Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, October 23, 2011

Nasi lemak pandan

selamat berhari minggu yg mendumg kepada semua.... hari ni kak rose terajin sket nak masak setelah sekian lama asik makan nasik tapau jer.... ni pun sebab anak bujang kak rose balik dan dapatlah bekpes sama2 tadi....lama dah x masak nasik lemak sbb pagi2 sllu makan either roti bakar or oat je... sesekali nak jugak kelainan kan... tp tu pun depend pada tahap vit r yang ada.... selalunya mmg vitamin m saja yang ada kat kak rose ni.... hmmm

so pepagi ni merajinkan diri masak nasik lemak pandan ni.... harum bau pandan dan lemak semerbak satu rumah. wangi jer. kak rose guna hijau daun pandan+kaler ijo+perasa pandan... bertambah harum nasik kak rose pagi ni...

resepi ni dulu kak rose penah buat dan amik dari dapur hana..... jom kita tengok resepinya... rasanya semua pun boleh masak nasi lemak cumanya kita tambahkan air daun pandan untuk dapatkan kaler jio yg cantik tu...

Bahan-bahan
  • Beras
  • Air pandan secukupnyer (blend daun pandan dan tapis)
  • Santan pekat
  • Garam
  • Halba (kak rose x letak pun)
  • Halia
  • Daun Pandan - simpul
  • Pandan emulco@pewarna ijo + sedikit air (utk renjis)
Cara-cara
  • Basuh beras bersih. Campurkan santan pekat dan juga air pandan mengikut sukatan beras.
  • Masukkan skali garam, halba, halia dan juga daun pandan. Jika kaler ijo kurang menarik, bleh tmbh ngan sedikit pandan emulco@pewarna ijo yer!
  • Masukkan rice cooker dan masak hingga beberapa minit nk tanak.
  • Lagi beberapa minit nk tanak tuh, ambil sedikit pandan emulco@pewarna ijau. Campurkan dengan sedikit air (kaler ijo yg ni bior lg pekat dr warna nasik td yer) dan renjis2kan ke atas nasik. jgn gaul dulu. tutup smula periuk dan tanak hingga masak.
  • Dah masak baru gaulkan. so nmpk la nasi lemak anda warna ijo yg cantik! heeeee... Slamat mencube!! :)


selamat sudah bekpes dengan nasik lemak pandan yg sedap. makan bersama ikan bilis + ayam goreng +kacang tanah + timun + telor mata dan sambal ikan bilis.... x cukup sepinggan makan.... kalau tapau tentu x leh nak menambah kan....

12 comments:

Cik Kamoo said...

sedapnye! menarik dengan warna hijaunya

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Kak ros cantik warna nasi lemak ni.Pastinya sedap kan?

Nuridah said...

Assalamualaikum Kak,

sedapnya nasi lemak pandan,saya suka sekali mkn nasi lemak...tapi tu la tk leh slalu....hehe

Kak Rose said...

Cik Kamoo, sedap dan harum bau pandan tu..

Kak Rose said...

Ros, mmg sedap dan puas ati boleh tambah2 lemak dibadan!

Kak Rose said...

Waalaikumsalam Nuridah, sesekali bole la kan...

kasihredha said...

Dah lama nak cuba nasi lemak pandan ni kak...
InsyaAllah nanti nak cuba buat :)

Uncle Lee said...

Hello Kak Rose, saya suka nasi lemak, and I have eaten nasi lemak practically every corner of Malaysia, Sabah and Sarawak.....
but ta'pernah makan nasi lemak hijau warna, ha ha.

But yours looks really sedap best!
Ini la bila masuk mulut satu spoon, lupa nama mak.
Bila buat saya punya, mintak tolong tarok lebeh tu ikan bilis......ha ha ha.
Have a nice day, Kak Rose, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.

Kak Rose said...

kasih, dah cuba nnti mesti nak lagi.... hehehe

Kak Rose said...

Uncle Lee, next time must cari the green one.... sure u will like it till u will lupa not only nama mak but ur wife pun.... ha ha ha?

no problem... kak rose ada banyak stok ikan bilis... Sabah mari punya!

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum kak Rose..
Cantik warna hijau nasi lemak pandan akak.. Mesti sangat harum baunya..

Lieya said...

Amboiiii nasi lemak pandan?? Tak penah try, mesti best ni...