Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, October 30, 2011

Nasi mandhi

selamat berhari minggu semuanya.... asik berbw nak cari resepi ayam, terjumpa lak resepi nasi mandhi ni kat blog Ummi, terus lah terberkenan nak mencuba, tp tidaklah rajin mengikut seperti yang dicadangkan diresepi tu... letak arang untuk dapatkan bau yg harum.... sama macam umi lah, kak rose skip cara tu..... tapikan masa memasak nasi ni pun dah berbau harum minyak sapi dan rempah tumis tu.... dan rasanya pulak cam kata Ummi, rugi kalau x mencuba... so meh kita tengok resepinya yg kak rose cnp dari rumah Ummi...

Bahan:-
  • 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
  • 3 camca besar minyak sapi
  • 4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
  • 1 biji bawang besar ~ hiris halus
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
  • 1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
  • 1/3 cwn kismis
  • Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning- guna
  • 1 sk kunyit campur dgn sikit air (---> yg ni kak rose konpius sket... masuk masa bila ya?)
  • Garam secukup rasa.

Cara penyediaan:-

  1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu.
  2. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
  3. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  4. #Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
  5. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  6. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
(kak rose skip jugak step no 4.... idok ler rajin nak bako arang bagai.... so masih nasi mandhi ke idok kalau camni?)

sedap makan panas2 dengan ayam bakar berlada hitam bermayonis dan salad sempoi.... celery+timun jepun +tomato cherry+mayonis.....

8 comments:

izahdaut said...

Cantik nasinyaaa.. Warne pun cantik..

HomeKreation said...

Salam KakRose. Tadi Along dok belek2 respi ni, ramai yg dah cuba. Tapi bila tengok guna arang dlm nasi tu takut pulak nak buat, takda carbon monokside ke nanti....? KakRose guna arang apa?

kzai said...

cantik je nasi ni masak nya dan kalor pun menarik..mana gmbr lauk nya rose..

Kak Rose said...

izah, rasa pun sedap!

Kak Rose said...

Along, kak rose skip step no 4 tu... ikut sifu Ummi punya cara... arang pun x de!

Kak Rose said...

kzai, kak rose buat ayam bakar dan salad bodo2 jer...

Anna Qawina said...

kak Rose..ooo Kak Rose...ada nasik tak? laapr la pulak nih..

Kak Rose said...

Anna, ada lagi ni... tp ayam dah abes la...