Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, October 14, 2011

Apam pisang cokelat

seharian geram dengan streamy.... grrrrr!!! lembaba mengalahkan siput. kadang tu nak bukak pun page not found.... kenapalah servisnya begini teruk berbanding dengan bayaran bulanannya... hishhhh.... dari tadi nak buat entry apam pisang cokelat ni pun nak tertido menunggu!... resepi dari Myr oleh noorana, mekasih ya share resepi dan kak rose mintak izin nak sharekan kat sini lak..

Bahan-bahan

  • 2 cwn tepung gandum*
  • 2 sudu makan serbuk koko*
  • 1 sudu teh soda bikarbonat*
  • 1 sudu teh baking powder* semua bahan diayak bersama
  • 1 sudu teh garam
  • 1 cwn pisang emas yang dilecek
  • 1 cwn minyak masak
  • 1 1/2 cawan gula perang
  • 2 biji telur (dipukul)
Cara-cara
  1. 1)Panaskan kukusan. 2) Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk. 3) Masukkan bahanbahan yang tidak diayak ke dalam adunan tadi. Gaul sebati. 4) Masukkan dalam acuan kecil atau loyang. 5) Kukus selama ½ jam atau sehingga masak.
  2. pastikan air kukusan tidak jatuh ke dalam loyang semasa mengukus.
jom minum petang ni dengan apam pisang cokelat ni... sedap dan gebu dengan manis pisang kat dalam dia.

6 comments:

cik cek said...

Kak Rose...

Nak apam pisang....lama tak makan dah...:D

Kak Rose said...

cik cek, he he baru ari tu buat apam cekelat, yg tambah pisang pulak... tp ttp sedap!

Qhaifa Nur said...

sedapnya...dah biasa makam apam pisang

dah follow jom follow back

azieazah said...

Wahhhhh... geram rasa nak ngap seketul seketul masuk mulut!

Kak Rose said...

Qhaifa, apam ni lain sket sbb ada cekelat + pisang tu... jd sangat sedap!

dah follow lama dah.

Kak Rose said...

azie, amik la.... diskrin je tau!