedap tu sebab guna tepung ibu kayu. Dia jadi licin dan berkilat, kan?

Pasni orang lain plak berjangkit eh? hehehe

Kak Rose said...

Zareena, x penah tau lak camner rupa n rasa kuih qasidah tu...nnti nak tanya pak cik google pulak la..

Kak Rose said...

quinnie, bagi cantik dimata, bertambah lajula nak ngapnya!

Kak Rose said...

Nani, buat dalam acuan kecik2 ni senang x yah nak potong2 juga senang nak ngap! dasar pemalas dan sllu fail bab memotong ni..

Kak Rose said...

azie, berkilat dan bergoyang2 gitu...dan pasti laju jankitan virus resepi ni...